Saturday, November 19, 2011

Duit Yasin 1 Khaidir


Diperbuat daripada tembaga dengan tulisan nama 4 khalifah dan keris bersilang.

Zahiril Adzim sah bergelar suami..



credit : sultanmuzaffar


Dengan sekali lafaz Zahiril Adzim sah bergelar suami kepada Syera Aiyob. Tahniah....


sumber: sultanmuzaffar 





50 SEN 2011 ERROR COIN


Sebenarnya aku bukanlah minat sangat Error Coin ni, tapi dah terjumpa, aku simpan saja. Apa error pun aku tak tahu, cuma aku tengok agak berlainan dari yang biasa aku guna seharian. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh beri komen jenis error ini.
SOLD

Cuti Sekolah dan Ihtifal

Hari ini bermulalah cuti persekolahan akhir tahun bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah (kecuali mereka yang sedang menduduki SPM) 
Rumah kembali riuh dengan suara anak-anak... dan hari ini juga pagi tadi diadakan Hari Ihtifal atau Hari Kecemerlangan sekolah bagi SRI Hira' di Klang...
Alhamdulillah anak bungsu ku Hana' telah mendapat hadiah kerana mendapat tempat kedua dalam kelas dan cemerlang matapelajaran 9A..

Tahniah Hana...teruskan berusaha ..
semoga terus cemerlang dalam dihidupmu dunia dan akhirat...Ameen.

Friday, November 18, 2011

Spesis Terancam 2005 - Burung ( Merpati Emas )



Berdiri dalam seluar dalam pun boleh cipta rekod dunia !


Hoho... ini seluar bukan sebarangan yer, seluar dalam gergasi lagi !  bukan-bukan keje dorang ni kan, janji dapat cipta rekod dunia kekdahnya.. tak bleh blah kaler pink tuuuu huhu... sogar mate den pepagi nih.


LONDON – Seramai 57 orang berjaya mencipta rekod dunia apabila mereka berdiri di dalam sehelai seluar dalam gergasi yang berukuran 5 meter x 1.5 meter di daerah Canary Wharf, London kelmarin. Mereka memperoleh sijil Guinness World Records selepas berjaya melakukan aksi itu.


sumber : harian metro online



p/s  : gergasi nak pkai ape ?!




UPSR Zubair

Semalam hari Khamis dengan rasminya keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan.  Alhamdulillah bagi anak ketujuh saya, Zubair beliau telah memperolehi 2A 3B.  SYUKUR.  Saya katakan kepada Zubair..ALhamdulillah...sekurang-kurangnya dia ada memperolehi 2A.  Sebenarnya saya tidak mengharap sangat agar beliau mendapat keputusan yang cemerlang, kerana seperti yang saya telah entri sebelum ini, Zubair telah mengalami kemalangan jalanraya pada awal tahun ini. Kemalangan itu agak serius kerana telah melibatkan luka di kepala beliau. Mengambil masa juga untuk memulihkan ingatan Zubair kepada sediakala. 
Namun dalam pelajaran saya tidak memaksa beliau untuk belajar sepanjang masa sehingga boleh membuat beliau stress.  Selepas kemalangan tersebut, apabila saya cuba memaksa beliau belajar dengan mengingati pelbagai perkara, beliau selalu berkata.. "penat lah ummi.. Adek tak boleh fikir banyak-banyak, kepala adek pening" ..Beliau membahasakan dirinya adek, walaupun telah mempunyai seorang adik... ini kerana jarak masa yang jauh di antara beliau dengan adik nya...Oleh itu, saya tidak akan memaksa beliau untuk belajar pelbagai perkara dalam satu masa...
Tambahan lagi, beliau telah pun mendapat tawaran dari Mahaad Tahfiz Al-Quran Hira' untuk tahun hadapan. Mudah-mudahan Zubair akan menjadi seorang hafiz mengikuti jejak langkah abang-abang beliau Ammar  dan Mu'adz...
Ameen.

Gambar Belangkas