Monday, September 12, 2011

Safura reda....


KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.  “Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. “Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.  Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.

Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun. Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.



sumber: Harian metro


p/s: alfatihah dan takziah....


Kisah budak penjual kuih..


** Terjumpa kisah adik ni di facebook yang ditulis oleh saudara Zambri Yusof. nak nangis rasa bila bayangkan kalau lah anak kita sekecil ini berada di tempat adik ni... **

                        ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.

Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje..


credit to:  zambri yusof



p/s: kagum dengan semangat adik ni... moga beri pengajaran buat kita.



Doa untuk anak menghadapi peperiksaan..


  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


credit : ainoraini.blogspot.com 

                                        +++++++++++++++++++++++++++++++


Esok adalah hari yang amat mendebarkan buat deena, jugak pada ibu bapa diluar sana coz anak-anak kita akan menduduki peperiksaan UPSR ( tahun 6 ). Sama-sama lah kita berdoa agar mereka tenang dan dipermudakan dalam menghadapi peperiksaan ini nanti... buat anak ibu syera, doa ibu agar syera tenang, jangan panik :), tumpukan sepenuh perhatian, dan buat yang terbaik, amin.... luv u adek.. ! 








p/s: pasni si kakak plak PMR....

Sunday, September 11, 2011

Di sihir guna gambar dalam facebook !


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. "Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. "Kami tidak mengenali antara satu sama lain. "Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. "Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.


sumber: Kosmo Online



p/s: so berhati-hati la yer klu nak tepek gambo atau di wall status yang bleh memualkan orang yg menengok. tak kesemua suka kan kita... renung2kan...




Saturday, September 10, 2011

Bila Takbir Mendayu..

Syahdu sangat bila dengar takbir.. Walaupun dalam masjid ada ramai orang, tapi aku rasa macam kesorangan. Aku teringatkan arwah tok & chaq.. Kenangan zaman kanak-kanak terus je hinggap kat fikiran ni.. Terbayang aku, kakcik & adik masuk masjid, cepat2 cari tok kat tempat biasa, sebelah kiri masjid..dan seperti biasa, tok dah 'simpan' tempat untuk kami.. Aku takan lupa semua tu.. sampai bila-bila.. janji.. 

Tengah aku melayan perasaan sampil bertakbir, tok (belah suami aku) mengesat air matanya.. aku tahu dia sedih, teringatkan arwah suaminya.. Aku tak pandang dia sebab aku nak dia layan perasaan tu.. Aku percaya, dengan melayan perasaan itu, ianya akan lebih menenagkan jiwa.. 

Selamat Hari Raya..

Friday, September 9, 2011

Kek Alunan Kasih..


Tetiba datang plak mood rajin membakor haa... Kek alunan kasih ni deena copy paste dari umah CK cuma koko yang diayak nipis sgt kot tak berapa tebal, kira okay la janji jadi ia beralun-alun gittew :) dan rasanya tersangat laaaaa shedappp.. !

KEK ALUNAN KASIH
Sumber : Pn. Mastura Yasak
sumber : Citarasawan, Hasue, MYR

Bahan:
5 Biji Telur
250 gm butter
2 ½ cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu kecil baking powder
1 cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna yg disukai
*penapis teh (utk ayak serbuk koko)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula smpai kembang...Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
2. Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
3. Bahagikan mengikut bahagian yang disukai. (CK buat 3 warna)
4. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan hijau..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
5. Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
6. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
7. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…



p/s: romantik nama kek nih... =)



Udah beghabok (berhabuk)...

Udah lebih seminggu ghaye (raya) awok takde entri baghu (baru) kat blog awok ni...
udah ghupe (rupa) ghumah tinggei (rumah tinggal) je...
tak berkemaih (berkemas) dan takde oghang (orang) menjengah.....

jelajah awok ke blog kengkawan...
semuenye penoh dengan ceghite (cerita) ghaye (raya) deme...
seghonok (seronok) awok nengok nye...

takpe.,...takpe..
nanti awok up entri baghu (baru) ...
pasei ghaye (raya) awok pulak...
sampei kome muntah mace nye (baca nya).....
ahakssss

Gambar Belangkas