Sunday, July 31, 2011

Mintak Maap Daghi Soghang Yahudi

STATEMENTS BY CHELSEA FC AND MALAYSIAN FA

Posted on: Fri 29 Jul 2011
Chelsea Football Club has received the below statement from the Malaysian FA following our representations to them regarding the abuse Yossi Benayoun received in last Thursday's game against the Malaysian XI.


Chelsea FC statement:
'We appreciate the prompt attention the Malaysian FA (MFA) has given our complaint.

Chelsea Football Club is committed to eradicating all discriminatory behaviour from the game and urges the MFA to take appropriate steps to stamp out this type of behaviour in future.

The club and Yossi accept the apology, and the matter is now closed.'



FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA

COMPLAINT BY CHELSEA FC

With regards to the above matter, the Football Association of Malaysia wishes to issue the following statement:

The FA of Malaysia have received a complaint from English Premier League side Chelsea FC over alleged racist abuse targeted at Israeli midfielder, Yossi Benayoun, during a friendly match with the Malaysian XI in Kuala Lumpur on 21st July 2011.

From our initial observations, if such an incident took place, it would have involved a small section of spectators at the match and this surely does not reflect the feelings of the majority of fans in this football loving country.

The FA of Malaysia would like to strongly register that we do not condone any form of racism in football. If such an incident did happen, we would like to apologize to the player concern, and also to Chelsea FC.

Thank you.

Statement kat ateh (atas) ni awok ambik daghi (dari) Website Rasmi Chelsea FC.....
disebabkan soghang (sorang) Yahudi yang di boo oleh penyokong Malaysia mase game prenli Malaysia IX vs Chelsea....
FAM 'terpakse' keluo kan memo mintak maap pade Chelsea....

awok tak tau nak cakap ape....
same ade ndak setuju dengan tindakan penyokong yang boo Mamat Yahudi tu....
atopon setuju dengan tindakan FAM mintak maap pade Mamat tu & Chelsea....

bukan ape....
mase awok bace memo mintak maap daghi (dari) FAM pade Mamat Yahudi & Chelsea tu....
awok terbayangkan Palestin...

macam mane oghang2 (orang) Palestin dibunoh sesuke hati....
macam mane kanak2 yang tak berdose menjadi korban keganasan Yahudi...
dan macam mane jugak oghang2 (orang2) Palestin menjadi mangse ateh (atas) 'latihan' Perang yang dibuat oleh Yahudi....

entah le....
pade awok senang.....
sebelom Chelsea ni dibagi masok ke Malaysia ni.....
kome elakkan le bende2 yang bulih jadi isu sensitif macam kes mamat Yahudi ni le....

Ghamei yang Terkorban! - Untok Kome Aje!!





American Idiot

Below is a fav performance by American Idiot. Phenomenal!


Heading to Bristol again :):)
South West England is the best place to be everrr!

ubahsuai pada paparan footer blog

Artikel kali ini adalah cara bagi  mengubah footer menjadi sebagai mana yang ada di blog ini.Jika anda  ingin membuatnya dan ingin membuang footer yang mengandungi perkataan powered by blogger boleh mengikut tutorial  cara menghapus paparan attribution pada template.Footer ini pula korang boleh resize ikut kelebaran header dengan mengubahnya pada kod yang diberikan.


Terus pada cara membuatnya:
masuk kedesign  terlebih dulu-- pilih template--edit HTML
edit template

Cari kod </footer> pada template
Dan letakkan kod ini diatasnya:

<table BORDERCOLORDARK='blue' BORDERCOLORLIGHT='yellow' border='4' cellpadding='2' cellspacing='2' width='905'>
    <tr>
        <td background='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtWr-ZKs0pMgCjB8Z1j6CTDCGiEvAxpkXkvmHxK4w3DHhe9_NQuS1HG9-NppX-9rEXMnz7x24iUU7RDpbJhKwpLConBvZQcYTosH-wG4enQs7MXe-27zpi9TQpT5tQviRcZGfftls66XQ/s1600/grey015.jpg'><center><font color='white'><b>Teknik Buat Blog 2010-2011 &#169; All Rights Reserved<br>
Best View With Mozilla Firefox</br></b></font></center></td>
    </tr>
</table>

Background boleh ditukarkan dengan mengupload imej dan menukar url yg berwarna hijau.Begitu juga tulisan yang berwarna merah boleh digantikan dengan perkataan yang diingini.
kelebaran footer boleh diubah pada  width
Kemudian save template anda

update 9/5/2013

Spesis Terancam (Harimau Sumatera)


Saturday, July 30, 2011

Khairul Fahmi putus tunang ?


Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai. Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22. Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri. Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.




Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar. Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

dahlia...

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia. Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.  Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain. Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini. Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini. Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.


Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia. Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan.

Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya. Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”



sumber: harian metro


p/s: Jika dia untuk kita biar macam mana sekalipun dia akan datang pada kita, tapi jika sebaliknya biarpun depan mata, andai dia bukan ditakdirkan utk kita.... lepaskan jer...

Ayat Sebelum dan Selepas Kahwin hehe...




Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
More than 10 Years : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh...
Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


  TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK
..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer....


 credit to : http://venez2.blogspot.com



p/s: i like heee....
http://www.emocutez.com

Gambar Belangkas