Thursday, July 14, 2011

Apam dot.dot dot.. polkadot !


Mana bleh tahan sana sini sinun buat apam polkadot ! dengan bangga nyer deena berjaya buat apam polkadot dari tengahari beb layan baru siap haa... abang kata bleh la buat jual * mesti meletops akak nye apam dot dot ko !*  sebenar nyer deena tak ikut resepi asal coz tak jadi masa mula-mula kukus tadi mcm ada yg tak kena, so deena olah balik ikut sesuka hati deena tambah dan kurangkan bahan-bahan hehe... * kita yang buat dia heee * . Nasib baik menjadi dengan gebus dan lembut haa.. untuk filling plak deena buat sendiri perasa strawberry nak resepi ekkkk...:)  klu bran cer buat ikut resepi sesuka hati deena ni yer...rasa dijamin sodappp !


Bahan-bahan :-

3 biji telur
1 1/4 cwn t/gandum
1 1/4 cwn gula halus
3/4 susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovelette
Filling - ikut suka nak letak strawberry,kaya, peanut butter dll.
Pewarna ( ikut suka )

1 sudu esen vanilla

Caranya :-
# Pukul putih telur sampai kembang
# masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla  ( pukul hingga kembang)
# kemudian masukkan gula halus, pukul sampai kembang.
# masukkan tepung + baking powder selang seli ngan susu .
# bahagikan adunan tadi 3 bahagian dan titiskan pewarna.
# Nak senang masukkan adunan dalam piping bag. atau guna sudu pun bleh.
# letakkan adunan ke dalam mangkuk 1/4 dulu, masukkan filling dan tambah lagi adunan tadi hingga 3/4 (jgn santak sangat sampai penuh mangkuk kertas tu yer )
# last sekali dot dot kan atas adunan . ( dot dot amik dr adunan yg berwarna tadi gak)

Untuk buat filling strawberry :- * pssttt.. klu nak tau filling ni utk buat cekelat ! * :)
4 sudu susu cair
1 sudu besar paste strawberry 
1/2 sudu orange flavour
100 gm coklat putih
1 sudu teh glucose atau madu 

Caranya:-
# Masukkan white choc ( yg dah dicairkan -double boil)
# masukkan liquid glucose atau madu
# dan juga  paste strawberry serta orange flavour. kacau sampai sebati.
# masukkan susu 
# masukkan inti tadi ke dalam piping bag. pastu make up la atas adunan tadi.
# kukus selama 15-20 minit.

Wokey..itu jer la kekdah nyer . klu ada kemusykilan nak tanya sila...sila...sila... :)


p/s: apam ni tahan 3 hari dan klu simpan dalam peti ais seminggu tahan.


Apam dot.dot dot.. polkadot !


Mana bleh tahan sana sini sinun buat apam polkadot ! dengan bangga nyer deena berjaya buat apam polkadot dari tengahari beb layan baru siap haa... abang kata bleh la buat jual * mesti meletops akak nye apam dot dot ko !*  sebenar nyer deena tak ikut resepi asal coz tak jadi masa mula-mula kukus tadi mcm ada yg tak kena, so deena olah balik ikut sesuka hati deena tambah dan kurangkan bahan-bahan hehe... * kita yang buat dia heee * . Nasib baik menjadi dengan gebus dan lembut haa.. untuk filling plak deena buat sendiri perasa strawberry nak resepi ekkkk...:)  klu bran cer buat ikut resepi sesuka hati deena ni yer...rasa dijamin sodappp !


Bahan-bahan :-

3 biji telur
1 1/4 cwn t/gandum
1 1/4 cwn gula halus
3/4 susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovelette
Filling - ikut suka nak letak strawberry,kaya, peanut butter dll.
Pewarna ( ikut suka )

1 sudu esen vanilla

Caranya :-
# Pukul putih telur sampai kembang
# masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla  ( pukul hingga kembang)
# kemudian masukkan gula halus, pukul sampai kembang.
# masukkan tepung + baking powder selang seli ngan susu .
# bahagikan adunan tadi 3 bahagian dan titiskan pewarna.
# Nak senang masukkan adunan dalam piping bag. atau guna sudu pun bleh.
# letakkan adunan ke dalam mangkuk 1/4 dulu, masukkan filling dan tambah lagi adunan tadi hingga 3/4 (jgn santak sangat sampai penuh mangkuk kertas tu yer )
# last sekali dot dot kan atas adunan . ( dot dot amik dr adunan yg berwarna tadi gak)

Untuk buat filling strawberry :- * pssttt.. klu nak tau filling ni utk buat cekelat ! * :)
4 sudu susu cair
1 sudu besar paste strawberry 
1/2 sudu orange flavour
100 gm coklat putih
1 sudu teh glucose atau madu 

Caranya:-
# Masukkan white choc ( yg dah dicairkan -double boil)
# masukkan liquid glucose atau madu
# dan juga  paste strawberry serta orange flavour. kacau sampai sebati.
# masukkan susu 
# masukkan inti tadi ke dalam piping bag. pastu make up la atas adunan tadi.
# kukus selama 15-20 minit.

Wokey..itu jer la kekdah nyer . klu ada kemusykilan nak tanya sila...sila...sila... :)


p/s: apam ni tahan 3 hari dan klu simpan dalam peti ais seminggu tahan.


Cloth Diapers a.k.a Lampin Kain

Assalamualikum,

Hari ni kita bercerita tentang bayi dan kaitan dengan selamatkan bumi.. Apa lagi kalau bukan mengenai lampin kain atau glamer dengan panggilan cloth diapers sekarang ini. Rasanya ramai dah tahu kot, penggunaan lampin kain yang cantik lagi menarik ni. Juga dah tahu tentang penjimatan jika lama memakaikan anak dengan pampers, biasanya paling kurang 3 tahun.

Sebenarnya hari ni baru je terima 5 lagi cloth diapers dari kenalan, menambah koleksi untuk penggunaan anak-anak. Si kakak dah perlahan-lahan balajar tak pakai pampers, sekarang ni nak tidur jer. Bila datang mood dia nak pakai je, pakaikan. Kalau tak, memang dah ok..

Ni gambar cloth diapers baru...
 Masih dalam bungkusan

Dah buka.. macam-macam warna

Dulu dah beli 5, satu hilang entah tidak dapat dikenal pasti. sekarang ni ada 9 dalam koleksi.. Bertekad nak pakaikan kat si adik, harap-harap dapat jimatkan kos beli lampin pakai buang. Apa kata anda? Apa pendapat korang pasal lampin ni, dan mana satu lagi korang suka?

admin: sesiapa berminat nak beli, boleh saja bagitau saya ye.. harga dalam RM23++ sehelai.. selagi stok masih ada...

Roti+timun+tomato+cheese+zaitun

Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui...
setipa kejadianNya ada hikmah dan sebab musababnya...
peluang yang saya perolehi baru-baru ini untuk berkunjung ke Kota Konstantinopole...suatu perkara yang saya perhatikan.  Timun dan tomato serta buah zaitun adalah menu utama di sini. Sarapan, lunch atau dinner...apa sahaja mesti ada semua ini, hirisan tomato dan timun, buah zaitun dan cheese...
Inilah sarapan kami setiap hari di Istanbul, Turkey.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 2


Majlis Konvokesyen untuk Fakulti Perubatan , Jordan Uni of Science & Tech (JUST)
dalam stadium di tengah panas terik..rasanya ada tak universiti kat Malaysia ni nak buat macam ni? Mudah dan ringkas..tak perlu banyak protokol sangat...

Tuesday, July 12, 2011

KISAH SERAM BANGUNAN BERUSIA LEBIH 100 TAHUN

Selepas mendapat panggilan dari Abang Mazidul Akmal Sidik pada jam 5.35 petang semalam 12.7.2011.. aku pulang kerumah bersiap untuk ke lokasi bangunan yang dikatakan penuh dengan cerita dan kisah mistik... tepat jam 6.15 petang pula aku tiba di satu kawasan semua orang tahu iaitu di KTM kuala lumpur..



Dalam keadaan jalan yang kurang sibuk disitu aku berhenti di satu simpang jalan dan mengabil bebepara keping gambar di kawasan tersebut sementara menunggu panggilan dari abang mazidul akmal sidik untuk mendapat maklumat terkini mengenai bangunan tersebut.



Ketika aku menunggu rakan2 lain tiba di lokasi.. (rahmat dan zaki) hadir seorang pakcik tua menjaga parkir KTM menuju ke arah aku yang kelihatan agak lain macam.. sebelum dia tanya aku.. aku terus bertanyakan soalan kepada pakcik itu... as`kum pakcik... bangunan DOT DOT DOT dimana yer pakcik??

(pakcik): owhhh bangunan tuh kat tuuuuuhh... setau pakcik laaa... kat situ je yang ada..

(aku): owhh terima kasih pakcik..

dengan pantas aku simpan peralatan aku.. dan aku terus bergegas ke lokasi terbabit.. tiba di kawasan tersebut aku termenung seketika... kata abang mazidul ada rumah penjaga bangunan ini kat area situ.. aku tengok pintu masuk pun dah meremang bulu roma aku... ngan bangunan dia yang tak seberapa tinggi dikelilingi bangunan2 baru... betul2 terhimpit.. aku pun dengan selamba bawak motor masuk kawasan pintu kecik disitu.. aku perasan ada rumah di belakang bangunan tersebut... dan tibanya aku di kawasan rumah tu aku terus bagi salam.. pakcik (M) bukan nama sebenar keluar dan aku sampaikan pada dia panggilan abang mazidul untuk meminta kebenaran dan sebagainya...



Jam 7.15 malam.. Rahmat dan Zaki tiba di lokasi dan kami jalan dan pusing mengelilingi bangunan tersebut... memang legend bangunan nih kata Rahmat...




keadaan dan suasana ketika matahari mula terbenam....... (masa ini aku dah rasa lain macam)

setelah rahmat mendapat kebenaran dan kunci bangunan tersebut berada di tangan rahmat.. kami bergegas ke pintu hadapan bangunan tersebut untuk memulakan kajian paranormal dijalankan.. suasana memang sunyi... kami hanya bertiga sahaja berada di lokasi tersebut.. sedang rahmat cuba membuka solex pintu tersebut kami dikejutkan dangan satu situasi yang agak menyeramkan... pintu tersebut disentak dan terbuka dengan sendirinya... seolah-olah mereka didalam menanti ketibaan kami yang hadir untuk membuat kajian.... rahmat yang terkejut terus membuka langkah 1000 berlari ke arah tepi bangunan diikuti aku dan zaki.. larian tanpa menoleh belakang terus menggamatkan suasana lokasi tersebut..


dengan perlahan rahmat cuba membuka pintu tersebut... (sebelum berlaku kejadian aneh tersebut)



kami bagaikan tidak percaya benda tu berlaku di depan mata kami... kami duduk ditepi cuba menteteramkan keadaan... dan rahmat berkata.. jom kita repeat... aku dan zaki pun follow.. terus mengintai keadaan dan suasana dalam bangunan tersebut...



keadaan tangga papan bersuia lebih 100 tahun... memang legend bangunan ni.. kata kami lagi... dan dalam keadaan sebelum menajadi tegang.. aku dan zaki dapat merasakan sesuatu perkara buruk akan berlaku jika kami bertiga teruskan masuk ke bangunan tersebut.. ( mat... aku rasa baik jangan masuk... kalo kita bertiga ni masuk confirm dia kurung kita mat...) kata aku kepada rahmat... betul mat.. kata zaki... dalam pada masa yang sama.. ketika rahmat berada di hadapan pintu bangunan tersebut... kami dikejutkan lagi dengan keadaan yang tidak dijangka oleh sesiapa dan apa yang akan berlaku...



perkara berlaku dengan pantas.. aku dapat melihat sesuatu benda aneh yang sedang memerhatikan rahmat dari tingkap bangunan tersebut... ketika itu rahmat sedang meminta izin masuk kedalam.. apa yang terlihat dengan mata kasar aku... rambut panjang dan hitam nampak seperti marah dengan kehadiran kami disitu... aku dan zaki menjerit MAT!! MAT!! WOII.. LARI MAT!! DIA KAT TINGKAP BEB!!! LARIIII..... waktu tersebut tuhan sahaja yang tahu... larian pantas kami terus pergi ke depan kawasan rumah pakcik (M) tadi... dan memulangkan kunci... aku dah menggigil tak dapat memikirkan apa yang berlaku... keadaan jadi senyap... rahmat dan zaki tidak berkata apa-apa... dan abang mazidul pun call... kata malam ni kita repeat jam 11 malam.......... dan kami dengan perlahan bergerak keluar dari kawasan bangunan tersebut dan pulang kerumah dengan keadaan kebingungan.... apa yang berlaku keatas kami tidak diduga.. apa pun ALLAH S.W.T yang maha berkuasa...

itulah sedikit pengalaman seram dari crew kami yang berada di lokasi.

Hati-hati bila memakai kanta lekap


Seperti biasa rutin harian periksa kanta lekap mana tau kot2 tetiba tukar kaler lain ker, hilang ker heee... maklumlah jarang pakai kan, selalu kat umah deena pakai cermin mata memang tak bleh berenggang,  mandi ngan tido jer tanggal. celik mato meraba cari cermin mata. Cer bab kanta lekap ni kita tak bleh amik mudah terutama dari segi pemakaian dan penjagaan. pada yang baru nak mula pakai tu deena sarankan rujuk pada pakar optometris *tul ker ejaan tuu..* cara pakai yang betul. kadang kalau kita pakai terbalik akan rasa tak selesa dan kena keluarkan cepat-cepat.  deena list kan secara asas apa yang perlu dan elakkan bila memakai kanta lekap nak plak trend skang macam-macam kaler  * mato rimau pun ado *   Sebelum pakai kanta lekap pastikan :-

permukaan yang betul kanta lekap berbentuk 'U' tgk anak panah...

1~Basuh tangan dulu tiap kali buka kanta lekap. lepas basuh pastikan tangan dikeringkan coz air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali gunakan air yang ditapis.
2~ Letakkan kanta lekap atas tapak tangan . then bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih pelbagai guna(multipurpose solution) . Gunakan salah satu jari untuk menggosok kanta lekap dengan lembut beserta titisan pencuci tadi.
3~ Simpan kanta lekap dalam bekas khas, pastikan bekas tadi bersih dan mesti diganti dengan kerap supaya kuman yang ada dalam bekas lama tak melekat pada kanta lekap lekap.
4~  Pakai dulu kanta lekap sebelum nak make up yer... * bayangkan dah vogue giler muka ngan bulu mata pelesu, baru terhegeh nak pkai kanta lekap ! ape cer ? hehe *
5~ Jangan biasakan pakai melebihi 8 jam atau bawak tido. * ada kes sampai bwk gi hospital keluarkan kanta lekap haa..*
6~ Dan jangan pakai lebih dari tempoh yg ditetapkan. ( ada sebulan, 3 bulan dan 6 bulan)
7~ Jangan sembarangan memakai larutan pembersih.
8~ Satu lagi pengalaman selama deena pakai kanta lekap ni bila makan gunakan tangan jari telunjuk automatik melentik keatas hehe... klu tak buat  basuhlah ngan air klorok sekalipun waktu nak tarik kuor kanta dalam mata punya la pedihhh ! itu la gunanyer jari lentik tadi mmg di jamin tak pedih haa.. Sampai skang wlau tak pakai pun jari telunjuk ni tetap melentik... :) * mcm cacat dah orang tengok*

komplikasi akibat memakai kanta lekap....

Seandainya timbul rasa tak selesa seperti mata merah, gatal-gatal baik berhenti pakai dan jumpa doktor. ada kes sampai tahap kronik mata boleh buta. *mana cari spare klu mata buta ! *  yang penting kena disiplin coz memang rumit penjagaan dan pemakaian kanta lekap ni.


p/s: dah semulajadi mato den cekelat.. . http://www.emocutez.com

Gambar Belangkas