Wednesday, September 14, 2011
Lokasi seterusnya..Ulu Bendul & Bukit Putus N9
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..InsyaAllah lokasi seterusnya Kru PAG bersama Kru 666 akan ke sebuah lokasi yang boleh dikatakan ANGKER iaitu Ulu bendul dan juga Bukit Putus.Yang istimewanya trip 2 hari 1 malam kali ini kami akan membawa 8 orang peserta sukarelawan untuk merasakan sendiri suasana seram di dua lokasi tersebut.Dari apa yang kami dengar kedua dua lokasi tersebut mempunyi kisah seramnya tersendiri.Ulu Bendu - banyak berlaku kejadian lemas dan orang hilang di syaki di sorok oleh mahkluk halus.Bukit Putus - Banyak berlaku kejadian kemalangan ngeri disebabkan oleh kerana lintasan (hantu).Oleh yang demikian kami Kru PAG bersama Kru 666 akan kesana dalam tempoh terdekat ini dan kami bersama-sama sukarelawan akan menyingkap sendiri fakta-fakta kisah seram di kedua dua lokasi tersebut.Benar atau tidak,sama samalah kita tunggu..
Doa pendinding diri..
Baru-baru heboh bila sorang wanita disihir dengan menggunakan gambar di facebook beliau. Sedia maklum ikutkan amalan sihir dan santau dan bermacam lagi menda ngarut ni dah wujud sebelum adanya laman sesawang lagi seperti facebook dan lain2. Mungkin kita fikir dan rasa takkan ada orang, kawan,atau saudara sendiri akan menyihir atau aniaya kita dalam diam ? tapi harus diingat manusia rambut jer sama hitam * x smua hitam ada gak yg blonde ko...huhu* tapiiiii hati manusia xder sesiapa yg boleh duga kalau dia dah berkehendak untuk menganiaya sesama manusia... masa tu dosa tak ingat dah janji apa yang dihajati tertunai !
So pasni kalau nak meletak gambar pun jangan penuh satu badan, biar separuh jer atau edit la ape2 kat pic tuh. coz gambar yg mudah orang guna ialah gambar yang original dan penuh. Nak antor untuk interview ke ape lubangkan kan dengan jarum di salah satu anggota badan kita. Disini deena nak kongsi beberapa doa pendinding diri bagi mengelak dari semua gangguan sihir, santau dan musibah yang lain..
So pasni kalau nak meletak gambar pun jangan penuh satu badan, biar separuh jer atau edit la ape2 kat pic tuh. coz gambar yg mudah orang guna ialah gambar yang original dan penuh. Nak antor untuk interview ke ape lubangkan kan dengan jarum di salah satu anggota badan kita. Disini deena nak kongsi beberapa doa pendinding diri bagi mengelak dari semua gangguan sihir, santau dan musibah yang lain..
1. AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
CARA
1.Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan sepertiberdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapaktangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudiantahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhanggota
badan yang boleh dicapai kecualianggota sulit.
badan yang boleh dicapai kecualianggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiaphari
2. AYATUL KURSI
Terjemahan;
Allah, tidak adaTuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terusmenerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidaktidur. Kepunyaan-Nyaapa yang dilangit dan di bumi. Tiada yang dapatmemberi syafaat di sisi Allah tanpaizin-Nya. Allah mengetahuiapa-apa yang di hadapan mereka dan di belakangmereka, dan mereka tidak mengetahuiapa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langitdan bumi. Dan Allah tidak merasa beratmemelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi MahaBesar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1.Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursitiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, denganniat melindung diri.
3.Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursisambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan samaada didalam atau diluar rumah.
3. AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
Terjemahan:(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang darirasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalanyang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi MahaPenyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberiperingatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlakuperkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasangbelenggu di leher mereka, lalutangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.(9) Dan Kami adakandi hadapan mereka dinding dan di belakangmereka dinding (pula), dan Kami tutup(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluargadan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satulagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasinayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini disetiap penjuru iaitu sampai bertemupenjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasiini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4. AYAT PENGERAK
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangitdan Dia mahamendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatutempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampungatau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumahdaripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat initujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguanketika membaca ayat ini, berehatdahulu. Setelah berehat baca lagisehingga tujuh kali bacaan lancar baruteruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
credit : www.darussyifa.org
p/s: selalu perdengarkan cd ayat-ayat rukyah syariah..
Tuesday, September 13, 2011
Tukar bentuk paparan search pada blog
Bila kita memasang fungsi search pada blog,butang search adalah berwarna kelabu.dan papaparan ruang carian adalah puteh.Bagi memberi sedikit kelainan dan membuatkan nya lebih menarik cuma memerlukan sedikit perubahan pada kod css.Kebaikan Pemasangan fungsi search ini penting adalah bagi kemudahan pengunjung mencari artikel diblog .
contohnya seperti dibawah ini:
Kod nya adalah seperti dibawah:
<form id="searchform" action="http://teknikbuatblog.blogspot.com/search" name="searchform" method="get">
<input id="search-box" name="q" size="20" type="text" style="background: #CA226B; border: 4px ridge #000066"/>
<input id="search-btn" value="Search" type="submit" style="background: #F433FF; border: 2px outset #ff0000; color: #ffffff; font-weight: bold;"/>
</form>
Menggunakan imej sebagai button:
<form id="searchform" action="http://teknikbuatblog.blogspot.com/search" name="searchform" method="get">
<input id="s" name="q" onblur="if (this.value == "") {this.value = "Search...";}" onfocus="if (this.value == "Search...") {this.value = ""}" type="text" value="Cari Artikel...." /> <input id="searchsubmit" value="SEARCH" type="image" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimJE6Iypzu4MP2mt9Auh0g5FdUSIFbqKvLHizMHjOmJryD-o8v9DEHCvfI2mkKW9PeeniCcU9RzF4ntKzZIgYUxmzeWJwzGlotINDmAPVLaZeEArx74AWxNIBpJGIAzzMoALi0EmQDuOA/s1600/green-button.png" align="top"/></form>
<input id="s" name="q" onblur="if (this.value == "") {this.value = "Search...";}" onfocus="if (this.value == "Search...") {this.value = ""}" type="text" value="Cari Artikel...." /> <input id="searchsubmit" value="SEARCH" type="image" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimJE6Iypzu4MP2mt9Auh0g5FdUSIFbqKvLHizMHjOmJryD-o8v9DEHCvfI2mkKW9PeeniCcU9RzF4ntKzZIgYUxmzeWJwzGlotINDmAPVLaZeEArx74AWxNIBpJGIAzzMoALi0EmQDuOA/s1600/green-button.png" align="top"/></form>
*boleh gantikan imej yang sesuai sebagai button pada teks berwarna merah.Tukarkan alamat blog pada teks berwarna biru dengan alamat blog anda.
Cara memasangnya adalah seperti berikut:
1.Masuk ke design dan pilih Layout---add gadget
2.Pilih HTML/Javascript
dan masukkan kod diatas didalamnya dan klik butang save.
update 9/5/2013
Monday, September 12, 2011
Safura reda....
KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. “Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. “Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak. Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun. Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.
sumber: Harian metro
p/s: alfatihah dan takziah....
Kisah budak penjual kuih..
** Terjumpa kisah adik ni di facebook yang ditulis oleh saudara Zambri Yusof. nak nangis rasa bila bayangkan kalau lah anak kita sekecil ini berada di tempat adik ni... **
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.
Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje..
credit to: zambri yusof
p/s: kagum dengan semangat adik ni... moga beri pengajaran buat kita.
Doa untuk anak menghadapi peperiksaan..
- Al-Fatihah 7 kali
- Selawat 7 kali
- Subhanallah 44 kali
- Alhamdulillah 44 kali
- Allah hu Akbar 44 kali
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Teruskan dengan bacaan doa..
credit : ainoraini.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++
Esok adalah hari yang amat mendebarkan buat deena, jugak pada ibu bapa diluar sana coz anak-anak kita akan menduduki peperiksaan UPSR ( tahun 6 ). Sama-sama lah kita berdoa agar mereka tenang dan dipermudakan dalam menghadapi peperiksaan ini nanti... buat anak ibu syera, doa ibu agar syera tenang, jangan panik :), tumpukan sepenuh perhatian, dan buat yang terbaik, amin.... luv u adek.. !
p/s: pasni si kakak plak PMR....
Sunday, September 11, 2011
Di sihir guna gambar dalam facebook !
NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. "Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. "Kami tidak mengenali antara satu sama lain. "Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. "Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
sumber: Kosmo Online
p/s: so berhati-hati la yer klu nak tepek gambo atau di wall status yang bleh memualkan orang yg menengok. tak kesemua suka kan kita... renung2kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...