Saturday, November 5, 2011

Koleksi Lengkap Syiling dari Tahun 1967 - 1970


1 sen 1967 aku rasa macam tak jelas saja, silap letak yang kurang baik. 1 sen 1970 yang paling mahal dalam koleksi ni walau pun 50 sen 1969 juga agak payah nak ditemui, begitu juga dengan 20 sen 1970 yang jarang dijumpai sekarang ini. Cuba anda cari berapa harga 1 sen 1968.

1 sen 1969, 5 sen 1969, 5 sen 1970, 10 sen 1969, 10 sen 1970 dan 50 sen 1970 tiada pengeluaran.

Friday, November 4, 2011

Menjawap Penafian Kewujudan Tuhan

Tajuk : God? (Bahasa Melayu)
Terbitan : Bushwackk Penterjemah : Fr33DoMFighT3Rz

Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul satu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Dokumentari yang diproduksikan oleh Bushwackk, iaitu produksi sama yang telah menghasilkan dokumentari Solomon's Temple sebelum ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.

Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah :
  1. Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
  2. Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
  3. Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
  4. Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
  5. Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini
Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita.













Hari Raya AidilAdha & Hari Raya Korban

Assalamu'alaikum semua pembaca PMA ...Sabtu 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zulhijjah , waktu ini semua jemaah haji sedang berkumpul di Arafah ...dan kemudian mereka akan bergerak ke Mina untuk melakukan jamrah..
Semasa di Arafah, itulah waktu yang paling afdhal dan mustajab untuk berdoa.  Namun bagi umat Islam yang lain yang tidak mengerjakan haji,...kita boleh  mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mengambil waktu yang sangat baik ini untuk sama-sama berdoa ke Hadrat Allah SWT ...
Tahun ini, kami mengambil keputusan untuk bersolat Hari Raya di Shah Alam terlebih dahulu... anak-anak sudah besar bujang semua mahu bersolat di Shah Alam bersama rakan2 di sini... selepas korban baru lah kami akan bertolak ke kampung di Johor. kerana anak saudara saya akan bertunang pada Hari Raya kedua pula ...Alhamdulillah Faizah adalah cucu pertama atok dan Wan untuk bertunang dan seterusnya berkahwin..InsyaAllah semoga panjang jodoh mereka...

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ATAU HARI RAYA KORBAN...


What's your kitchen style?

I like my kitchens clean lined, and light  with lots of storage.  Medium to dark wood tones  make me fell heavy and closed in.  It's a personal preference and that usually  gets left behind when you are designing for a client.   In my locale there is a strong trend toward darker kitchens with the richness of wood showing through.

Photography: Brian Ricks
 
  Sometimes there are factors that negate the cave feeling I often get from dark wood cabinets. In a recent job this sleek modern kitchen design won me over.The client had very definite ideas about the overall look of everything so my job was to tweak the colours and problem solve space and placement. The cabinets couldn't extend all the way across because the depth beside the window was only about 10 inches.  Open shelving for glasses was the solution. 

 
Photography Brian Ricks
 
The second problem was storage because there weren't many upper cabinets. This  was solved by making the peninsula wider to include lower cabinets  facing the bar stools and drawers on the opposite side. The openness of the space around the peninsula makes a great gathering space when there's company.
 
 
 Photography: Margaret Ryall

 
I love this back splash tile. It is difficult to see but it is three dimensional with an alternating wave pattern between the squares. The tile and exhaust fan run to the ceiling for a seamless look. The tile also extends across the top of the cabinets to finish the look.  
 
Breaking the line of deep upper cabinets with 12 in ones by the exhaust fan added variety to the space.   The pulls varied in length with  depending on door size.  The 12 in. upper cabinets needed knobs because long bars bumped when the doors opened. So many things to think about!
 Photography : Margaret Ryall
 
A highlight of the kitchen detailing is the stainless steel counter beside the cooktop. The colours in the backsplash tile are a blend of the tones in the granite on the peninsula which serves to connect the two spaces.

Thursday, November 3, 2011

Recent Post dengan Thumbnail

Widget ini akan memaparkan artikel artikel yang ada pada blog kita.Seakan akan sama dengan tutorial sebelum ini iatu cara pasang animated recent post cuma yang membezakannya ialah ia tidak bergerak.


Cara memasangnya:
1.Masuk ke Dashboard
2.Pilih Layout
3.Add a gadget



4.HTML/Javascript

Masukkan kod berikut:
<script language="JavaScript">
imgr = new Array();
imgr[0] = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiahwc8qaLiESue7DPnPXPPM4oZ8nWMmfKzjKHaYqNalDBCzc_h1ek6iLLB9DkisLVzXY7dL6F_yQr03lLVI6PCxMjeCJUBgJdiuuTbX0_SrJ17pGBnaSHjyrDVW2MmuyVcNeBdbCfw1zJZ/s1600/No-Image.gif";
imgr[1] = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiahwc8qaLiESue7DPnPXPPM4oZ8nWMmfKzjKHaYqNalDBCzc_h1ek6iLLB9DkisLVzXY7dL6F_yQr03lLVI6PCxMjeCJUBgJdiuuTbX0_SrJ17pGBnaSHjyrDVW2MmuyVcNeBdbCfw1zJZ/s1600/No-Image.gif";
imgr[2] = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiahwc8qaLiESue7DPnPXPPM4oZ8nWMmfKzjKHaYqNalDBCzc_h1ek6iLLB9DkisLVzXY7dL6F_yQr03lLVI6PCxMjeCJUBgJdiuuTbX0_SrJ17pGBnaSHjyrDVW2MmuyVcNeBdbCfw1zJZ/s1600/No-Image.gif";
imgr[3] = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiahwc8qaLiESue7DPnPXPPM4oZ8nWMmfKzjKHaYqNalDBCzc_h1ek6iLLB9DkisLVzXY7dL6F_yQr03lLVI6PCxMjeCJUBgJdiuuTbX0_SrJ17pGBnaSHjyrDVW2MmuyVcNeBdbCfw1zJZ/s1600/No-Image.gif";
imgr[4] = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiahwc8qaLiESue7DPnPXPPM4oZ8nWMmfKzjKHaYqNalDBCzc_h1ek6iLLB9DkisLVzXY7dL6F_yQr03lLVI6PCxMjeCJUBgJdiuuTbX0_SrJ17pGBnaSHjyrDVW2MmuyVcNeBdbCfw1zJZ/s1600/No-Image.gif";
showRandomImg = true;
boxwidth = 245;
cellspacing = 8;
borderColor = "#ffffff";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 42;
thumbheight = 42;
fntsize = 10;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "Komen";
showPostDate = true;
summaryPost = 100;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 10;
home_page = "http://teknikbuatblog.blogspot.com/";
</script>
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/recentpost.js" type="text/javascript"></script>

5.Tukarkan teks berwarna merah dengan alamat blog anda dan teks biru kepada bilangan post yang hendak dipaparkan.
6.Kemudian klik pada save.

update 8/5/2013

6) Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort



Entri Tahun Melawat Perak 2012
10 Ikon Pelancongan Perak

1. Taman Rekreasi Air Panas, Sg Klah
2. Taman Herba Negeri Perak
3. Taman Negeri Royal Belum
4. Gua Tempurung
5. Zoo Taiping & Night Safari

Errr.... saje awok selitkan gambo anak daghe awok dengan sepupu die....
gambo ni sebenonye kat Bukit Merah....
sebelom nak ke Pulau Orang Utan tu lee...

Awok sambong lagi entri Tahun Melawat Perak 2012 awok ni...
macam kome tau entri2 awei (awal) ni semuenye berkaitan dengan 10 Ikon Pelancongan Perak....
dan bile entri yang bersifat informasi ni...
awok ambik direct daghi (dari) brosur yang ade kat awok...
makenye bahase nye awok takkan edit sikit pun....

Untok entri kali ni ....
awok tumpu pade Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort.....
yang terletak di Bukit Merah, Gunung Semanggol...

Pulau orang utan ini berkeluasan kira-kira 14 hektar,merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Pulau ini berada di dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort dan hanya 5 ekar digunakan untuk tujuan pemuliharaan, pembiakan dan tempat perlindungan di mana orang utan bebas berkeliaran.

Banyak terdapat di Malaysia dan Indonesia,orang utan ini adalah spesies beruk terancam dan akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.
Untuk ke Pulau Orang Utan,masa yang diambil hanya 10 minit dengan menggunakan feri khas dari Bukit Merah.
Pulau ini menempatkan bayi orang utan yang dapat dilihat tidur dalam buaian,memeluk anak patung dan memakai lampin pakai buang serta diawasi oleh pasukan perubatan khas.

Bagi orang utan dewasa yang membina tempat tinggal di luar kawasan lindungan,pengunjung dapat melihat spesies ini melalui laluan 100-meter yang bertutup yang dibina khas.
Taman ini dibuka bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Perkhidmatan feri yang disediakan pula akan berangkat setiap setengah jam pada hujung minggu dan 45 minit pada hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

a) Bukit Merah Laketown Resort,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak

Tel: +605-8908888
Fax: +605-8908000
E-mel : sales@bmlaketown.com.my
Website: www.bukitmerahresort.com.my

RM1 ALI ABUL HASSAN SULAIMAN.


      RM1 ALI ABUL HASSAN MEMPUNYAI BERBAGAI CERITA.
1. Tandatangan oleh "AISHAH" iaitu Cik Puan Aishah yang menjadi Permaisuri Agong dulu, hanya ada beberapa keping sahaja di Malaysia .
2. Kononnya duit dari alam ghaib di mana gabenornya adalah "AISHAH", telah terlepas ke alam nyata. Hanya ada beberapa keping sahaja di alam nyata ini.
3.Kononnya juga duit anugerah dari Raja Alam Ghaib kepada seseorang di alam nyata. Duit ini jika dipersembahkan semula kepada Raja Alam Ghaib dengan selengkapnya, iaitu RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 ini, bakal diganjarkan dengan nilai jutaan ringgit dari alam sana.

Pengalamanku
1. Aku pernah didatangi oleh seseorang yang menginginkan duit ini. Aku kata ada tapi harganya mahal. Beliau memberitahu telah mencari seluruh negara dengan beberapa ahli kumpulannya yang berada di utara,
selatan, tengah dan timur semenanjung tetapi tidak berjumpa. Beliau cukup seronok bila melihat duit ini memang wujud, dan mengajak aku join kumpulannya. Aku menolak dengan baik kerana aku hanyalah collector, aku ingin menjual duit ni dengan harga RM 2222.22.

Kemudian beliau menelefon rakan-rakannya memberitahu hal tersebut dan mula membuat perbincangan. Dalam pada itu aku bertanya untuk apa duit ini, katanya untuk pelengkap duit sign aishah bagi dipersembahkan ke alam sana. Selepas perbincangan beliau setuju untuk bayar RM1007.77. Aku terima bayarannya dan serahkan duit tersebut kepadanya.  Semua harga makanan yang kami makan di restoran tersebut beliau bayar dengan gembiranya.

2. Aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yang menyuruh aku ke suatu tempat di Jerantut, Pahang. Ada orang perlukan duit tersebut. Kerana rasa ingin tahu aku memandu keseorangan ke sana. Sampai tempat yang dijanjikan aku telefon balik individu tersebut. Katanya dia tak dapat datang, aku disuruh tunggu sekejap ada orang akan ambil .Kemudian sampai seorang pemuda,selepas bersalaman aku membuat beberapa pertanyaan dalam loghat kelantan kerana aku tahu ramai orang jerantut berasal dari kelantan. Ternyata pemuda ini pun bercakap dalam loghat kelantan juga. Selepas aku yakin dengan kejujuran dia, aku ikut dia memasuki satu kampung di Jerantut. Sampai di satu rumah sudah ada beberapa orang yang sedia menunggu.

Selepas memberi salam, aku masuk dan bersalaman dengan mereka. Kemudian aku diminta masuk ke satu bilik. Dalam bilik tersebut aku dapati ada seorang lelaki pertengahan umur sedang duduk atas sejadah, berpakainan serba putih memakai serban putih. Aku memberi salam, bersalaman dan duduk berhadapan dengan beliau. Aku memberitahu ada seseorang yang minta aku ke situ, tapi aku kecewa kerana dia tak hadir bersama. Sambil mata aku melilau melihat sekeliling yang dipenuhi barang antik, barang mistik serta beberapa buah2an dan tumbuh2an yang agak luar biasa.

Dia mula bercerita, yang perlukan duit ini adalah orang dari alam ghaib, dia minta aku bersama beliau untuk memasuki alam sana dan membuat pertukaran. Tapi bukan sekarang kerana dia perlu menghubungi orang sana dan memberitahu nama individu menyimpan duit ni . Jika persetujuan telah dicapai baru kami akan datang ke sana. Aku cuba tanya di mana, macam mana nak masuk ke sana.
Beliau memberitahu tempatnya di sebuah gunung di negeri pahang, pergi dengan kereta, tinggalkan di satu tempat, berjalan kaki ke kawasan tersebut. Sejenis minyak akan disapukan ke kelopak mata atau kening, bila saja mata dibuka kita telah sampai ke alam bunian. Jika kita dah berjanji untuk minta pertukaran wang, kita jangan tergoda dengan benda2 lain yang terdapat di alam sana. Katanya terdapat bermacam2 benda di alam sana  yang boleh menyebabkan kita tergoda. Aku anggukkan kepala tanda faham apa cerita beliau.
Dalam kepala aku terfikir, macam mana jika aku masuk hanya satu hari tetapi sebenarnya dalam alam nyata dah jadi satu bulan, kecoh tempat kerja aku.

Aku memberitahu, aku hanyalah pengumpul duit sebegini, aku mahu urusan yang cepat dan pantas, jika urusan yang hendak dibuat agak lama, aku keberatan. Yang paling pantas adalah aku jual saja duit ni dengan harga tertentu dan aku terus boleh balik. Aku memberitahu aku ada pekerjaan tetap, urusan sebegini adalah sambilan saja. Setelah berborak seketika, aku mohon maaf sebab tak dapat nak ikut apa dirancang oleh beliau.

Selepas keluar dari bilik beliau aku dapati di ruang tamu dah makin ramai orang. Aku duduk sekejap dan berbual2 dengan mereka dalam loghat kelantan. Mereka minta untuk melihat duit ini. Aku tunjukkan kepada mereka dengan nasihat jangan terkotor dan terlipat. Seorang demi seorang melihat dengan teliti dan berhati2.Ada juga yang ambil gambar pakai h/phone, antara mereka ada yang bercerita dalam berbagai versi tentang duit ni, aku diam saja sebab tak nak malukan mereka.

Selepas habis, mereka pulangkan duit dan aku mohon untuk balik, tiba-tiba ada antara mereka yang bagi cadangan untuk dibawa ke Kuala Lumpur sebab di sana ada orang yang boleh buat tukaran yang cepat dengan nilai ratusan ribu ringgit. Kemudian aku tanya beliau macam mana, berapa orang nak ikut, macam mana nak pergi. 

Katanya di KL ada orang tunggu, kita di sini kena tengok ada berapa orang. Kemudian aku beritahu, aku dah nilaikan duit ini RM1000, kalau sapa2 nak ikut kita sama2 keluar modal untuk bayar kepada aku nilai duit ini, kalau ada 4 orang maknanya termasuk aku jadi 5 orang. Bayar kepada aku RM800 dan RM200 lagi kira bahagian aku dan kita akan bersama ke sana. Kerana aku beritahu mereka kalau duit ini rosak atau tak dapat balik kita sama2 rugi, kalau untung sama-sama untung, aku tak sanggup kalau mereka hanya nak sediakan kenderaan saja sebab duit ni payah nak dapat.

Sebahagian daripada mereka setuju dengan pendapat aku, tapi mereka mulai telefon sana sini dan MMS gambar. Aku tunggu sebentar, selepas semuanya diam aku minta diri untuk balik dan berikan no tel jika ada apa2. Dalam kereta aku ketawa sendiri dengan pelbagai ragam kehidupan dan kepercayaan. Betullah ilmu dan pengetahuan, cara berfikir akan mempengaruhi corak kehidupan.

Sepanjang perjalanan balik ke Mentakab aku masih mendapat panggilan telefon dari beberapa orang yang masih berminat dengan duit ini. Akhirnya duit tersebut aku jual dengan harga RM450.00 condition fine++ sahaja kepada collector seperti aku.

Duit yang ada di sini adalah yang ke 4 aku pegang.

 

Gambar Belangkas