Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 30, 2011
Khairul Fahmi putus tunang ?
Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai. Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22. Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri. Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.
Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar. Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
dahlia... |
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia. Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain. Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini. Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini. Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia. Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan.
Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya. Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”
sumber: harian metro
p/s: Jika dia untuk kita biar macam mana sekalipun dia akan datang pada kita, tapi jika sebaliknya biarpun depan mata, andai dia bukan ditakdirkan utk kita.... lepaskan jer...
Ayat Sebelum dan Selepas Kahwin hehe...
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
More than 10 Years : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer....
credit to : http://venez2.blogspot.com
p/s: i like heee....
credit to : http://venez2.blogspot.com
p/s: i like heee....
Friday, July 29, 2011
Bile Ghaye (raya) dikomersilkan!
Advance betoi le oghang (orang) berniage sekaghang (sekarang).....
Lagi sebulan nak pose pun udah ade eklan ghaye (raya)....
Udah masok bulan pose ni jangan cakap le...
Berlambak2 eklan promosi ghaye (raya) keluo kome......
Awok bukan cakap pasei eklan ghaye (raya) yang kat shopping complex tu.....
Tapi promosi2 ghaye (raya) yang tak berkait pun dengan ghaye (raya)
Sampeikan ade eklan yang awok tengok .......
Juei ghumah (rumah) pun ade promosi ghaye (raya)......
Agak kome le.....
Bende2 promosi macam ni sebenonye tunjokkan ape????
Adekah oghang (orang) Islam@Melayu ni gemo menunjok2?????
Adekah sebab sifat kite ni suke beghutang (berhutang) ??????
Maklomle Melayu mudah lupe!!
Lagi sebulan nak pose pun udah ade eklan ghaye (raya)....
Udah masok bulan pose ni jangan cakap le...
Berlambak2 eklan promosi ghaye (raya) keluo kome......
Awok bukan cakap pasei eklan ghaye (raya) yang kat shopping complex tu.....
Tapi promosi2 ghaye (raya) yang tak berkait pun dengan ghaye (raya)
Sampeikan ade eklan yang awok tengok .......
Juei ghumah (rumah) pun ade promosi ghaye (raya)......
Agak kome le.....
Bende2 promosi macam ni sebenonye tunjokkan ape????
Adekah oghang (orang) Islam@Melayu ni gemo menunjok2?????
Adekah sebab sifat kite ni suke beghutang (berhutang) ??????
Maklomle Melayu mudah lupe!!
Rambut Gugur Selepas Bersalin.. !
sumber: pokcik google |
Orang tua-tua kata bila baby mula pandai main buih atau air liur rambut ibu nya mula gugur * takde la sampai botak :) * menda ni akan berlarutan sehingga usia baby mencecah 6 bulan kadang ada sampai setahun. Ini la yang deena hadapi skang sampai en hubby pelik dari bilik air sampai kedapur rambut deena gugur, tu blom lagi time menyikat dah dekat besor penumbuk rambut yg gugur tu deena umpal.. * tingat org tua dulu pas gumpal2 selamba kodok selit kt dinding heee...*
penyelesai masalah keguguran rambut hehe.. |
Cuma yang sedih skit bila ingatan pada arwah tu menerjah, dalam hati berkata macam mana agaknya arwah yasmin main buih kalau dia ada ? pasti riuh suara dia kan... * rindu nyer ngan arwah...:( * . Citer bab rambut gugur, daripada pandangan doktor ia adalah normal selepas bersalin coz pertumbuhan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan banyak, makna nya masa pregnant rambut kita lebih tebal dan sihat...
sumber : pokcik google |
So 2-3 bulan selepas melahirkan rambut kita tadi akan mula gugur dengan teruk skali haa.. tapi tak lama pas baby 6 bulan keatas okay dah. Pada ibu-ibu yang takde pengalaman tu ( anak pertama) jangan panik :) .
memang takde ubat dan cara nak mengurangkan amik makanan yang kaya dengan zat besi, elakkan menyikat masa rambut basah, kalau berambut panjang potong pendek (tak banyak skit dapat mengurangkan keguguran) dan jugak rambut yang panjang bleh membuatkan baby sakit dan tak selesa coz membelit tangan dan anggota badan yang lain.
p/s: tengok shower cap tingat style tudung sorang artis tutttttt.....
Gulai Panas Padang Matsirat
Tadi deena ngan en hubby gi makan gulai panas di Padang Matsirat. kedai ni terletak btul-btul di bulatan nak ke airport tuh. kat sini banyak jenis ikan yang boleh kita pilih, yang xder ikan bilis jer heee.. Deena amik ikan gerut, ayam, dan ikan kembung.
boleh pilih nak yang pedas atau kurang pedas..
Banyak tu jer la kitorang makan itupun kari tak habis siap tapau bawak balik lagi.., kalau makan reramai berselera la skit makan mau sampai licin haa.. :)
p/s: selera makin menjadi-jadi skang... :-)
Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
sumber: mStarOnline |
" tak habis-habis cer pasal dorang ni... layannnnn ! "
Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.
Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan. "Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman. Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya.
"Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.
Terdahulu, Salehan melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini. Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005.
Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada penghakimannya, Salehan berkata, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit. "Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," katanya.
Walaupun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon boleh ke premis 4-2A dengan cara memanjat lubang pintu jeriji, Salehan berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan jeriji itu berada dalam keadaan terbuka atau berkunci. Selain itu, berdasarkan keterangan abang Norman, Mohamed Sophee saksi pendakwaan keempat (SP4), menyatakan bahawa jeriji itu berkunci dan dakwaan panjat tersebut juga tidak disoal balas dengan selengkapya.
"Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan.
Selain itu, Salehan juga berpendapat, intipati bahawa tertuduh sedang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syak juga tidak dapat dibuktikan, apabila Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi berpakaian lengkap. Norman pula berdasarkan keterangan, berbaju putih dan berseluar pendek.
Pada penghakimannya, Salehan juga berkata, pengadu dalam kes itu, Mohd Yusri Abdul Razak (saksi pendakwaan keenam) boleh dipertikaikan apabila bertindak memberi kenyataan kepada rancangan Melodi selepas tangkapan dibuat.
"Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media," ujar Salehan. Beliau juga memutuskan bahawa memandangkan beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan, maka jika terdapat kelemahan dalam kes itu, ia adalah merit kepada tertuduh. Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan.
sumber : mStarOnline
p/s: jangan tak jadi suda.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...