Tuesday, July 12, 2011

Hati-hati bila memakai kanta lekap


Seperti biasa rutin harian periksa kanta lekap mana tau kot2 tetiba tukar kaler lain ker, hilang ker heee... maklumlah jarang pakai kan, selalu kat umah deena pakai cermin mata memang tak bleh berenggang,  mandi ngan tido jer tanggal. celik mato meraba cari cermin mata. Cer bab kanta lekap ni kita tak bleh amik mudah terutama dari segi pemakaian dan penjagaan. pada yang baru nak mula pakai tu deena sarankan rujuk pada pakar optometris *tul ker ejaan tuu..* cara pakai yang betul. kadang kalau kita pakai terbalik akan rasa tak selesa dan kena keluarkan cepat-cepat.  deena list kan secara asas apa yang perlu dan elakkan bila memakai kanta lekap nak plak trend skang macam-macam kaler  * mato rimau pun ado *   Sebelum pakai kanta lekap pastikan :-

permukaan yang betul kanta lekap berbentuk 'U' tgk anak panah...

1~Basuh tangan dulu tiap kali buka kanta lekap. lepas basuh pastikan tangan dikeringkan coz air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali gunakan air yang ditapis.
2~ Letakkan kanta lekap atas tapak tangan . then bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih pelbagai guna(multipurpose solution) . Gunakan salah satu jari untuk menggosok kanta lekap dengan lembut beserta titisan pencuci tadi.
3~ Simpan kanta lekap dalam bekas khas, pastikan bekas tadi bersih dan mesti diganti dengan kerap supaya kuman yang ada dalam bekas lama tak melekat pada kanta lekap lekap.
4~  Pakai dulu kanta lekap sebelum nak make up yer... * bayangkan dah vogue giler muka ngan bulu mata pelesu, baru terhegeh nak pkai kanta lekap ! ape cer ? hehe *
5~ Jangan biasakan pakai melebihi 8 jam atau bawak tido. * ada kes sampai bwk gi hospital keluarkan kanta lekap haa..*
6~ Dan jangan pakai lebih dari tempoh yg ditetapkan. ( ada sebulan, 3 bulan dan 6 bulan)
7~ Jangan sembarangan memakai larutan pembersih.
8~ Satu lagi pengalaman selama deena pakai kanta lekap ni bila makan gunakan tangan jari telunjuk automatik melentik keatas hehe... klu tak buat  basuhlah ngan air klorok sekalipun waktu nak tarik kuor kanta dalam mata punya la pedihhh ! itu la gunanyer jari lentik tadi mmg di jamin tak pedih haa.. Sampai skang wlau tak pakai pun jari telunjuk ni tetap melentik... :) * mcm cacat dah orang tengok*

komplikasi akibat memakai kanta lekap....

Seandainya timbul rasa tak selesa seperti mata merah, gatal-gatal baik berhenti pakai dan jumpa doktor. ada kes sampai tahap kronik mata boleh buta. *mana cari spare klu mata buta ! *  yang penting kena disiplin coz memang rumit penjagaan dan pemakaian kanta lekap ni.


p/s: dah semulajadi mato den cekelat.. . http://www.emocutez.com

Surat

Tengahari menalipon ke bahagian pengajian siswazah, bertanya mengenai surat pengesahan senat yang sepatutnya sudah diterima.  Mesyuarat senat bulan Mei 2011 telah mengesahkan saya tamat belajar dan menganugerahkan saya Ijazah Doktor Falsafah Sains. Alahamdulillah petang tadi jam 4ptg saya ke pejabat IPSIS di Intekma Resort...Ya Allah! Syukur syukur syukur Alhamdulillah...!!! 
Surat pengesahan Senat yang dinanti2 kan ....Alhamdulillah

 Suatu penantian yang cukup lama ...sehingga kadang kala emosi saya berubah-rubah ....

Alhamdulillah...satu perjalanan yang sungguh panjang dan berliku... boleh dikatakan saya ada lah orang kedua di fakulti ini yang menuntut dalan suatu jangka masa yang lama...boleh di katakan sangattttt lama..... ini adalah sangat berbeza dengan jangkamasa yang saya ambil ketika menuntut sarjanaMuda dan Sarjana digabungkan bersama!!! 

Mungkin ada mesej yang Allah hendak sampaikan kepada diri ini... suatu waktu dahulu saya sangat berbangga kerana dapat menghabiskan program sarjanaMuda kurang dari 4 tahun...lebih tepat dalam 3 1/2 tahun sahaja..kemudian menyambung diperingkat sarjana juga dihabiskan dalam masa kurang dari 2 tahun...senang cerita kurang dari 6 tahun saya telah mendapat 2 sijil ...Sarjana Muda dan Sarjana...(tidak termasuk 2 lagi sijil iaitu Sijil Kahwin dan Sijil Beranak!!! hahaha)

Namun itu tidak terjadi ketika saya menyambung pengajian di peringkat Phd.... perancangan awal ...saya katakan kepada diri ini..paling cepat 3 tahun dan paling lambat 4 tahun! itu plan saya...tetapi plan Allah lain pula...memang benar Allah lah sebaik-baik Perancang....kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz...Sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...banyak perkara yang berlaku menyedarkan saya..bahawa semua ini adalah milik Allah...semuanya dalam perancangan Allah...

Monday, July 11, 2011

Dunia baru yang akan saya CINTAI

assalammualaikum..

Nak kata baru tak la baru sangat, tapi dah 5 bulan saya makan gaji kat tempat baru ni. Saya tak suka jadi budak baru! Xde nak lepak dengan kawan, Xde nak borak-borak. Saya selalu teringat kawan - kawan lama. Saya rasa 2-3 bulan juga la jiwa saya memberontak! Padahal saya yang pilih nak datang sini!

Saya ingat lagi masa datang interview, saya Xde kabel2 politik, saya Xkenal 'orang dalam'. Saya datang bebekalkan apa yang ada je! Saya cakap kat ayah "takpe ayah,xpayah kabel2,cik (biasa la org perlis,bahasakan diri cik) boleh berdiri dengan kaki cik sendiri!( buat best je) padahal sebenarnya aku sikit pun tak yakin yang aku akan dapat kerja ni, saja nak bagi ayah n ibu yakin.

Alhamdulilah, syukur sangat-sangat bila saya berjaya dapat jawatan tu! Berkat doa ibu dan ayah.

Walaupun jarak pejabat baru dekat je dengan pejabat lama, tapi rasa berat hati tu sangat kuat. MUNGKIN sebab kat tempat lama saya ada kawan2 kaki rewang, kawan2 yang sama2 boleh layan kepala, kawan2 yang dah kering hatinya (sebab dah lali dengan duniawi-ecewah). 


TAPI lepas 5 bulan kat sini, saya dah makin serasi, dah ada teman nak makan, dan ada teman nak borak - borak. Saya dah makin cinta dengan tempat saya sekarang.  




Hope cinta tu akan terus mekar, coz saya akan berada di sini sampai usia 56!!!

Wordless Selasa

Senyum, tak perlu kata apa-apa..

Layan gambar ye..


Ni adalah group m-pop, atau Malaysian Pop, 24:7 tajuk kumpulannya.. Tak kisahlah, yang nyata malam n nak tengok Babyfaced beauty.. Dorang ni baby faced ke?

Assalammualaikum..

Salam Cinta.. Salam Sayang.. Salam Berbicara..

Menjejaki Para Sahabah Syuhada' di Dataran Syams

Alahmdulillah...kunjungan kali ke-2 ke bumi Urdun membawa saya kembali menjejaki denai laluan para sahabah di Dataran Syams... kunjung kali pertama pada tahun 2007 ...tetapi kali ini, pakcik driver Arab yang membawa rombongan kami, telah memandu sedekat mungkin ke sempadan utara Jordan bersebelahan Syria , Israel (Palestin) dan Lubnan... kami dapat melihat dengan dekat Tasik Tobari ... mungkin sahabat sekelian sudah tahu atau belum tahu mengenai kisah tasik ini...?? tasik ini menjadi rebutan di antara 4 negara ini kerana ia merupakan sumber air bersih untuk rakyat dan tanaman di sekitar Dataran Syams... dahulunya dikuasai oleh Syria tetapi sekarang sudah di bawah kuasa Israel... begitu juga Golan heights yg terletak di sempadan Jordan -Syria...

 Inilah Tasik Tobari@Tiberias @ Sea of Galilee,  yg menjadi rebutan, sekarang berada di bawah kuasa Israel.. 
boleh cerita sesiapa yg tahu kisah tasik ini?
Golan Heights - juga di bawah kuasa Israel skrg
Cuasa panas terik sehingga mencecah 40 darjah .... berlatar belakang Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Sunday, July 10, 2011

Maajun makin meletops...


Alhamdulillah... syukur bila jualan maajun yang deena jalankan semakin meningkat skang. selain secara online iaitu promote dalam blog dan facebook, sebelum ni deena jalankan secara offline jer yang mana kebanyakkan customer yang beli dengan deena pun atas rekemen dari kawan-kawan yg pernah beli dan rasa sendiri keberkesanan maajun nih.. * sempat promote hehe..*  dulu.  So takde masalah kalau ada customer yang sangsi atau tak yakin dengan keberkesanan maajun ni coz deena sendiri pun dah lama makan maajun ni hampir 5 tahun. Tapi sejak ada fb dan promote di blog makin ligat order masuk sib baik kak mimi (pengusaha maajun warisan keluarga) sentiasa stanby dengan stok maajun dan pos on time..




Kalau kengkawan prasan deena ada citer serba sedikit kegunaan dan kebaikan maajun ni dalam entri yang lepas. info bleh usya kat sini . Apa yang deena nak share kat sini teman fb Alin yang baru makan dalam 3-4 botol bagitau berat badan dah mula turun dan badan rasa ringan walau dia sibuk seharian dengan urusan anak-anak dan membantu suami di restoran. Bersemangat tul alin bercerita pasal maajun ni... selalu nyer dia order 2 botol utk stok 2 bulan, tadi 6 botol dia borong senang kata nyer hehee.... maceh yer alin :) * klu bleh borong utk setahun plak yerr.hehe..*


p/s : nak buat entri jamu temukunci pasni, tunggu smua bahan dah ada baru bleh on http://www.emocutez.com

Gambar Belangkas