Satu cara bagi blog kita dikenali adalah dengan meletak logo.Melalui logo itulah bila dilihat org akan tahu itu blog kita.Contoh logo huruf B semua org tahu bahawa ia adalah logo blogger.Dalam artikel saya sebelum ini ada tutorial cara memasukkan favicon pada blog.Blogger pula baru saja menyediakan kemudahan meletakkkan favicon pada blog kita.Jadi lebih mudah lah kerja kita hendak menukar favicon.Favicon ada lah logo kecil yg boleh kita lihat pada ruangan address bar pada browser.
Anda boleh memasukkan favicon dengan masuk ke design--page element.Jika dari paparan terbaru blogger dengan memilih Layout
Kemudian klik edit pada setting favicon pada bahagian atas elemen navbar
Tetingkap baru akan muncul bagi membolehkan anda memilih imej favicon dari komputer anda.
Bila sudah memasukkan fail ico yang dikehendakki kemudian klik butang save dan favicon tersebut akan muncul pada bahagian page element.
Seterusnya save template dan anda akan dapati ia akan muncul pada ruangan url pada browser.
Kalau dah ada favicon sebelum perlu dihapuskan terlebih dahulu.
update 9/5/2013