Adapun hal-hal mengenai bahtera Nabi Nuh as ini sesungguhnya Allah SWT telah meninggalkannya sebagai salah satu daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, agar seluruh umat manusia yang datang setelahnya dapat mengambil pengajaran dari kejadian yang dialami oleh Nabi Nuh as dan orang-orang yang bersamanya yang kemudian diselamatkan dengan bahtera itu sementara orang-orang yang kafir terhadapnya ditenggelamkaan oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf? Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (Surah al-Qamar 15-16)
Manakala keberadaan bahtera tersebut setelah Allah SWT menyelamatkannya berserta orang-orang yang bersama Nabi Nuh as juga telah disebutkan didalam firman-Nya :
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Surah Hud : 44)
Ada yang mengatakan bahawa bahtera tersebut berada di Armenia, ada pula yang mengatakan ia berada di Iraq, dan ada juga yang mengatakan lokasinya adalah di Turki atau juga di daerah Yaman. Mereka yang mengatakan bahwa bahtera Nabi Nuh as tersebut berada di Armenia berdasarkan pada apa yang diberitakan didalam Bible (Israiliyat) bahawa bahtera itu terdampar di Ararat. {1} Namun ada juga yang mengatakan bahawa Ararat bukanlah sebuah bukit akan tetapi ia adalah sebuah perbukitan yang memanjang antara Armenia, Turki dan Iraq bahagian Utara, sementara bukit Judi adalah salah satu bukit dari perbukitan Ararat itu. {2}
Sementara itu, pihak yang mengatakan bahawa bahtera Nabi Nuh as berada di Yaman telah mengemukakan beberapa hujah - antaranya :
1. Bahawa tidak pernah terjadi air bah di daerah Asia Tengah yang menjadikan bahtera Nuh berada di Armenia sebagaimana disebutkan berbagai sumber sejarah dan hasil dari penelitian orang-orang Amerika di Laut Mati dan daerah-daerah sekitarnya pada tahun 2005.
2. Dan disebutkan didalam beberapa sumber sejarah bahawa asal muasal kaum Nuh adalah Bani Rasib yang merupakan asal-muasal dari orang-orang Yaman yang kemudian menyebar ke berbagai daerah di Jazirah Arab.
3. Lokasi gunung yang disebut dengan Tanur yang disebutkan didalam Al Quran ; berada di kota Hamdan propinsi Shan’a.
4. Dan sesungguhnya kuburan Nabi Nuh as berada di desa al Waqsyah yang dibangun didaerah Nahm. Hal ini dibuktikan dengan nama kota itu adalah Nahm yang juga nama dari Nabi Nuh as, Nuh adalah Nahm, sebagaimana disebutkan didalam Taurat.
5. Kota Shan’a dahulunya juga bernama kota Saam bin Nuh as. {3}
Sementara itu, Imam Ath Thobari mengatakan dari Ishaq bahawa bahtera tersebut berada di air selama setahun, melewati Baitullah dan melakukan perputaran (thawaf) sebanyak tujuh kali, lalu Allah SWT mengangkatnya agar tidak tenggelam, seterusnya bahtera tersebut menuju ke Yaman dan kembali ke Judi dan berlabuh di sana. Sedangkan Al Qurthubi dan juga Al Baghowi di dalam tafsir masing-masing menjelaskan bahawa Bukit Judi berada di daerah Jazirah berhampiran al Maushul.
Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Bukit Judi adalah bukit besar yang berada disebelah timur Jazirah Ibnu Umar hingga ke sungai Dajlah, berada dipinggiran al Maushul, (panjang bukit itu) dari Selatan hingga Utaranya sepanjang tiga hari perjalanan dan memiliki ketinggian sepanjang setengah hari perjalanan. Ia adalah bukit yang hijau kerana ditumbuhi pepohon dari eek (kayu) yang disampingnya terdapat sebuah desa yang bernama desa ats tsamanin sebagai tempat tinggal orang-orang yang diselamatkan bersama Nabi Nuh as. Berkenaan lokasi ini, Ibnu Katsir juga menyebutkan bahawa tidak hanya satu orang ahli tafsir yang menyebutkannya. {4}
Penulis tersohor, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia" menyebut bahawa bahtera Nabi Nuh as tidak berada di Gunung Ararat. Hal itu hanyalah "permainan" pihak-pihak tertentu supaya para pengkaji (terutama dunia Islam) tidak pergi ke lokasi lain yang mana berkemungkinan menjadi lokasi sebenar bahtera berharga itu terdampar. Dalam erti kata lain, ada pihak tertentu yang sengaja menggembar-gemburkan kewujudan bahtera itu di Gunung Ararat atas faktor-faktor tertentu. Fakta yang mana ramai umat Islam di dunia terlepas pandang ialah ; penyelidikan bahtera Nabi Nuh as (
di Ararat) semuanya dilakukan oleh sarjana Barat berdasarkan Bible. Sumber dari
Britannica Encyclopedia menyebut :
The name Ararat, as it appears in the Bible, is the Hebrew equivalent of Urardhu, or Urartu, the Assyro-Babylonian name of a kingdom that flourished between the Aras and the Upper Tigris rivers from the 9th to the 7th century bce. {5}
Gunung Ararat yang ketinggiannya mencecah 4,267 meter dengan puncak yang sering diliputi salji ini terletak di Turki. Hal ini mengelirukan kita kerana kajian-kajian terkini menunjukkan banjir besar itu tidaklah sampai begitu jauh hingga ke Turki. Daratan Mesopotamia diduga kuat sebagai lokasi berlakunya banjir besar zaman Nabi Nuh as. {6} Namun hal itu bukanlah mustahil kerana keluasan banjir itu pun masih dipertikaikan para pengkaji. Al-Quran pula menamakan gunung tempat berlabuhnya bahtera itu sebagai Bukit Judi. Sememangnya ada sebuah bukit yang berketinggian 4000 meter di wilayah Butan, yakni kurang lebih 40 km di sebelah Timur Laut Pulau Ibnu Umar. {7}MISTERI BAHTERA DAN PROPANGANDA YAHUDI Kemungkinan ada pihak-pihak tertentu dalam kalangan Yahudi Zionis yang sengaja mempromosikannya selain menambahkan mitos-mitos di sekitar Gunung Ararat. Diantara mitos berkaitan bahtera Nabi Nuh as ialah ; barang sesiapa yang berjaya tiba di kemuncak gunung ini tidak akan mati sebelum mencapai usia 100 tahun. Walau bagaimanapun, mitos ini ternyata gagal apabila sudah terlalu ramai yang berjaya mendakinya dan meninggal sebelum usia 100 tahun.Catitan sejarah melakarkan, Tsar Nicholas II Rusia menghantar satu ekspedisi ke Gunung Ararat pada 1916-1918. Fakta yang menyatakan bahawa Nicholas turun takhta semasa Revolusi Februari pada awal Mac 1917 (Kalendar Gregory) sama sekali tidak benar. Beberapa sumber-sumber meletakkan tarikh ekspedisi tersebut pada 1916,
("tentera diraja Rusia diandaikan telah menghantar kira-kira 150 orang ke Gunung Ararat pada tahun 1916 untuk mencari sebuah objek besar yang dikatakan sebagai blok bandar raya").
{8} Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar Nicholas II, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Revolusi Bolshevik 1917 meletus. {9} Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan. Pada tahun 1953, seorang Yahudi bernama George Jefferson Green yang sedang memandu helikopter di sekitar puncak Ararat terlihat sesuatu yang mirip sebuah kapal. George Jefferson Green berjaya mengambil beberapa buah gambar, sebelum kesemua gambar-gambar tersebut hilang 10 tahun kemudian dan dia dibunuh. {10}
Pada 1955, seorang pengkaji warga Perancis yang tidak diketahui agamanya Fernand Navarra telah dilaporkan menjumpai 5 buah sisa-sisa potongan kayu di sekitar Gunung Ararat. Kajian oleh The Forestry Institute of Research dan Experiments of the Ministry of Agriculture di Sepanyol mendapati
kononnya usia potongan-potongan kayu tersebut berusia sekitar 5000 tahun. {11} Kebetulan ia sesuai dengan masa yang diperkirakan berlakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Penipuan ini berjaya dibongkar apabila sebuah kajian dilakukan di sebuah universiti di Amerika Syarikat dan di Britain. Hasilnya, usia kayu itu tidak lebih daripada 1400 tahun sahaja. {12} Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, mungkin apa yang digembar-gemburkan di Gunung Ararat itu bukanlah bahtera Nabi Nuh as. Lokasi sebenarnya entah di mana, mungkin juga di Bukit Judi seperti yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 44. Di kala seluruh dunia dan umat Islam sibuk dengan penemuan di Gunung Ararat, mungkin satu pihak lagi telah pun menemui bahtera Nabi Nuh as di tempat lain dan mengambil manfaat daripadanya. Saluran berita milik taikun Yahudi Rupert Murdoch, Fox News pada Jumaat 20 April 2010 melaporkan bahawa penemuan terbaru oleh sekumpulan pengkaji (Kristian) dari Hong Kong boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak. Malah kumpulan pengkaji tersebut juga memberitahu bahawa sekiranya tidak terbukti ia adalah bahtera yang dicari, mereka tidak akan berhenti mencari di lokasi lain. {13} Ia sekaligus memberi gambaran bahawa sememangnya terdapat lokasi-lokasi lain yang disyaki selain Ararat dan Yaman. Maka dengan itu, dakwaan bahawa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja termasuk melakukan ekspedisi palsu bagi mengaburi mata dunia mungkin boleh dipertimbangkan.
_____________________________________
1. Genesis 8:4 "Then the ark rested ... on the mountains of Ararat." (NKJV) 2. Lihat artikel Bill Crouse, Archaeology and Biblical Research, Noah Ark : Its Final Berth Vol. 5, No. 3 Summer, 1992 3. Lihat artikel EraMuslim.com, kolum Ustadz Menjawap, Lokasi Terdamparnya Kapal Nabi Nuh as 4. Ibnu Katsir, al Bidayah wa an Nihayah5. Lihat Britannica Encyclopedia, Mount Ararat6. Lihat Harun Yahya, Perished Nation, Chapter 1, Prophet Nuh (as) and the Great Flood7. Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, hlm 36-528. Lihat Ancient High Technology, Evidence of Noah's Flood? 9. Bolshevik dipimpin oleh Vladimir Lenin. Beliau adalah pengasas kepada Parti Komunis Soviet dan USSR. Beliau berketurunan Yahudi sebelah datuk ibunya. Persoalan yang timbul adalah, "adakah Revolusi yang dilancarkan oleh Vladimir Lenin pada 1917 mempunyai agenda tersirat berkaitan Bahtera Nabi Nuh as?". Kemungkinan ini perlu dipertimbangkan memandangkan seorang lagi pemimpin Komunis, Karl Marx merupakan anggota Freemason 31st Degree.
10. Montgomery, pp. 128-131; Cummings, pp. 143-148
11. Lihat TalkOrigins Navarra's Wood 12. Cornell University's Peter Ian Kuniholm telah mengumumkan bahawa 'sampel' yang telah diujinya hanya berusia 1,400 tahun, jauh lebih muda dari usia yang telah diumumkan sebelum itu.13. Lihat artikel Fox News, Has Noah's Ark Been Found on Turkish Mountaintop?