Ketika artikel Konspirasi Dunia Tsunami 2004 disiarkan {1}, ada segelintir pembaca yang mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah tertakluk dibawah kuasa Allah SWT. Tidak dinafikan, tanpa keredhaan-Nya, tidak akan bergerak walau setitik pun air dilaut. Tetapi lupakah anda (atau tidak tahu langsung) bahawa kerosakan di bumi akibat perbuatan tangan (kerja) manusia telah dinyatakan secara jelas dalam Surah ar-Rum ayat 41. Rasulullah SAW juga telah memaklumkan kepada kita mengenai insiden bencana dan petaka akhir zaman, lebih daripada 1400 tahun dahulu - (1000 tahun lebih awal).
Daripada Abdullah bin Hawalah :
"Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya diatas kepalaku lalu berkata; "Wahai Ibn Hawalah jika engkau melihat perselisihan telah turun di atas bumi yang telah disucikan (Palestin) maka dekatlah gempa, bencana dan masalah-masalah besar dan Hari Kiamat saat itu lebih dekat dengan manusia daripada dekatnya kedua tanganku ini dari kepalamu." {2}
Bencana dan genpa hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia.
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}Penulis buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik telah menemui beberapa maklumat bahawa bencana seperti gempa, ribut taufan, tsunami dan banjir besar berpunca daripada penemuan sejenis senjata berskala besar yang lebih hebat daripada 'mass destruction' yang kita ketahui seperti bom atom mahupun bom nuklear. Senjata yang dimaksudkan adalah berasaskan kepada sistem HAARP Technology.
"The $30 million [Pentagon] project, euphemistically named HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program), is made to beam more than 1.7 gigawatts (billion watts) of radiated power into the ionosphere -- the electrically charged layer above Earth's atmosphere. Put simply, the apparatus is a reversal of a radio telescope -- just transmitting instead of receiving. It will 'boil the upper atmosphere'. After [heating] and disturbing the ionosphere, the radiations will bounce back onto the earth in for form of long waves which penetrate our bodies, the ground and the oceans."
Terjemahan : "Projek $30 juta [Pentagon], dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan." {4}
Keupayaan persenjataan HAARP ini boleh mengakibatkan kemusnahan total atmosfera bumi. Sekaligus ia juga mampu membawa kemusnahan dalam bentuk gempa bumi. Ia seumpama gelombang mikro yang dapat merobek objek tanpa dapat dikesan oleh penglihatan mata kasar.
Keterangan lanjut boleh di baca di laman web http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm iaitu sebuah laman web himpunan kajian para pastor yang dibuat berdasarkan fakta bagi menentang tumbuhnya gerakan 'pra-Illuminati' dan 'anti-Christ' yang kini sedang berusaha menguasai gereja di Amerika Syarikat. Oleh kerana artikel ini khusus untuk penganut Kristian, maka kata-kata Spiritual mereka mestilah di-abai-kan. Bagi tujuan membuktikan global warming adalah kerja manusia, lihat juga artikel bertajuk Final Proof Is Now Conclusive! dan Global Warming Is Now Proven To Be Caused by Human Being!. {5}
Manusia yang rakus dan tamak untuk mendominasi dunia sanggup melakukan apa sahaja walaupun memusnahkan khazanah alam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah :
"Menjelang terjadinya kiamat akan terjadi perubahan (bentuk) rupa (bumi), penenggelaman bumi (gempa) dan hujan batu." {6}Apa yang pasti, ada juga pihak yang sangsi tentang semua hal ini. bencana datang bersilih ganti, bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Kita buntu mencari jawapan sehingga tergamak menyalahkan Tuhan. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran awal bahawa bencana dan kemusnahan dunia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia. Ia juga menjadi sebahagian daripada rancangan jahat para konspirator untuk menimbulkan rasa cemas dikalangan manusia.
"Can you imagine what will happen if Los Angeles is hit with a 9.0 quake, New York City is destroyed by a terrorist-planted atomic bomb, World War III breaks out in the Middle East, the banks and stock markets collapse, Extraterrestrials land on the White House lawn, food disappears from the markets, some people disappear, the Messiah presents himself to the world, and all in a very short period of time? Can you imagine? The world power structure can, and will if necessary, make some or all of these things happen to bring about the New World Order." ["Behold A Pale Horse"., p. 177-8] {7}Kata-kata ini ditulis pada 1995, manakala tarikh tragedi 9/11 (11 September) adalah pada tahun 2001. Maknanya sudah ada dikalangan orang tertentu yang telah terlebih dahulu tahu mengenai kejadian ini. Dalam lain kata, ia sudah dirancang bagi meletuskan huru-hara dan perang. Terbukti, sejurus selepas itu tentera Amerika dan sekutunya menyerang negara Islam Afghanistan dan Iraq. Lihat hadith-hadith Nabi SAW mengenai rancangan jahat Yahudi-Zionis disebalik kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memerangi dunia Islam.
Terjemahan : "Dapatkah anda bayangkan apa akan terjadi jika Los Angeles dilanda gempa bumi berukuran 9.0, kota New York hancur akibat bom atom serangan pengganas, Perang Dunia Ketiga meletus di Timur Tengah, sistem perbankan dan pasaran saham merudum, makhluk angkasa mendarat di perkarangan Rumah Putih (Washington), bekalan makanan tidak dapat ditemui dipasar-pasar, ada dikalangan manusia yang hilang (diculik), penyelamat memunculkan dirinya di persada dunia dan semua ini akan terjadi (dalam tempoh terdekat) bagi menjayakan kemunculan Tata Dunia Baru."
"Saat (kami) sedang duduk-duduk bersama Abdullah bin Amru bin ash-Mustaurid al-Qurasyi, dia berkata ; "Penulis mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "(Menjelang) saat terjadinya kiamat, bangsa Romawi adalah bangsa yang paling besar jumlah penduduknya." Mendengar hal itu, Abdullah bin Amru mencelah "Apakah yang cuba engkau sampaikan ini?" Mustaurid menjawap, "Aku hanya mengatakan apa yang benar-benar aku dengar langsung daripada Rasulullah SAW." {8}Rasulullah SAW bersabda :
"Hitunglah enam hal menjelang terjadinya kiamat..."(lantas Baginda menyebut antaranya): "Kemudian perdamaian antara kalian dengan Bani Ashfar (Romawi), lantas mereka mengkhianati kalian, mereka menyerang kalian di bawah 80 bendera, setiap bendera mengandungi 12000 tentera." {9}Kronologi perang akhir zaman juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalm bentuk atsar. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal." {10}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. {11}
_________________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Konspirasi Dunia - Tsunami 2004
2. Musnad Ahmad, Sunan Abi Daud dan Mustadrak al-Hakim
3. QS ar-Rum : 41
4. http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm dan High Frequency Active Auroral Research Program Wikipedia2. Musnad Ahmad, Sunan Abi Daud dan Mustadrak al-Hakim
3. QS ar-Rum : 41
5. http://www.cuttingedge.org/news/N2011.cfm
6. Hadith Riwayat Ibn Majah (4059) dalam al-Fitan
7. http://www.cuttingedge.org/news/N1753.cfm
8. Hadith Muslim : Kitab al-Fitan wa Asyrat al-Sa'ah, no 2898
9. Hadith Bukhari
10. Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
11. Atsar ini diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. [baca]