Tuesday, July 26, 2011

U r the nicest thing....

Betapa berat dugaan mu norma....

sumber: http://miera301.blogspot.com

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.... situasi yang terpaksa dihadapi oleh pasangan Norma dan Talib iaitu adik ipar kepada sahabat blogger Moon. Beliau mula disahkan mendapat cancer tumor pada march 2011 yang lalu,dan pasangan ini baru sahaja berkahwin (tahun lepas) dan dikurnia cahaya mata yang masih bayi lagi serta  tak berkesempatan menyusu dari susu badan, apetah lagi mendapat belaian kasih sayang dari ibu tersayang...



sumber: http://miera301.blogspot.com
saat-saat manis dihari persandingan norma dan talib.. tak siapa dapat menjangka selepas disahkan mengandung dan melahirkan beliau trus jatuh sakit dan disahkan mengidap cancer tumor stage 4...



suami yang tetap tabah diuji dengan ujian maha hebat.. 

sumber: http://miera301.blogspot.com

sentiasa berada disisi isteri tersayang... semoga kalian berdua tabah dan kuat hadapi dugaan ini...


sumber: http://miera301.blogspot.com

si kecil ( rafiq) yang masih tak mengerti penderitaan yang harus ditanggung oleh ibu nya..


Untuk ketahui lebih lanjut kisah norma ketika mula disahkan kanser tumor, klik disini, dan dapatlah kira nya kita memberi sedikit sumbangan (sila klik disini) pada norma bagi menampung kos perubatan yang kabarnya mencecah ribuan ringgit . Semoga norma terus tabah dalam menghadapi ujian dariNya demi si kecil Rafiq. amin....



p/s: sebak dan tak mampu di ucapkan dengan kata-kata bila membaca entri kisah norma... :(

Monday, July 25, 2011

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga Mereka


Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada mStar Online


“Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
“Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,” ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang “pelik” dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
“Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami. “Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan  ersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
“Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum,” ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
“Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
“Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,” ujarnya.
Apabila dihubungi untuk memberikan komen mengenai pendedahan daripada isterinya, Jimmy Shanley tidak menafikan pernah memukul isterinya. Berikut ialah kata-kata Jimmy:-
“Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
“Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?” soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.



p/s: makin panasssss...!

Bila diserang Asma...

sumber : google

Asma ? bukan asmara yer...  lately deena kerap diserang asma terutama tengah malam. mungkin pemakanan atau cuaca kot, bila tetiba kena asma hanya 'Inhaler' penyelamat deena . dan jika masih takde perubahan terpaksa la ke klinik amik oksigen heee... buat masa ni cukup dah tu ngan inhaler jer :) Ada yang kata penyakit asma boleh pulih sepenuhnya tak pasti kesahihannya samada penyakit asma ni boleh baik sepenuh nyer atau tak.  dari kecik lagi deena dapat asma, truk gak kena dulu. Alhamdulillah bila dah matured ni * makin dewasa haa * ;) ada la kurang tak mcm dulu kerap di serang asma. Deena alah pada habuk, sejuk, dan asap rokok, so pada yang ada asma tu jangan ingat sakit ni takde risiko k, kena amik langkah berjaga-jaga dan tau macam mana cara mengatasi bila diserang asma.



sumber: google

Antara yang deena amalkan *ni klu kena kat umah atau tengah malam* bila kehabisan ubat (inhaler) tinggikan bantal atau kedudukan dada mesti ditinggikan, amik limau nipis belah dua diangkan atas api dalam 2 minit kemudian amik kapur sirih sapu dipermukaan limau dan gosokkan kat dada. Kaedah ni bleh buat pada anak kecil yg ada asma.  ataupun kalau ada daun inai rendamkan dalam air panas *dalam secawan , daun inai skit jer * sampai kekuningan dan minum, ulang lagi sehingga sesak dan rasa sempit di dada tu berkurangan..insyaallah.

Nak tau kita ada asma ke idak, dada akan rasa sempit,susah nak bernafas, batuk tengah malam dalam keadaan cuaca sejuk dan yang  paling truk nafas berbunyi macam ada wisel . seperkara lagi penyakit ni amat berisiko lebih-lebih lagi pada ibu-ibu mengandung dan waktu melahirkan. Ikut nasihat doktor, jaga pemakanan dan pastikan rehat yang cukup..



p/s: bila dah lega jer rasa buat segelas susu putih (panas) dan minum... 

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 23, 2011

Minyak Zaitun mampu mencegah serangan jantung dan perut buncit !



Hujung minggu cenggini pasti semua amik kesempatan balas dendam rehat buat taik mata hehe... si anak plak celik mata dah tercongok depan tv layan kartun, si bapak nyer selagi tak tinggi matahari ngorokkkkk ! (dengkur) .Yang kita ni kaum-kaum ibu dari awal pagi membawak ke malam memang tak kering tangan buat itu ini, mana nak melayan si kecik lagi, yg sorang nak makan chicken chop laa.. haisshhh ! macam-macam karenah walau penat kita sebagai ibu takkan menghampakan permintaan anak-anak yer tak ?


Cer bab si bapak a.k.a en hubby nih, orang lelaki  bila tiba dorang demand nak makan sedap-sedap , semestinya masakan tadi ada lemak, dan berminyak kan ?  orang kita tak boleh lari dengan masakan lemak berkrim heee... Deena nak share apa kata tiap kali memasak masukkan dalam 2 sudu minyak zaitun tulen ke dalam masakan terutama masakan berlemak,berminyak, berkolestrol tinggi seperti kambing, lembu dan yang sewaktu dengan nyer.

sumber : google

Sebab nyerrr... dengan kekdah ni, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap dalam badan. dari segi perubatan minyak zaitun tulen ni jugak baik untuk  mengurangkan risiko sakit jantung (merendahkan kandungan kolesterol dalam darah) dan boleh juga mengurangkan lemak dibahagian perut.* sure en hubby tak boroi lagi pasnih  *   Sesape yang ada darah tinggi elok amalkan coz minyak zaitun tulen berfungsi menghalang darah dari melekit dan membeku. Ada banyak lagi kebaikan minyak zaitun ni sebenarnya dari segi kesihatan dan kecantikan haa....  So jika orang yang kita sayang ada penyakit-penyakit seperti diatas amalkan la tak banyak hanya 2 sudu ke dalam setiap masakan, atau nak minum macam tu jer pun boleh. (amalkan waktu pagi ). deena sarankan amik yang ada tertera di botol 'Extra Virgin'



p/s: dulu tau sapu kat prut waktu mengandung jer... * skang wajib ada kat dapur *

Gambar Belangkas