Saturday, November 26, 2011

Johan raja lawak akan di saman oleh Ogy Ahmad Daud kerana menghinanya !

pic credit to MKstreet
Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak, pasangannya sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 kerana mengaibkannya. Ini ialah berkenaan cara lawak Johan sewaktu mengacarakan festival itu yang menggunakan Fauziah sebagai bahan lawak dalam nada persendaan: 
Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-

 Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya. Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
  
Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat. Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya. Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
  
Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati. Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu. Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru. Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

sumber: beautifulnara.com

p/s: ini lah akibat nya tak berfikir sebelum buat sesuatu, bukan semua orang boleh terima gurauan..





APA ADA PADA NOMBOR?

 9X9XX99

 9XX9XX9

9XXXXX9

KOLEKSI WANG KERTAS RM50 TANDATANGAN ZETI AZIZ DENGAN ANGKA AWALAN '9' DAN AKHIRAN '9'.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Mak Su

Ajal maut semua adalah kuasa Allah SWT.  Selasa malam, kami mendapat berita Mak Su koma. Telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.  Khabarnya Mak Su jatuh di tangga 2-3 hari sebelum itu.. selepas itu mak Su mengadu pening dan sakit tengkuk... apabila Pak Su nak bawa Mak Su ke klinik, tiba-tiba tengok Mak Su sudah tersungkur ke lantai.. terus di bawa ke hospital.. dan koma.
Doktor memberitahu, otak Mak Su sudah dipenuhi darah, bengkak..mungkin kerana tekanan darah terlampau tinggi sehingga saluran darah pecah. Itu yang menyebabkan Mak Su koma.... Doktor sudah beritahu tiada apa yang boleh dibuat waktu itu kerana tidak boleh buat operasi kerana otak sudah bengkak dan dipenuhi darah... .
Jam 4:15pagi Khamis, handphone saya berbunyi ..menandakan masuk satu mesej. Hati saya sudah berdebar-debar..bila mesej dibuka, betullah berita yang saya agak ...Innalillahiwainnailaihiraajiun...
Dari Allah kita datang dan kepada Allah sahaja lah kita kembali..
Kami lantas bersiap dan selepas solat Subuh kami bertolak ke Kedah.. dalam jam 12 tghr kami sudah sampai ke rumah Mak Su...kelihatan sudah ramai orang memenuhi rumah Mak Su.. kami lantas bersalam dgn saudara-mara yang ada... rupanya jenazah sedang dimandikan... elok sahaja masuk Zohor, jenazah sudah berada di mesjid berdekatan..dan saya turut bersolat jenazah ..selepas itu jenazah di bawa ke Mesjid Al-Bukhari dan dikebumikan di kawasan perkuburan Mesjid Al-Bukhari..

Al-Fatihah buat roh MakSu, semoga roh Mak Su di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh...
Arwah Mak Su adalah adik bongsu abah saya..abah saya sudah berumur 88 tahun ,, tiada siapa menduga takdir Allah bahawa Mak Su yang akan terlebih dahulu dijemput Allah SWT..kerana itulah kita selalu diingatkan agar sentiasa mengingati kematian, kerana itu akan sentiasa mendekatkan kita kepada Allah SWT...



Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

 
Abu Sa'id r.a

(sumber: e-hadith JAKIM)

Thursday, November 24, 2011

50 Sen 1994 Mempunyai Gambar Bunga Raya Yang Berbeza

Ada siapa tahu kenapa antara 2 syiling ni nampak berbeza?

50 Sen 1997 - Extra Metal

Coin 50 sen 1997 terdapat lebihan besi seperti 'dot' terlekat bahagian bawah angka '0'.

Duit Yasin 7 Yang Menjadi Buruan.


Inilah gambar duit Yasin 7 yang sering dicari oleh peminat tertentu untuk tujuan tertentu. Berapa kepingkah yang seumpamanya dijumpai? Sebenarnya gambar ini diberikan oleh seorang kawan kepada aku. Tetapi selepas diteliti, ianya diambil dari blog rakan kita, iaitu Karimon.

Sumber : Karimon Wordpress.

Gambar Belangkas