Saturday, September 3, 2011

"Saya reda atas pemergiannya" - Isteri Allahyarham Noramfaizul

JOHOR BAHARU 3 Sept. - Norazrina Jaafar, isteri kepada jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh di Somalia reda dengan pemergian Allahyarham. "Saya reda terhadap kehilangan Allahyarham, Ia adalah qada dan qadar Allah S.W.T. Saya menerimanya,” katanya di sini. Noramfaizul, 39, meninggal dunia pada 11 malam (waktu Malaysia) hari Jumaat setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu. Norazrina, 37, berkata, suaminya pernah mengikuti beberapa tugasan yang berisiko tinggi sebelum ini dengan Allahyarham menganggap ia adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai jurukamera berita.

"Sebelum ini, Allahyarham turut mengikuti penghantaran misi bantuan kemanusiaan di kawasan gempa bumi di New Zealand. Tugasan dianggapnya sebagai arahan yang perlu dipatuhi,” katanya.
Rakan karib Allahyarham, Ahmad Azmai Awang yang juga Ketua Jurukamera BernamaTV berkata, sejurus selepas menerima maklumat mengenai tragedi itu, beliau terus menghubungi isteri Allahyarham semalam. Beliau berkata, Noramfaizul merupakan jurukamera yang berdedikasi serta berpengalaman luas membuat liputan di beberapa kawasan konflik dan bencana dunia seperti di Gaza, Pakistan dan New Zealand.

"Tahun ini merupakan kali kedua Allahyarham tidak dapat berhari raya bersama keluarganya kerana tahun lepas beliau turut membuat liputan misi kemanusiaan di Pakistan,” katanya. Ahmad Azmai yang mula mengenali Allahyarham sejak awal 90-an menyifatkan beliau sebagai seorang yang amat ceria dan memiliki komitmen yang tinggi terhadap tugas yang amat diminatinya sebagai jurukamera. "Beliau adalah seorang yang amat ceria, walaupun ketika menghadapi masalah tetapi beliau akan tetap ceria seolah-olah tiada masalah. Kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh rakan setugasnya,” katanya.

sumber: Bernama

p/s: al-fatihah dan ucapan takziah pada keluarga allahyarham.

Thursday, September 1, 2011

Pink vs purple...

sayang semua... !

Tahun ni kami anak-beranak sambut raya berasing, namun saban waktu tak lekang berhubung melalui telefon ataupun di fb. Si manja dak tecik ( danish ) dah pesan tahun depan mesti nak beraya ngan ibu dan babah plak... insyaallah ibu doa agar ada rezeki dan umur panjang kita sambut sama-sama kat rumah nenek di kampung.. ' Selamat Hari Raya anak-anak ibu '.

p/s : keluarga adalah segala-galanya bagi deena... luv them so much !

Kasut merah dari RM.. !

Waktu balik puchong amik anak bawak gi shopping ari tu, sempat la deena amik kasut yang di lanting-lanting oleh mira a.k.a redmummy kat Bdr Permaisuri Cheras. RM ni kan pemurah baru pkai sekali dah lanting haa.. sib baik size kaki comel belaka.. :) Masa order RM published 3 pasang jer, skali dapat dia bagi dekat 5 pasang plus sepasang kasut baru yang di beli dari sydney... trima kasih mira.. ! no wonder rezeki RM mencurah2 tak kede dan pemurah orang nyer haa.. 

p/s: sayang nak pakai... =)

Selamat sampai ke destinasi...

Alhamdulillah selamat sudah sampai di Langkawi petang semalam, penat toksah citer ar sampai jer umah trus pengsan sampai magrib. Dari kelantan kitorang gerak awal pagi dan jalan pun tak sesak lagi cuma di Alor Star  kenderaan menghala ke kl dah sumbat..

Ada satu lagi beban tak sanggup nak hadap bila sampai kat kuala perlis punya la ramai owang weiii ! mana nak pikir bawak barang-barang kitorang hangkut bertan-tan , memang berasak-asaklah dalam feri tuh nak buat macam mana...  Sib baik en abe dah call awal2 book tiket feri kul 2.30 petang, kalau idak yang tinggal tiket pukul 4 petang jer, mau pitam kejap haa.. * pala tengah tintong rasa nak uwekk :) * Nampak gaya pasni nak tukar plan balik raya dua minggu sebelum ker, pas sebulan ker huhu....

p/s: nak sambung rilek sambil makan kuih baulu mak yang sedap giles.. !

Sunday, August 28, 2011

???

Nampok gayenye kome...

selame ghaye (raya) ni...

blog awok pun bercuti leeee....

Selamat Haghi Ghaye komeeee!!!

From negori to klate...

heli berlegar kat atas nun...

Hmmmm.... berat rasa hati nak tinggalkan mak dan abah kat kampung tengahari tadi. plan awal nak gerak awal pagi pas sahur, dah kesedapan tido sampai terlajak member... :) rasanya satu malaysia hujan kot coz sepanjang perjalanan tadi dari tapah, cameron hingga la ke kuala krai hujan sesajer.

cer tengok akak makin debab kan.. :)

Alhamdulillah jalan pun tak la sesak mana cuma dari slim river ke tapah jer la sesak skit. ramai tul warga kota balik beraya ke kampung ghupenya... :). Kali ni en abe tukar haluan naik ikut cameron takut jam kalau ikut karak.

cer tengok petai besor dan rapat-rapat...
Cuak gak rasa bila melewati kaki bukit sepanjang jalan lama mendaki ke cameron siang tadi, masih ada lagi bekas tanah runtuh di lereng bukit. kalau tak biasa ikut jalan lama yang berbelit-belit mau muntah dibuatnya kalau tak biasa.

sayup mata memandang....

Sambil mata melilau tetiba ternampak satu longgokan durian ! den suko..... heee ape lagi masa tu gak suh en abe berhenti, siap ngan petai orang asli ni jual * mata besor-besor ko...* selonggok ( 6 bijik ) dorang bukak harga rm30 hengget, tawar menawar dapat la rm25 hengget haaa... durian baru gugur lak tu. Puas hati sesangat semua elok-elok belaka isi nya.

p/s: dekat 8 jam gak perjalanan hari ni...

Gambar Belangkas