Tuesday, January 31, 2012

Cara pasang lagu pada blog

pasang lagu pada blog
Ramai yang minta admin untuk buat tutorial ini, cara pasang lagu pada blog .Bagi yang berminat  berikut adalah cara membuatnya:



Dapatkan dulu senarai lagu dilaman web fullmusik.net/
Pada sebelah kanan web site terdapat senarai link lagu malaysia ,lagu barat,nasyid  dsbnya

pasang lagu pada blog


Klik pada link pilihan lagu yang anda pilih cth;seperti lagu Malaysia,klik butang GO
Kemudian senarai lagu akan muncul pada paparan berikutnya pilih  anda minati

lagu mp3

Setelah dipilih lagu tersebut akan muncul kod ditengah paparan web tadi
Salin kod tersebut

pasang lagu diblog

contoh kod seperti berikut:

<div style="text-align: center;">
<embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://freewidget.info/izafullmusik/nasyid/14.7%20Solla_&%2339%3bAlaikallah_Imam_Muda_Najdir(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="Imam Muda Najdir - Solla Alaikallah@fullmusik" width="165" height="53"></embed></div>

Langkah seterusnya:
Setelah salin kod lagu tadi
1.Log in ke blog anda
2.Kemudian masuk ke design dan pilih Layout




3.Add a Gadget dan pilih HTML/Javascript







4.Kemudian masukkan kod tadi
5.Simpan untuk melihat hasilnya


klik butang +1 jika suka artikel ini :) :)

update 19/9/2014

Travelog haji - mengubah sempadan iman


Alhamdulilah.. saya berjaya membaca buku ni.. Sangat-sangat menarik. 
Buku ni bukan untuk yang nak pergi haji je yek, buku ni penuh dengan nasihat, tauladan, keinsafan, kesayuan, kata semangat, pedoman, ketulusan dll.. Banyak sangat..
Buku yang nipis, tapi sarat dengan rasa cinta kepadaNYA.

Senang betul air mata bertakung bila baca buku ni.. Sebetulnya saya bukan seorang yang senang tersentuh..
Tapi dengan buku ni, 
lain..


Air mata boleh bertakung dan menyapa pipi dengan mudah..
Jangan tanya mengapa, bacalah  kalau nak merasai apa yang saya baca..



Yes

Motosikal menyemakkan jalan raya?

Ada ka patut membe aku kata, motosikal ni menyemakkan jalan raya. Penunggang motosikal ni bawak ikut suka jer x pikir org lain, macam jalan ni depa punya, depa ja nak guna. Amboi suka hati jer bubuh camtu.

Sebenarnya yg semak kereta la kan? Keta punya besar, bawak macam siput, dah tu habis 1 jalan dia conquer. Kalau moto  leh gak 2 3 bijik sekali jalan, dah 2 3 org. Lain la kalau keta naik 3 4 org. Berbaloi la kan. Pulak tu dah sampai simpang baru bagi signal, dah terhegeh2 mat2 moto ni brek. Bagi signal awal pun terhegeh2 lak nak masuk simpang, last2 x jadik. Mana x angin kita kt belakang. Lain la kalau naik keta lembu.

rilek le beb
Kena yg naik laju lak, nk potong tu x kira ada moto ke tak, main redah jer. Terpaksa la mat2 moto mengelak masuk tepi jalan. Kena berlobang, mau tergolek. Duk kalut nk pi mana?

Bila eksiden yg parah, moto la. Mana ada cover. TU yg statistik tinggi je. Kalau lori lagi no mercy. Siap bg hon suruh tepi. Apa salah bagi moto lepas dulu. Mentang2 depa besau, eksen lak.

Kalu hujan lagi naya. Dah la basah kuyup, kena simbah lagi. Dah duk dalam keta x kena ujan, jalan la. Ni dak, terkemut2. Makan angin ker?

Kena time parking lak. Letak x pikir org nak keluar dah. X betul petak lak. Lesen terbang kot. Kalu motor 1 petak leh letak 5 6 biji. Dia sebijik pun letak senget, org sebelah nak parking pun susah. Bila keluar abis kereta org dia sapu. X pasal2 kemek keta membe sebelah. Buktinya keta bini aku, kiri kanan kemek. Mungkin kat spital tu, org sakit yg bawa keta kot.

Monday, January 30, 2012

Matinya `Ifrit` terdengar ayat Kursi

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.

Kisah Nabi Sulaiman, Jin & Ratu Balqis

Kisah Nabi Sulaiman dan Jin
Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.



Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.

Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis

Dalam kisah Nabi Sulaiman a.s, diceritakan bahawa baginda mengajak seorang Ratu (pemerintah) dari sebuah negeri untuk mengikuti agamanya, iaitu hanya menyembah Allah s.w.t dan bukan yang lain (maksud al-Quran, surah al-Naml: 10-44).

Negeri itu adalah Saba dan Ratunya bernama Balqis. Kisah tentang negeri Saba dan penduduknya terdapat di dalam al-Quran, iaitu surah Saba ayat 15-21. Surah Saba diturunkan di Mekah, mengandungi 54 ayat. Dinamakan surah Saba (perihal penduduk Saba), kerana kisah mereka ada disebutkan pada ayat-ayat 15 hingga 21. Pada awal surah ini, Allah menegaskan bahawa segala puji bagi-Nya kerana Dialah yang menciptakan dan menguasai seluruh alam, dan Dialah yang maha melimpah nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada sekalian makhluk-Nya di alam kehidupan ini, dan yang maha melimpah nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada orang-orang beriman pada hari akhirat.

Setelah menolak fahaman kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad s.a.w dan yang tidak percayakan kedatangan hari kiamat, dan setelah menerangkan keistimewaan-keistimewaan yang telah diberikan kepada nabi-nabi yang telah lalu, maka Allah s.w.t memberi amaran kepada golongan musyrik itu, sekiranya mereka masih berdegil dengan kekufuran, maka mereka akan dibinasakan sebagaimana penduduk negeri Saba yang telah dibinasakan kerana mereka kufur ingkar.

Kemudian Allah s.w.t menujukan firman-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan bahawa baginda adalah diutus kepada umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar.

Sebagai penutup, digambarkan keadaan orang-orang yang bersalah pada hari kiamat. Mereka kelihatan cemas takut dan gerun gementar apabila menyaksikan azab seksa yang disediakan untuk mereka. Semasa mereka diseret untuk menerima balasan, mereka berkata: “Sekarang kami beriman…” tetapi pengakuan mereka yang demikian tidak ada gunanya kerana tempat beriman ialah di dunia, sedang mereka telah terpisah dari dunia dan tidak mungkin kembali lagi.

Dalam surah tersebut dijelaskan bahawa negeri Saba dikurniai Allah s.w.t dengan kemewahan, dengan tanah yang subur sehingga penduduknya hidup dengan aman makmur. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “… (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.” (Surah Saba: 15).

Namun, kerana ingkar kepada Allah s.w.t, penduduk Saba ditimpa azab berupa banjir besar yang menghancurkan negeri mereka. Kisah pengingkaran kaum Saba dan turunnya azab Allah s.w.t ini terjadi setelah Ratu Balqis mengikuti agama Nabi Sulaiman a.s.

Sebuah hadis sahih daripada Ibnu Abbas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya seseorang, yang bermaksuid: “Apakah Saba itu nama negeri atau nama seseorang?” Nabi menjawab, “Dia adalah manusia beranak sepuluh. Enam tinggal di Yaman dan empat di Syam. Yang di Yaman ialah Mudzhij, Kindah, Alazad, Asa’ariyum, Anmar dan Himyar. Yang di Syam adalah Lakham, Judzam, Amilah dan Ghassan.”

Nenek moyang mereka dikatakan berasal daripada kabilah-kabilah Arab Yaman. Asal kediaman mereka bernama Saba, kemudian menjadi nama negeri atau kerajaan dengan ibu kota Maarib.

Kerajaan Saba pernah dipimpin oleh seorang Ratu yang bernama Balqis. Kepimpinan Balqis menunjukkan bahawa seorang wanita boleh terlibat dan berperanan dalam mengelola pemerintahan. Balqis termasuk seorang Ratu yang bijaksana, suka berunding dan berdamai. Negeri Saba yang dipimpinnya disebut di dalam al-Quran sebagai negeri yang baik dengan Tuhan Yang Maha Pengampun (Surah Saba: 15), kerana Allah s.w.t telah mengurniai tanah Saba dengan lading-ladang yang amat subur.

Allah s.w.t melimpahkan rezeki-Nya kepada penduduk Saba dengan memberi mereka dua kumpulan kebun yang luas lagi amat subur. Namun kerana mereka tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan, Allah s.w.t menggantikan pohon-pohon di kebun itu dengan pohon yang berbuah pahit, iaitu pohon Asl dan Sidr. Asl adalah pohon yang berakar kuat sehingga sukar dicabut. Adapun pohon Sidr adalah pohon yang tidak mengenyangkan untuk dimakan.

Kisah negeri Saba dengan penduduknya merupakan petunjuk, pengajaran dan tanda akan nyatanya kekuasaan Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya: “… Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka…” (Surah Saba: 15).

Nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t tidak mereka syukuri, bahkan mereka menganiaya diri mereka sendiri dengan mengingkari seruan Allah s.w.t sehingga mereka diazab Allah s.w.t. Azab berupa banjir dan pohon berbuah pahit menjadi pengajaran berharga bagi kaum Saba.Nabi



Demi Masa

31hb Januari 2012

Sesungguh nya benarlah seperti yang dikata dalam ayat-ayat Allah SWT 
dalam surah ke-103: Al- 'Asr

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

 Rasanya baru saja menyambut tahun baru 2012...tetapi tengok tarikh hari ni..
sudah SEBULAN berlalu dalam tahun baru ini!


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadinya  kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

Gambar Belangkas