sambungan dari entri lepas:
Perkembangan seterusnya dikisahkan bahawa pada suatu hari cucu Rasulullah SAW ditimpa satu penyakit yang menyebabkan darah keluar dari rongganya. Kemudian Malaikat Jibril turun dan memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Saidina Hasan telah terkena penyakit angin ahmar. Lalu baginda Rasulullah SAW menanyakan kepadanya adakah ubat penawarnya. Jibril pun menjawab bahawa angin ahmar itu ada ubat penawarnya dan tidak lama kemudian iapun menghilang.
Sebentar kemudian Jibril datang kembali dengan memberitahukan kepada Baginda SAW bahawa Allah SWT telahpun mengurniakan doa yang sangat mustajab. Bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali dalam seumur hidup. Seterusnya Nabi Muhammad SAW membaca satu doa yang dibawa oleh Jibril itu dan dibacakan kepada Hasan r.a. dan tidak berapa lama sembuhlah beliau dari penyakit di atas. Dari peristiwa tersebut Baginda SAW mengajarkan do'a itu kepada para sahabat dan mengarahkan agar mereka yang ada menyampaikan do'a itu kepada sahabat yang lain yang tidak hadir pada kesempatan itu. Perkembangan seterusnya do'a tersebut diajarkan dari generasi ke geenrasi berikutnya sehinggalah sampai kepada zaman kita sekaran .
Orang yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan bacaan do'a ini seberapa yang kerap terutama setelah selesai solat fardhu. Bagaimanapun syarat utama bagi orang yang mengamalkan do'a ini adalah keyakinan hati yang sangat tinggi terhadap kemustajaban do'a yang dibacanya bahawa Allah SWT tiada menurunkan sebarang penyakit melainkan Dia SWT akan memberikan ubat penawarnya pula