Thursday, July 21, 2011

Tok....

tok tengah rancak berborak ngan saudara dia.... *sib baik dah abis urut* :)
Petang semalam deena gi umah Tok di kg syed nahar untuk berurut.. * sedap berurut ngan tok nih.. ! * saje jer nak suh tok rasa kot2 ada yg tak kena ker ape. " takdak apa2 ehhhh urat lembutttt smua baguih naaaa... !" ngomel si tok ni sambil ngurut heee...  dari mula berurut sampai la habis tak berenti tok ni bercerita. Apa yang menarik tentang tok ni, dia dah ada 50 cucu dan 14 cicit, dan cicit yang paling besar umur 17 tahun haaa... 3-4 tahun lagi mau tok ni dapat piut plak...dan dalam usia 70 tahun tok masih kuat dan kulit cekang lagi beb... heeee.. takyah botox ke ape haaa... * deena siap cubit2 lagi pipi ngan tangan tok hehe *

rumah tok terselit kat blkg rumah depan ni... ( kena mendaki skit )
pokok bunga depan umah tok, lupa nak tanya nama pokok ni... :)

Kalau berkumpul anak beranak, cucu cicit bagai buat kenduri tak payah susah-susah mikir cari orang yer tak ? anak menantu semua tinggal berdekatan rumah tok gak,  lagi la senang. Kawasan perkampungan ni yang best ia berbukit-bukit cantik jer pemandangan rumah di lereng-lereng bukit, mesti tak berani kuar malam punya coz gelap dan sunyi. * lalu kawasan hutan dan jalan sempit *  cuma line jer la masalah skit  :)



p/s: selalu ingat pesan tok jaga pantang larang semua...

Misteri Karak Highway.....



" Mak... aziz balik dulu mak ",
" Aziz....... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jer la balik, dah pukul sembilan ni... "
"tak boleh mak, aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak.."
" aziz, besoklah balik... bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang. bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu..... " tak apalah mak, aziz balik dulu assalamualaikum" lantas aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.


"ermmmmm.... boring betullah..." rungut aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamaludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam aziz memandu, naik kematu bontotnya. ditoleh kiri dan kanan lebuhraya semakin lengang mungkin masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung.

"ermmmm...... baru sampai lebuhraya karak..... dah dekat gak ni...." tiba-tiba aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya. " kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya..... tambah-tambah lagi area lebuhraya Karak tu.... kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib....." namu kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, didirikan semangat " aaaarghhhhh..... ngarut jer.... mana ada hantu.... sekarang ni zaman internet ....hantu semua tinggal dalam hutan...." kata aziz keseorangan mententeramkan hatinya yang tidak tenteram... :)

Namun akhirnya tenteram juga setelah aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, aziz memang selalu berhati-hati... tiba-tiba jauh dihadapan aziz terpandang kelibat objek putih yabg seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali "hantu ker ?!" soal hatinya...."arghhh bukan.." dikuatkan semangatnya. semakin hampir...... dan semakin jelas pandangan aziz terhadap objek itu, rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

" Orang rupanya ingatkan hantu.." begitu celupar mulut aziz berkata-kata, hilang perasaan takut aziz kini diselubungi pula dengan perasaan kasihan pula. Segera aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."makcik nak kemana ni...? biar saya tumpangkan, makcik naiklah.... bahaya sensorang malam-malam ni...." segera aziz membuka pintu disebelahnya....

tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun di hadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta.....
" terima kasih nak...." kata perempuan tua itu dengan suara  yang garau dan langsung tidak memandang muka aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap..... perasaan takut aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut....garau sungguh menyeramkan..... "aapaaaa.... makcik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni ? baaaaaahaaaaayaaaaa makcik, malam pulak tu " kata aziz terketar-ketar.... "sebenarnya, makcik pergi cuci darah anak makcik yang meninggal akibat kemalangan ditempat makcik berdiri tadi....."


kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka aziz " apa ! darahhhhh!!!!!! " jerit aziz terkejut, peluhnya semakin banyak memercik..... mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.....
" yer... anak makcik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir......." kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau......
semakin kuat anggota badan aziz menggeletar....ditolehnya kearah perempuan tua itu..... tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya.....

" burghhhhhhh......burghhhhhhh.....burghhhhhh... !!!!!!!! "
tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beransur-ansur bertukar menjadi putih...... "burghhhhh..... burghhhhh.... burghhhhhh !!!!!!!
melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk
membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut. " maaaaaaaaaaaak ciiiiiiiik keeeeeeeeenaaaapaaa baaaaldi maaaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh ! " dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah aziz " hiiiiiiiiii......hiiiiiiiii.....hiiiiiiiiii..........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....

 *
 *
 *
 *
 *
" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZ!!!!!!!!! "

* hehe.... nak tau kebenaran disebalik misteri highway karak klik sini !  ampun beribu ampun pada yang terjebak baca entri nih... :) *


p/s: haaa kan ! deena pun terkena daaa... the moral of the story dengar cakap mak lenkali, jangan merayap balik memalam buta haaa.....





http://www.emocutez.com

Wednesday, July 20, 2011

mereka dijanjikan syurga..


Mat lenggang..

Orang perlis mesti kenal mat lenggang. Dari budak-budak sampai la ke org tua, tak de yang tak kenal dia kan. Betul tak? Tapi korang tau tak yang dia dah meninggal? Aku baru je tau, kawan aku cakap dah sebulan dah dia meninggal. Walaupun dia tak de kena mengena ngan aku, tapi sedih gak bila tau dia dah tak de. Dia jatuh sungai. Sungai mana aku tak tau la. 

Mat lenggang ni dia akan menggunakan jalan yang sama setiap hari, time pun sama je setiap hari. Disiplin sangat kan? pernah satu hari tu aku terlewat nak gi kerja n korang tau la kan simpang 4 kat hospital tu sememangnya jem kalau waktu kemuncak (if korang org perlis korang tau le).  Dari jauh aku dengar bunyi wisel, nyaring sangat! Aku ingatkan jem tu disebabkan traffic jaga, kot – kot la jalan tutup. Semua kereta bergerak perlahan! Rupa – rupanya mat lenggang dok berdiri kat kaki lima sambil dok tunjuk2 arah mcm polis sambil dok tiup wisel!!!!!!! Bengang betul aku time tu!!! Memang hampeh la siapa yang bagi wisel kat dia! 

Sekarang ni mat lenggang dah takde, sama – sama la kita doakan dan sedekahkan Al – fatihah kat dia. Memang la dia bukan siapa – siapa pun dengan kita, tapi dia kan sedara sesama Islam. Dia gak penghibur jalanan dikala jalan jem..


Amin..


......................................
Dua Beradik..

Ni lagi satu kisah insan-insan yang dijanjikan syurga. Dua beradik yang sentiasa berjalan berpegangan tangan tapi kalau depa ni bergaduh, sorang dok kiri jalan, sorang dok kanan jalan. Time baik, muka masing – masing senyum je. Bila gaduh, dua – dua muka macam asam!

Aku suka sangat  tengok dua beradik ni, dengan kepiahnya, dengan sorang baju hijau, sorang baju biru, tak tukar – tukar! Tapi depa ni tak la busuk sangat2 busuk peluh je, depa balik mandi kot. Aku rasa depa ada baju yang sama banyak helai la :D (sempat lagi aku buat kajian kan).

Kadang – kadang, depa ni geng ngan mat lenggang. Kalau korang pernah tengok mereka berpegangan tangan bertiga, mesti korang akan tersenyum! Sweet sangat tau! Diaorang la yang akan jaga mat lenggang time nak melintas jalan. Padahal mat lenggang tu punya la cekap melintas jalan,dia kan dah berpuluh tahun melenggang. :D

Dua beradik ni tak pernah minta RM1 tau! sekali minta RM5 terus!! Pernah sekali tu aku dengar dia minta kat polis duit, polis tu cakap dia tak de duit, dia pun jawab ‘ takpa-takpa, nanti dapat gaji abag polis bagi duit kat kami na’ polis tu tengok je dia dengan muka tak puas hati n belah. :D bijak depa ni!!
Sama la ngan mat lenggang, depa pun tak de kena mengena dengan aku, tapi depa la yang selalu buat aku tersenyum. 


Besotted

Grins like a besotted female because you just can't help it...
Out on a gorgeous weather in WSM

Blue Mosque, Istanbul, Turkey

ALhamdulillah...Allah permudahkan dan murahkan rezeki untuk ku berkunjung ke kota Istanbul ini... di antara bandar yang termasuk dalam senarai impian saya untuk saya kunjungi ...

Apakah yang menarik di sini?  Sebenarnya selain drpd  mercu tanda yang terkenal di Kota ini...sejarah nya yang jika kita kaji dan selusuri akan membuahkan keinsafan dan kesedaran di hati sanubari ini...

Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam. Kota Istanbul yang dahulunya di gelar Kota Kontanstinople, berjaya di tawan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..(sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh baca novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip = Abdul Latip Talib) pada tahun 1453, maka pada tahun ini berakhirlah Empayar Byzantine. 
Blue Mosque

Sejak Islam mengusai Kota Konstantinople, kerja-kerja baik-pulih dan pembinaan semula banyak dilakukan.... mesjid-mesjid banyak dibina di sekitar kota ini ... di antaranya gerega Hagia Sophea atau Aya Sofya semasa pemerintahan Byzantine telah ditukar kepada Mesjid ....(sekarang dijadikan muzium) ..
Blue Mosque @ Mesjid Biru, Istanbul, Turkey

Mesjid yang paling istimewa di kawasan Sultanahmet adalah Mesjid Biru @ Blue Mosque.  Namun apabila sampai sahaja di kawasan Sultanahmet dari airport..mataku mencari-cari di manakah Mesjid Biru itu? Saya menjangkakan sebuah mesjid yang mempunyai kubah besar berwana biru (seakan-akan Mesjid Negeri Shah Alam) ...namun dari celah-celah dedaun pepohon yang menghijau di taman sekitar mesjid biru ini, kelihatan lah menara-menara Mesjid Biru ... terdapat 6 buah menara untuk mesjid ini... namun terpandang sahaja kubahnya..hatiku sedikit kecewa..kerana kubahnya TIDAK berwarna biru!
Kelihatan menara dan kubah Blue Mosque dari taman Sultanahmet.
Kami datang lagi ke tempat yang sama pada sebelah malam...
Latar belakang Blue Mosque waktu malam..

Tapi daku tidak putus asa..mesti ada sebabnya mengapa dipanggil Blue Mosque. Pencarian bermula dengan membeli sebuah buku mengenai Istanbul di sana, kemudian balik ke hotel saya search di internet pula..lalu saya temui jawapannya.  
Sebenarnya ia dipanggil Blue Mosque kerana dinding bahagian dalam mesjid itu di hiasi dengan jubin-jubin biru berukir yang sangat cantik hingga ke bahagian atas siling.  
Bahagian dalam Blue Mosque, yang sangat besar dan luas dan tinggi
.tingkap2 dengan cermin tinted berwarna biru..
Dari bhgn dalam..kubah mesjid..yg dihiasi jubin2 biru berukir yg sgt cantik
 Lampu yg sangat klasik..
 Keseluruhan bhgn dalaman Blue Mosque
Lagi kubah biru ... dengan jubin-jubin yg berukir cantik
 Permaidani merah yang cantik di dalam Blue Mosque
 Salah satu minaret Blue Mosque dari dalam compound mesjid..
gambar ini diambil selepas kami solat Maghrib di sini
 Di hadapan pintu masuk
Dari sebelah luar di tangga..waktu ini sudah hampir pukul 9 malam..
(maghrib masuk pukul 8 lebih ...isya' masuk pukul 10 lebih ...sekarang musim panas..)
Di dalam compound mesjid...di sebelah kanan itu tempat mengambil wudhuk..
Di hadapan pintu gerbang masuk (Interior Atrium Gate) kawasan Blue Mosque

ok..kita sambung lagi kembara di bumi Uthmaniah di lain entri...

update:
Utk pengetahuan semua, Mesjid Biru ini TIDAK dijadikan museum...ia masih berfungsi sebagai sebuah mesjid... ramai umat Islam yang berkunjung ke sini akan masuk bersolat di ruang solat...para pengunjung (terutama non-muslims dan wanita) TIDAK dibenarkan berlegar-legar di ruang solat... tempat solat untuk wanita disediakan di bahagian belakang,  ada sahaja umat Islam yang sedang solat dan membaca Al-Quran di ruang hadapan...
In fact, semasa kami datang lagi pada sebelah malam, azan maghrib sedang berkumandang, lalu kami solat berjemaah di dalamnya ...

Yang dijadi museum sekarang ialah Hagia Sophea @ Aya Sofya (akan saya ceritakan di entri akan datang).

Biskut raya sudah mari !

nak tau sedap ke tak cer order...

Gara-gara 2 hari berturut-turut melayan buat kuih raya satu badan sengal hee.. bayangkan la.. bertahun-tahun deena tak buat kuih raya , kali ni semangat sudah mari huhu...dan deena buka untuk tempahan skali haa.. pada kengkawan yang nak cuba rasa air tangan deena tu bleh usya kat sini . tak banyak pun hanya  4 jenis jer deena buat ada biskut tart nenas, tart strawberry, sarang semut bersalut wafer dan biskut sarang semut.


buah strawberry tu x jual yer saje jer buat suka-suka....

Ape la deena ni kan.. ! puasa nun jauh lagiiiii dah sibuk menggodek kuih raya. Bukan per buat sample dulu bagi orang rasa. Kira tahun ni dah niat nak buat lebih skit terutama nak bagi mak mertua, mak deena, anak2 di klang.. anak-anak siang2 dah order sarang semut bersalut wafer. Last makan masa dorang kecik, ingat lagi rupanya budak-budak ni...


p/s: sesaper nak cuba try test rasa * free jer * jerit kuat2 k...sementara stok masih ado ! http://www.emocutez.com

Tuesday, July 19, 2011

Elderly

I might think I know the world, yet, there is an entirely different part of life I see here. Back home, I've done charity for the hospice children, children with HIV, abused children and orphans. To think that the sufferings of children was the worst thing ever, I was wrong.
BEING OLD is the worst thing ever.
Being old AND lonely is as good as death.

You know what I see on a daily basis?
The elderly on their disable machines, some with jittery hands trying their best to grip the pen to sign their prescription, some with Parkisons, some with dementia, some with poor eye sight..... and so much more.

- A 63 year old male patient with back pain in need of a heat rub:
"Sir, do you have anyone to apply the ointment onto your back?"
"No, I live alone." He already uses two walking sticks to walk.

- An elderly man with hearing disability wanting to collect his Rx:
"Sir, may I have your surname please?"
"WHAT! I don't want any cream!"
He yells at me and gets a burst of laughter from the other customers behind him who did not see his hearing aid.

- Yesterday, I had an interesting encounter. A lady in her sixties came to the pharmacy to collect her Rx. After that, my colleague told me to walk her to Mark's and Spencers which was situated opposite my pharmacy. It usually takes a couple of minutes to get to M & S, but with this lady, it took a good 10 minutes.

Every step she made, she paused suddenly when she sensed someone else was nearby.
"Hold onto me, dear and don't let go. Other people walk too fast and I am afraid they will knock me down"

One time, there was a slide bump on the street and she panicked.
"No, No, I am very afraid to walk on it" And she pulls me to a dustbin, puts just one finger on it and say, "There, you see, I just need to put one finger here for balance, and I am fine to cross."

I had a chance to have a little chat with her while on this 'trip'.
"Do you have family here, maam?"
"No, I live alone here. That's why I go to M&S because they know me and will take care of me until my taxi arrives to go home." She continues, "I have friends in Weston, but it is not nice to bother them."

After the past 5 weeks of working, I just feel that the elderly were definitely more fragile than the unfortunate children. Also, two is better than one. Your partner may have jittery hands or stutter when he speaks, but at least he knows there is always someone standing next to him to help.

I must say, What an experience!

Welcome to Weston-Super-Mare!

Gambar Belangkas