Photography is amazing when you can capture HUGE WAVES.
But it is fantastic to be able to create a new kind of photograph - The one that moves!
CLICK HERE TO VIEW
and HERE!
Tuesday, April 26, 2011
Ulasan drama Melayu : Tersasar di Jalan Mu
Aku tak suka tengok cerita melayu. Aku tak boleh tengok cerita Melayu sampai habis. Tengok 10 minit aku dah boleh mencarut satu hari. Itulah kelebihan filem Melayu. Hanya ada satu filem yang aku boleh tengok walaupun diulang banyak kali. Tajuknya Bukit Kepong. Dalam filem tu kalau korang ingat ada dua orang kanak-kanak adik-beradik bernama Jamilah dan Hussain yang kematian ibubapa dalam peristiwa tersebut. Sebenarnya mereka terpisah sejak peristiwa itu hinggalah pada tahun 1990an dalam rancangan Jejak Kasih mereka dipertemukan semula buat kali pertama. Tapi skrip pertemuan tak adalah dalam cerita Bukit Kepong tu cuma aku nak bagitau hebatnya filem bercorak patriotik lagi bersejarah macam ni hingga boleh membawa kesinambungan itu keluar. Ok dah habis iklan.
Aku nak tulis pasal drama Melayu yang best tajuk dia Tersasar di JalanMu arahan Erma Fatima yang ditayangkan pada 2007 atau 2008 di RTM1. Drama ni aku tertengok bukan nak tengok pun. Tengok 5 minit aje tapi aku dah dapat rasakan cerita ni menarik sebab ini cerita tentang kehidupan masyarkat di lorong gelap dan pelakonnya Rosnah Mat Aris dan Adlin Aman Ramli memang mantop. Pelakon-pelakon lain dalam drama tu pun superb terutama penagih dadah dan pondan...erk. Hish susah aku nak puji drama dan pelakon Melayu tapi inilah cerita melayu kedua yang aku boleh tengok berulang kali.Cerita ini pun ada kesinambungannya di luar. Nak tengok cerita ni cari kat google dan downloadlah.
Drama tertumpu pada sebuah keluarga yang pincang dan komuniti yang bergelut dengan noda dan dosa. Mami bekerja membuka gerai makanan dan suaminya pula kerjanya tikam ekor. Anak lelaki (Yasir) pengedar dadah dan dua anak perempuan (Ilya dan Ayuni)masih bersekolah. Di gerai Mami itulah menjadi tumpuan masyarakat lorong gelap berkumpul bercerita akan masalah masing-masing dan secara tak langsung Mami menjadi penasihat dan membantu komuniti di situ sedikit sebanyak. Tetapi Mami terlupa akan keluarganya dengan membiarkan Yasir dengan dadahnya dan selebihnya mengharapkan sistem persekolahan dua orang anaknya lagi itu boleh menjadikan anak-anaknya seperti orang. Di samping berniaga Mami dan suaminya menyewakan bilik-bilik untuk mereka yang mahu melampiaskan nafsu. Tidak ada perasaan berdosa atau malu menyuruh anaknya Ayuni yang sedang meningkat remaja membukakan pintu-pintu bilik untuk orang melakukan zina.
Tetapi Ayuni mempunyai kesedaran untuk mengubah nasib dirinya di masa hadapan juga bercita-cita mengubah kawasan lorong gelap itu menjadi satu tempat yang bersih dari maksiat. Idolanya adalah kakaknya yang banyak menasihatinya tetapi kakaknya tidak seperti apa yang dipertuturkan sebaliknya terjebak dalam kancah bohsia dan dadah.
Ayuni mempunyai seorang sahabat baik bernama Aiman yang tidak bersekolah dan melakukan kerja buruh.Ibunya adalah seorang pelacur. Untuk Aiman ibunya adalah seorang yang baik walaupun dirinya dibiarkan hidup sendiri. Aiman mewakili suara hakikat anak-anak terbiar di lorong gelap yang gagal untuk melihat perkara keji itu suatu perkara yang keji dan berdosa. Untuk dua sahabat ini mereka berkongsi masalah dan kegembiraan sesama mereka tanpa keluarga yang ambil peduli.
Drama ini penuh dengan dialog berbentuk sindiran dan salah satu adegan yang menarik ialah apabila Mami menyebut kepada suaminya berjudi itu haram seolah2 tidak nampak haramnya ke atas perkara yang lain. Juga dengan watak seorang penagih dadah dengan menyanyikan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh sangat ironik.
Jalan cerita yang menarik, mudah dan merangkumi semua konflik sosial seperti pengedar dadah, penagih, pondan, pelacur, permasalahan anak-anak lorong gelap juga berjaya mengupas punca-punca remaja bermasalah menjadikan drama ini begitu hidup. Memang patut drama ini mendapat anugerah drama Terbaik Anugerah Skrin 2009 walaupun pada awalnya drama ini dianggap sampah oleh siaran tv yang lain tetapi RTM telah menongkah arus menayangkan drama ini. Tang mana sampah entahlah tapi video xxx yang bertaraf jamban tu boleh pulak masuk berita berhari-hari pulak tu. Double standard sungguh. Contohilah RTM dua-dua dia sapu.
Untuk drama ini aku mengangkat 10 jari dan menemukan jari-jari ini bersama tapak tangan berulang-ulang kali. Untuk video xxx yang berdurasi 1 minit 47 saat tu yang mencapai taraf kotak pejabat dalam tempoh kurang 24 jam yang ceritanya hanya berkisar ulang alik masuk jamban sehingga youtube pun terpaksa banned, maka dengan itu aku dengan bangganya mengangkat kedua-dua jari tengah. Oklah tu. Adios!
Tergendala buat sementara waktu
Nak maklumkan pada semua, ' Deena's Blog ' akan tergendala buat sementara waktu, berkuatkuasa esok pagi. mungkin amik masa paling lama pun sehari jer kot... kenapa ?? sebab nya deena akan upgrade blog ni ke "dot com " kira ada alamat rumah haa.. senang tak payah share dengan orang lain. Banyak kebaikan bila kita ada domain sendiri. takper pas semua dah set up deena cer next entri yer.. a'salam...
p/s: segala kesulitan amatlah dikesali..
Monday, April 25, 2011
Terubat rindu.. biarpun dalam mimpi...
Biarpun dari zahir nya deena mampu jalani rutin harian seperti biasa, tapi bila arwah hadir lagi dalam mimpi deena dengan wajah girang sambil tersenyum pada deena hanya Allah shj yg tahu betapa tenang dan gembira nya hati dapat bersua dgn arwah yasmin walau hanya dalam mimpi... Seawal mengandungkan arwah, deena tak pernah ketinggalan untuk mencoret hari-hari yang dilalui bersama arwah dari dia dilahirkan, bertarung nyawa di wad icu, sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya. malah teman-teman yg sentiasa mengikuti perkembangan arwah tak putus-putus memberi kata semangat dan doa buat arwah yasmin.
picture credit to google |
Kebetulan sahabat blogger Hajar juga pernah kehilangan anak tersayang. yang membuat lebih terharu beliau langsung tidak berpeluang menatap wajah arwah anak nya saat dikebumikan. walau telah berlaku 2 tahun yang lalu, bila hajar membaca coretan deena tentang arwah yasmin
ia mengingatkan pada arwah baby hajar. Hajar, kita sama-sama merasai trauma, dan kesedihan yg teramat bila kehilangan anak yang kita sayang biarpun cuma seketika, dan kita perlu akur dengan ketentuan dari Nya.. harap kita menjadi lebih tabah tempuhi hari-hari yang mendatang...
p/s: sentiasa mengharap dan berdoa agar bertemu lagi Yasmin Damia dlm mimpi ibu.... :(
Sunday, April 24, 2011
Hormon Tubuh yang Bikin Orang Mendadak Kuat Seperti Samson
Ketika seseorang merasa takut atau dihadapkan pada situasi yang berbahaya, maka tubuh manusia akan mengalami perubahan yang luar biasa. Tiba-tiba tubuh menjadi kuat seperti tokoh legenda Samson yang perkasa.
Ternyata memang ada hormon yang memicu tubuh mendadak menjadi kuat layaknya tokoh Samson. Sehingga jangan heran jika tiba-tiba dalam kondisi darurat orang bisa mengangkat barang
Ternyata memang ada hormon yang memicu tubuh mendadak menjadi kuat layaknya tokoh Samson. Sehingga jangan heran jika tiba-tiba dalam kondisi darurat orang bisa mengangkat barang
Wow, Kini Kulit Manusia Bisa Dibuat di Pabrik
Ide ilmuwan Fraunhofer Institute for Interfacial Engineering and Biotechnology Jerman memproduksi kulit manusia buatan dalam skala besar kini terwujud.
Jerman kini memiliki pabrik kulit manusia dan produksinya dibantu robot. Robot-robot itu meremas larutan kimia merah muda kemudian memasukkannya ke dalam alat semacam pipet dan mengubahnya menjadi calon lembaran kulit manusia.
Pabrik
Jerman kini memiliki pabrik kulit manusia dan produksinya dibantu robot. Robot-robot itu meremas larutan kimia merah muda kemudian memasukkannya ke dalam alat semacam pipet dan mengubahnya menjadi calon lembaran kulit manusia.
Pabrik
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...