Thursday, June 9, 2011

Mold dan coklat...

ada white dan dark coklat....

Semalam coklat dan mold yang deena order sampai suda... banyak lagi barang2 asas yang nak kena beli lagi. takkan nak buat coklat sejenis dan satu warna jer kan, mesti ada inti dan segala bagai. Skang deena dah dapat beberapa pembekal untuk kotak coklat, mold, dan keperluan yang lain.


Tak pasti plak samada kat langkawi ni ada pembekal keperluan homemade coklat, deena tak survey lagi. malas nak pening-pening order jer melalui online. mekaseh pada teman fb nisa shoppe, lovely mold dan ayu. kalau di kl atau puchong berlambak pembekal kedai jual barang coklat ni. Esok deena turun kl bleh la singgah beli apa yang patut.

mcm-mcm bentuk ada haa...

Abang yang paling banyak bagi sokongan dan kluarkan modal utk deena haa... dan kami pun dah sepakat untuk group budak sekolah atau anak-anak yatim yang abang uruskan pakej percutian dorang kesini akan diberi percuma dengan niat sedekah...insyaallah...


p/s: tak sabar nak buatkan coklat special utk besday abang bulan ni... tungguuuuu :)

Ape bestnye Nora Elena?


 Waaaahhh....
sane sini oghang (orang) dok sebok pasei ceghite (cerita) Nora Elena ni....
kat opis awok ni pun same....
ade je ceghite (cerita) pasei (pasal) Nora Elena deme ndak berceghite (bercerita)....

bagoih (bagus) le bile tibi berlumbe2 ndak tunjok ceghite (cerita) Melayu kat tibi....
takde le kite asik disogokkan dengan ceghite (cerita) oghang (orang) putih je....
dikabo kan jugak yang ceghite (cerita) Nora Elena ni diadaptasi daghi (dari) Novel ....
itu yang buatkan oghang (orang) lagi teghuje (teruja) ndak ikot ceghite (cerita) ni...

tapi satu je yang buatkan awok ghase (rasa) tak beghape (berapa) selese dengan ceghite (cerita) ni...
maap...bukan dengan jalan ceghite (cerita) ato (atau) pelakon nye....
tapi dengan waktu tayangan ceghite (cerita) ni.....
7.00 - 8.00 malam setiap haghi (hari) Senayan (Isnin) - Khameh (khamis)....

biase le....
bile udah melekat depan tibi, solat udah ke mane....
ndak2 lagi waktu tayangan ceghite (cerita) ni yang kompem buatkan oghang (orang) lambat bersolat.....
tibi3 kene le pikio (fikir) kan waktu yang lebih sesuei (sesuai) ceghite (cerita) Nora Elena ni ditayangkan....
kalo tak....tak pasei2 (pasal2) dapat 'saham' same.....

Nuffnang : Teboih Meneboih


Setelah hampir setahon awok rejister dengan nuffnang....
akhirnye kelmaghin (kelmarin) awok teboih (tebus) jugak 'pendapatan' awok daghi (dari) Nuffnang....
walopon tak banyak ....
dan tak peghenah (pernah) lagi dapat BE....

tapi awok ghase (rasa) ok le....
maklomle....
awok bukan jenih (jenis) blogger yang ghajin (rajin).....
macam blogger yang lain.....

dan satu sebab ngape awok teboih (tebus) jugak 'pendapatan' awok daghi (dari) Nuffnang ni....
sebabnye awok test betoi ke idak kate blogger2 yang lain....
bile kite udah teboih (tebus) ' pendapatan' kite kali pertame dengan Nuffnang ni....
Insyallah akan masok le banyak BE (Bace : Buffered Earnings).....

betoi ato tidak teori ni....
awok tunggu je....
kalo takde aghei (aral) melintang bulan Julei (Julai) nanti sampei le kot cek awok nanti ni....
dan mase tu pulak awok ghase (rasa) ndak berkongsi dengan kengkawan duniye blog ni...
tengok le....awok tak terpikir lagi macam mane awok ndak berkongsi dengan kome hasei (hasil) 'pendapatan' awok yang tak sebeghape (seberapa) ni dengan kome!!!!.....

tunggggggggggggggguuuuuuuuuuuuu!!!!!!!

Rosselle

Dalam kesibukan kehidupan harian..sesekali mari kita merenungi dan menikmati kejadian alam ciptaan Tuhan...

Siapa kenal pokok ini? Ini kali pertama saya tanam pokok ini dihadapan rumah di taman saya yang sekangkang kera itu... sudah beberapa kali menikmati hasil nya...







Ada sesiapa boleh bagi cadangan selain dibuat air (jus) ...apa lagi yg kita boleh buat dengan Rosselle ni?

Misteri Tabut as-Sakinah

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248 :
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Pengkaji Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini. Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark, mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama  tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga]. 

KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :

"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27

Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28

Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29

Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20

Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21

Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai). 

BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?

Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh : 
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”

“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”

Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS


Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan' Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara. 

PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM 
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:

1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang? 

2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu? 

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.
Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda : 

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)






Wednesday, June 8, 2011

MELURUSKAN SEJARAH MAJAPAHIT ? BOHONG !

"Meluruskan Sejarah Majapahit" adalah sebuah buku tulisan Irawan Djoko Nugroho, infonya dapat di lihat di sini : http://www.facebook.com/topic.php?uid=78845515468&topic=12527 (facebook) dan di sini : http://catalogue.nla.gov.au/Record/4767070 (katalog buku). Sang penulis mengaku alumnus Universitas Gajah Mada, Jogyakarta jurusan/fakultas Filologi.

Beberapa hal yang tertulis di dalam buku karangan beliau (Meluruskan Sejarah Majapahit) adalah tidak benar alias salah kaprah. Alih-alih 'meluruskan sejarah Majapahit' tetapi pada faktanya malah "Membelokkan Sejarah Majapahit". Artikel atau tulisan ini akan membahas pembelokan-pembelokan tersebut secara bersambung atau berkelanjutan.

Pembelokan pertama disebutkan bahwa Gajah Mada (sebagai mahapatih Majapahit) ternyata ada dua orang, yang pertama hidup pada masa pemerintahan Tribhuwanatunggadewi/Hayam Wuruk dan yang kedua hidup pada masa pemerintahan Brawijaya V. Selanjutnya dikatakan bahwa Gajah Mada yang berhasil mempersatukan Nusantara adalah Gajah Mada yang ke-2, yang hidup pada masa pemerintahan Brawijaya V.



Landasan atau dasar yang dipergunakan memperkuan alibi atau pernyataannya adalah  :
  1. Babad Tanah Jawi
  2. Babad Demak I
  3. Hikayat Hang Tuah
  4. Hikayat Raja-raja Pasai
  5. Prasasti Wijaya Parakrama-Wardhana tahun 1447 M.
Berita-berita tradisi yang berupa babad atau hikayat pada dasarnya merupakan sumber sejarah yang lemah kedudukannya dalam artian tidak dapat dipergunakan sebagai acuan dasar untuk menuliskan sejarah suatu bangsa, apalagi untuk menuliskan sejarah berdirinya atau kelangsungan hidup suatu kerajaan dalam hal ini kerajaan Majapahit. Banyak uraian babad-babad atau hikayat yang bertentangan dengan isi suatu prasasti (yang merupakan sumber otentik).
Baiklah kita tinjau uraian Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto dalam bukunya Sejarah Nasional Indonesia II, terbitan Balai Pustaka tahun 1993, pada halaman 448 disebutkan hal yang demikian :
"Berita tradisi menyebutkan bahwa kerajaan Majapahit runtuh pada tahun Saka 1400 (1478 M). Saat keruntuhan itu disimpulkan dalam candrasengkala sirna-ilang-kertining-bumi (Serat kanda dan Babad ing sengkala -penulis-) dan disebutkan pula bahwa keruntuhannya itu disebabkan karena serangan dari kerajaan Islam Demak. Berdasarkan bukti-bukti sejarah yang sampai kepada kita (penulis buku -penulis-) ternyata bahwa pada saat itu kerajaan Majapahit belum runtuh dan masih berdiri untuk beberapa waktu yang cukup lama lagi. Prasasti-prasasti batu yang berasal dari tahun 1486 M masih menyebut adanya kekuasaan kerajaan Majapahit. Rajanya yang berkuasa pada waktu itu bernama Dyah Ranawijaya yang bergelar Girindrawarddhana, bahkan ia disebutkan pula sebagai seorang Sri Paduka Maharaja Sri Wilwatiktapura Janggala Kadiri Prabhunatha"

Dari uraian tersebut di atas dapatlah kita tarik suatu kesimpulan bahwa sebenarnya berita-berita tradisi (dalam bentuk babad ataupun hikayat) adalah sangat-sangat lemah kedudukannya bilamana akan dipergunakan sebagai sumber untuk  menuliskan suatu sejarah. Sumber utama yang terpenting adalah prasasti-prasasti, baru kemudian catatan perjalanan saksi-saksi sejarah. Selanjutnya berita-berita tradisi hanya bersifat pelengkap.
Dengan demikian sumber-sumber tulisan Irawan Djoko Nugroho (Meluruskan Sejarah Majapahit) yang berbentuk babad dan atau hikayat (Babad Tanah Jawi, Babad Demak I, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-Raja Pasai) sangat-sangat lemah kedudukannya, dalam artian tidak dapat dipergunakan sebagai sumber untuk menuliskan sejarah.

Selanjutnya, bila kita tinjau prasasti Wijaya-Parakrama-Wardhana tahun 1447 M, tidak pernah disebutkan nama Gajah Mada sebagai patih Brawijaya V, yang ada adalah nama patih Gajah Geger. Nama 'Gajah Geger' ini oleh penulis buku (Irawan Djoko Nugroho) diasumsikan sebagai Gajah Mada berdasarkan pendefinisian kata Geger yang berarti 'hiruk-pikuk'. Demikian juga definisi kata Mada yang berarti 'hiruk-pikuk'. Berdasarkan kesamaan arti kata Geger dan Mada inilah kemudian dia/beliau menyamakan Gajah Geger dengan Gajah Mada. Hal ini adalah merupakan suatu kesalahan besar sekali lagi saya katakan, SALAH BESAR.

Kata Mada dalam nama Gajah Mada pada dasarnya adalah melukiskan sebuah tempat kelahiran yang bersangkutan, artinya Gajah Mada adalah orang besar yang berasal dari desa Mada. Jadi bukan 'orang besar hiruk pikuk', demikian pula kiranya nama Gajah Geger hendaknya dianalogikan sebagai orang besar yang berasal dari daerah Geger

Kesimpulannya : Kata geger dalam nama Gajah Geger, tidak dapat diartikan sebagai Gajah Mada, sehingga memunculkan asumsi bahwa Gajah Mada ada dua orang. Ini merupakan kesimpulan yang tergesa-gesa dan sangat terkesan mengada-ada yang dalam bahasa Jawanya, utak-atik-gathuk.

Penulis  : J.B. Tjondro Purnomo ,SH

Bersambung ...............

Tuesday, June 7, 2011

RAJA-RAJA MAJAPAHIT AKHIR (1)

Setelah interregnum (kekosongan kepemimpinan) selama tiga tahun, maka pada tahun 1456 M, tampillah Dyah Suryawikrama Girisawarddhana menaiki tahta kerajaan Majapahit. Ia adalah salah seorang anak Dyah Kertawijaya yang semasa pemerintahan ayahnya telah menjadi raja daerah (bawahan) di Wengker (Bhattara ing Wengker). Di dalam kitab Pararaton ia disebutkan dengan nama gelarnya Bhra Hyang Purwwiwisesa. Ia memerintah selama sepuluh tahun, dan pada tahun 1466 M ia meninggal dunia dan didharmakan di Puri.

Sebagai penggantinya kemudian Bhre Pandan Salas menaiki tahta kerajaan Majapahit dan memerintah mulai tahun 1466 M. Ia dikenal pula dengan nama Dyah Suraprabhawa Sri Singhawikramawarddhana. Sebelum menjadi raja di Majapahit, ia berkedudukan sebagai raja daerah (bawahan) di Tumapel (bhattara ring Tumapel). Lihat Pararaton hal 40, prasasti Waringinpitu lempeng IV-verso, baris 1-4 dan prasasti Trawulan III, di dalam OV, 1918, hal. 170. Kitab Pararaton menyebutkan bahwa ia hanya memerintah selama dua tahun, kemudian menyingkir meninggalkan keratonnya. Fakta yang ada berdasarkan prasasti Pamintihan (lihat : F.D.K Bosch, "De Oorkonde van Sendang Sedati", OV, 1922, hal. 22-27) yang dikeluarkan olehnya pada tahun 1473 M, ternyata bahwa sampai pada waktu itu ia masih memerintah sebagai raja Majapahit, bahkan di dalam prasastinya ia disebutkan sebagai seorang Sri Maharajadhiraja yang memimpin raja-raja keturunan Tuan Gunung (sri giripatiprasutabhupatiketubhuta), disamping disebutkan pula sebagai "penguasa tunggal di tanah Jawa" (yawabhumyekadhipa).


Di dalam manggala kakawin Siwaratrikalpa gubahan Mpu Tanakung, ia disebutkan pula sebagai "seorang raja yang memang telah sepantasnya menjadi keturunan wangsa Girindra" (tan lyan sry adisuraprabhawa sira bhupati sapala Girindrawangsaja). Lihat : P.J. Zoetmulder, "Djaman Mpu Tanakung", Laporan KIPN-II, VI, 1965, hal 206 dan P.J. Zoetmulder, "Kalangwan", 1974, hal. 365 ; A. Teeuw et al. "Siwaratrikalpa", 1969, hal. 64,68.
Dengan adanya kenyataan yang demikian ini maka pemberitaan kitab Pararaton yang menyebutkan Bhre Pandan Salas hanya memerintah sebagai raja Majapahit selama dua tahun tidaklah benar adanya. Namun pemberitaan mengenai penyingkiran Bhre Pandan Salas dari keratonnya dapatlah dibenarkan. Penyingkiran Bhre Pandan Salas ini disebabkan oleh serangan dari Bhre Kertabhumi, yang ingin merebut kekuasaan Majapahit. Dari kitab Pararaton dapatlah diketahui bahwa Bhre Kertabhumi adalah anak bungsu Sang Sinagara (Rajasawarddhana).
Dari prasasti-prasasti yang dikeluarkan oleh Girindrawarddhana Dyah Ranawijaya pada tahun 1486, diketahui adanya penyelenggaraan upasara Sraddha untuk memperingati duabelas tahun mangkatnya Paduka Bhattara ring Dahanapura. Oleh para sarjana tokoh Bhattrara ring Dahanapura ini diidentifikasikan sebagai Bhre Pandan Salas Dyah Suraprabhawa Sri Singhawikramawarddhana. Lihat : Martha A. Muusses, "Singhawikramawarddhana", FBG, II, 1929, hal 207-214 ; B.J.O Schrieke, Indonesian Sociological Studies, Part Two : Ruler and Relam in Early Java. The Hague/Bandung: W. van Hooeve, 1957, hal. 44 dst.

Dengan berdasarkan pada keterangan-keterangan yang terdapat pada prasasti-prasasti Girindrawarddhana tersebut dapat diduga bahwa ketika keraton Majapahit diserang oleh Bhre Kertabhumi, maka Bhre Pandan Salas menyingkir ke Daha, melanjutkan pemerintahannya sampai saat ia meninggal dunia pada tahun 1474 M.


Bersambung  ........... ke bagian kedua

Gambar Belangkas