Thursday, June 30, 2011

Stesen Keretapi Tanjung Pagar & Bukit Timah - The End

 Stesyen Keretapi Tanjong Pagar

Stesyen Keretapi Bukit Timah

Awok agak emosi bile membace paper haghi (hari) ni.....
kesah tamatnye opeghasi (operasi) Stesyen Keretapi Tanjong Pagar dan Stesyen Keretapi Bukit Timah di Singapura buatkan awok sedih....
agaknye sebab arwah ayah awok dulu koje dengan KTMB ....

dan awok penah meghase (merasa) dudok di Quarters KTMB buatkan awok lebih teghase (terasa) dengan penutupan 2 Stesyen kepunyaan KTMB di Singapura....
teghingat (teringat) dulu bile awok balik je daghi (dari) sekolah....
sebelom sampei ke ghumah (rumah), awok akan menempohi Stesyen Keretapi Ipoh......

kat situ le ade 2 teghowong (terowong) bawah tanah nye....
dengan satu teghowong (terowong) nye ditutop dan penoh dengan ayo (air) bertakong.... 
kat situ jugak le ade geghabak2 (gerabak2) keghetapi (keretapi) lame yang memang deme pamerkan kat Stesyen.....
kat situ jugak le awok panjat memanjat geghabak (gerabak) keghetapi baghang (keretapi barang) yang beghenti (berhenti).......
ahhhh....udah...udah... D_08 tak payah nak bernostalgiaaa....


balik pade ceghite (cerita) penutupan Stesyen Keretapi Tanjong Pagar & Stesyen Keretapi Bukit Timah di Singapura......
bermule daghi (dari) haghi (hari) ni....
Keretapi ke sane akan berhenti di Pusat Pemeriksaan Keretapi di Woodlands...
masih di Singapura....
tapi 'ghase' ('rasa') dan 'jiwe' nye tak same dengan Stesyen Keretapi Tanjong Pagar & Stesyen Keretapi Bukit Timah yang udah beghumo (berumur) lebih 100 tahun.....

sikit2 hak Malaysia di Singapura di bagi pade deme.......
Kem Tentera Malaysia di Woodlands udah kite seghah (serah) pade deme....
Kesah Pulau Batu Putih udah ghamei (ramai) yang tau....
walopon setompok je dalam peta.....
tapi Kedaulatan Negara seolah macam dipijak bile Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura......

sayang betoi.....
akhirnye waghisan (warisan) kite di tanah oghang (orang) akhirnye hilang macam tu je.....
yang ade kat sini dibagi pulak pade oghang (orang)!!!!
tambah lagi emosi bile keretapi terakhir daghi (dari) Stesyen Keretapi Tanjong Pagar dipandu sendghi (sendiri) oleh Sultan Johor......
Sayonara Stesyen Keretapi Tanjong Pagar & Stesyen Keretapi Bukit Timah!!!!!!!

P/S: Kome peghenah (pernah) dengo Hotel Brasmana di Perlis??? Brasmana tu sebenonye name sebuah Pulau yang kini jadi kepunyaan Thailand disebabkan oleh 'kebodohan' yang melukih (melukis) peta Malaysia...... sayang.......
kome peghenah (pernah) dengo sempadan Negeri Melayu dengan Sempadan Siam????

The juggler

What does a 9-6 job, five days a week do to me?
It makes me too tired to do anything afer that because:
- The feet hurts from standing too much. So all I wanna do is sit.
- After all the dispensing and mind boggling problems to solve, I just want to be brainless after work.
- I couldn't be bothered about what I have been eating. So, adding more kg.
- Question myself when I get home: Did I give the correct drug to the patient? I hope so *prays*

On my days off, I just want to rot at home and do minimal walking.

Thats why there seems to be a lack of photos.
I haven't brought out my camera once to take pictures of this place eventhough I have been here for a month already.

On a brighter note,
Pictures will start popping real soon...like in two weeks time....
The job needs stamina, but its really like being in heaven, working with angels to shoot arrows at the earthlings to give them life... well, at least a longer life to live XD

Im only a student. Looking at the real pharmacist working, time will never be enough to finish everything daily because the pharmacist is needed at the front counter, the dispensary, the admin work, the shop floor, the private consultations, the services, CD reg, stock check.... n so on...

In conclusion, the right answer to this question will be:
Why do you want to be a pharmacist?

Because I am a professional multitasker :)

Sekalung Tahniah untuk Kak Long Asma' !

Anak sulong saya belajar di Jordan University of Science and Technology, atau lebih dikenali dengan JUST. Pada 24 June yang lalu, saya telah datang ke Jordan untuk menghadiri majlis konvokesyen JUST untuk Fakulti Perubatan. Alhamdulillah, selepas 6 tahun berhempas-pulas belajar dalam bidang perubatan, anak saya, Asma' telah berjaya menamatkan pelajarannya...kini..tibalah masanya untuk beliau meneruskan perjalanannya dalam kerjaya sebagai seorang doktor. 


Setinggi-tinggi TAHNIAH buat anakku Asma'
Semoga menjadi seorang doktor yang beriman dan beramal soleh....Ameen.

Hati-hati selepas melawat orang meninggal...


( Just nak share kat sini mungkin boleh jadikan iktibar dan pengajaran dan citer nih penah tersiar di FB dan majalah ...)

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.


Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.

Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.

 
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.





p/s:  org2 tua kata klu balik jauh malam tunggu dlm 10 minit kat luar dan cara masuk pastikan muka dan badan berpaling  ke arah luar..

Wednesday, June 29, 2011

Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan

The Grand Parade adalah satu perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal The False Messiah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Allah SWT mencatatkan kisah Ashabul Kahfi yang peristiwanya persis perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal. Maklumat ini saya titipkan di dalam satu kitab lama tulisan Almarhum Sheikh Uthman Jalaludin bertajuk Alamat Kiamat terjemahan dari kitab Arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah.{1} Perhimpunan ini disebut oleh Sheikh Jalaluddin di mana pengikut Dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan yang besar. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan teliti oleh Dajjal.

Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peritiwa yang berlaku dengan jarak tahun yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.

Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.

Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut{2} 
[saya hentikan petikannya di sini...]
Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;
"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya,  anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."{3}
Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.

Hadith dari Ummu Syarik, berkata :
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung." (Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)
Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan menjelang kedatangan Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16.

Situasi getir ini akan berlaku apabila Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Setelah berlaku beberapa fasa penipuan dan setelah semakin ramai manusia mengikutinya, maka Dajjal memanggil satu perhimpunan agung (The Grand Parade). Dipanggilnya semua manusia untuk datang dan diseru kehadiran manusia seolah-olah suara itu datang dari langit. Perhimpunan ini dihadiri oleh dua malaikat (di dalam riwayat lain mengatakan dua orang nabi) di kiri dan kanannya untuk mempersaksikan pengakuan palsunya.

Di dalam perhimpunan inilah Dajjal akan menunjukkan kesaktiannya yang di luar kemampuan batas pemikiran manusia. Dia akan menzahirkan alam neraka dengan api yang menjulang tinggi dan syurga yang penuh dengan kenikmatan. manusia dipaksa membuat pilihan. Ketika ada yang takjub dengan maka dia akan berseru bahawa dialah tuhan manusia. Terjadi dialog yang diubahreka dengan kedua-dua malaikat itu. Malaikat itu seolah-olah mengaku dia adalah tuhan.
"...Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: 'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?' Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?' Salah seorang dari keduanya berkata: 'Kamu dusta.' tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: 'Kamu benar.' Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia."
Manusia mula mempersoal diri sendiri. Hati manusia yang hadir pada perhimpunan itu mula berbolak-balik. jeritan dan tangisan mula kedengaran. Dalam keadaan cemas itulah Dajjal mengisytiharkan dia adalah tuhan manusia. Maka ketika inilah tersingkap wajahnya yang sebenar; segala pesona penyamaran wajah manusia kacak seperti seorang penyelamat pudar. Yang terjelma adalah wajah hodoh dengan mata kiri yang berselaput (buta sebelah mata), bertubuh besar dan tertulis perkataan 'qaf-fa-ra' di antara kedua keningnya. Ia jelas dapat dilihat oleh orang mukmin yang ramai walaupun yang tidak tahu membaca.{4}

Malangnya ketika itu manusia tidak memikirkan keburukan bentuk rupa Dajjal. Manusia hanya memikirkan nasib mereka, apakah mahu masuk ke dalam syurga Dajjal (sebenarnya Neraka) atau jurang nerakanya (sebenarnya Syurga) dengan nyalaan apinya yang menjulang tinggi. Pada masa itu, keadaan menjadi hura-hara. Bapa menarik anak dan suami menarik isteri. Masing-masing mahu lari menyelamatkan diri antara fitnah Dajjal atau neraka ciptaannya.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
"Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar." (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)
Ada yang tidak tahan melihat jurang api yang dalam lantas melutut di hadapan Dajjal mohon diselamatkan dari azab yang mengerikan itu. Maka mereka yang kukuh imamnya dan yang sudah 'ihsan' hatinya dengan Allah SWT lari menjauhi perhimpunan itu seperti tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan perhimpunan Raja Diqyanus.
"Dan tatkala kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian." (Surah al-Kahfi; 16)
Persoalan samada Dajjal akan muncul sebagai penyelamat palsu - Imam Ke-12 Syiah yang kini semakin mendapat sokongan majoriti umat Islam sedunia ada juga kebenarannya. Dajjal yang menyamar sebagai penyelamat kepada umat Islam (kini Iran dianggap wira negara Islam) berjaya mengajak pengikutnya berkumpul di The Grand Parade untuk mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan manusia kerana pada ketika itu mereka telah terpedaya dengan penyamaran Dajjal.

Muhammad Nurani Maarif, dalam bukunya bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, secara terperinci menghuraikan bagaimana munculnya seorang individu misteri dalam setiap tamadun purba yang telah membuatkan dirinya dianggap sebagai Tuhan/Dewa dan kemudian menghilangkan diri selain berjanji akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.{5} Hal ini hampir sama dengan kisah Imam Ke-12 Syiah yang dikatakan telah hilang dalam sebuah gua - dan dipercayai akan kembali semula di akhir zaman.
Perarakan yang berlaku di Bahrain misalnya didakwa oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi tidak lebih hanya satu revolusi mazhab. 
"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, wujudnya campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri. 

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah. 

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," jelas Sheikh Yusuf al-Qaradawi. 
Jika huraian saya diatas diambil kira bersama keadaan semasa, maka hampir pasti bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penyelamat palsu umat Islam sebagai Mahdi Syiah {6}, memandangkan mazhab itu semakin mendapat sokongan sebahagian umat Islam yang buta berkenaan hadith-hadith riwayat akhir zaman.
__________________________________
1.Sheikh Uthman Jalaluddin merupakan pengasas dan mudir Madrasah dan Manabi al' ulum, Penanti, Bukit Mertajam sekitar tahun 1960-an
2.Di petik dari Riwayat Kitab Qishashul Anbiya, hlm 566 dari himpunan kitab Fadha'ilul Khamasah Minas Shihahis Sittah jilid II
3.Riwayat Ahmad dari ahmad bin Abdul Malik, sumber dipetik dari kitab Ibnu Katsir, Malapetaka Menjelang Kiamat.
4.Muttafaqun 'Alaih, dari Anas
5.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal, hlm 52-182
6.Lihat artikel MacJay.Net bertajuk Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal

Liverpool, Arsenal, Chelsea vs Malaysia - The Other Side

 Logo ManUnited tu kome abeikan le.... 
sebabnye awok ambik daghi (dari) gugel macam biase...

Sepanjang Bulan Julei (Julai) nanti ni bersusun friendly Pasukan Malaysia ....
yang buatkan nampak gah ni bukan ape....
sebabnye Malaysia dapat prenli dengan tim2 yang digelo (digelar) Big 4 EPL tu kome.....
sedangkan selame ni yang selalu singgah kat Malaysia pun Man United dengan Chelsea....

Arsenal dengan Liverpool hagham (haram) tak pandang pun.....
Arsenal last sekali datang Malaysia mase 1999......
mase tu tak salah awok kite kalah......
Liverpool pulak awok tak ingat bile last sekali deme datang Malaysia....

pade awok game2 ni semue takde cighi2 (ciri2) tambahnilei pun pade pasukan kebangsaan.....
tak lebih daghi (dari) sekadar latihan deme dan promosi untuk taghik (tarik) sokongan oghang (orang) Malaysia pade deme je.....
itu je...ingat deme heghan (baca : kisah) ke pasei tour match ni????

silap2 player2 yang datang kebanyakan nye player reserve.....
atopon player akademi deme je......
nak bagi nampak macam deme ade komitmen....
deme bawak le 2 - 3 oghang (orang) player regular.....
chaiitttt!!!

lantak deme le....
yang pastinye awok tak bernapsu pun nak ke stadium menonton game macam ni...
agaknye sebab poket awok menipih (menipis) kot bulan Julai ni!!!

Tuesday, June 28, 2011

Ustazah Siti Nor Bahyah Yang Sporting

Awok salute pade Ustazah Siti Nor Bahyah yang sporting...
isunye pasei kumpulan SEPAH yang wujudkan watak Ustazah dan Suami dalam skesta deme mase Maharajalawak baghu2 (baru2) ni....
walopon pade mate kaso nampak macam tak elok deme mengajok caghe (cara) Ustazah dan Suami nye mengendalikan show Semanis Kurma......

tapi daghi (dari) sudot lain macam yang Ustazah Siti Nor Bahyah kate....
kughang2nye ini nunjokkan yang Kumpulan SEPAH tengok rancangan Semanis Kurma ....
dan moge deme dapat manfaat daghi (dari) segale ilmu yang ditonton dalam Semanis Kurma....

















pade awok selagi tak sentoh  peghibadi (peribadi)....
dan tak sentoh isu2 agame....
awok ok......  oghang (orang) lain awok tak tau!
tapi kalo tak nak ade oghang (orang) yang tergughih (terguris) ....
elakkan le daghi (dari) mengajok oghang (orang) lain ye!!

Gambar Belangkas