Tuesday, May 10, 2011

SITUS YONI SEDAH

YONI berhiaskan Naga Raja teronggok di tengah sawah di Dusun Sedah, Desa Japanan, Kecamatan Mojowarno, Jombang, Jawa Timur.  Naga Raja adalah binatang mitologi jelmaan Dewa Wasuki dalam kitab Mahabharata. Tubuh naga itu membelit Gunung Mandara. Kedua ujungnya ditarik dewa dan daitya (raksasa), sehingga gunung tersebut berputar mengebor air kehidupan. Yoni ini adalah yoni terbesar ke dua setelah Yoni Klinterjo yang terdapat di desa Klinterjo, Trowulan, Mojokerto.

Petilasan/yoni di Sedah (Japanan) ini diyakini sebagai batas barat daya ibu kota  kerajaan Majapahit.



SITUS YONI KLINTERJO

Situs ini terletak di Desa Klinterjo, Kecamatan Sooko, Kabupaten Mojokerto, situs ini lebih dikenal dengan sebutan Situs Watu Ombo atau Situs Resi Maudoro. Pusat situs adalah sebuah bangunan kuno yang terbuat dari batu andesit berbentuk Yoni, berukuran 1,90 m x 1,8 m dengan tinggi sekitar 1,24 m. Yoni ini penuh hiasan dan pada salah satu sisinya terpahat angka tahun 1293 Saka (1372 M). Berdasarkan penuturan Kitab Pararaton, angka tahun tersebut adalah merupakan angka tahun meninggalnya ibunda Raja Hayamwuruk (Tribhuwana Tunggadewi atau Rani Kahuripan).






Angka tahun yang menunjukkan 1293 Saka (1372 M)


Hiasan Naga-Raja yang menjadi ikon Kota Raja Majapahit.



Kompleks Yoni Klinterjo (dari luar kompleks), seperti terlihat dalam foto di bawah ini.


Di bagian lain dari kompleks Yoni Klinterjo ini terdapat sebuah sandaran batu yang besar (terkenal dengan sebutan Watu Ombo), yang menurut cerita akan dipahatkan arca perwujudan Tribhuwanottunggadewi, tetapi belum sempat terselesaikan.


Sentap!!! - Edisi Tengah Malam

Peghenah (pernah) dapat kawan jenih (jenis) yang macam ni--->
die mengate oghang (orang) ghapat (rapat) ke lantei....
oghang (orang) tak kate ape pun....
rileks je...

tapi bile oghang (orang) kate die ghapat (rapat)....
die melenting pulak....
die sentap lebih2.......
sampei tak bertego (bertegur) dah dengan kengkawan....

payah betoi dapat kengkawan macam ni.....
kite pulak nak kene jage hati die lebih2.....
die pulak takde pun nak ingat hati kengkawan....
bile kene macam tu.....
die pulak yang lebih2 teghase (terasa)....

sabo je le....
kalo setakat seoghang (seorang) kawan macam tu....
ghamei (ramai) lagi yang ndak berkawan dengan kite...
lantak die le.......

Konspirasi Dunia - Makhluk Asing

Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.

Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.
Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya. Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama. Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO. Ini tidak penting. Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947. Peliknya, selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika. Kemudian pihak media,penulis buku, filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing. Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi. Antara yang popular ialah siri televisyen X-Files. Di dalam siri ini, Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini, sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua mempercayainya.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja. Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini. Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut. Mari kita analisis penemuan mereka.
Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua, sedang menggenggam sebiji bola. Di sebelah kanannya ialah seekor ular. Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular, disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?). Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian. Lihat segitiga dan ular.
Buat pengetahuan anda, mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing, terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa, bahasa dan lambang pada pakaian. Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid. Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian, Reptilian, Pleiadian, Orion dan sudah pasti Grey.

Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur, berkepala besar dan matanya yang unik.

Wajah Grey seringkali muncul dalam filem, buku, majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya). Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak, ular dan cicak. Kadangkala mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.
Grey                                     Reptilian

Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan. Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika. Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala. Namun yang anehnya, tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini. Wajahnya sungguh hodoh. Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosour. Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini. Tentang kerajaan Amerika, kejadian UFO, rupa 'alien' yang hodoh, cicak, ular, segitiga dan teknologi canggih.

Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO, fail-fail saksi penculikan, pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika. Juga catatan Jan Van Helsing, Philip J. Corso dan lain-lain. Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan Islam seperti Muhammad Isa Dawud, teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files, MJ12 dan Matrix...

Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda. 

PROPAGANDA

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk jin dan syaitan kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa. Jika di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin. Di Amerika tiada bezanya, modus operandinya sama. Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan. Hallucination, abduction, space travel, implant, mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama. Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu. Bezanya di Amerika, terdapat campur tangan manusia.
Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?. Kerajaan Amerika, yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi, atau kita panggil The Hidden Hand, Illuminati, Freemason, konspirasi Zionis atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini. Pertukarannya adalah teknologi. Gambar diatas merujuk kepada kawasan bernama Area 51.

Jin adalah makhluk mukallaf. Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia. Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka. Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir. Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia, maka pada masa yang sama, mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia. Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi besar ini?.

Dajjal dan para penyembah Iblis. Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya, sebab itu tiada seorang Nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal. Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama, disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas. Apakah tugas itu? Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas. Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan. Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi. Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?). Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria).

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia. Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.
Dari premis di atas, para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam. Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini. Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu. Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.
Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh. Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan inspirasi Dajjal. Freemason (Scottish) adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini. Begitu juga lambang helang. Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi. Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis. Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis. Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini. Anehkan? Mereka dari 'tuan' yang sama.
Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan (gambar atas). Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini. Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code. Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi, teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud). Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan, ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin. Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular. Cicak pula adalah lambang pengkhianat. Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik. Dan apakah rahsia sabda Nabi yang mensunatkan kita membunuh cicak?

HUBUNGAN DENGAN NEGARA TETANGGA (3)

Menurut kakawin Negarakertagama pada tahun 1365 kerajaan Campa mempunyai hubungan persahabatan dengan Majapahit. Pada waktu itu Campa diperintah oleh Che Bong Nga, orang besar di Campa berkat kejayaannya dalam peperangannya melawan Dai Vet dari tahun 1361 sampai 1390. Masa pemerintahannya bertepatan dengan masa pemerintahan Dyah Hayam Wuruk di Majapahit yakni dari tahun 1351 sampai 1389. Baik jalannya sejarah maupun keruntuhannya, kerajaan Campa hampir mirip dengan kerajaan Majapahit. Che Bong Nga digantikan oleh Ngaut Klaung Wijaya yang memerintah Campa dari tahun 1400 sampai 1441 dan mengambil nama abhiseka Indrawarman pada tahun 1432. Ia berjaya menyelamatkan negaranya dari ancaman Dai Viet, namun sepeninggalnya timbullah perang saudara. Dalam masa tiga puluh tahun semenjak matinya Indrawarman, Campa diperintah oleh lima orang raja dari pelbagai dinasti, ganti berganti melalui peperangan yang melemahkan kedudukan negara, sehingga pada tahun 1471 diserang oleh Vietnam. Kerajaan Campa runtuh dan sejak itu diduduki oleh bangsa Vietnam serta tidak pernah bangun lagi.

Serat Kanda dan Babat Tanah Jawi memberitakan bahwa pada permulaan abad limabelas raja Brawijaya dari Majapahit kawin dengan puteri Campa (seorang muslim) yang bergelar puteri Dwarawati. Oleh karena puteri Campa itu meninggal pada tahun 1448 seperti tercatat dalam batu nisannya di Trawulan (Dr. J.L.A. Brandes, Pararaton, hal. 197). Ia meninggalkan Campa kira-kira pada jaman pemerintahan Indrawarman. Hal yang membingungkan adalah, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan adanya agama Islam di Campa sebelum tahun 1471, sehingga berita tentang puteri Campa (oleh Pararaton) di atas sama sekali tidak cocok dengan epigrafi Campa, oleh karenanya persoalan ini merupakan persoalan yang tidak gampang pemecahannya.
Sebaliknya pengumuman kaisar T'ai-tsu pada tahun 1370 yang mendirikan dinasti Ming sejak jatuhnya dinasti Yuan pada tahun 1368, jelas-jelas menyatakan bahwa pada tahun 1370 Campa telah mengadakan hubungan persahabatan dengan Cina. Hubungan persahabatan ini meningkat pada permulaan abad limabelas dalam pemerintahan kaisar Yung-lo berkat aktivitas duta keliling Cheng-Ho. Campa merupakan pelabuhan penting dan dijadikan pangkalan untuk melancarkan aktivitas Cheng Ho ke daerah-daerah Asia Tenggara. Kiranya persoalan Puteri Campa ini perlu dikaitkan dengan aktivitas duta keliling Cheng Ho tersebut, yang memang jelas-jelas telah memeluk agama Islam. Masalah ini dibahas dalam tulisan yang berjudul "The Coming of Islam to Majapahit" (Slametmuljana, "Islam in Java before the foundation of Islamic state of Demak" di Nanyang Society Journal, vol. 27, hal. 41-82).

Mengenai hubungan antara Majapahit di satu pihak dan Kamboja serta Dai Viet (Yawana) di lain pihak, seperti dinyatakan dalam Negarakertagama pupuh XV, tidak terdapat beritanya, baik dalam karya-karya sejarah maupun dalam epigrafi.

HUBUNGAN DENGAN NEGARA TETANGGA (2)

Dharmanagari di pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, di bagian Selatan Siam, terkenal sebagai Ligor atau Nakhon Sithammarat, adalah kerajaan lama yang dikenal sejak abad delapan seperti tercatat dalam prasasti Ligor. Pada waktu itu menjadi negara bawahan Sriwijaya. Pada tahun 1350, ketika Ramadhipati mendirikan kerajaan Dwarawati yang berpusat di Ayudhya, Dharmanagari masih tetap berdiri sebagai negara merdeka dan mengadakan hubungan persahabatan dengan Majapahit. Bahkan ketika Rama Khamheng dari Sukhothai pada akhir abad tiga belas menegakkan kekuasaannya di wilayah Indo-Cina, Dharmanagari tetap bertahan. Oleh karena dalam abad empat belas seluruh Semenanjung Melayu dari Tumasik sampai Semang adalah daerah bawahan Majapahit, sedangkan daerah sebelah Baratnya dikuasai oleh Ayudhya, maka Dharmanagari hanya merupakan kerajaan kecil, terjepit antara Ayudhya dan daerah bawahan Majapahit.

Marutma, biasa disamakan dengan Martaban (G. Coedes, The Indianized of Southeast Asia, 1968 hal. 219) terletak di delta sungai Saluen, adalah kerajaan Mon. Sejak timbulnya kerajaan Burma dan Sukhothai dalam abad tigabelas, kerajaan Mon ini menjadi rebutan antara bangsa Burma dengan bangsa Thai. Pada tahun 1201 kerajaan Mon berhasil dikuasai oleh Waweru dari suku Thai dengan bantuan Tarabaya yang mengakibatkan kematian kedua belah pihak. Martaban pada tahun 1318 jatuh dalam kekuasaan bangsa Thai di bawah peemerintahan Lai Thai, putera Rama Khamheng ; diperintah bangsa Thai sampai tahun 1347, ketika bangsa Mon berhasil menggulingkan kekuasaan Lai Thai dan membebaskan negaranya dari kekuasaan bangsa Thai. Demikianlah dalam pertengahan abad empatbelas kerajaan Mon di Martaban adalah negara merdeka dan menjadi tetangga daerah bawahan Majapahit di Semenanjung Melayu.

Kerajaan Campa dengan ibukota Wijaya (Caban) di dekat kota Binhdinh, terletak di pantai Timur Vietnam, adalah kerajaan lama yang telah dikenal sejak permulaan abad Masehi. Campa mengadakan hubungan persahabatan dengan Jawa sejak jaman pemerintahan raja Kertanegara yang memerintah Singasari dari tahun 1270 sampai tahun 1292. Konon puteri Tapasi dari Singasari kawin dengan raja Jaya Singawarman III dari Campa (G. Coedes, The Indianized States of Southeast Asia, 1968, hal. 217). Berkat perkawinan itu raja Jaya Singawarman melarang tentara Tartar yang berlayar ke Jawa pada akhir tahun 1292 untuk menghukum raja Kertanegara, mendarat di pantai Campa.

Pada tahun 1314 Campa diperintah oleh Tran-Minh-tong, yang juga dikenal sebagai Che Nang dalam sejarah Vietnam. Setelah gagal usahanya untuk merebut kembali daerah bagian Utara dari kekuasaan bangsa Vietnam, ia diusir dari negaranya. Konon Che Nang mengungsi ke Jawa pada tahun 1318, pada waktu itu Majapahit diperintah oleh Jayanegara.

Silahkan melanjutkan ke bagian ketiga.

HUBUNGAN DENGAN NEGARA TETANGGA (1)

Kakawin Negarakertagama pupuh XV/1 mencatat nama beberapa negara tetangga yang konon mempunyai hubungan persahabatan dengan Majapahit seperti Syangka, Ayudhapura, Dharmanagari, Marutama, Rajapura, Campa, Kamboja dan Yawana. Daftar nama itu hampir serupa dengan nama-nama yang disebut dalam pupuh LXXXIII/4 tentang tamu-tamu asing yang sering berkunjung ke Majapahit, terutama para pedagang dan para pendeta. Banyak diantara para pendeta asing yang menetap di Majapahit berkat pelayanan yang baik. Mereka itu adalah penyebar kebudayaan India. Berkat usahanya Hinduisme di Majapahit bertambah kuat. Mungkin sekali hubungan persahabatan itu terutama didasarkan atas kunjungan para pedagang dan pendeta, bukan karena adanya perwakilan asing timbal-balik di negara-negara yang bersangkutan seperti pada jaman sekarang. Tali persahabatan itu dimaksudkan sebagai usaha untuk menghindarkan serbuan tentara asing di daerah bawahan Majapahit di seberang lautan, terutama di Semenanjung Tanah Melayu, karena negara-negara tetangga itu kebanyakan berbatasan atau berdekatan dengan daerah bawahan tersebut. Lagi pula sebagian besar negara-negara tetangga itu menganut agama Hindu/Budha seperti Majapahit.

Hubungan antara Syangka (Sri Langka) dan Majapahit mungkin telah dimulai sejak pemerintahan Jayanegara, karena dalam prasasti Sidateka, 1323, raja Jayanegara menggunakan nama abhiseka Sri Sundarapandya Adiswara, sedangkan unsur pandya mengingatkan dinasti Pandya di Sri Langka. Nama Sri Langka sudah dikenal dalam abad tigabelas sebagai negara bawahan Sriwijaya. Mungkin sekali persahabatan antara Sri Langka dan Majapahit terutama akibat kunjungan pendeta-pendeta Budha dari Sri Langka ke Majapahit.
Hubungan antara Ayudya (G. Coedes, The Indianized States of Southeast Asia, 1968, hal. 222-223) dan Majapahit bertarikh sekitar tahun 1350, setelah Ramadhipati berhasil menyerbu Sukhotai dan menawan raja Lu Thai pada tahun 1349, kemudian mendirikan kerajaan Dwarawati. Negara baru Dwarawati yang berpusat di Ayudhya banyak dipengaruhi oleh negara tetangganya yang bercorak Hindu. Dari Khmer di sebelah Timurnya, negara Dwarawati mengambil pola pemerintahan, kebudayaan, kesenian dan sistem tulisan. Dari bangsa Mon dan Burma di sebelah Baratnya, mengambil pola perundang-undangan yang bersumber pada perundang-undangan India, sedangkan dari Sri Langka mengambil agama Budha.

Silahkan melanjutkan ke bagian kedua

Gambar Belangkas