Monday, October 24, 2011

Kitaran Haid Tidak Teratur

Biasanya bagi wanita yang sudah baligh, kitaran haid biasanya berlaku sekali dalam sebulan. Namun, ada yang luar dari kitaran ini dan ia kurang normal, namun ramai yang mengalaminya.

Kitaran haid yang biasa digunakan oleh doctor ialah 28 hari, namun ia berbeza terhadap setiap individu, yang bervariasi dari 24 hingga 35 hari. Ianya turut berbeza setiap bulan terutamanya beberapa bulan selepas haid pertama.


 Kitaran haid adalah seperti berikut:
  1. Hari pertama: datang haid hari pertama. Sedikit atau banyak berbeza mengikut individu.
  2. Hari kelima – hari ketujuh: kelenjar pituari memerintahkan ovarium untuk melepaskan telur. Dinding uterus akan menebal sebagai persediaan sekiranya terdapat persenyawaan.
  3. Hari ke12- hari ke14: Telur yang sudah berkembang baik akan dilepaskan yang disebut proses ovulasi. Ia akan bergerak melalui tiub fallopio da ke uterus. Ketika ini jika ada persenyawaan, telur akan melekat di dinding uterus. Jika tidak, sel tersebut akan musnah, dan dalam masa dua minggu berikutnya, sel telur itu akan keluar dari uterus bersama-sama dinding uterus.

Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tekanan (stress), perubahan berat badan, pengambilan ubatan, dan juga perubahan hormon. Ada juga berpendapat pengambilan kalori dalam kehidupan seharian turut memberi kesan.

Tanda-tanda haid tidak teratur:
  1. kejang pada punggung dan otot terasa tegang
  2. payudara lebih berat
  3. sakit kepala
  4. adanya jerawat
  5. waktu tidur yang tidak normal
  6. perubahan atau gangguan pada mood
  7. ada bengkakan pada badan
Beberapa individu yang kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh pengeluaran banyak hormon androgen, yang meningkatkan penghasilan otot dan rambut pada badan.

Namun jika kitaran ini tidak teratur lebih dari tiga tahun, berjumpalah dengan doktor. Mungkin pil hormone atau pemeriksaan lain boleh dilakukan..


Sumber bacaan:
  1. sini 
  2. dan di sini

PAG bersama PF mencari suara ke 5 di Kuaters tinggal puncak bukit

Kali ini kru PAG bersama kru 666 pergi semula ke lokasi episod pertama yang dikatakan kedengarannya suara ke 5 di dalam klip tersebut.Di waktu itu kru PAG hanya 4 orang sahaja.Ketika rakaman dibuat,dengan secara tidak sengaja kamera kompak jenis Olympus Tengku AJ merekodkan suara kelima yang menyebut I KILL YOU sebanyak 2 kali.Setelah di kaji dan diteliti semula kru PAG berasa hairan kerana suara itu timbul di celah celah kemengahan 4 orang kru PAG.Inilah sejarah permulaannya keinginan 3 adik beradik menubuhkan dan memperkuatkan lagi nama PAGparanormal yang lebih dikenali kru Pengembaraan Alam Ghaib.Pencarian Entiti diteruskan episod demi episod sehingglah kami berkenalan dengan rakan-rakan paranormal yang lain.Terima kasih untuk mereka yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.


Sedikit gambar di lokasi..
Kru memulakan pendakian sekitar jam 12.05 malam.
Kru PF mendaki dengan penuh teliti keadaan sekeliling.
Kru berhenti sementara untuk mengambil gambar.
Suasana sebenar di waktu malam semasa pendakian.
Az PAG teruja dapat kembali semula ke lokasi lebih lebih lagi pada waktu malam.
Gadget terbaru PAG (Wireless 4 channel infrared cctv)
Semua tenang dan gembira setelah tiba di lokasi.
Pokok Mangga yang tidak diketahui usianya.

Kru kelihatan ceria..

Lorong kegelapan..


Tengku Ash tetap ceria walaupun keletihan.
Kru meletakkan barang-barang di kawasan lapang dan berhenti berehat untuk seketika.

Atoi bersiap sedia untuk melakukan tugas dengan menggunakan EVP with PARABOLIC.




Az PAG sedang menerangkan apa yang berlaku pada rakaman episod pertama PAG.
Az PAG terdengar sesuatu di celahan rimba..
Kru ke lokasi yang dikatakan keras lagi angker.
Beginilah rupa dan suasana sebuah kuaters tinggal di waktu malam.
Semak dan pokok pisang mengelilingi rumah tersebut hingga menyukarkan kru untuk memasukinya.
Beberapa Orbs berada di atas kepala kru.

Tutorial letak efek salji pada blog

Dalam tutorial sebelum ini saya telah muatkan artikel  berkenaan cara membuat simbol hati berguguran pada blog.Kali ini pula seakan akan sama juga iaitu meletakkan efek salji pada blog.
salji

Langkah langkah membuatnya:
1.Login ke dashboard --- page element

   untuk dashboard baru klik design---pilih layout

2.Add a gadget --- HTML/Javascript
3.Masukkan kod berikut padanya:

warna merah
<script type="text/javascript" src=" https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/saljimerah.js"></script>

warna biru
<script type="text/javascript" src=" https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/saljibiru.js"></script>

warna purple
<script type="text/javascript" src=" https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/saljipurple.js"></script>

warna hitam
<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/saljihitam.js"></script>


warna putih
<script type="text/javascript" src=" https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/saljiputih.js"></script>

4.Setelah berpuas hati klik pada save

Selamat mencuba …..  :)

update 8/5/2013

No Siri Cantik


Hanya no genap 4 & 6 shj.

Friday, October 21, 2011

Phd

1989 setelah tamat pengajian Master of Science dari sebuah universiti di USA, kami pulang ke tanahair..
Waktu itu TIDAK pernah terlintas langsung dalam fikiranku bahawa suatu hari  nanti aku akan bergelar seorang Dr. Bukan doktor perubatan, tetapi doktor falsafah, atau lebih dikenali sebagai Phd ..apa yang terkeluar dari mulut ku ketika itu, aku beritahu rakan2 satu batch, this is it.. enough studying!!! FULLSTOP!!  Saya TIDAK akan belajar lagi..saya mahu balik ke Malaysia dan terus bekerja...

namun SIAPA lah kita hendak menentukan takdir diri kita,?? Sebagai seorang hamba Allah yang percaya kepada qada dan qadar dan hanya Allah SWT yang Mengetahui apa yang sudah tertulis untuk diri kita di masa hadapan...
Ditakdir setalah puas mencari kerja, akhirnya aku memilih kerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, itu menjadi seorang pensyarah di salah sebuah unicersiti tempatan. Tahun demi tahun mengharungi kehidupan mencurahkan ilmu demi agama dan bangsa.. mendidik anak-anak agar terus mencari ilmu tanpa penat lelah...sentiasa bergelumang dengan buku, samada buku secara fizikal atau e-book...


Akhirnya dengan izin Allah jua...hatiku kembali terbuka untuk menyambung pelajaran di peringkat Phd.  Ia satu keputusan yang sangat sukar, walaupun tuntutan universiti memerlukan pensyarahnya sentiasa menaik-taraf diri sendiri...kerana waktu itu anak-anak sudah berjumlah 8 orang dan semuanya masih dalam peringkat umur yang sedang membesar dan memerlukan perhatian ku sebagai seorang ibu... pelbagai soalan bermain difikiran... dapatkah aku menumpukan perhatian kepada pelajaran? pada masa yang sama perlu juga memberi perhatian kpd anak2 ...dan suami juga?  Beberapa kali melakukan solat Istikharah... dan perbincangan demi perbincangan dengan suami di lakukan... maklum lah jika sudah mula belajar, maka besar kemungkinan ada kalanya perhatian ku kepada rumahtangga akan berkurangan..dan suami perlu pengorbanan besar ...
IA SUATU KEPUTUSAN YANG SUKAR..NAMUN AKHIRNYA  DENGAN TAKDIR ALLAH SWT, perjalanan Phd ku pun bermula..

Ia suatu perjalanan yang panjang...SANGATTT PANJANG! Saya tidak menjangkakannya begitu. Perancangan awal, pengajian ku mesti habis dalam linkungan 3-4 tahun sahaja, seperti lazimnya. Namun perancangan Allah lebih lagi...melepasi tahun 4, saya masih tidak dapat menghabiskan pengajian ku.. tamat tempoh cuti belajar, saya harus kembali bekerja. Lalu perjalanan semakin sukar, kerana pada masa yang sama, harus bekerja, menjaga rumahtangga, anak-anak ...
Emosi ku seperti roller-coaster....kadang-kala naik dan kadang-kala turun ... perjalanan semakin sukar...
2006 - suami mendapat tawaran bekerja di luar negara....ia satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh suami...ia kemuncak kerjayanya sebagai seorang jurutera... kami berbincang lagi, namun dapat kulihat suami begitu teruja dan gembira dengan tawaran tersebut..ia tidak datang selalu, akhirnya...aku merelakan dia pergi ..walaupun di dalam hati begitu berat sekali...hendak ikut sekali tidak mungkin. Pengajian ku belum habis, anak2 ramai yang masih bersekolah dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat universiti...2 tahun lamanya aku menghadapi kehidupan seorang diri di Malaysia ... suami hanya balik sekali dalam masa 4 bulan....jadi...pengajianku memang sukar sekali ... dengan tugas bekerja lagi..sememangnya pada masa itu dapat dikatakan sangat sedikit progres ..emosiku selalu berubah-rubah...malah boleh dikatakan berada pada tahap yang palinggg rendah! Waktu ini aku sudah rasa seperti sudah putus asa hendak meneruskan pengajian ku...malah sudah bagi hint kepada supervisor ku...mungkin aku tidak mahu lagi meneruskan pengajian ku... tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui...DIA telah memberikan kepadaku seorang supervisor yang sangat baik hati tetapi tegas dan konsisten... beliau katakan tak perlu putus asa, teruskan walaupun berdikit-dikit...
Selepas 2 tahun suami ku pulang ke Malaysia dan kembali bertugas di sini.. Syukur Alhamdulillah...lalu  dengan Izin Allah jua semangatku kembali pulih dan naik semula untuk meneruskan pengajian ku...
dan Alhamdulillah ..SYUKUR ....
Semalam 20hb oktober 2011 ..di upacara konvokesyen ke-75 di UiTM, Shah Alam...aku dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Falsafah Sains Komputer...
Syukur Alhamdulillah...
Ibuku, Hana anak bungsuku dan suami ...anak ke-2, Zaid sedang mengambil gambar ini..

Hanya 2 orang dari 8 orang anak ku yang dapat hadir sewaktu konvo... Zaid anak ke-2 dan Hana anak bungsu..bersama-sama ibu dan suami tersayang...yang lain masing-masing sedang berada di universiti dan sekolah asrama.
Namun Kak Long Asma', anak sulung ku tidak lupa mengirimkan bunga walaupun beliau berada beribu-ribu batu jauh nya di negara orang...

Bunga dan kad ucapan dari Kak Long...

Sangat terharu!

Spesis Terancam ( Harimau Dahan )



Gambar Belangkas