Semalam hari Khamis dengan rasminya keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah bagi anak ketujuh saya, Zubair beliau telah memperolehi 2A 3B. SYUKUR. Saya katakan kepada Zubair..ALhamdulillah...sekurang-kurangnya dia ada memperolehi 2A. Sebenarnya saya tidak mengharap sangat agar beliau mendapat keputusan yang cemerlang, kerana seperti yang saya telah entri sebelum ini, Zubair telah mengalami kemalangan jalanraya pada awal tahun ini. Kemalangan itu agak serius kerana telah melibatkan luka di kepala beliau. Mengambil masa juga untuk memulihkan ingatan Zubair kepada sediakala.
Namun dalam pelajaran saya tidak memaksa beliau untuk belajar sepanjang masa sehingga boleh membuat beliau stress. Selepas kemalangan tersebut, apabila saya cuba memaksa beliau belajar dengan mengingati pelbagai perkara, beliau selalu berkata.. "penat lah ummi.. Adek tak boleh fikir banyak-banyak, kepala adek pening" ..Beliau membahasakan dirinya adek, walaupun telah mempunyai seorang adik... ini kerana jarak masa yang jauh di antara beliau dengan adik nya...Oleh itu, saya tidak akan memaksa beliau untuk belajar pelbagai perkara dalam satu masa...
Tambahan lagi, beliau telah pun mendapat tawaran dari Mahaad Tahfiz Al-Quran Hira' untuk tahun hadapan. Mudah-mudahan Zubair akan menjadi seorang hafiz mengikuti jejak langkah abang-abang beliau Ammar dan Mu'adz...
Ameen.