Thursday, April 19, 2012

Untuk mencegah kecurian motor di parking lot supermarket.....

Tadi kali ke 2 kot aku masuk supermarket yg dah bertukar nama kepada AEON. Cuma bezanya kali ni, bila masuk kena ambik tiket macam parking keta la pulak. Aku ingat kena bayor. Takkan parking moto kena bayor kot.

Bila selesai mencuci mata, aku pun balik. Ambik motor, keluar, serah balik kad tadi kat guard. So, sapa2 nak keluar dgn moto dari parking tu kena ada kad la. Kalau pencuri ambik moto, mesti dia xdak kad. Kena tahan la. Semua penunggang motor masuk parking mesti ada kad. Kalau hilang, mampus. Moto xleh kluar. Kena balik ambik geran kot sebagai bukti tu motor dia.

Cara ni nampak berkesan utk mengelakkan kecurian. Tapi kesian guard tu la, tercongok kat situ. Kerja senang, moto masuk bagi kad, moto kluar ambik kad. Lama2 muka pun macam kad. Gaji mesti mahal. Sebab boring giler. Itulah satu pengorbanan mereka demi menjaga reta benda pengunjung. Kalau byk kes hilang moto kat situ, sapa pun x mo pi dah. Bukan semua ada keta.

Wednesday, April 18, 2012

Mu'adz Al-Hafiz

Alhamdulillah... daripada 5 orang anak bujang, 2 orang sudah menjadi hafiz. Alhamdulillah ..Seorang lagi adiknya on d way ... baru sahaja masuk pada awal tahun ini...
 Semasa Hari Ihtifal Institut Pendidikan Hira' pada hari Ahad lepas ... tidak sedar anakku sudah semakin tinggi, malah lebih tinggi dari umminya...


Semasa Mu'adz tadika pada tahun 2004

Sebenarnya tanggungjawab seorang hafiz ini sangat berat...saya katakan kepada anak-anak saya... Hendak menjadi hafiz mungkin mereka anggap senang, tetapi hendak mengekalkan hafazan mereka itu yang sangat susah... apatah lagi jika mereka sudah mula memasuki dunia sebenar...bukan lagi berada di dalam situasi yang terkawal seperti di Maahad Tahfiz...dunia realiti berbeza. Banyak...malah sangattttttttttt banyakkk dugaan dan cabaran ... dugaan dari syaitan sentiasa ada...malah lebih hebat...
mereka harus sentiasa mengulang-ngulang membaca Al-Quran ... TIDAK BOLEH tinggal sama sekali ...
jika ditinggalkan lama-lama boleh menjadi lupa ...
Malah dalam apa jua yang kita lakukan, kita mestilah sentiasa istiqamah...ini sebagai PERINGATAN kepada diri sendiri... kadang-kala terleka dan terlalai..banyak perkara tidak dilakukan..ditinggalkan...
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau Ampunkanlah dosa-dosaku , dosa-dosa suamiku, dosa2 kedua ibu bapa kami, samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, dosa2 anak2 kami...
Ameen.

Kasi mantap semuanya............

Mau mantap dari segi kesihatan zahir dan batin? Ni ada satu produk yg dah lama aku guna. Fungsi utama membuang toksin. Badan jadi lemah kerana banyak toksin. Bila toksin dibuang, badan akan kembali cergas macam muda.

Produk ni aku beli di farmasi. Bila jumpa di pasar malam, aku beli kat pasar malam je la. Nak info lanjut pasal produk ni, boleh la merayau2 kat internet dengan bantuan google. Memang banyak maklumat, testimoni  pun ada.

Dari segi batin pun berkesan, mungkin sebab ada tongkat ali. Selain dari tu ada 8 lagi herba lain.

info lagi
Saya dah cuba. Anda bila lagi? Jgn order kat saya. Pi cari kat pasar malam.

info lagi
Kat farmasi pun ada. Beli banyak2 bagi kat ahli keluarga dan sanak saudara orang kampung. Supaya semua satu kampungg sihat. Alhamdulillah.........

Nak jimat pun x boleh.......

Kalau x jimat, dah menipu namanya. Tapi kalau jimat, selamat, apa salahnya digunakan. Aku baru nak buat.

RABU, 18 APRIL 2012

Tidak wujud alat jimat elektrik 40%

Pengguna di negara ini dinasihati agar tidak terpengaruh dengan alat penjimatan elektrik yang didakwa dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 40 peratus.

Ketua Kawasan Suruhanjaya Tenaga (Pulau Pinang, Kedah, Perlis) Md Zakuan Ibrahim berkata dakwaan itu tidak tepat dan Suruhanjaya Tenaga telah menarik balik perakuan sejak tiga bulan lepas.

”Perakuan yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga hanyalah dari aspek keselamatan dan bukannya dari aspek penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Ini mengelirukan pengguna.

“Alat itu hanya menjimatkan penggunaan tenaga antara satu hingga lima peratus sahaja bukan 40 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis Program Bersama Pemimpin Komuniti Peringkat Pulau Pinang, di sini, Selasa.

Beliau juga meminta pengguna membuat laporan kepada suruhanjaya itu jika masih ada syarikat menjual peralatan sedemikian. 

“Pihak kami akan memanjangkan aduan itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut, kerana tiada peruntukan khusus di bawah suruhanjaya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata alat itu yang sudah berada di pasaran sejak 10 tahun lepas dijual pada harga antara RM200 hingga RM400.

Tuesday, April 17, 2012

He's gone.........

Lagi kes pemain bola mati di padang kena serangan jantung. Walaupun diorang kategori kuat senaman, jantung sentiasa di kerah semasa bermain. Masih lagi boleh berlaku serangan jantung. Kita yg x senaman ni lagi mudah la kena. Mungkin jantung mereka telah sampai ke tahap tekanan tertinggi yg x mampu ditanggung sehingga dia terhenti. Walaupun bagaimanapun ajal maut jodoh pertemuan perpisahan adalah ditentukan Allah. Takziah...........


Piermario Morosini rebah


tinggal memori


Monday, April 16, 2012

Nk bela anjing ka angsa?

Bukan nak jadi penternak, tp utk jaga rumah. Zaman la ni kan banyak pencuri. Boleh la binatang2 ni berkawal bila kita tidor atau xdak di rumah.
anjing


Anjing ni bagus sebab garang, org takut bila dia menyalak, boleh menggigit dan menyebarkan penyakit anjing gila. Tapi tuannya akan hadapi masalah dulu. Silap2 tuan kena gigit dulu. Kena dia melabur kat dalam kawasan rumah nak kena samak lak. Nak kurung kesian lak.



Angsa




Angsa pun garang gak. Tapi budak2 je takut. Dia punya bising boleh tahan. X kira nampak org ke tak, dia melalak jer. Gempak saja ok la. Takut jiran la tension dgn bunyi dia yg x berenti ni.





Di dunia boleh beli rumah besar, kubur?

Org pkt berebut nk bli rumah. Nk yg besar cantek. Tp brp lama sgt kt akn tinggal d rumah tu. 10 thn, 20, 50 thn. Pastu ke mana kt? Ada tak kt pikir besarkah rumah kedua kt, selesakah? Kalu rumah pertama x cantek, panggil kontraktor, buat bg cantek. Tp kalu nk cantekkan rumah kedua, siapa kontraktornya? Pasang lampu supaya rumah berchy. Lampu apa nk psg utk rumah kdua? Padahal kt akn tinggal d situ lbh lama.Mari lah kt sm2 seimbgkn harta kt d dunia dan d akhrat. Wallahualam

Gambar Belangkas