07042004 ialah tarikh kami bercinta. tarikh yang sentiasa suami saya ingat :) saya bukan tak ingat, tapi saya dilahirkan sebegitu..hehe.. kata suami
" sepatutnya ayang yang kena ingat semua tarikh-tarikh penting kita tau! abg ni suami, ayag yang kena ingatkan abang "
ayat tak puas hati sangat kan! apakan daya...saya memang bukan jenis ingat tarikh-tarikh ni.. :) sepanjang perjalanan balik dari Sungai Petani ke rumah, kisah lama jadi tajuk utama. Kenangan 8 tahun lepas segar kembali. dan seperti biasa, suami lebih mengingati segalanya :)
saya tak tahu cerita kami akan berakhir dimana. saya tak tahu di mana perenggan terakhir cerita kami. saya tak tahu muka surat berapa noktah cerita kami. saya tak tahu sehingga bab berapa cerita kami. saya tak tahu semua tu. hanya DIA yang tahu. kerana DIA menentukan segalanya.
cinta kami pasti ada penghujungnya. tak kisahlah penghujungnya bila.... bagaimana... pahit.. indah.. yang pasti kami tahu suatu hari nanti perpisahan akan ada.
siapa yang pergi dulu tak penting, perkara yang lebih penting adalah hati kami. kerana hati dan perasaan tak pernah menipu.
jika ditakdirkan saya pergi dulu.. saya tahu kenangan saya dan dia takan luntur difikiran dia. saya tahu rindu dia pada saya akan menebal. saya pasti cinta dia pada saya akan terus menggunung.
Ya Allah.. benarkan saya dan dia berbicara dan mengenang kisah cinta kami hingga mata tertutup. Bahagiakan kami sehingga ke akhir hayat. Tenangkan hati kami. Lapangkan hati kami. Ya Allah, temukan kami di syurgamu..