Wednesday, October 19, 2011

Ibu hamil anemia berisiko !

sumber: google
Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Mengapa ianya terjadi?
* Peningkatan dalam isipadu darah
* Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
* Penurunan kadar hemoglobin normal.

Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
* Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
* Kekurangan asid folat
* pendarahan gastrointestinal
* Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
* Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
* Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
* Jika anda mempunyai kehamilan berganda
* Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
* Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat

Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?

Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.
· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%)

Ibu hamil mungkin akan diberi:
* Suntikan Zat Besi (Imferon)
* Pemindahan darah
* selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
sumber: persatuan ibu-ibu comel mengandung ~fb
  p/s: hati ayam, kerang, jambu batu dan pegaga antara paling tinggi zat besi.



2. Taman Herba Negeri Perak






antaghe gambo2 menarik di Taman Herba Negeri Perak....

kakyong
said...

Tman Herba negeri perak tu kat mana ya...

huhuuuu, malu eh teman org Ipoh tp tak tau.. uhukk


Sebelom ni awok ade up kan entri pasei 10 ikon Pelancongan Perak.....
dan KakYong ade bertanyekan pade awok pasei Taman Herba Negeri Perak.....
Blogger
Sebagei menjawab soalan Kak Yong ....
ni awok ceghitekan (ceritakan) serba sedikit pasei (pasal) Taman Herba Negeri Perak ni ye...

Taman Herba Negeri Perak ni terletak di kawasan Kg Kepayang, Simpang Pulai......
kalo kome daghi (dari) Lebuhraya PLUS....
kome keluo susur Simpang Pulai.....
ke kighi (kiri) lepaih (lepas) daghi (dari) Pekan Kg Kepayang dan sebelom kome sampei ke Terminal Makanan Negara (TEMAN) Simpang Pulai....
kome akan jumpe lampu isyarat Simpang tiga (3) ......

ke kanan kome akan ke Batu Gajah (melalui Kellie's Castle).....
Taman Herba Negeri Perak ni terletak betoi2 di sebelah kanan kome tu je......
dekat sangat dengan jalan beso....
ok...ok...berbalik pade ceghite (cerita) Taman Herba Negeri Perak ni....

Taman Herba Negeri Perak ni luehnye (luasnya) 22 hektar......
kat sini kome name je ape jenih (jenis) herba kome ndak....
semue ade....
bile bercakap pasei herba ni....kompem le tumbuh2an yang menyehatkan badan kome dan jugak digunekan untok tujuan perubatan dan kosmetik........

Pade yang kaki pancing pun......
macam kome tengok kat ateh (atas) tu......
kome bulih le lepaih (lepas) kan geram kome kat sini.....
ikan fresh le katekan....... makan pulak herba je....
tapi bukan free ye......untok 3 jam kome kene bayo (bayar) RM10.00

dan lupe pulak awok nak kabo...... caj masok kesini untok dewase adalah RM2.00 ....
sementaghe (sementara) kanak2 pulak dikenekan RM1.00 ....
dan untok kome ndak makan...
kat luo (luar) (tepatnye dekat pintu masok) Taman Herba Negeri Perak ni ade gerai untok kome menjamu seleghe (selera).......

Tak pueh (puas) lagi???....
kome hubungi nombor kat bawah ni....
bercakap dengan Puan Mariam.......

Jabatan Pertanian Negeri Perak
Batu 1, Jalan Batu Gajah,
Kampung Kepayang,
31300 Batu Gajah,Perak

Tel : +605-3572290

Cara pasang butang share melayang

Butang share ini adalah seperti butang share yang lain yang mana kebiasaannya diletakkan dibawah atau pun diatas posting . Butang melayang ini  ikut bergerak jika kita melakukan scroll pada blog.Oleh kerana ia bergerak keberangkalian pengunjung untuk klik butang tersebut adalah lebih besar kerana lebih mudah untuk mencapainya .Mengandungi butang untuk google plus,facebook dan juga twitter.
Berikut adalah cara cara bagi pemasangannya:


1.Masuk ke dashboard-Klik Layout-


2.Pilih ---Add a gadget



3.HTML/ Javascript







4.Masukkan kod dibawah ini:
<style type="text/css">
#pageshare {position:fixed; bottom:15%; margin-left:-71px; float:left; border-radius:5px;-moz-border-radius:5px;-webkit-border-radius:5px;background-color:#fff;padding:0 0 2px 0;z-index:10;}
#pageshare .sbutton {float:left;clear:both;margin:5px 5px 0 5px;}
.fb_share_count_top {width:48px !important;}
.fb_share_count_top, .fb_share_count_inner {-moz-border-radius:3px;-webkit-border-radius:3px;}
.FBConnectButton_Small, .FBConnectButton_RTL_Small {width:49px !important; -moz-border-radius:3px;/*bs-fsmsb*/-webkit-border-radius:3px;}
.FBConnectButton_Small .FBConnectButton_Text {padding:2px 2px 3px !important;-moz-border-radius:3px;-webkit-border-radius:3px;font-size:8px;}
</style>
<div id="pageshare" title="Share to Your Friends">
<div style="clear: both; font-size: 16px; text-align: center;">
</div>
<div class="sbutton" id="gplusone">
<script src="https://apis.google.com/js/plusone.js" type="text/javascript">
</script>
<g:plusone size="tall"></g:plusone></div>
<div class="sbutton" id="fb">
<a href="http://www.facebook.com/sharer.php" name="fb_share" type="box_count">Share</a><script src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share" type="text/javascript">
</script></div>
<div class="sbutton" id="rt">
<script src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type="text/javascript">
</script></div>
</div>

5.Klik pada butang save

Spesis Terancam ( Kambing Gurun)



Tuesday, October 18, 2011

1. Homestay Sg Klah, Sungkai Perak

Awok baghu (baru) je lepaih bertugeh (lepas bertugas) di Homestay Sg Klah, Sungkai...
kali ni awok terlibat mengkoordinasi kumpulan daghi (dari) Homestay Perlis....
deme datang ke sini bertujuan nak belajo dengan Homestay Sg Klah......
walopon deme pun udah lame dalam bidang pengurusan Homestay....
tapi sebagei tambahan ilmu yang deme ade....

takpele....
kome layan je le gambo2 kat bawah ni...

tu kome nampak ape bende tu???
tu deme tengah megheboih (merebus) telor.....
kat situ siap ade juei (jual) telor tak masak lagi...
4 bijik RM2.00 .....

punye le lahap deme makan....
sedap kate deme......
kalo kome ndak tau....
kome kene datang sendighi (sendiri)....

Pade yang ade hati keghaih (keras), cekal.......
kome bulih le ghendam (rendam) kaki kome dalam ayo paneh (panas) ni...
tu nampak lumut yang ade tu???
elok tu untok kulit...

Kalo kome ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP), Sg Klah ni...
kalo kome ndak info yang banyak....
kome caghi (cari) staff kat situ yang name nye Haji Said...
Kami semue panggei (panggil) die Pak Said...
banyak ceghite (cerita) die pasei (pasal) tempat ni...
dan jugak bende2 bergune kat sini...

Yang belah kanan tu bulih le kome panggei (panggil) kafeteria....
ni kighe (kira) tempat masok sebelom ke kolam ayo paneh (air panas) dan seanike bende kat dalam ni....
tapi kalo kome daghi (dari) Felda Residence....
tempat ni meghupekan (merupakan) tempat hujong sekali.....
maklomle....laluan daghi (dari) Felda Residence dekat je dengan TRAP ni...

Ektibiti haghi (hari) pertame deme kat Homestay Sg Klah ni....
ektibiti senam seni.....
jenoh le..... Instruktor pulak daghi (dari) Kementerian Kesihatan Sungkai...

Kalo oghang (orang) kampong...
Teng - teng ni biase je......
tapi pade oghang (orang) bando....
bende ni bende yang paling seghonok (seronok) ndak main....
eleh....yang asei (asal) kampong pun.....
udah beso2 ni takde mane nye kome dapat main bende ni....
macam deme ni...inile mase deme lepaih (lepas) geram!!!!
selain tu.....acaghe (acara) boling buah nyo (kelapa), congkak dan batu seremban jugak dibuat same...

Tu...udah tertere no telepon Homestay Sg Klah.......
kalo kome ndak mengelak daghi (dari) menginap di Felda Residence yang yang kome ghase (rasa) mahei (mahal)....
ini le tempat yang kome bulih hubungi....
bukan ape...
kome bulih kawtim rege (harga) dengan deme....
tapi kalo dapat teghoih (terus) nombor pengusahe homestay lagi cantek......
dengan rege (harga) berpatotan......
ni awok letak nombor telepon salah soghang (sorang) pengusahe homestay kat sini...
Acu @ Puan Faizah : 017-505 4226 .....



Antaghe (antara) peserta Program Homestay Perlis 2011 ke Homestay Sg Klah.....

nanti2 awok uplod lagi gambo lain...

Wang Kertas RM10 siri ke 6.





Wang kertas siri ke 6 keluaran tahun 1986 signed by Tan sri Jaafar Husin - UNC

UNTUK DIJUAL (SOLD)

1. Sekeping RM35 termasuk pos ekspres.
2. 2 keping RM 65 termasuk pos ekspres.
3. 3 keping Rm95 termasuk pos laju
4. 4 keping RM 125 termasuk poslaju.

Mudahnya Faraid-3 (Pengagihan Faraid)

Faraid adalah undang-undang pembahagian pusaka dalam Islam. "FARAID"...bunyi yang sangat sinonim tetapi ramai yang tidak mengetahui akan fungsi dan aplikasinya dalam kehidupan dan kesesuaian undang-undang negara. Lama juga merenung siling, melihat lantai, mencari-cari kiri dan kanan apa-apa objek yang boleh dikaitkan dengan perkataan Faraid, agar timbul kembali segala maklumat yang berkaitan dengan Faraid. Untuk kefahaman tentang Faraid:

1) Definisi
    Faraid adalah undang-undang pembahagian pusaka Islam

2) Fungsi Faraid
    Fungsi faraid ialah untuk memindah milik secara halal harta yang dimiliki oleh orang yang telah meninggal dunia kepada orang yang masih hidup agar harta tersebut dapat dimanfaatkan untuk kehidupan. Kerana harta di dunia ini adalah untuk kegunaan orang yang masih hidup. Manakala orang yang telah mati hanya memerlukan pahala amalan yang diperoleh daripada harta itu.

3) Aplikasi Faraid
    Kebiasaannya Faraid akan dipraktikkan apabila ada peristiwa kematian. Bagi orang biasa yang pernah belajar tentang ilmu faraid, kemungkinan besar ilmu faraid ini akan diaplikasikan setelah 30 tahun atau 40 tahun dari semenjak dia mempelajarinya iaitu apabila berlaku peristiwa kematian ayah atau ibu mereka. Bagi orang yang tidak pernah mempelajari ilmu faraid pula, kemungkinan besar tidak akan mengaplikasikannya. Sekadar tahu faraid itu ada untuk pembahagian pusaka.

Secara dasarnya ilmu faraid ini mudah. Namun ia boleh menjadi kompleks apabila melibatkan undang-undang setempat atau budaya setempat atau kes-kes kematian setempat yang kompleks.

Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

  1. Bapa:                    1/6 daripada nilai harta si mati
  2. Ibu:                       1/6 daripada nilai harta si mati
  3. Isteri:                     1/8 dariapada nilai harta si mati
  4. Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati
  5. Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
  6. Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.

A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :
     1) Bapa si mati:         1/6
     2) Ibu si mati:            1/6
     3) Isteri:                    1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)
     4) Anak Lelak:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
     5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):
     1) Ibu:    1/6
     2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)

C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak
     1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)
     2) Ibu:      1/6
     3) Bapa:   mendapat semua baki harta

D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.
      1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)
      2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
      3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa
     1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
     2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.

Perlu diingat kepada semua waris yang bakal menerima bahagian pusaka iaitu sebelum harta pusaka itu diagih mengikut nilai bahagian faraid yang telah ditentukan maka perlu dipastikan bahawa harta pusaka itu telah bersih daripada segala hutang (hutang dengan Allah dan hutang dunia), bersih daripada harta amanah yang dipegang si mati dan bersih daripada tuntutan wasiat.

Sekali pandang kita nampak waris-waris faraid sangat bertuah kerana mendapat harta dengan mudah tanpa perlu memerah keringat. Kerana itulah waris-waris faraid sepatutnya berasa lebih bersyukur dengan penerimaan harta ini dan bukannya ditangani dengan pertelingkahan atau pemboikotan. Pertelingkahan di sini bermaksud waris-waris bertelingkah untuk mendapatkan bahagian yang lebih manakala pemboikotan pula bermaksud waris-waris buat tak endah atau buat tak tahu dengan harta pusaka tersebut sama ada kerana mereka sudah mempunyai harta sendiri atau kerana hendak mengelakkan berlakunya pertelingkahan. Walau apa pun jua tanggapan waris terhadap hak-hak faraid ini, para waris sepatutnya menerima ketentuan ini dengan redho kerana sebenarnya ia merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. Jika kita menolak pemberian orang pun kita sudah dianggap sombong, inikan pula menolak pemberian dari Yang Maha Kaya.



Gambar Belangkas