Thursday, June 23, 2011
Cara mengelakkan selipar/kasut kena rembat kat masjid.. !
Hehe... pada incik-incik abang kita sedia maklumkan tiap kali gi solat jumaat mesti ada kes selipar hilang kat masjid. sape punya keje tak tau la, orang ke masjid nak tambah pahala tapi ada gak yang suka hati menambah dosa haa... deena nak share tips dari budak botak yang klakor nih.. !
ni la antara skil2 yg Bdk Botak tgk orang ramai yg pi masjid buat:
1) Letak selipar sebelah kanan jauh sikit dari selipar sebelah kiri. Orang yg nk curi tu pon malas nk cari pasangan selipar tue.
2) Letak kasut/selipar celah2 pokok bunga. He3, kira tersembunyi la dr pandangan.
3) Pakai selipar yg buruk2 ja, orang yg nk amik pon pikir byk2 kali.
Tapi ni antara skil2 baru yg korang boleh buat, he3
1) Jangan memakai selipar yang punyai jenama seperti Adidas, Nike, Dr Cardin atau Crocs. Lagi bagus jika anda pakai terompah kayu, he3.
2) Gunakanlah saiz selipar yang berbeza, contohnya selipar sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.
3) Gunakan selipar yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.
4) Korang digalakkan untuk tulis nama pada selipar korang mcm zaman2 dok asarama dulu, siap dengan no tel ataupun no kad pengenalan agar senang dihubungi jika dijumpai. Lagipun ia amat mudah untuk pengesanan dan pengecaman jika dijual sebagai barang lusuh atau bundle.
5) Andai ada kemampuan, pasanglah kamera & tracker dengan GPS secara tersembunyi pada selipar korang, agar korang boleh memantau dimana posisi selipar korang jika selipar di curi.
6) Gunakanlah selipar yang berbeza, selipar sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.
7) Korang boleh beli mangga dan padlock untuk kunci selipar anda. Cara ini diyakini berkesan bagi kes2 di masjid
.
8) Letakkan sehelai kertas di atas selipar anda yang berbunyi ‘Selipar ini Ucop Wilca yang punya ’ ; ‘Selipar ni murah, jual xda harga’
Dan skill Bdk Botak kalo p masjid solat Jumaat
9) Pakai selipar kak yg kaler pink ada bunga2, kalo orang tu amik jgk mmg pondan la. Jgn pelik kalo lepas ni wktu solat Jumaat semua selipar pompuan ja yg ada, ha3.
Wednesday, June 22, 2011
ASN/ASB = J/K Fatwa Negeri Selangor vs Majlis Fatwa Kebangsaan
Gambo daghi (dari) gugel
Baghu2 (baru2) banyak blog yang paparkan sughat (surat)Majlis Mufti Negeri Selangor berkenaan dengan status ASN/ASB.......
ghamei (ramai) le yang penin nak keluo kan duit deme kat ASN/ASB......
tapi dalam mase same pulak awok terjumpe pulak fatwa yang dikeluokan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pade tahun 2008......
juge pasei status ASN/ASB ni.....
kat bawah ni awok serta kan jugak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan....
berkenaan dengan isu ini....
"Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
kome bulih jugak rujok ke sini untok pengesahan ....
Status ASN/ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
dibawah ni pulak awok sertakan sughat (surat) Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor mengenai isu ini......
terpulang le pade kome untok menilei (menilai)......
kalo kome maleh (malas) ato (atau) tak percaye...
kome bulih je klik ke sini Status ASN/ASB oleh J/K Fatwa Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
( 14 JUN 2011M/8 JAMADIL ULA 1432H )
KEPUTUSAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN
1. KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL ( ASN ) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA ( ASB ) DAN SEUMPAMANYA;
KEPUTUSAN ;
i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
a. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Bersalin dalam air mengurangkan sakit ?
Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.
Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari
Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.
Kurang Diterima
Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.
Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini.
Suami Turut Dalam Air
Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Bayi Tidak Lemas
Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.
Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.
Kelebihan
Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
info credit to: www.sihatselalu.com.my
Tuesday, June 21, 2011
Kalau tengah marah ape korang buat.. ?!
Bila cer bab marah-marah ni, musti semua orang ada sifat ni kan.. bukan worang nama nya klu skit pun xder rasa marohh.. ekekeke.. Bermacam cara orang lepaskan geram, marah..dan yang sewaktu dengan nyer.. ada luahkan kat diari, kertas tisu, wall fb, dan ada jugak spesis yang menyerang wall fb worang.. ! sungguh kurang sopan kekdah nyer haaa...
Tapiiiii... bagaimanakah cara anda menangani kemarahan ? ( terskema jap hehe.. ) . Deena penah terbaca dalam satu artikel di negara matahari terbit, ( lama dah... lupa dr sumber mana ) yang mana dalam pejabat tu memang disediakan patung yang menyerupai Bos dorang. Sooooo... bila salah sorang staff kat situ kena marah ngan bos jepang ni , mesti staff ni hangin satu badan yer tak ?? pas hangguk-hangguk.. geleng-geleng kuar dari bilik bos mangkuk dia tuh, trus staff ni tadi masuk dalam bilik yg ada patung muka sejibik bos dia haaa...
Tau ape dia buat kat patung tuh ? dia terajang, sepak, flying kick, maki kaw-kaw depan patung bos dia sampai dia puas hati dan legaaaa... ada bran buat ini macam ? hehe... kesimpulan, tindakan dan tujuan dorang buat macam tu supaya perasaan marah tadi akan lenyap dan abis takat tu jer. kira xder makna nak dendam ker ape haa... moral of the story kalau nak lepaskan gerammmm.. ! apa kata gi tenyeh bilik air ker.. jamban ker lagi korang rasa marah korang tenyehhh kuat-kuat anggap jer tengah tenyeh muka itu worang... kan dah release skittt... takpun tiru mcm citer p.ramlee.. amik kertas ponyok2 pijak.. hehe....
p/s: kalau melampau sangat omputih kata 'my blood go upstair' huhu... kasi lempang laju-laju sampai ada blusher mcm ni hah..
.
Konspirasi Dunia - Penantian Raja Yahudi (Dajjal)
Telah dimaklumkan mengenai jadual perancangan pengikut Illuminati bagi melahirkan Messiah - sang penyelamat yang ditunggu. jadual ini telah disusun oleh sekumpulan penganut ajaran kultus yang beramal dengan ilmu sihir sejak 50 tahun dahulu. Inisiatif ini tidak pernah berhenti.
Artikel ini akan mendedahkan bagaimana berpengaruhnya ahli-ahli Illuminati dan bagaimana mereka melaksanakan jadual perancangan ini dengan teliti. Apabila memasuki tahun Masihi, 2000 orang pengikut Illuminati sudah bersedia menanti kemunculan Messiah - sang penyelamat dan percaya akan wujud tanda-tanda awal kemunculannya di langit. Tanda-tanda itu adalah ramalan yang sudah dijangkakan yang tertulis di dalam kitab Perjanjian Lama. Media massa bersedia menghebahkan fenomena langit sehingga menjadi sebuah berita sensasi yang diulang-ulang.
Terdapat gerakan rahsia di balik semua ini yang mempengaruhi media massa secara tidak langsung. tanda dan keajaiban ini akan meyakinkan bahawa kemunculan Messiah sudah dekat. mereka sedaya upaya mahu menanam benih kepercayaan ini.
Bagi bangsa Yahudi, dia adalah sang penyelamat yang dinanti-nantikan, Mosaiah. Bagi pengganut Kristian, dia adalah Jesus yang berjanji akan kembali. bagi pengganut Islam, dia adalah Imam Mahdi yang dinantikan. bagi pengganut ajaran Buddha, dia adalah kelahiran semula Buddha ; bahkan semua agama dan anutanpunya figure yang dinantikan. Pesona individu yang dinantikan itu adalah orang yang satu.

Tanda di langit yang dimaksudkan oleh Lambert dalam artikel ini dirujuk sebagai mnculnya bntang Jupiter, tetapi penulis percaya fenomena sebenar yang akan menjadi sandaran mereka adalah jajaran galaktik yang dijangka berlaku pada 21 Disember 2012. Golongan Illuminati sering menanti tanda di langit kerana ia amat berkait dengan peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah dunia.
Kehadiran Messiah adalah benar bagi para pengikut Illuminati dan penganut ajaran New Age. Kini ia harus disebarkan sehingga dunia benar-benar percaya bahawa Messiah ini akan datang menyelamatkan dunia dari krisis dan kemanusiaan.
Apa yang para pengikut Illuminati perlukan adalah kepercayaan dengan kepercayaan. Percaya mempunyai rahsia kekuatan yang tersembunyi. Messiah itu akan datang ; kerana itu ia harus bermula dengan agama. Semua agama dan kepercayaan harus bersetuju dengan dogma ini. Kehadiran seorang penyelamat inilah yang dinamakan - mesej Messianik. Menjadikan ia sebagai doktrin agama.
Menurut Lambert, diantara tahun ini 1985-2010, senario ini harus terjadi bahkan tidak harus ada pilihan lain melainkan ia mesti terjadi. Justeru, gerakan global cuba diarus-perdanakan dengan menjadikan Jerusalem sebagai pusat agama sedunia dan Israel mengetuainya. Projek ini dinamakan sebagai The New Jerusalem Covenant.
Lambert mendedahkan bahawa ahli-ahli Illuminati amat menantikan detik-detik pembinaan Haikal Sulaiman (Solomon's Temple/Temple of Jerusalem). Ia akan menjadi tempat ibadat untuk semua agama dan kepercayaan samada Yahudi (Judais), Kristian mahupun Islam. Ia menjadi lokasi peribadatan sedunia. Dunia akan menyaksikan pembinaan Haikal Sulaiman sebagai pembinaan yang terhebat dalam abad ini.
Bagi para pengikut Illuminati, ia bukan hanya tempat ibadah bahkan bakal menjadi istana kerajaan Messiah. Pembinaan haikal ini perlu disegerakan kerana ia akan menyempurnakan pelan kehadiran Messiah. lagi cepat ia dibina lagi cepat kezahirannya ke dunia.
Pembinaan haikal ini yang menggabungkan kuil, gereja dan masjid di Jerusalem. Sebelum itu al-Quds perlu dirobohkan. Bahkan semua pembinaan lama yang mempunyai ciri dan nilai keagamaan setempat (Islam) perlu dihapuskan. Satu ciri baru harus ditonjolkan. Namun, ia akan mendapat tentangan sehingga terjadi pertempuran di Timur Tengah.
Haikal ini akan dibina betul-betul diatas tapak al-Quds (Baitul Maqdis). Tidak dapat disangkal lagi, semua ini akan mencetuskan perperangan bahkan perang adalah sebahagian daripada intipati perancangan para pengikut Illuminati. Perang ini sudah dijangka dan sudah diorkestrakan sehingga ia berpihak kepada perancangan puak Illuminati. Berikut adalah kata-kata Lambert :
Inisiatif-inisiatif ini sebenarnya akan mewujudkan provokasi dan akan mencetuskan kebimbangan akan terjadinya perang. Tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara Islam pasti membantah jika Haikal Sulaiman ini dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa. Namun bagi mereka, perebutan lokasi al-Quds mesti ada titik akhir dan pengakhiran itu akan berpihak kepada Illuminati.
Inilah kenyataan yang dapat disisipkan ketika menghadiri seminar Illuminati pada 18 Ogos 1991. Ia hanya dihadiri oleh ahli sahaja. ia diadakan di Boston. Sehingga kini perancangan itu berjalan dengan lancar tanpa disedari oleh penduduk dan komuniti dunia (golongan liberal terhadap secret society-dajjal-hadith akhir zaman). Anda akan menjangkakan perkara ini akan berlaku di masa-masa hadapan dimana tarikhnya yang sebenar hanya berada di dalam pengetahuan mereka dan Tuhan Yang Maha Esa.
Perang Dunia ke-3 akan bermula di Timur Tengah diantara Israel dan negara jiran mereka yakni negara Arab. Perang ini telah ditulis oleh Albert Pike sejak dari tahun 1870-an lagi dan kini ia menjadi semakin nyata.
Antara ketetapan dan perancangan yang dibuat :
Rujukan :
Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 240-244

"Inti bagi segala ini hanya dapat dicapai dengan mencetuskan rasa kebimbangan akan terjadinya perang. Kebimbangan ini mesti dikekalkan sehingga semua hasrat ini tercapai."Jika merujuk pada kata-kata penulis buku Behold A Pale Horse, bukanlah sesuatu yang asing kerana para pengikut Illuminati telah merancangnya sejak dari dulu lagi.
"Pertubuhan rahsia sudah merancang mencetuskan ancaman perang sejak dari tahun 1917...tujuannya adalah untuk menyatukan umat manusia di bawah satu pentadbiran dunia yang mereka gelar New World Order."-ms 27Setelah semua ini berhasil, iaitu apabila Jerusalem telah berada dibawah genggaman para pengikut Illuminati, barulah Jerusalem boleh diisytihar sebagai kota suci. Jerusalem akan menjadi ibukota bagi penduduk dunia. Dunia akan berwajah baru. Agama baru akan terbentuk dan dunia baru akan terlaksana. itulah harapan yang telah dipendamkan sejak 3000 tahun yang lampau.
Inisiatif-inisiatif ini sebenarnya akan mewujudkan provokasi dan akan mencetuskan kebimbangan akan terjadinya perang. Tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara Islam pasti membantah jika Haikal Sulaiman ini dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa. Namun bagi mereka, perebutan lokasi al-Quds mesti ada titik akhir dan pengakhiran itu akan berpihak kepada Illuminati.
Inilah kenyataan yang dapat disisipkan ketika menghadiri seminar Illuminati pada 18 Ogos 1991. Ia hanya dihadiri oleh ahli sahaja. ia diadakan di Boston. Sehingga kini perancangan itu berjalan dengan lancar tanpa disedari oleh penduduk dan komuniti dunia (golongan liberal terhadap secret society-dajjal-hadith akhir zaman). Anda akan menjangkakan perkara ini akan berlaku di masa-masa hadapan dimana tarikhnya yang sebenar hanya berada di dalam pengetahuan mereka dan Tuhan Yang Maha Esa.
Perang Dunia ke-3 akan bermula di Timur Tengah diantara Israel dan negara jiran mereka yakni negara Arab. Perang ini telah ditulis oleh Albert Pike sejak dari tahun 1870-an lagi dan kini ia menjadi semakin nyata.
Antara ketetapan dan perancangan yang dibuat :
- Meningkatkan ancaman perang nuklear - di semenanjung Korea, Pakistan dan India. Konflik nuklear perlu dikekalkan.
- Meyakinkan bahawa ancaman pengganas adalah benar dan mereka mempunyaikuasa bom atom.
- menjana kemusnahan ekonomi dan meningkatkan kebimbangan mereka bahawa krisis ekonomi adalah sama seperti Great Depression sebelum Perang Dunia Ke-2.
- Mencetuskan huru-hara dunia, rusuhan dan dengan menerbitkan isu agama serta hak liberalisme.
Rujukan :
Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 240-244
Baby me
Kedai Pastry Pro Langkawi...
tu dia compound coklat sblh bekas plastik tuh... |
Tak sangka jumpa gak kedai yang supply coklat homemade ni, tapi tak semua yang ada seperti kotak coklat, mold, dan paste haa.. kebanyakkan barang yg ada kat sini dorang supply untuk hotel. Takde hal la janji coklat compound ada, lain-lain kena order dari luar jer. Walaupun brand lain kita cer tengok dan rasa kalau okay semua deena beli kat sini jer.
ni white coklat sekilo dekat rm80 hengget..! |
Bagus tokey kedai ni, macam-macam tip dia kongsi cara pembuatan coklat homemade. kira ape yang dia bgtau tu sama macam cikgu yang ngajor deena buat coklat tempoh hari.. =) lama lak tu jual minyak sampai menggigil dibuek nyer duk dalam bilik stor tu, mana tak nyer coklat menimbun termasuk produk lain memang kena simpan dalam suhu dingin gitteww... ehhhh lupa plak mekasih bebanyak pada hasnita a.k.a casper cute yang bagi contact dan lokasi kedai ni. Ate nyer kome tunggu jer yeww, nanti teman antor cekelat kat taman dahlia nun...
p/s: orang kata klu tension makan cekelat... settle ;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...