Bermulanya langkah PAG.. Rakaman Season 1 secara amatur.
By 3AJ STUDIOS & ENTERTAINMENT - (SEMUA RAKAMAN AUDIO DAN VISUAL ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA!)
Rakaman pertama ini dengan hanya menggunakan kamera jenis kompak,kami dapat merakamkan satu suara berbisik ketika kru PAG sedang kepenatan mendaki.
Episod ini ketika kami berada di Kampung Juaseh N9.Rumah pusaka yang dikatakan pernah dilihat kelibat perempuan berambut panjang berbaju putih yang berkeliaran mengelilingi rumah terbabit dan ghaib oleh penduduk setempat.Kru tidak berkesempatan untuk membuat kajian pada waktu malam diatas gangguan teknikal.
Episod 3 ini kru PAG dapat merakam kelibat POCONG sedang melompat di bahagian sisi cermin kereta kru.Kami percaya dengan mata kasar manusia tidak mampu melihat entiti ghaib yang ada disekeliling kita tetapi ia dapat dirakamkan melalui cermin mahupun alat-alat elektronik paranormal.
Kisah ruangan pejabat kosong ini pernah menjadi bualan mulut para staf `cleaner`.Mereka pernah ternampak beberapa kelibat,bunyi tapak kaki orang berjalan,suara kanak-kanak sedang bergurau dan teguran.Dalam episod ini juga Kru PAG dapat merakamkan suara budak ketika kru sedang menunggu lif.
Dahulunya hutan lipur ini amat dikenali dengan kisah-kisah seramnya.Ada yang menyatakan ia tempat buangnya jin-jin yang jahat.Dengan itu kru PAG cuba merungkai apakah yang tersirat disebalik kisah-kisah mistik itu.adakah ianya benar atau sebaliknya.
Bengkel - Kru PAG terpanggil untuk menyiasat kawasan bengkel yang dikatakan telah terkena gangguan mahluk halus.Setelah diteliti,kru PAG terpandang dibahagian atas bangunan terbabit.Mungkinkah itu penyebabnya??Jom saksikan video ini..episod yang benar-benar mencabar ketika seorang kru PAG disentap kebelakang.
Rumah pusaka - Salah seorang Fan Page FB menjemput PAG ke salah sebuah rumah di pinggir bandar yang telah lama ditinggalkan.Kisah rumah yang bersaka HARIMAU terbabit yang disajikan kepada kami membuatkan kami benar2 teruja untuk membuat kajian.Dalam rakaman ini kru PAG dapat merakamkan suara dengusan yang kuat di sekitar rumah tersebut dan didengari oleh semua kru.Kejadian aneh juga berlaku apabila kesemua bateri habis dlm beberapa minit.
Jelajah selatan tanah air kru PAG-KL & PAG-JB berkesempatan untuk membuat rakaman di sebuah banglo.Ada juga yang menyatakan banglo tersebut adalah Villa Nabila yang penuh misteri.Tanpa kesahihan yang benar dan tepat,kru PAG hanya menggelarnya sebagai Misteri Villa Pohon Ara oleh kerana villa tersebut telah ditutupi sepenuhnya dengan akar-akar pohon ara.PAG memohon maaf diatas visual yang kurang memuaskan akibat kerosakkan infra merah.
Episod terakhir penutup bagi season 1,PAG-KL bersama kru PAG-JB pergi ke sebuah kuaters lama yang dikisahkan tidak dapat diruntuhkan.Pelbagai pihak dan kontraktor telah dilantik untuk meratakan kawasan terbabit namun gagal.Kawasan terbabit dahulunya kawasan kubur askar Jepun.
Melangkah lebih jauh dengan Season 2.Episod pertama ini benar-benar mengejutkan para kru
kerana kami meninggalkan kru-kru keseorangan disetiap `hot spot` yang dipilih.Berlaku satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang kru telah diganggu oleh mahluk yang kurang senang dengan kehadiran kami.Jom saksikan video ini..
PAG bersama Rahmat Mohktar (EXPAR) & Mazidul Akmal Sidik (666) ketika membuat tinjauan di Highland Tower.
Tinjauan kedua bersama Mazidul Akmal Sidik & Ntv 7 membuat liputan tentang fenomena paranormal di Highland Tower.
Episod 3 sejarah Hospital Lady Templer di Cheras..Kajian dilakukan bersama Kru 666 dan Expar banyak membantu.Video rakaman penuh tidak dapat disiarkan akibat kesilapan teknikal di Youtube.