Tuesday, June 7, 2011

Penipuan penggunaan Shoutmix !


Tips dan info ni deena dapat dari  blog affanruslan.com. jom kita share sama-sama...

Salam. Sila baca sampai habis. Post ini untuk educational purpose, bukan untuk mengajar orang hack atau spam blog orang lain. Entry ini dibuat sebab saya dapati ada orang gunakan teknik kurang baik dalam “so-called blogwalking”. haha
Saya dapati ada kelemahan dalam sistem shoutmix, itupun salah admin blog kalau tak cek setting shoutmix tu baik-baik.


username shoutmix anda boleh dicuri, seterusnya pencuri dapat SPAM di blog anda tanpa singgah pun di blog anda. Berdasarkan anggaran, dengan cara ini, lebih 2000 blog boleh di SPAM dalam masa satu jam!

Saya akan tunjukkan bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana untuk mengekalkan privacy anda. Apa yang saya maksudkan dengan mengekalkan privacy ialah, mengelakkan orang lain mencuri usernama shoutmix untuk tujuan SPAM semata-mata tanpa perlu menjenguk blog anda.

Proof of concept:
1. Pencuri akan mencuri username anda dari blog anda. Saya takkan ajar macam mana, takut ada orang yang mengambil kesempatan. Kalau yang  dah tahu, diam-diam sudah. :D dan tak perlu ajar orang lain yang berminat mencuri username shoutmix owner blog lain

2. Seterusnya, setelah mendapat username, pencuri hanya perlu menggunakan kod berikut, sebenarnya ia terpulang kepada pencuri untuk setting height dan weight blog. Contoh:

usernama shoutmix: xxxxxxxxx

shoutmix url: http://www2.shoutmix.com/?affanruslan


3. Andaikan pencuri sudah mengumpul beribu-ribu username shoutmix blogger, untuk lebih mudah dan agar tidak dapat dihidu, mereka hanya perlu create a new splog. Splog bermaksud spam blog. Contoh splog yang saya tahu, maaf identiti owner terpaksa dirahsiakan.


Pencuri hanya perlu mengumpul sebanyak mungkin username untuk spam beribu-ribu blog dalam satu masa, tanpa perlu singgah di blog anda.
Kekalkan Privacy Shoutmix

1. Login akaun shoutmix anda
2. Pada bahagian Security, klik Website Lock

3. Letakkan url website/blog anda dan save.


Setting ini akan restrict orang lain daripada menggunakan username anda (embed code) di splog untuk tujuan spam semata-mata. Setelah klik Save, secara automatiknya, di splog tersebut akan terpapar mesesj berikut. haha!






p/s:  bertindak skarang.. ! :)

Monday, June 6, 2011

Astro Pulak Selagheh Rege (Selaras Harga)

 Gambo ehsan pakcik gugel...

Sape2 yang ade pasang Astro kat ghumah (rumah) tu....
kome kene le bersiap sedie ye....
paseinye Astro secaghe (secara) ghesmi (rasmi) haghi (hari) ni udah umumkan....
bahawe mulai daghi (dari) 1 Julai 2011 ni....
rege (harga) pakej2 deme akan dinaikkan....

pandei Astro ye.....
gune perkataan selagheh (selaras) bukannye naik rege (harga).....
kalo gomen naikkan rege (harga) baghang (barang) disebabkan pengurangan (bace : rasionalisasi subsidi).....
Astro pulak subsidi ape yang deme bayo????

kalo bayo pun pade sape????
kalo pon caj perkhidmatan ape hak oghang (orang) yang ade Astro kat ghumah (rumah) kalo siaghan (siaran) terganggu mase hujan???
walopon sekejap, kite tak dapat perkhidmatan yang terbaik berdasarkan pade caj perkhidmatan yang Astro kene kan......

Ini le kome kalo sistem ekonomi berlandehkan (berlandaskan) sistem kapitalis......
yang kaye makin kaye....
golongan pekerje (working class people) macam kite ni memang teghase (terasa) sesangat le....
kalo golongan miskin jangan cakap le........

takpele kome.....kome bace le beghite (berita) 'gembire' ni kat bawah....
awok kopi pes (copy paste) daghi (dari) Berita Harian.....

ASTRO buat pelarasan khidmat
Oleh S Anand Kumar

2011/06/07

Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.
“Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.

“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan ASTRO kini boleh menikmati nilai wang lebih baik dengan pelancaran ‘Super Packs’ yang direka khas bagi menawarkan pakej terbaik termasuk perkhidmatan Definisi-Tinggi (HD) dan Rakaman Video Peribadi (PVR).
Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman web, www.astro.com.my/mypackages atau emel ke inquiries@astro.com.my untuk mengetahui lebih lanjut harga yuran langganan baru serta pakej ditawarkan.

Sunday, June 5, 2011

Graduate

Alhamdulillah...Syukur ke Hadrat Allah SWT...
Pada hari Isnin minggu lepas, hati saya berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan akhir anak sulung saya yang sedang menuntut di Jordan dalam bidang perubatan.  

Tepat jam 4.26 ptg 30 Mei 2011, handphone saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Semakin kuat debaran di hati ...Adakah ini mesej yang di nanti-nanti? Laju jari menekan punat di handphone...sebaik membaca mesej yang diterima, tanpa disedari tiba-tiba sahaja dadaku sebak ....air mata mula bergenang dan semakin lama semakin bertakung dan akhirnya ia tumpah jua! Adakah ini yang dikatakan air mata kegembiraan? Dahulu kala, semasa aku kecil, aku tidak faham kenapa ibuku harus menangis tatkala melihat atau mendengar kejayaan anak-anak...pernah sekali ibu datang ke sekolah sewaktu aku mamasuki acara sukan sekolah...bukan acara besar-besaran..hanya masuk acara lari berganti-ganti 100 meter ..kumpulan ku menang...setelah melepaskan lelah kepenatan..dari jauh ku lihat ibu mengesat air mata di bawah khemah. di waktu lain, ketika aku memberitahu keputusan peperiksaan SRP (setara dgn PMR sekarang) ...air mata ibu juga tumpah ...
dan ... kali ini... setelah daku bergelar ibu dan ketika mendapat tahu berita gembira ini ...tanpa disedari air mata ku juga tumpah... sekarang aku faham..bagaimana perasaan ibuku dahulu...

ALHAMDULILLAH  ....SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Setelah mendapat berita tersebut..terus daku mengambil wudhuk dan membuat sujud syukur....
6 tahun ...bukan satu wktu yang pendek...2005...daku melepaskan anak sulung perempuan ku terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran...ia satu keputusan yang berat bagi ku  kerana terpaksa berpisah dengan anak sulungku, tapi ia adalah pilihan dirinya. Kami rela dan sentiasa berdoa agar Allah memudahkan jalan dan laluan beliau hingga tamat pelajaran...
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ANAK KU ASMA'

Mode : Ke Hospital

Haghi (hari) ni haghi (hari) temujanji awok dengan dokter...
ni pasei kes awok sakit mate dulu tu....
tunggu je le ape dokter nak kabo niii...

PENYESATAN MAJAPAHIT VERSI BRAHMARAJA XI (1)

Sejarah Majapahit banyak disesatkan, sejarah Majapahit dibelak-belok demi kepentingan pribadi, akhirnya sejarah Majapahit membingungkan generasi muda.


"Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Mengakhiri ... sujudku setunduk-tunduknya, semoga sirna segala rintangan."

Tertulislah sebuah artikel yang berjudul "Sejarah Ibu Majapahit Nusantara" yang termuat dalam  : Blog www.majapahit-masakini.co.cc atau tepatnya dalam artikel ini

http://www.majapahit-masakini.co.cc/2009/04/sejarah-ibu-majapahit-nusantara.html

Kutipan artikelnya

Dituliskan bahwa : Pada tahun Isaka 1203 (1281 M) dari negeri Cina datang dua orang putri Raja Ming / Miao Li (yang dikenal dengan Mauliwarma Dewa) keturunan Thong (Raja Miao Ciang) / Raja Li, Kerajaan Ming artinya Sinar / Surya,wilayah Cina waktu itu / Campa / Melayu (sekarang Malaya) Singapura atau Tumasek hingga laut Cina Selatan (Nan Hay). ................, kedua putri tersebut adalah “ Dara Jingga “ dan adiknya “ Dara Petak ” (Putih), kedatangan Putri Cina ini pada jaman Kerajaan Singhasari yaitu pada masa pemerintahan Sri Kerthanegara / Bathara Siwa tahun isaka 1190-1214 atau tahun (1268-1292 Masehi). Putri Dara Petak bergelar “ Maheswari ” diperistri oleh Sri Jayabaya atau Prabu Brawijaya I / Bhre Wijaya / Raden Wijaya , Raja Madjapahit pertama yang juga bergelar “ Sri Kertha Rajasa Jaya Wisnu Wardana ” pada tahun isaka 1216-1231 atau tahun (1294-1309 Masehi) yang selanjutnya menurunkan Prethi Santana / keturunan bernama “ Kala Gemet ” yang menjadi Raja Madjapahit kedua pada tahun 1309-1328 M, yang bergelar “ Jaya Negara ”. Sedangkan Putri Dara Jingga yang bergelar ‘’ Indreswari’’ atau Li Yu Lan atau Sri Tinuhanengpura (yang dituakan di Pura Singosari dan Madjapahit) diperistri oleh Sri Jayasabha yang bergelar “ Sri Wilatikta Brahmaraja I ” atau “ Hyang Wisesa “  

Dari petikan artikel tersebut dapatlah ditarik beberapa kesimpulan, pertama : Dara Jingga dan Dara Petak adalah dua orang puteri Raja Ming / Miao Li (dikenal sebagai Mauliwarmadewa) keturunan Thong (Raja Miao Ciang). Hal ini adalah merupakan suatu kesalahan besar dan sangat terlihat dibuat-buat atau orang Jawa mengatakan kotak-katik-gathuk (menghubungkan sesuatu tanpa referensi yang jelas).

Baiklah kita tinjau tulisan Prof. Dr. Slametmulyana, dalam bukunya "Negarakertagama dan Tafsir sejarahnya", terbitan Bhratara Karya Aksara,  Jakarta, 1979, halaman124, paragraf kedua, sebagai berikut  

"Kidung Panji Wijayakrama mengisahkan bahwa sepuluh hari sesudah pengusiran tentara Tartar, Mahisa Anabrang, yang memimpin ekpedisi ke Melayu (Pamalayu, -penulis-) pada tahun 1275, pulang membawa dua orang puteri bernama Dara Jingga dan Dara Petak. Tentang Dara Petak dikatakan sang anwam inapti artinya yang muda diperistri (oleh baginda). Tentang Dyah Dara Jingga dikatakan sira alaki dewa artinya ia kawin dengan orang yang bergelar (Mauliwarma) dewa".
Baginda dalam uraian diatas adalah Sanggramawijaya atau para ahli sejarah menulisnya dengan nama Raden Wijaya.

Pertanyaan yang muncul adalah : "Kapan terjadinya pengusiran tentara Tartar tersebut ?". Mari kita lihat uraian dalam buku yang sama pada halaman 118, paragraf kedua yang menjelaskan sebagai berikut  :

"......pada tanggal 19 April pengawal-pengawal itu mati terbunuh, bahkan tentara Majapahit di bawah pimpinan Raden Wijaya mendadak menyerang tentara Tartar lainnya yang sedang berkubu di Daha dan Canggu mabuk-mabuk mengadakan pesta kemenangan. Tentara Tartar mundur ke laut dalam kejaran orang Majapahit dan berlayar kembali pada tanggal 24 April 1293, kehilangan tiga ribu prajurit."

Dari uraian kedua penjelasan tersebut dapat ditarik kesimpulan bahwa kedatangan Dara Jingga dan Dara Petak ke Majapahit tersebut terjadi pada sekitar bulan Mei 1293 M, dan bukan pada tahun 1281 M sebagai yang ditulis dalam artikel 'Sejarah Ibu Majapahit Nusantara' (www.majapahit-masakini.co.cc) tersebut.

Lebih parah lagi disebutkan bahwa : Putri Dara Jingga yang bergelar ‘’ Indreswari’’ atau Li Yu Lan atau Sri Tinuhanengpura (yang dituakan di Pura Singosari dan Madjapahit) diperistri oleh Sri Jayasabha yang bergelar “ Sri Wilatikta Brahmaraja I ” atau “ Hyang Wisesa “
Tentang Dyah Dara Jingga dikatakan sebagai sira alaki dewa yang artinya kawin dengan seorang yang bergelar Mauliwarmadewa, dengan demikian Mauliwarmadewa adalah suami Dyah Dara Jingga, dan BUKAN ayah dari Dara Jingga dan Dara Petak sebagai yang diuraikan dalam artikel tersebut (Sejarah Ibu Majapahit Nusantara). Selanjutnya suami Dara Jingga adalah Mauliwarmadewa dan bukan Sri Wilatikta Brahmaraja I atau yang disebut Sri Jayasabha/Hyang Wisesa.


Selanjutnya dituliskan "Putri Dara Petak bergelar “ Maheswari ” diperistri oleh Sri Jayabaya atau Prabu Brawijaya I / Bhre Wijaya / Raden Wijaya , Raja Madjapahit pertama yang juga bergelar “ Sri Kertha Rajasa Jaya Wisnu Wardana . Salah kaprah, sekali lagi saya katakan salah kaprah ...., begini, Sri Jayabaya dan Bhre Wijaya (Sanggramawijaya, pendiri sekaligus raja pertama Majapahit) berasal dari kurun waktu yang berbeda, hal mana Sri Jayabaya (Sri Aji Jayabaya) berasal dari kerajaan Kadhiri (yang dikalahkan oleh Ken Arok dari Singosari) sedangkan Sanggramawijaya adalah pendiri kerajaan Majapahit (yang nota bene merupakan kelanjutan dari kerajaan Singosari). Lebih penting lagi Sanggramawijaya tidak bergelar Prabu Brawijaya I melainkan bergelar Kertarajasa Jayawardhana.

Saya tidak tahu dan sama sekali serta tidak mengerti referensi apa yang dipakai untuk menuliskan tulisan tersebut. Terlihat jelas ke-ngawuran Brahmaraja XI dalam hal ini. Dia mengaku sebagai raja Majapahit-Bali, tetapi sama sekali tidak mengerti jalannya sejarah kerajaan Majapahit. Bagaimana mungkin seorang raja tidak tahu sejarah kerajaannya sendiri ?. Suatu hal yang menggelikan bukan ? Lucu sekali  !!!!

Dalam referensi sejarah Majapahit tidak ada istilah Sri Tinuhanengpura yang ada adalah Stri Tinuheng Pura (lihat Kidung Panji Wijayakrama pupuh VII/147-150, lihat juga Pararaton hal. 10 baris 27-36) yang artinya isteri yang dipertua di istana. Maksud  istilah "dipertua di istana" tidak berarti lantas dia menjadi ibu Majapahit, terbukti kakawin Negarakertagama (yang telah diakui sebagai memori dunia) tidak pernah menyebutkan Dara Petak ini sebagai parameswari dan hanya menyebutnya sebagai Indreswari atau dapat dikatakan sebagai selir. Dengan demikian sebutan Dara Petak adalah Indreswari dan bukan Maheswari (lihat kakawin Negarakertagama pupuh XLVII/2).

Selanjutnya di dalam referensi sejarah kerajaan Majapahit tidak pernah ada raja yang bergelar Sri Wilatikta Brahmaraja .... Dan bila dianalogikan sebagai suami Dara Petak, maka beliau adalah Sri Narapati Kretarajasa Jayawardhana (nama gelaran) sebagai yang diuraikan dalam kakawin Negarakertagama pupuh XLV sampai dengan pupuh XLVII. Nama aslinya adalah Nararya Sanggramawijaya atau yang biasa disebut Raden Wijaya. Lebih jauh lagi di dalam berbagai prasasti yang dikeluarkan oleh beliaupun tidak pernah menyebut gelaran Sri Wilatikta Brahmaraja ....

Kesimpulannya : apa yang dibuat atau ditulis dalam artikel "Sejarah Ibu Majapahit Nusantara" (www.majapahit-masakini.co.cc) dapat dikategorikan sebagai suatu kebohongan-sejarah.

Penulis : J.B. Tjondro Purnomo ,SH.

Bersambung ...................ke bagian kedua

Kalo Udah Name nye Ghezeki (Rezeki)...

Camni ceghitenye (Ceritanya)....
haghi (hari) Sabtu yang lepaih (lepas)....
awok daghi (dari) kampong Mem awok kat Gunong Semanggol....
balik ke Ipoh sekejap sebab ndak ke Karnival Upin & Ipin ....
dan kendian awok akan balik semule ke Gunong Semanggol....

balik je daghi (dari) Karnival Upin & Ipin kat Stadium Indera Mulia, Ipoh...
awok bawak famili awok makan kat Warung Mee Kari Mat Jasak...
kighe (kira) pemes (famous) deme ni.....
sekaghang (sekarang) ni deme bukak di Medan Jaya Mara...
betoi2 sebelah Sungei Kinta...

bagoih nye tempat ni...
sugho (surau) pun ade...
jadi memudahkan pengunjong menunaikan solat....
bile masok waktu....

awok dan famili pun same jugak...
habeh ke makan teghoih (terus)ke sugho (surau)....
nak bersolat Maghrib......
habeh2 je semayang....
teghoih (terus) awok dan famili balik ke Gunong Semanggoi.....

dapat le jugak rehat lame sikit awok malam semalam....
tengah lepak2 nengok tibi...
Mem awok baghu tenghingat (baru teringat) jam die tertinggei kat Sugho (Surau) Medan Jaya Mara kat Ipoh....
ahhhh...sudah ...kalo awok kat Ipoh bulih le pegi balik tempat ni....
tapi sebab awok kat Semanggoi ni......tak bulih ndak cakap ape dah le...

kighe (kira) redho je le.....
Mem awok baghu (baru) le ndak meghase (merasa) pakei Jam berjename sikit....
tetibe tertinggei pulak.......sabo je le...
habeh dah le....kompem le oghang (orang) ambik (ini mem awok yang cakap...walopon dalam hati berhaghap (berharap) die tersalah letak jam die)....

Kalo ikot plan nye....Petang Ahad baghu (baru) awok dan famili balik ke Ipoh....
tapi disebabkan Mem awok tak bulih ndak tido malam tadi kenangkan jam die...
awok setuju le balik awei2 (awal2) pagi....
Mem awok berhaghap (berharap) le takde oghang (orang) masok kat dalam Sugho (surau) ni lepaih (lepas) kami masok semalam.....

lebih kughang (kurang) 45 menet (minit) daghi (dari)  Semanggoi, awok sampei kat Ipoh dalam pukoi 8.30 pagi....
Mem awok teghoih (terus) ke Sugho (surau) dan Alhamdulillah....
agaknye sebab ade ghezeki (rezeki)....
elok je jam die ade kat tempat wuduk sugho (surau) ni......
baghu (baru) le sengih sampei ke telinge Mem awok...
kalo tak....monyok je muke die....
hehehehehehe......

Petua penyeri wajah untuk bakal pengantin...

pic credit to pokcik google

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang amik peluang buat kenduri kahwin kan.. kadang satu hari sampai 3 jemputan nak kena pegi haa.. wokeh ! nak share skit tips untuk bakal pengantin yang nak cuba tips berseri-seri diatas pelamin. cer cuba yer... yang dah tawin pun bleh gak klu rajin nak buat hehe...

 
Beras
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. sapukan pada muka kecuali bahagian mata.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. sesuai untuk me lembabkan kulit yang kering. parut dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan setengah jam sebelum dibilas.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. petua ni dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. dan untuk menegangkan otot bawah mata.

Tomato
Bagi masalah kulit tak bermaya tu, amik tomato yang dah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan pada seluruh wajah, dan dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.

Avocado
Bagi yang ada masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan kat pipi serta wajah, boleh cuba buah avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ni mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Bunga Mawar
Bakal pengantin bleh amalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat, fatihah dan ayat nabi yusof sebelum makan. Insyaallah pasti bertambah berseri-seri diatas pelamin nanti... =)


p/s: jimat kos, yang penting berseri-seri.... :)

Gambar Belangkas