Sunday, June 5, 2011

Petua penyeri wajah untuk bakal pengantin...

pic credit to pokcik google

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang amik peluang buat kenduri kahwin kan.. kadang satu hari sampai 3 jemputan nak kena pegi haa.. wokeh ! nak share skit tips untuk bakal pengantin yang nak cuba tips berseri-seri diatas pelamin. cer cuba yer... yang dah tawin pun bleh gak klu rajin nak buat hehe...

 
Beras
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. sapukan pada muka kecuali bahagian mata.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. sesuai untuk me lembabkan kulit yang kering. parut dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan setengah jam sebelum dibilas.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. petua ni dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. dan untuk menegangkan otot bawah mata.

Tomato
Bagi masalah kulit tak bermaya tu, amik tomato yang dah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan pada seluruh wajah, dan dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.

Avocado
Bagi yang ada masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan kat pipi serta wajah, boleh cuba buah avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ni mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Bunga Mawar
Bakal pengantin bleh amalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat, fatihah dan ayat nabi yusof sebelum makan. Insyaallah pasti bertambah berseri-seri diatas pelamin nanti... =)


p/s: jimat kos, yang penting berseri-seri.... :)

Saturday, June 4, 2011

Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan." 

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis...

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal

Friday, June 3, 2011

Kedai pink.. !



Dari malam semalam tak puas-puas kitorang ukur jalan kat pekan kuah ni hehe...mula gi langkawi fair banyak plak kedai tutup, pastu ingat nak singgah di dataran lang ada karnival ulangtahun geopark, parking penuh lak.. tak kuasa nak menapak klu letak keta jauh haa.. Kedai pink ni btul2 berdepan ngan uptown 'Summer Joy' nama nyer. Yang menarik dalam kedai ni bleh kata semua barang kaler pink sebab tu deena suka panggil kedai pink jer :-) .


 


Bagi yang giler beg tangan atau wallet sesuwei sangat la usya kedai ni coz dengan design terkini harga pun berpatutan gitew.... dan ada kualiti walau bukan original. ada gak beg tangan sejibik macam dalam facebook yang orang duk jual on9 tuh lagi murah beb.. ! untuk budak-budak lagi la giler tengok, berlambak naik juling mata nak memilih. Biasa nya kedai ni bagi diskaun terutama beg tangan dan barang-barang terpilih yang lain.


p/s: i loikeeee pink kare..!  =)

Apa kes.. ?!


Hari tu deena temankan kawan gi balai polis buat report... haaa ape kes ? kisahnya anak kawan ni tadi terkena serpihan kaca pecah di salah sebuah pasaraya  di pekan kuah... masa tu dia tengah sibuk mencuba baju dalam fitting room. nak kata salah budak tu pun tak bleh gak, coz cermin tu dia hanya sentuh jer bukan di ketuk kuat-kuat.. mungkin cermin tu dah retak kot.. Parah gak la luka budak pompuan ni, dah la kecik dan halus orang nya.


 

Doktor di hospital nasihat kan kawan deena buat report supaya pihak pengurusan pasaraya tu bertanggungjawab, takkan nak di diamkan benda serius macam ni yer tak.. semasa menunggu kawan ni tadi buat report, terdengar perbualan abang yang duduk sebelah kawan deena ni dia pun buat report untuk anak dara dia yang di ganggu ngan sekor mamat ni melalaui sms dan jugak pesanan di facebook... abang ni siap tunjuk sms berbaur ugutan dan lucah pada pegawai polis ni.. " salah niiii.. !"  kata pegawai tu.

So sesapa kalau dapat sms atau pesanan dalam facebook yang ngarut atau berbaur ugutan, tak kira la maki hamun ke apa jangan delete simpan sms dan message tuh.. ! kalau bleh kasi print gambo worang yang anto tu skali haaa.. ni jenis spesis pengecut berani kat belakang jer apa barang ! hehe...  dengarnya pihak polis ni tadi akan kesan nama dan alamat dari no fon dan akaun fb mamat tuh, masak la berani buat berani tanggung...


p/s: macam-macam gelagat manusia ni kan.. jiwa kacau kot takpun kurang kasih sayang huhu...

Ipoh Yang Meghiah (Meriah)...

Waaaahhh.....
tahon ni genap 23 tahon Ipoh diisyhtiharkan sebagei Bandaraya....
kalo umo manusie tu, umo tengah2 belajo tu.....

kat ateh (atas) ni awok letak ektibiti2 yang telah dan bakei (bakal) berlangsong sepanjang Hari Bandaraya Ipoh yang ke 23 ni...

tapi bukan itu yang awok nak ceghite (cerita)......
awok ndak kesahkan betape minggu ini di Ipoh...
bermule daghi (dari) haghi ini Jumaat 3 Jun 2011...
bakei diadekan karnival Haghi Bandaghaye (bandaraya) Ipoh

yang bakei diadekan bertempat di Dataran Ipoh (Berhadapan dengan Majlis Bandaraya Ipoh)...
macam2 ektibiti diadekan disini.......
bermule daghi (dari) pukoi 10 pagi membawak ke 11 malam....
siap deme bawak kumpulan JAMBU Maharaja Lawak tuuu...

dan minggu ini jugak....
bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh....
diadekan jugak karnival Upin & Ipin....
sape yang ade anak2 tu, bawak2 le ke sini....
seghonok (seronok) deme cuti2 sekolah ni ade ektibiti...

kalo kome ndak maklumat lanjot pasei karnival Upin & Ipin kome bulih ke blog ni...
blog ni ade ceghite (cerita) ape yang ade kat karnival Upin & Ipin kat Stadium Indera Mulia ni nanti...
Blog daridirinisa

PATIH AMANGKUBHUMI KERAJAAN MAJAPAHIT (2)

Gajah Mada, adalah merupakan Patih Amangkubhumi yang keempat, yang menjabat setelah terjadinya peristiwa Sadeng (1331 M), dan gempa bumi Pabanyu Pindah, tepatnya sejak tahun Saka 1256 (1334 M) sampai dengan meninggalnya pada tahun 1364 M. Pengangkatan Gajah Mada sebagai Patih Amangkubhumi ini bersamaan dengan lahirnya putera Mahkota (Negarakertagama pupuh I/4) .

Nama Gajah Mada sebagai Patih Amangkubhumi tercatat di dalam Prasasti OJO LXXXIV (Oud-Javaansch-Oorkonden, Nagelaten transkripties van wijlen Dr. J.L.A. Brandes, uitgegeven door Dr. N.J. Krom, Batavia : Albrecht & Co, 's-Gravenhage : Martinus Nijhoff, 1913 -VBG,IX-), tidak bertarikh serta diketemukan di daerah Surabaya. Prasasti tersebut ditulis pada batu dan tersimpan di Museum Nasional, Jakarta dengan tanda D.38). Pada muka depan baris 14 terpahat : " .. rake Mapatih ring Majapahit pu Gajah Mada .." artinya Gajah Mada sebagai Patih di Majapahit bergelar rakai. Oleh karena prasasti tersebut dikeluarkan oleh Tribhuwanatunggadewi, maka prasasti tersebut seharusnya dikeluarkan setelah tahun 1334 M dan sebelum tahun 1351 M (pada waktu itu Dyah Hayam Wuruk masih menjadi raja muda di Kahuripan).
Pada awal jabatannya Gajah Mada mengucapkan sumpah yang fenomenal dan menggemparkan yang terkenal dengan Sumpah Palapa, yang diucapkannya di hadapan Sang Rani dan seluruh pembesar kerajaan Majapahit pada waktu itu.


Sumpah yang diucapkan Gajah Mada ini sangat menggemparkan, Arya Tadah, Kembar, Warak mengejek Gajah Mada sambil mencaci maki, banyak pula yang ikut mengejek dan tidak percaya, Jabung Tarewes dan Lembu Peteng tertawa terbahak-bahak. Gajah Mada merasa di hina, lalu turun dari paseban, memeluk kaki Sang Rani serta mengungkapkan kesedihan hatinya akibat hinaan dari Arya Tadah dan kawan-kawannya tersebut. Di luar penangkilan, Kembar dan Warak dimusnahkan oleh Gajah Mada. Itulah kesempatan yang baik untuk melampiaskan dendamnya kepada Kembar yang telah mendahuluinya mengepung Sadeng. 

Peristiwa Sumpah Palapa ini tidak tertulis di dalam kakawin Negarakertagama dan hanya diuraikan secara panjang lebar dalam kitab Pararaton. Hal ini dapat dimengerti karena kakawin Negarakertagama pada dasarnya adalah merupakan suatu puja-sastra yang bertujuan untuk mengagungkan kebesaran Dyah Hayam Wuruk sebagai raja Majapahit.

Gajah Mada meninggal pada tahun Saka 1286 (1364 M) sesuai dengan uraian Negarakertagama dalam pupuh LXX - LXXII. Gajah Mada meninggal ini setelah perayaan Sraddha untuk memperingati dua belas tahun meninggalnya Sri Rajapatni yang di candikan di Bayalangu.

Segera setelah patih Gajah Mada meninggal, Dyah Hayam Wuruk memanggil Dewan Pertimbangan Agung Majapahit (disebut juga Pahom Narendra yang terdiri dari ibunda Tribhuwanatunggadewi, ayahanda Sri Kertawardhana, bibinya Dyah Wiyah Rajadewi Maharajasa, pamannya Sri Wijayarajasa, adinda Bhre Lasem dan suaminya Sri Rajasawardhana, adinda Bhre Pajang dan suaminya Sri Singhawardhana), mengadakan musyawarah yang bermaksud untuk mencari pengganti Gajah Mada (lihat Negarakertagama pupuh LXXI), dan hasilnya adalah : Gajah Mada tidak akan diganti, Dyah Hayam Wuruk sendiri yang akan langsung memimpin pemerintahan baik sebagai Raja maupun sebagai Patih Amangkubhumi. Susunan kabinet dirubah dengan Empu Tandi diangkat sebagai wredha menteri (menteri sepuh); Empu Nala (pahlawan Pa-Dompo) diangkat sebagai menteri amancanegara dengan pangkat Tumenggung, Pati Dami, diangkat sebagai Yuwa menteri (menteri muda) yang bertugas mencatat perintah-perintah yang dikeluarkan oleh Sang Prabhu.

Dalam prasasti Sekar (tidak bertarikh dan tidak lengkap disiarkan oleh Dr. J.L.A. Brandes dalam T.B.G LII, 1911) yang diketemukan di daerah Sekar dekat Bojonegoro, mencatat nama Rakryan Rangga : Pu Dami, yang mahir dalam ilmu politik dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang masa lampau, Rakryan Tumenggung : Pu Nala, bergelar Arya Wiramandalika, yang mengerikan keempat medan perjuangan dan pahlawan yang sudah banyak membinasakan musuh, pelindung orang utama dan pembunuh para durjana, Sang Arya Dewaraja : Pu Sridhara, pelindung bumi dan penuntut ilmu politik, bertugas membina suasana seluruh wilayah Jawadwipa dan Nusantara.


Penulis : J.B. Tjondro Purnomo ,SH

Bersambung  ..............


Thursday, June 2, 2011

Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah

Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah : 
"Narrated Abu Huraira: I have memorized two kinds of knowledge from Allah's Apostle . I have propagated one of them to you and if I propagated the second, then my pharynx (throat) would be cut (i.e. killed)."
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1} 
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}


Wallah ua'lam...

______________________________________________
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat juga Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3. Lihat Amin Muhammad Jamaludin, Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

Gambar Belangkas