Friday, June 24, 2011

JOZAN oberkonpiden.....



Dengan tak disangke2,...
SEPAH jadi Juaghe (Juara) Maharajalawak 2011.....
walopon sebelom ni ghamei (ramai) oghang (orang) jangke JOZAN yang akan menang....
tapi dengan skesta segmen pertame JOZAN yang berceghite (bercerita) kesah Hang Tuah dengan Pencughi (pencuri).....

sangat2 le tak menaghik (menarik) hati penonton dan jughi (juri).....
SEPAH pulak jugak dengan skesta Pencughi (pencuri).....
tapi deme pecah masok ghumah (rumah) Ustazah Nurbahiyah.....
memang menaghik (menarik) hati....dan menggeletek penonton dan jughi (juri).....

Masok segmen kedue .....muzikal komedi....
SEPAH menten Lawak......
ditambah pulak dengan kemunculan khas DAFI....
sementaghe (sementara) JOZAN baghu (baru) nak masok gear.....
tapi memang lawak skesta deme pasei Ah Chai dengan Mail Lambong The MUsical.....

awok ghase (rasa) deme berdue ni udah oberkonpiden.....
agaknye sebab deme tengok undi deme berdue paling tinggi sebelom final malam tadi....
ditambah pulak dengan deme kughang (kurang) idea....
itu yang akhirnye makan dighi (diri) deme....

SEPAH memang layak menang malam tadi....
dan awok tambah seghonok (seronok) bile jughi (juri) bertige yang ade....
memang profesional....
takde berpehak pade mane2 peserta.......

Tahniah......

P/S: dengo kate  5 tahon lagi baghu (baru) ade Maharajalawak.....

Style like a pro -Texture



 Colour is the most obvious element in interior design because of its boldness or starkenss. Homeowners constantly update their rooms with colour changes, but what about all the other design elements?  For example, have you given your room a texture update lately? Texture is simply using a variety of  finishes in a room and it is easily improved by varying the composition of products in a room, e.g., glass,  woods, metal, plastic, cotton, velvet, lacquer, leather, ceramic. etc. Stop and look around you. How many different materials have you used in your room? What's your room's texture quotient? 

  Texture is the element that gets constantly overlooked  because its effects are subtle. It's one of those things that you take for granted when it is done well, but it's difficult to identify if it isn't , You just know the room looks boring, but you're not sure why. Layering textures gives a room interest and depth.

Jessica Helgerson  a Portland, Oregon  designer, is a master of texture. Many of her designs, typically clean and uncluttered,  rely on the richness of textures for visual interest. 



This mid-century modern split level ranch house takes on a new life under her skillful direction. The overall feeling is restful and outdoorsy. Furniture choices reflect the style of the home. The vintage finds were reupholstered  in light fabrics of varying textures. The coffee table made from salvaged maple is the center piece of the room. Its irregular edges and smooth surface plays well with  the Portuguese eel traps hanging over the fireplace mantel . Glass is prominent in the French demijohn bottles and ceramic Chinese garden stools are tucked into the room.  The woven area rug stands out against the smooth ebony floors.



At the end of the living room, the dining area continues the themes already established. You get a clearer view of the ceramic Chinese stool and the raised texture on the pillows.  The leather chairs work well against the high gloss wood table.  Plants, vegetables and wicker all work to enhance the  this welcoming room.  Metal chair legs show up well against the ebony floors. Glass and ceramic are evident in this room too. One of the musts in texture usage is to play matte and gloss surfaces off each other with one being more dominant -usually matte. The textures and colours of the outside also play an important role in this room's success.


Continuing with the white and green theme, this high contrast  bathroom has a lot of texture punch for a small space, Wood, metal, marble, ceramic, glass,  paper, and fabric are blended seamlessly to produce a room that wows.

And now a little quiz... how many textures are combined to produce this stunning master suite?
Bendera Jordan diambil dalam perjalanan ke Irbid dari Amman

2007 - 2011 - 4 tahun sudah berlalu...Sesungguhnya semua itu dalam perancangan Allah jua. Pernah menjejakkan kaki ke bumi Allah ini pada tahun 2007.  Alhamdulillah banyak juga tempat yang telah dapt saya lawati dahulu, namun begitu masih ada tempat yang belum saya lawati lagi tetapi sangat ingin melihatnya seperti makam 3 sahabah yang gugur syuhada' di Perang Mu'tah.  InsyaAllah setelah selesai majlis konvo anak saya, ingin pergi melawat ke sana...'

25 Tahun

Entri tertunda. Sebenarnya hendak membuat entri ini pada 22 June 2011 namun kesibukan dalam membuat persiapan untuk perjalanan ke negara "Land of the Prophets" menyebabkan entri ini hanya dapat ditulis pada hari ini. Alhamdulillah sewaktu saya menulis ini diri ini sedang berada di rumah anak saya di Irbid, jordan. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan kesihatan yang baik serta umur yang masih dipinjamkan oleh Allah ...dapatlah diri ini menjejakkan kaki buat kali ke-2 ke negara Jordan ini, atau dalam Bahasa Arab nya Al-Urdun...

22 June 2011 - Genaplah perkahwinan kami selama 25 tahun...kiranya ini sambutan Jubli Perak buat kami berdua...
Alhamdulillah, SYUKUR ke Hadrat Allah SWT ...kerana masih mengizinkan kami menghirup udara segar ini untuk meneruskan kehidupan berumahtangga dengan zuriat seramai 8 orang dan semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa memelihara iman mereka agar sentiasa berada di jalan Allah.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-25

Thursday, June 23, 2011

Cara mengelakkan selipar/kasut kena rembat kat masjid.. !


Hehe... pada incik-incik abang kita sedia maklumkan tiap kali gi solat jumaat mesti ada kes selipar hilang kat masjid.  sape punya keje tak tau la, orang ke masjid nak tambah pahala tapi ada gak yang suka hati menambah dosa haa... deena nak share tips dari budak botak yang klakor nih.. !


ni la antara skil2 yg Bdk Botak tgk orang ramai yg pi masjid buat:

1) Letak selipar sebelah kanan jauh sikit dari selipar sebelah kiri. Orang yg nk curi tu pon malas nk cari pasangan selipar tue.

2) Letak kasut/selipar celah2 pokok bunga. He3, kira tersembunyi la dr pandangan.

3) Pakai selipar yg buruk2 ja, orang yg nk amik pon pikir byk2 kali.


Tapi ni antara skil2 baru yg korang boleh buat, he3

1) Jangan memakai selipar yang punyai jenama seperti Adidas, Nike, Dr Cardin atau Crocs. Lagi bagus jika anda pakai terompah kayu, he3.

2) Gunakanlah saiz selipar yang berbeza, contohnya selipar sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.

3) Gunakan selipar yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.

4) Korang digalakkan untuk tulis nama pada selipar korang mcm zaman2 dok asarama dulu, siap dengan no tel ataupun no kad pengenalan agar senang dihubungi jika dijumpai. Lagipun ia amat mudah untuk pengesanan dan pengecaman jika dijual sebagai barang lusuh atau bundle.

5) Andai ada kemampuan, pasanglah kamera & tracker dengan GPS secara tersembunyi pada selipar korang, agar korang boleh memantau dimana posisi selipar korang jika selipar di curi.

6) Gunakanlah selipar yang berbeza, selipar sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.

7) Korang boleh beli mangga dan padlock untuk kunci selipar anda. Cara ini diyakini berkesan bagi kes2 di masjid
.
8) Letakkan sehelai kertas di atas selipar anda yang berbunyi ‘Selipar ini Ucop Wilca yang punya ’ ; ‘Selipar ni murah, jual xda harga’

Dan skill Bdk Botak kalo p masjid solat Jumaat

9) Pakai selipar kak yg kaler pink ada bunga2, kalo orang tu amik jgk mmg pondan la. Jgn pelik kalo lepas ni wktu solat Jumaat semua selipar pompuan ja yg ada, ha3.


p/s: kalau semua tak menjadi kaki ayam jer la gi masjid...

Wednesday, June 22, 2011

ASN/ASB = J/K Fatwa Negeri Selangor vs Majlis Fatwa Kebangsaan

 Gambo daghi (dari) gugel

Baghu2 (baru2) banyak blog yang paparkan sughat (surat)Majlis Mufti Negeri Selangor berkenaan dengan status ASN/ASB.......
ghamei (ramai) le yang penin nak keluo kan duit deme kat ASN/ASB......
tapi dalam mase same pulak awok terjumpe pulak fatwa yang dikeluokan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pade tahun 2008......

juge pasei status ASN/ASB ni.....
kat bawah ni awok serta kan jugak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan....
berkenaan dengan isu ini....

"Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
"
kome bulih jugak rujok ke sini untok pengesahan .... 
Status ASN/ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

dibawah ni pulak awok sertakan sughat (surat) Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor mengenai isu ini......
terpulang le pade kome untok menilei (menilai)......
kalo kome maleh (malas) ato (atau) tak percaye...
kome bulih je klik ke sini Status ASN/ASB oleh J/K Fatwa Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
( 14 JUN 2011M/8 JAMADIL ULA 1432H )

KEPUTUSAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN

1. KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL ( ASN ) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA ( ASB ) DAN SEUMPAMANYA;
KEPUTUSAN ;

i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

a. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Bersalin dalam air mengurangkan sakit ?


Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari


Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Kurang Diterima

Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini.

 Suami Turut Dalam Air

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.


Bayi Tidak Lemas

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.


Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelebihan

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
 




info credit to: www.sihatselalu.com.my


p/s: patut la anak omputih kecik2 dah pandai berenang.. http://www.emocutez.com

Gambar Belangkas