Sunday, July 3, 2011

KAJIAN BERSAMA RAKAN-RAKAN PENYIASAT PARANORMAL DI HIGHLAND TOWER

Episod 2 kali ini Kru PAG memaparkan satu dokumentari kerjasama dgn Kru Expar dan penampilan khas Mazidul Akmal Sidik ingin merungkai kisah mistik dan seram yang berlaku di satu lokasi kejadian yang dikenali Highland Tower.Adakah tempat itu benar-benar seram dan mistik???jom kita saksikan. Harap maaf!Segala bukti melalui rakaman video dan gambar yang dapat dirakamkan tidak semuanya kami dapat kongsikan bersama kerana ianya disimpan didalam (Hak Cipta Terpelihara) ARKIB PAG untuk tujuan PARANORMAL RESEARCH).



TIBANYA TEAM PARANORMAL PAG,EXPAR dan MAZIDUL AKMAL SIDIK (Penyingkap Fakta) di lokasi HIGHLAND TOWERS.


Kami semua mula bergerak dicelah-celahan semak dan lalang yang tinggi untuk sampai ke destinasi yang di rancangkan. Keadaan dan suasana sangat sejuk dan menyeramkan. Setiap crew membisu ketika meredah semak samun dalam keadaan gelap!.


GAMBAR: Tengku_Asy (PAG),Mazidul akmal sidik dan Rahmat Mokhtar (EXPAR)

Tinjauan kami ke lokasi sangat menerujakan kami.. melihat keadaan sekeliling yang sudah diliputi pokok2 besar dan lalang yang tinggi.. setiap crew hanya mampu berdoa agar keselamatan kami ke bangunan tersebut tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan berjalan dengan lancar.



SEBAHAGIAN kru yang terlibat berada di lokasi.



RAHMAT MOKHTAR: dari team (EXPAR) yang sedang berlegar-legar ke ruang parkir bangunan dengan membawa alat Electro Magnetic Fields (EMF detector) untuk mengesan pergerakan entiti di bahagian parkir bangunan tersebut.







Dalam kajian ini, kami terus menjalankan kerja2 untuk merakamkan sesuatu yang menarik di sekitar parkir dibawah bangunan tersebut.. kesemua crew hanya mendiamkan diri membuat kerja masing2.

Mazidul mengarahkan kami untuk meletakkan camera di 2 sudut yang berbeza untuk mendapat suasana dan ruang yang baik.

Team PAG dengan kelebihan kelengkapan barang penyelidikan paranormal terus membuat kajian di bawah bahagian tersebut.Setelah kesemua video camera kami dah bersedia untuk dirakamkan, kami meletakkan alat Electro Magnetic Fields (EMF detector)di bahagian tembok dinding supaya dapat mengesan sesuatu yang melintas atau menghampiri video camera tersebut. :sebarang kehadiran entiti (makhluk halus) EMF akan mengesan dengan mengeluarkan cahaya dan bunyi yang kuat:

TINJAUAN KE LOKASI BERHANTU DI HIGHLAND TOWER









Benarkah Highland Tower berhantu??Kali ini kru PAG bersama Abang Mazidul (TV3) dan rakan-rakan former paranormal investigator join bersama turun ke lokasi kejadian untuk membuat satu penyelidikan tentang kewujudan entiti atau lebih dikenali PARANORMAL Activity di kawasan tragedi tersebut.Nantikan dokumentari kami..

Mudahnya Faraid-1

Faraid adalah undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid akan dilaksanakan apabila waris-waris yang sah tidak mendapat kata sepakat dalam cara pembahagian harta pusaka.

Ramai orang tahu
bahawa sekiranya berlaku kematian maka harta pusaka tersebut akan terus difaraidkan. Malangnya setakat tahu sahaja tetapi tidak memahami bagaimana proses faraid itu berjalan sudah tentu tidak akan menyelesaikan pembahagian pusaka tersebut. Adakah sekadar tahu "aku juga ada bahagian" dalam harta pusaka tersebut akan menyelesaikan masalah pusaka?

Faraid
hanya menetapkan nilai harta yang patut diterima oleh waris-waris. Namun bagaimana harta itu patut diagihkan atau dalam bentuk apa harta itu patut diagihkan tidaklah ditentukan.

Dalam proses pengurusan harta pusaka, ada dua perkara penting yang perlu dilakukan, iaitu:

1) Proses mengenal pasti waris-waris yang berhak.
2) Proses pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak.

Proses di atas perlu dilakukan menurut urutan. Waris-waris yang berhak perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum pengagihan harta dijalankan. Sekiranya harta diagihkan tanpa mengenal pasti waris-waris yang berhak terlebih dahulu, maka ditakuti penerima harta tersebut telah menerima harta secara batil. Menerima harta secara batil boleh menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini iaitu memakan harta haram. Banyak implikasi tidak elok akan wujud kepada diri, ahli keluarga dan juga masyarakat akibat memakan harta haram. Salah satu daripadanya adalah doa yang tidak diterima.

Blog deena meragam...

skang kuar kt wall fb...

Baru-baru ni deena prasan lepas klik ' button share facebook ' tajuk entri tak kuar ? puas cari dari mana silap pas tanya gang2 otai blogger, dorang kata mungkin kena tukar script lain ? atau tukar templates ! oooo tak sanggup kang tukar punya tukar sure widget dan lain-lain hilang. Dah bermacam cara deena buat dan cuba tetap mcm tu gak, nak tak nak tiap kali klik share button tu terpaksa la deena tulis tajuk entri blog kat wall fb..

sebelum macam ni haa..

Pada kengkawan yang penah alami kes mcm deena nih * besarrrrr punyo kes haa...* sudi-sudi la share yer.. nnt deena bagi cekelat heee....http://www.emocutez.com


p/s: gatal sangat tangan nak letak itu ini kan dah susahh.... :-)

My homemade chocs..


Semalam adalah hari yang memenatkan sbb buat pertama kalinyer deena try buat homemade coklat * klazz pandai gak akak buat sendiri.. :)* dari pagi menggodek membuat inti ( perasa stawberry), mencairkan (double boil), mewarna sampai ke malam baru settle :)  Buat homemade coklat ni tak susah cuma yang rumit bab mewarna jer dan kena teliti jgn comot.



Memula buat terpikir gak jadi ker aku buat nih ?! dah siap bagai dan isi dalam kotak punya la syok tengok hasil buatan sendiri.. walau tak secantik tokey coklat buat tu, at least deena dah bleh buat sendiri.. so far alhamdulillah dari menjahit, memasak * mcm terror..huhu* dan yang terbaru nih buat cekelat haa.. bila dah pro pepandai sendiri nak olah rasa, rupa bentuk dan hiasan yer tak ? kita yang buat dia heee.. pasni nak buat lagi untuk anak2 kat klang, si danish sibuk nak lollichoc...


p/s: beza rupanyer kesedapan buatan sendiri ngan beli kat kedai... http://www.emocutez.com

Saturday, July 2, 2011

Gambar Belangkas