Monday, April 16, 2012

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

Exotic food @ Puchong Lim restaurant

TF and his family decided to go a Puchong Lim restaurant for lunch last Sunday. I tagged along. Unfortunately, I wasnt told where we were going, what we were eating and it was all because they spoke in hakka....... (they know i have no knowledge of hakka).

We arrived at this restaurant - no aircond, open air with a cheaply built rooftop, stray dogs around, a kitchen visible to the diners....

The food they ordered arrived and it was three claypot bowls of meat covered in dark sauce...... I asked TF what is it and he says, "different parts of the pig." Fyi, i do not even eat the pig's leg and here he is telling me its pork when all i see is plenty of bones in the claypot and skin... All covered in dark sauce. Taste wise was ok, but i couldnt bring myself to eat something when i dont know which part of the animal i am eating. So, i stuffed myself with rice and take teeny bits of meat.

TF also ordered a bowl of soup which he then told me it was 'shredded chicken' soup......

At the end of the meal, all was revealed that in the claypot, it was monkey meat, waterfish turtle and another animal which lives in the tree. The bowl of soup was snake!!!

Aih........ Terrifyingly disgusting to know people enjoy eating those animals. The restaurant has been there for more than 25 years and its always packed with 'evil' customers.

Its not even cheap to eat there. Bla blah blahhhh vomit!

hapus perkataan recommend this on google

Tutorial kali ini adalah bagi anda yang ingin menghilangkan perkataan recommend this on google pada butang share google plus one yang berada pada bahagian bawah posting.

google plus
 Langkah langkah nya adalah seperti berikut:

1.masuk ke dashboard dan pilih template


2.Klik pada edit html
3.Cari kod  ]]></b:skin>

Dan letakkan kod dibawah ini diatas kod ]]></b:skin>

.goog-inline-block.dummy-container div, .goog-inline-block.dummy-container div iframe ssyby, .goog-inline-block.dummy-container div iframe{
width: 30px !important;

4.kemudian simpan template anda.

update 8/5/2013

Sunday, April 15, 2012

Sebulan dapat 2 org anak menakan

Rekod bulan ni dapat 2 org anak menakan. Untung ada adik beradik 8 org ni. Tu baru 4 org kawen. Kalau semua kawen mau dapat 8 org serentak termasuk bini aku. Hehehehe.........penuh hospital...

Nurain
Selamat Datang ke dunia yg fana ini Nurain dan Nurul Huda. Sorang lagi xdak gambar.

Nanti nak buat kenduri boleh buat sekali ngan anak aku.. Husna pun bulan 4 gak, tp hujung la.

Yg beranak normal tu leh la nak try pecah rekod mak aku, 8 org. Macam kakak aku ngan bini aku, 3 je la, keluar kot tingkap.

1GB mana cukup..........

Langgan broadband supaya boleh masuk internet di mana2. Cari yg paling murah. Bukan aktif sgt pun guna internet. Sekali sekala buka FB, transfer duit, byr bil.....so x yah la mahal2 punya.

Bila dah dapat, dah reti masuk youtube, 1Gb dah x cukup. 2 hari je dah limit. Pastu loading jadi slow gila. Kata  unlimited, rupanya loading diperlahankan supaya kita boring. Tp boleh tambah 1Gb lagi, kena bayarla RM15.


to the limit
 Tu pun surf YOUTUBE kat hanset jer. Kalau pakai PC ke laptop, ingat xdan sehari dah abis limit. Setting pun bagi low quality jer, kecik skit file dia.

Xdak ka broadband yg xdak limit langsung. Laju jer terus x kira berapa GB pun? Buat sendiri ler....hehehehhe

Facebook melalaikan.........

Patutla kat tempat kerja diblok benda ni. Kalau tak pakai kerja x jalan la. Tapi kalau blok pun masih boleh masuk. Ramai dah yang pakai broadband la ni. Bawa laptop sendiri, boleh gak masuk facebook, tp kerja still jalan gak. So apa bezanya.

Kalau pun x pakai broadband, laptop........pakai hanset pon boleh gak. Cuma x semua la. Blok tu memang berjaya bagi yg x pakai broadband la atau line sendiri. Kalau x blok semua boleh masuk.......Tp x semua suka fb2 ni. Sosial, ada gambar xbaik dipaparkan, yg mendedahkan aurat. Pompuan la, lelaki ada ka yg dedah aurat? Jarang la no.
Cinta Muka Buku - Najwa Latiff

Apa kebaikan fb yg aku rasai sekarang ni?

  1. Dapat contact member masa belajar dulu, x kira la duk di mana............dapat tau sikit2 perkembangan mereka
  2. Member sekolah pun jumpa balik.....
  3. Senang nak sembang........pakai sms x syok dah.......
  4. Dapat berkongsi maklumat dgn ramai org, lebih cepat..........trafik jam ka.....
  5. Berdakwah pun boleh.........
  6. Minta nasihat, pandangan, ilmu
  7. Promosi, nak jual barang, resepi ka................
  8. Line alternatif utk contact org selain hanset
Apa kebaikan yg dah anda dapat dari FB ni?

Masa bercinta dulu, fb xder lg. Friendster masa tu. Jd xder la cinta muka buku.........

rumah kayu


assalammualaikum..

rumah kayu milik arwah chaq dan tok ni ialah peninggalan yang paling saya sayang. rumah yang menadi 'syurga' ketika zaman kanak-kanak. rumah yang tertanam 1001 kenangan.

di sini kami 3 beradik 'dikuarantin' semasa demam campak. di sini kami tidur berlapikkan daun pisang. di sini kami bermain masak-masak. di sini kami memanjat pokok sawa. dan di sini juga arwah tok meninggal. di sini juga arwah chaq memasak selepas tok meninggal. di sini segalanya..

arwah chaq yang bina rumah ni. arwah chaq kata ruma ni rm2000 sahaja. tukangnya ialah tok ngah. setiap lapisan cantuman kayu, dibuat dengan teliti. saya sayang rumah kayu ini. lepas chaq meninggal, rumah ni menjadi milik ayah, anak tunggal arwah tok dan arwah chaq.

tak lama lagi, saya akan berpindah dari sini. selepas 3 tahun tinggal di sini, berat rasa hati nak meninngalkan rumah kayu ini. tapi saya ada matlamat saya sendiri. saya perlu berpindah dan mengumpul 'harta' saya sendiri. itu yang saya belajar dari arwah chaq dan arwah tok. masa arwah chaq berkahwin denga arwah tok, arwah chaq cuma ada basikal tua. dengan basikal tu arwah chaq pergi bekerja. mengumpul duit dan membina rumah ini. itu cerita arwah chaq.

arwah chaq sangat bersemangat bila bercerita tentang kepayahan dia mencari rezeki. betapa sukarnya dia mencari duit, betapa sukarnya untuk dia membeli motosikal. betapa payanhya dia mengumpul duit membeli tanah.

rumah kayu ini akan sentiasa dihati.

:)

Gambar Belangkas