Monday, November 7, 2011

Bertunang

Alhamdulilah..hari ini mencatat sejarah dalam keluarga ayah bonda ku... kerana cucu mereka yang pertama bertemu jodoh dan  bertunang..mudah-mudahan berkekalan sehingga mendirikan rumahtangga dan seterusnya melayari bahtera hidup bersama sehingga ke anak cucu ... Semoga hidup kalian di Berkati dan di Rahmati Allah SWT.....
Syukur ALhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar ...

Betulkah Syiling 10 sen 1972 wujud?

 Gambar syiling 10 sen 1972.

Dakwaan kononya Syiling 10sen 1972 ini akan mengeluarkan warna seperti darah apabila diperahkan limau ke atasnya.

Aku tak ada pengalaman dan tak mahu komen tentang perkara ini. Terpulang kepada pembaca sekelian untuk membuat penilaian berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepercayaan sendiri.

Saturday, November 5, 2011

MISTERI HOSPITAL TINGGAL

Kali ini kru PAG bersama kru PF ingin membawa anda ke sebuah hospital lama.(Lokasi Rahsia).Boleh dikatakan masih banyak struktur bangunan hospital zaman jajahan British ini masih utuh dan belum dirobohkan lagi.Apa yang ingin kami kongsikan bersama adalah keadaan dan suasana sebenar keadaan hospital tersebut pada waktu malam.Ada juga cerita cerita orang tempatan yang mengatakan tempat itu berhantu dan banyak kali kelihatan kelibat kelibat lembaga.Jadi untuk mensahihkan kisah bualan mulut orang itu,kru PAG dan PF pergi melakukan siasatan..

Sedikit gambar yang di ambil di lokasi sebenar..
 Kru PAG bersama 2 penduduk tempatan (guider).
 Lorong gelap yang menyeramkan.
 Keadaan sisi pejabat kakitangan hospital yang sudah lusuh.
 Lokasi yang tidak di ketahui.Menyerupai pintu,tapi sebenarnya tidak.
 Az PAG bersama Tengku Ash
 Tengku AJ bersama Tengku Ash
 Atoi bersama Az PAG
 Blok hospital yang jauh di mamah usia.
 Sampel darah di bilik PATOLOGY (Wad Bedah Mayat).

 Tengku Ash bersama Boy 666.
 Kru sedang mendengar taklimat dari Abang Mazidul Akmal Sidik (Pengasas 666).
 Boy dan Abang Razali sedang `setup` IR Motion Sensor.
IR CCTV PAG diletakkan dihadapan pintu bilik mandi jenazah.

Selamat menonton

Koleksi Lengkap Syiling dari Tahun 1967 - 1970


1 sen 1967 aku rasa macam tak jelas saja, silap letak yang kurang baik. 1 sen 1970 yang paling mahal dalam koleksi ni walau pun 50 sen 1969 juga agak payah nak ditemui, begitu juga dengan 20 sen 1970 yang jarang dijumpai sekarang ini. Cuba anda cari berapa harga 1 sen 1968.

1 sen 1969, 5 sen 1969, 5 sen 1970, 10 sen 1969, 10 sen 1970 dan 50 sen 1970 tiada pengeluaran.

Friday, November 4, 2011

Menjawap Penafian Kewujudan Tuhan

Tajuk : God? (Bahasa Melayu)
Terbitan : Bushwackk Penterjemah : Fr33DoMFighT3Rz

Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul satu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Dokumentari yang diproduksikan oleh Bushwackk, iaitu produksi sama yang telah menghasilkan dokumentari Solomon's Temple sebelum ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.

Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah :
  1. Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
  2. Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
  3. Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
  4. Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
  5. Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini
Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita.













Gambar Belangkas