Friday, September 30, 2011

Sarapan pagi ni ' Nasik Lemak Deena '


Hari ni tah mimpi apa tetiba nak buat nasik lemak, faham2 jer la kalau beli ada jer yang tak puas hati, kacang tah kemana, yang ado sambal ngan telur ! kira ada jer la komplen itu ini tak menepati citarasa. rindu wooo nasik lomak emak ngan moksu linda nun di puchong tu haa... takpe2 kali ni turun sana pasti ku terjah kedai dorang ! ;-) . Deena bagi resepi wat sambal jer la ekk... nasik pejam mata jer tanak takkan tak tahu... cer layan..

Sambal
~ Cili kering segenggam *
~ Ikan bilis skit *
~ Bawang besar sebiji *
~ Bawang putih 3 biji *
~ Bawang merah (kecil) 5 biji *
~ Belacan skit *
~ Air asam jawa ( setengah cawan )
~ Garam skit
~ Gula skit.
~ Perasa (ikut suka )


Blend bahan bertanda * dan tumis hingga garing. masukkan ikan bilis, hirisan bawang besar dan kacau selalu. masukkan air asam jawa, gula dan garam sedikit. kecikkan api dan kacau lagi. Seelok-eloknya sambal ni dimasak sejam atau lebih dan minyak harus banyak.

Nasik macam biasa, klu ikut deena letak santan,daun pandan dan garam skit. ada orang letak halia, tak kisah ikut tekak masing-masing . Akhir skali hias ler ngan timun, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. selamat mencekik yoo... :)



deena : puas hati masak sendiri....



Nabil, sah bergelar suami orang...

credit: ohbulan.com

Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi. Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

credit: ohbulan.com

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun. Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira !


sumber: ohbulan.com



deena : selamat pengantin baru....


Thursday, September 29, 2011

Thursday Tip #2

Caudill Lane modern hall
Webber + Studio, Architects

Use accessories to carry colour
 The vibrant yellow green in the artwork in this hallway is repeated again in the pillow in the bedroom. A darker green appears in the art work above the bed.  When walking down the hallway your eye pops from the artwork into the adjoining room  which is seen at a distance.  This causes visual movement from one room to the next.  A small thing but very effective for connecting one room with the next. Never underestimate the power of accessories to improve every room in your house. Have you carried colour from one room to another in your home? 


Check back for my next post on Colour Continuity when creating a colour scheme.
  

Chef Riz, Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Depan


Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan. Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga. "Alhamdulillah, selepas lapan bulan bercinta, saya dan Ana telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. "Saya percaya kalau sama-sama saling menyukai ditambah pula kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, tidak perlulah kami melengah-lengahkan masa untuk terus bercinta. Biarlah perhubungan ini lebih bermakna dengan melangkah ke fasa baru pula," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Nadzri, dia juga bersyukur kerana status Ana sebagai janda yang menjadi bualan masyarakat bukanlah satu penghalang untuk ayah serta ibunya menerima pelakon itu sebagai menantu mereka.
Malah Chef Wan sangat menyukai kejujuran Ana memberitahu statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini. "Apabila isu status perkahwinan Ana kecoh diberitakan, keluarga saya agak kurang selesa bukan kerana tidak menerima Ana tetapi dia tidak suka dengan kekecohan yang berlaku.
"Tetapi Ana mengambil langkah bercakap dan menjelaskan sendiri kepada ayah tanpa membabitkan saya langsung. Kejujuran itu membuatkan ayah menerima Ana," ujarnya. Selain itu, antara sebab Nadzri yakin Ana adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri kerana mereka mempunyai persefahaman selain berkongsi minat sama seperti memasak dan bersenam.

Tidak kisah dia janda' - Chef Wan


Sementara itu, Chef Wan ketika dihubungi berkata, beliau menerima bakal menantunya itu walaupun mengetahui status Ana yang pernah berkahwin sebelum ini. Chef Wan berkata, beliau tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada status perkahwinan tetapi menerima individu tersebut kerana hati budi. Kata belau pihak luar tiada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk anaknya.
"Sejujurnya saya tidak menilai Ana kerana status janda kerana ia tidak mewakili keseluruhan peribadinya dan dia juga berhak untuk diberi peluang kedua merasai kebahagiaan.
"Pihak luar juga tidak berhak untuk menilai pilihan anak saya kerana saya yakin itu adalah jodoh terbaik untuknya," ujar Chef Wan.

Beliau turut berharap anaknya itu akan membahagiakan Ana selepas berumah tangga dan sentiasa bersabar dalam menghadapi alam suami isteri kelak. "Saya yakin itu adalah pilihan tepat untuk mereka berdua dan sebagai bapa saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap anak saya akan menjaga, menghargai serta menyayangi Ana dengan baik dan begitu sebaliknya. Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka Chef Wan berkata beliau ingin melangsungkan majlis sebelum sambutan Krismas tahun ini kerana mulai Januari depan, beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat selama sebulan. "Memandangkan Nadzri tidak sabar lagi untuk berkahwin saya berharap mereka dapat disatukan sebelum saya berangkat ke Amerika Syarikat.

"Namun majlis yang akan diadakan tidaklah segah seperti mana Serina kerana kami di pihak lelaki," katanya. Chef Wan berkata, majlis pernikahan pasangan tersebut berkemungkinan besar akan diadakan di kampung halamannya iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang untuk mencari kelainan selain merasai suasana perkahwinan ala kampung.

sumber: mStar Online


p/s: tahniah dan semoga berkekalan hendaknya...

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima


ketika di wad hanya berbuka di kaki lima..
Sebelum ini pernah deena citer serba sedikit tentang kak Mn fija   yang mana beliau seorang penghidap kanser payudara tahap 4, dan Damia Farzmil (anak) pula mengidap rheumatic heart disease, dimana kesemua injapnya bocor . Terkini damia baru sedar setelah menjalani dua pembedahan semalam (28/9/11). Yang pertama untuk membetulkan injap2 yang rosak dan yang kedua untuk menghentikan pendarahan dalaman.

kak fija, damia dan kakitangan hospital

ketika kak fija jalani rawatan kimoterapi
Di harap sudi lah sekiranya rakan sekelian war-warkan di blog atau kongsikan di fb. Dan jika ada kesudian untuk menghulurkan sumbangan buat kak fija bagi meringankan beban beliau, hanya Allah yang dapat membalas nya.  Semoga Allah memberi kesembuhan dan dipermudahkan buat Damia Farzmil dan juga Kak fija. 

sila klik untuk entri lebih lanjut



* SEMUA SUMBANGAN BOLEH LAH DI BANK IN TERUS KE SINI:

  CIMB 01220015745524
  NOR FARIZAH BT MD NOR





p/s: teringat kata2 kak fija, akan bawa damia bercuti ke langkawi bila dah sembuh nanti, insyaallah kak fija nanti deena ingatkan yer..


Wednesday, September 28, 2011

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi



Panggilan Haji udah tibe lagi....
malam tadi kumpulan pertame jemaah Malaysia udahpun beghangkat (berangkat)....
pade yang pertame kali ke sane mesti udah tak sabo ghasenye (rasanya)....
bukan selalu kite dapat kesempatan pegi ke tanah suci Mekah Al Mukarramah....

pade yang berkemampuan tu....
elok le pegi mase mude remaje ni...
mase ni kite tengah kuat lagi....
Insyallah dipermudahkan semue ughusan (urusan) kite kat sane...

bile udah di sane....
hei2 (hal2) dunie ni tak payah le kite nak pikio (fikir) sangat....
tumpu je pade ibadat .....
kite all out banyakkan pahale....

awok awei (awal) tahun baghu (baru) ni mendaftar dengan tabong haji...
dan Insyallah kalo takde aghei (aral) melintang pukang...
tahun 2038 baghu (baru) awok meghase (merasa) ke sane....
mintak2 le panjang umo awok ....

Tuesday, September 27, 2011

Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery

Foto ihsan Naziha Khan

SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat. Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya. Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.


sumber: www.themalaysianinsider.com


p/s: takkan dah merebak ke sini kot...


Gambar Belangkas