Friday, September 23, 2011

Masalah Gambo tak keluo....

Awok tanye sikit pade kome ni....
awok semenjak due menjak tak menulih kat sini....
asei awok nak upload gambo awok ke blog....
tak mau keluo nye...

pueh (puas) awok tuko setting gambo..
daghi (dari) saiz large kepade medium...
tapi sampei sudah gambo tak keluo jugak...
awok baghu (baru) je cadang nak upload gambo ghaye (raya) awok...
stended le awok....
tunggu oghang (orang) habeh (habis) beghaye (beraya) baghu (baru) nak upload gambo ghaye (raya)...

tulong kome......
awok tak dapat ndak detect ape ke masalah nye....

Sakit

Apabila badan rasa kurang sihat, nak demam, seram sejuk, tekak rasa pedih, batuk sehingga sakit dada... 
waktu begini lah kita sebagai manusia lebih  mengingati Allah ... 
Kita kurang mengingati Allah apabila kita sihat, apabila kita senang dan apabila kita lapang....'tetapi sebaliknya pula berlaku..jika manusia ditimpa kesusahan, terlantar kesakitan ..sentiasa sibuk baharulah manusia itu mencari-cari tempat mengadu..dan kepada Allah lah..kepadaNya lah tempat mengadu ...

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud 
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, 
iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, 
masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit,
masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, 
masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk 
dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...


Thursday, September 22, 2011

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

mark zuckerberg
Prasan tak beberapa hari ni 'muka buku ' atau facebook di kemas kini ? gambor  dah jadi besor * tang tu ok la kot bak kata si amy nafeesa, "jerawat pun bleh nampak" heee... * senang keje takyah nak klik lagi kan. Biasa la kan bila tiap kali muka buku ni berubah wajah mula lah kapla suda pusing nak mencari balik fungsi butang yang dah biasa kita guna sebelum tu haa..

Kabornya ada banyak lagi si Mark Zuckerberg ni nak buat pembaharuan, layan kan ajer beb nak beralih ke platform lain tak mungkin kot. orang tua kata bila hati dah terpaut tuh tak kan berpaling lagi dah..

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter. Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini. Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional. Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. -AFP

sumber: kosmo online


p/s: lama dah tak tengok umah lama... myspace  =)

Kenapa Begini? Kenapa Tidak Begitu?

Hari ini diri ini rasa terpukul apabila membaca entri di blog Prof Kamil ... tajuk entri itu "Kenapa Tidak?
Sememangnya pertanyaan ini seringkali kita ajukan kepada seseorang..tatkala seseorang itu memberitahu kita sesuatu perkara ... seolah-olah kita seperti mahu menjatuhkan airmuka mereka..atau seperti mahu menunjukkan bahawa diri kita lebih tahu, lebih "pandai" dari mereka...atau seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yg dilihat/diberitahu kpd kita...

Refleksi diri sendiri... kadang-kala tanpa disedari ...saya juga ada berkata begitu kepada pelajar saya... Kenapa awak jawab begini? kenapa tidak begitu? 

Petikan dari blog Prof Kamil, 
Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak ketikanya ketika kita bertanya “kenapa tidak” sangat-sangat tidak relevan. Banyak masanya ia tidak pun merupakan suatu pilihan. Berdiam diri lebi baik.

Apabila di renungkan kembali, masyarakat kita seringkali bertanya soalan yg bersifat Negatif seperti ini... sepatutnya kita lebih bersikap dan berkata yg positif ...

Contohnya: Seorang anak kecil dengan bangganya menunjukkan hasil kerja tangan beliau kepada ibunya.  Ibunya pula dengan penuh ekspresi terus memberi komen, " ok... tapi kenapa adik tak buat macam ni? "  Bagaimanakah perasaan anak tadi?  Ini adalah komen bersifat negatif. Sepatutnya si ibu tadi walaupun tidak berapa setuju dengan anaknya, sepatutnya si ibu memberi komen yang bersifat positif...dengan memberi pujian terlebih dahulu... kemudian baharulah memberi komen. Contohnya, " wahhh..! Cantiknya ! Pandai adik lukis...." ...kemudian baru lah berkata, "   tapikann...ibu suka jika adik ......(sudahkan ayat ini mengikut kesuaian anda) " 


wallahu'alam..

Thursday Tip -Fall is in the air

Many people focus on new beginnings in January, but mine are always prompted by the arrival of September.  I put it down to my past career as a teacher when September was the month of planning and new possibilities.

I just returned from a month in Europe and my mind is agog with all the possible posts I could write and it's hard to select the best idea .  When I feel like this I have to do something to focus my thoughts. Rather than choosing one topic  I've decided to go broader.  I'm beginning a new post focus which I'm calling Thursday Tips.  Each Thursday I will feature one image and several simple ideas that could be easily translated into your home decor. 

buffet table inspiration set 1  entry

Orange gaining favour in 2012
The colour forecasts for 2012 are just beginning to appear and orange seems to be in favour.  Not the toned "dirty" oranges of past years, but a fresher variety that brings warmth and thoughts of  a fresh autumn day.

Layering in Decor
While this orange chair is very striking, you don't need  to make such a large purchase to get an up to date look.  The tulips in the vase above are lovely in spring, but think about   Chinese Lanterns to bring a blast of  fall orange. Twigs and branches in the arrangement add structural elements and height which helps focus your attention . Stacking two mirrors of different heights on a console table provides a backdrop for your arrangement and also provides  interesting layers.Always think layers when you are decorating.


If you have a neutral chair, an orange throw draped over the back or arm would add just the right amount of colour.

Crate and Barrel


When I'm adding in colour accents in this way I usually think in threes and using varying proportions  of the colour.  Think about small, medium and larger sized accessories and you can't go wrong. Variety is another key word in decorating.  Find your varying sizes in pillows, boxes or canvas totes,  a piece of artwork or large pillar candles.  Style at Home offers 10 ideas for adding Tangerine to your decor. 

What's your favourite accent colour? 

Wednesday, September 21, 2011

Chef Wan Tak Kisah Status Bakal Menantu


Umum maklum bahawa anak kepada Datuk Redzuawan Ismail, atau Chef Wan, iaitu Nadzri atau Chef Riz ingin melamar pelakon Ana Dahlia sebagai isterinya, walau bagaimanapun ada yang meragui sama ada Chef Wan akan merestuinya memandangkan status Ana Dahlia yang pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini. Chef Wan bagaimanapun telah menulis di Facebook Kelab Peminatnya yang dia merestui pilihan Chef Riz:


My mother called tadi and asked bila kita nak pi rumah GF my son tu masuk meminang.Mak dengar cerita dia tu pernah kawin janda tak ada anak betul ke.I said ya la Mak she told me sudah.So as far as i am concerned janda ke anak dara ke Si Nadzri tu dah mabuk bercinta and he is 29 and feeel that this girl is her right jodoh then as parent we must be happy for him lah mak.Benda yg halal nak diri kan masjid buat apa kita nak mempertikai kan kisah yg lalu?

I honestly believed as a human being we all went thru diff journey in our life whatever the challenges is.Masyarakat tak bolih pandang serong just because someone was married before and became a Janda.Ada jodoh yg sesuai kawin lah.Sometime if u make that first mistake does not mean u will repeat that again.Some people will learn from the past while others dont.Anak dara pun kita kawin tiada sefahaman after awhile pun dia nak cerai pun dia cerai Mak i told my mother tadi.- Chef Wan


sumber: beautifulnara.com



p/s: terjawab sudah semua teka-teki...



Pengalaman menyaksikan hukuman hudud di Madinah..

salah satu hukuman hudud - hukuman rejam

 Bila bercerita tentang hukum Hudud, pasti ramai yang mengatakan bahawa hukuman ini terlalu zalim dan tidak wajar diguna pakai. Tapi sebenarnya disebalik ‘kezaliman’ tersebut ianya memberi pengajaran kepada semua umat Islam supaya menjauhi perkara-perkara yang dilarang agama malah berasa takut untuk mendekatinya.

 **********************************

assalamualaikum...

pengalaman kawan adik saya yg sekarang menetap di Madinah..
saya copy paste di sini...semoga kita buka mata pada hukum hudud dan qisas ini..
betapa hukum Allah tidak pernah menyusahkan hamba Nya..
terima kasih banyak2 Ainun..:)


:: SUASANA QISAS YANG SAYA SAKSIKAN ::

13 Jun 2011- Suasana pagi itu amat tenang.Madinah sedang menempuh fasa musim panas sekarang .Saya pula baru sahaja menamatkan pantang bersalin walaupun terasa agak sukar tanpa keluarga di sisi.

Jam 9 pagi,sedang saya mengemas rumah,lincah mengutip kain-kain untuk dibasuh,tiba-tiba suami menjerit,"Ain,pagi ni ada Qisas!" serentak dengan itu saya menjawab, "Nak pergi bang!"kami terus bersiap dengan segera kerana kata suami kalau lambat alamatnya tak dapatlah melihat Qisas secara dekat.Saya jadi kelam-kabut dibuatnya,mana nak kejar cari abaya saya ,mana nak cari baju-baju yang sesuai dipakai Muadz.Fuh,betul-betul kelam-kabut,dalam kepala hanya ada satu perkara..Saya nak tengok Qisas!

Dalam kereta,barulah suami sempat bagitahu,beliau mendapat maklumat bahawa hari ini akan dijalankan Qisas dari facebook abang Khuzaini,salah seorang sahabat yang rapat dengan kami di Madinah ini.Perjalanan diteruskan ke Toriq Abu Dzar,lokasi pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Debaran di hati saya masih belum hilang,malah bertambah-tambah.Masakan tidak,selama ini saya hanya mendengar cerita suami tentang Qisas kerana suami saya pernah menyaksikannya pada tahun 2007. Hari ini saya sendiri akan melakar sejarah peribadi,menyaksikan pancung kepala di depan mata!

Dari kejauhan selepas melepasi trafik berhampiran Hassan Mall,kelihatan lalu lintas terlalu sesak,kereta berpusu-pusu ke tempat pelaksanaan Qisas,parking pula sudah tentu telah penuh.Saya melihat jam di tangan,ketika itu jam baru menunjukkan pukul 9.15 pagi,sedangkan Qisas akan dilaksanakan pada jam 10 pagi.'Ya Allah,ramainya manusia.boleh ke saya mencelah dengan bawa Muadz ni?' terus hati ini berkata-kata.Suami mengambil keputusan tepat untuk parking di belakang Hassan Mall,salah sebuah pasar raya di Madinah ini.Selesai parking kereta saya terus berkata pada suami,'Abang lari bang.cepat pergi sana,Ain boleh pergi sendiri.Jangan risaukan Ain.Cepat bang,nanti tak dapat duduk depan!' Suami saya pun terus berlari setelah memberi nasihat dan petunjuk jalan pada saya.

Saya juga terpaksa berlari anak sambil menggendong Muadz.Situasi pada ketika itu sangat sibuk,manusia berlari sana-sini,berkejar-kejaran untuk mengambil tempat,agar tidak ketinggalan menyaksikan pelaksanaan hukum Allah ini.Subhanallah,kehebatan hukum Allah ini menyentap urat nadi saya.Ramai yang menyaksikan Qisas,pastinya hukum yang dilaksanakan itu tidak sia-sia,malah meninggalkan kesan yang mendalam pada orang yang melihatnya.Maha Hebat dan Berkuasanya Allah,pelaksanaan hukuman ini bukanlah untuk menyusahkan hambanya,malah meletakkan manusia itu di dalam posisi yang paling selamat.

Setelah beberapa minit saya mengharungi kepanasan mentari,akhirnya saya tiba di tempat yang paling sesuai untuk saya berteduh bersama anak kecil ini,di hadapan kedai menyewa barang-barang kenduri.Alhamdulillah,syukur walaupun tidak dapat melihat secara dekat,sekurangnya saya dapat menyaksikan suasana sekeliling,memerhatikan gelagat manusia yang berbondong-bondong dan teruja menyaksikan hukum Allah dilasanakan,sungguh itu adalah pengalaman yang paling indah buat diri saya.

Jam 9.50 pagi,suami menelefon saya,bertanyakan di mana saya berada ketika itu. "Ain kat depan kedai sewa barang-barang kenduri.Abang kat mana?Dapat tak duduk depan?" "Alhamdulillah abang dapat duduk depan,betul-betul dekat dengan orang yang nak kena pancung tu.tapi tadi tiba-tiba ada ambulans datang,rilek je dia parking betul-betul depan abang.Kena la pindah tempat sikit.Tapi masih boleh lagilah tengok dekat-dekat."

Ya,baru saya teringat.Kata abang,dua-tiga buah ambulans yang datang bukan semata-mata datang untuk mengambil dan membawa hamba Allah yang dipancung itu,tapi nak angkat orang ramai yang pengsan sebab terkejut dan panik melihat orang yang dipancung.MashaAllah,hebatnya hukuman ini. Orang yang menyaksikannya mana mungkin berani untuk melakukan kesalahan sepertimana pesalah tersebut,membunuh orang lain.

Jam 9.55 pagi,debaran di hati makin terasa.Dari kejauhan saya mendengar suara pengumuman tentang pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Ayat-ayat Al-Quran tentang ayat Qisas dibaca dan semua hadirin dimaklumkan tentang kesalahan yang dibuat oleh pesalah tersebut iaitu membunuh salah seorang warga Saudi.Saya berdiri dengan khusyuk,cuba menghayati apa yang bakal berlaku.Keadaan senyap sunyi walaupun terlalu ramai manusia yang hadir.Semuanya menanti peristiwa yang akan berlaku sebentar sahaja lagi.

Satu minit..dua minit...

Tiba-tiba kedengaran tempikan "ALLAHU AKBAR!" yang kuat dari para hadirin dan serentak dengan itu semua orang bertepuk tangan. "Eh,takkan orang kena pancung,boleh bertepuk tangan pulak?"Semakin kaget saya dibuatnya tanpa dapat memahami situasi yang sebenar.Manusia yang ramai tadi beransur-ansur meninggalkan tempat Qisas setelah beberapa minit berlalu. "Abang,apa dah jadi bang?"Saya menelefon suami,meminta kepastian. "Ain,keluarga mangsa yang dibunuh tu dah maafkan pesalah.Kiranya orang tu tak jadilah dipancung."

Subhanallah,Alhamdulillah..mashaAllah,hebatnya Allah melembutkan hati keluarga si mati untuk menuturkan kemaafan di saat beberapa detik lagi pedang ala Saladin itu akan memenggal kepala si pesalah tersebut.Patutlah para hadirin bertempik Allahu Akbar dan bertepuk tangan,tanda meraikan kegembiraan atas peristiwa yang berlaku tadi..Subhanallah..

Beberapa minit kemudian,abang tiba di tempat saya dan Muadz menunggu.Abang masih dalam keadaan teruja.
"Subhanallah,sikit lagi orang tu nak kena pancung.Keluarga si mati tu tiba-tiba maafkan kesalahan dia.Ya Allah.."cerita abang penuh takjub.Bermakna ini adalah pengalaman kedua abang menyaksikan Qisas dalam situasi yang berbeza.Kali pertama dulu,abang dapat saksikan 4 orang dipancung kepalanya dan pada kali ini seorang pesalah tidak jadi dipancung atas kemaafan keluarga si mati.

Setelah keadaan semakin reda walaupun lalu-lintas masih sesak,kami menapak meninggalkan tempat tersebut.Hati saya terselit kagum pada kerajaan yang melaksanakan hukum Allah ini.Di sini,rakyat tidak berani untuk membunuh dan melakukan jenayah sesuka hati kerana hukum Allah benar-benar dilaksanakan,walaupun ada juga yang terlibat tetapi jumlahnya terlalu sedikit.Itulah hikmah apabila manusia hidup berpaksikan hukum Allah.


credit to : Catatan Dari Deutschland



p/s: menggigil satu badan baca entri ni tadi...

Gambar Belangkas