Awok baghu2 (baru) ni terdengo kat radio.....
pasei (pasal) Pos Insuran Raya ni...
tapi awok masih tak klier lagi ape sebenonye Pos Insuran Raya...
yang diperkenalkan oleh Pos Malaysia Berhad ni...
jadinye awok pegi le ke website deme
Pos Malaysiadan bende kat bawah ni le yang keluo....
kighe (kira) menaghek (menarik) jugak le Pos Insuran Raya ni...
bukan ape.... kite tak tau bile kemalangan bulih berlaku kan???
dengan Pos Insuran Raya ni...
deme kaber kite selame 15 haghi (hari) semase musim peghayaan (perayaan) ni...
ok le tu...
3 haghi (hari) sebelom ghaye (raya)...
2 haghi (hari) ghaye (raya)...
10 haghi (hari) lepaih (lepas) haghi ghaye (Hari raya).....
pade yang memang udah ade insurans nyawe tu takde masalah la kan...
tapi pade yang tak insurans tu...
awok cadangkan kome ambik Pos Insuran Raya...
bagoih (bagus) ni....
POS INSURANS RAYA | |
POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan. |
Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.
Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini. |
No | Manfaat | Pelan Individu (RM) | **Pelan Keluarga (RM) |
1 | Kematian Kemalangan | 20,000 | 20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000) |
2 | Kehilangan Upaya Kekal | 20,000 | 20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000) |
3 | Kehilangan Dokumen (akibat ragut) | 100 | 100 / Orang yang diinsuranskan (mak. 500) |
4 | Pendapatan Hospital Harian (mak. 30 hari) | 30 | 30 |
5 | Jumlah perlu dibayar | 6 | 20 |
* | Berdasarkan kepada Pelan Individu |
** | Pelan Keluarga melindungi pasangan sah dan anak-anak termasuk anak angkat yang sah. |
Nota: | i) | Lingkungan Perlindungan: Di dalam Malaysia sahaja. |
ii) | Terhad kepada 2 polisi untuk setiap individu atau keluarga. |
iii) | Pelanggan hendaklah mengisi nama, No K/P, no. telefon, pelan yang dipilih dan jumlah premium pada Borang Pos Akaun 39 yang boleh didapati di semua kaunter Pos Malaysia. |
MAA adalah penanggung insurans untuk skim POS Insurans Raya ini. Sekiranya berlaku tuntutan, anda boleh menghubungi cawangan MAA Assurance atau pusat khidmat pelanggan di 1-300-888-622.