Thursday, March 3, 2011

Membuat kategori pada labels

Meletak label pada setiap kali posting adalah merupakan satu perkara yang selalu kita laksanakan.Tetapi lama kelamaan label tersebut menjadi banyak dan sudah tentu memakan ruangan pada sidebar.Walaupun ada pilihan untuk kita pasang scroll bagi menjimatkan ruangan.Tetapi label label tadi perlu kita digabungkan dengan membuat satu kategori.Tujuan berbuat demikian adalah bagi memudahkan pengunjung mencari artikel tertentu dengan mudah.

contohnya dalam artikel saya berkenaan shoubox ada bermacam tajuk seperti :
Jadi keempat tajuk ini tentunya saya letak label berlainan dan disini kita boleh gabungkan menjadi satu kategori yang sesuai iaitu shoutbox.Oleh itu bila pengunjung klik pada kategories shoutbox ,akan keluar keempat empat tajuk diatas.

Cara membuat kategories:

1.masuk keblogger
2.Pada dashboard pilih posts
  kemudian akan terpapar senarai posting yang ada

senarai label




dari senarai yang ada pastikan tajuk artikel yang hendak digabungkan

3.kemudian tandakan pada bahagian kotak dihujung tajuk  artikel yang hendak digabungkan menjadi satu kategori




4.   kemudian setelah ditandakan klik ikon seperti pada rajah..kemudian pilih new label
      

label



dan masukkan nama kategori kata tetingkap yang muncul dan klik ok

label name









kemudian masuk semula kedashboard
Pilioh layout..pergi ke paparan add new gadget, pilih widget label yg telah kita masukkan pada bahagian ini dan klik edit

gadget




pada title ubahkan menjadi kategories
kemudian pada show pilih selected labels

edit label











kemudian klik pada edit
kekalkan tick pada bahagian label yang hendak dipaparkan





















kemudian klik done

update 10/5/2013

Wednesday, March 2, 2011

Terubat rindu..

syeera, danish & dira...
Dah terlanjur balik kampung ari tuh amik kesempatan lepas rindu ngan anak-anak, terubat skit. walaupun hanya berhubung melalui telefon dan facebook tak sama , bila depan mata dapat peluk cium ngan dorang ni, nak plak si bongsu tu Danish.. :)


How times flies...  anak-anak dah makin besar dan meningkat remaja skang macam tak percaya jer. tapi deena bersyukur jauh mcm mana skalipun atau jarang dapat bersama seperti dulu, anak-anak selalu berhubung dan deena pasti akan ingatkan dorang klu ada ape2 masalah just voice out jgn di pendam. maklumlah anak-anak skang kita tak bleh berkeras sangat. ada waktu dan ketika layan seperti kawan dalam masa yang sama takde la anak-anak rasa terpinggir.


Selagi mampu apa sahaja kemahuan anak-anak, deena akan cuba adakan tapi biar la kena pada waktu dan keadaan. dan deena selalu ingatkan anak-anak hargai apa yg kita ada dan jgn sewenang2 nya nak dapatkan sesuatu tanpa usaha dan kerja keras. tak semesti nyer kita turut jer segala kemahuan anak2 yer tak ? 

buai laju-laju dikkk !
Si kakak tahun ni PMR, harap-harap dia sukses dan tenang hadapi exam nnt. syeera sejak kemalangan tahun lepas ( kaki patah ) badan makin susut tak mcm dulu berisi macam belon.. hehe. yang paling tecik tu plak danish biasa la asalkan tanya kerja sekolah ada ker takda jawapan nyer senang jer ' takde bu.. ngangish dah buat...' dgn pelat nyer haaa... dia paling suka melukis tak kira gambar apa pun seolah2 menceritakan sesuatu konon nyer.. :) 


p/s: kasih sayang ibu takkan pernah berubah sampai bila-bila...

Robot Transformers Optimus Prime terbesar didunia

Transformers 3 Dark of The Moon bakal ditayangkan di pawagam mukai 1/7/2011 ini. Anda mungkin salah seorang peminat setia filem Transformers bukan? Semua karakter robot dalam filem tersebut hanyalah grafik komputer semata-mata. Tapi sebesar manakah robot tersebut jika ianya betul-betul wujud?

Di Kota Shenyang, China sebuah replika robot Optimus Prime telah dibina dengan ketinggian setinggi 11 meter dan berat mencecah 21 tan dan pembinaan replika robot tersebut sudahpun siap pada 30 Januari lepas serta ia ditayangkan secara umum kepada warga Kota Shenyang. Difahamkan, replika robot tersebut telah diperbuat daripada 20 kenderaan lama yang sudah tidak dipakai.




Replika robot Transformers Optimus Prime ini menjadi replika robot yang terbesar di dunia buat masa sekarang. Sebelum ini, sebuah replika robot Transformers telah dibina juga di China tapi ia hanyalah berketinggi 1 meter. Jom baca entry "Sinopsis, trailer dan barisan pelakon Transformers 3 Dark of The Moon".

Video youtube tentang pembinaan replika robot Transformers, Optimus Prime di China


Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010

SIRI Jelajah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu di Kuantan Parade, Pahang mendapat sambutan hebat daripada warga Pantai Timur.

Bukan hanya penduduk negeri itu malah pengunjung dari Terengganu dan Kelantan juga tidak ketinggalan merasai sendiri bahang siri jelajah anugerah berprestij itu. Hampir 10,000 pengunjung memenuhi ruang legar utama kompleks beli-belah itu untuk melihat wajah finalis dengan lebih dekat.

Siri jelajah ABPBH itu adalah yang kedua selepas SACC Mall, Shah Alam pada 19 & 20 Februari lalu. Lebih 20 artis turun padang menjayakan ‘showcase’ yang sudah diaturkan. Jelas peminat terhibur melihat aksi pengacara Along Raja Lawak, Didie Alias, Zizan Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Fara Fauzana.

Kemunculan artis popular seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Maya Karin dan Ana Raffali begitu dinantikan. Peminat yang hadir juga berpeluang menyertai aktiviti seperti permainan, kuiz dan ronda-ronda di pusat bandar Kuantan.

Gambar Lisa Surihani

Gabungan Hazama bersama Meet Uncle Hussain (MUH) memang menjadi. Finalis Penyanyi Lelaki Popular, Black, turut mendapat sorakan gemuruh. Black kemudiannya berpadu vokal dengan Hazama menyampaikan lagu Drama King.

Begitu juga paduan suara Faizal Tahir bersama Bunkface menerusi Hanyut dan Selamat Malam serta Extravaganza dan Dunia, menggantikan tempat Sam. Anggota Bunckface yang hadir hanyalah Paan (gitar) dan Youk/bass). Paan memaklumkan ketiadaan Sam disebabkan dia berdepan komitmen lain.

“Memang sebelum ini timbul desas-desus kumpulan kami berpecah. Ramai bertanya mengenainya. Sebenarnya kami masih dalam satu kumpulan. Kalau tiada aral kami akan muncul dengan album terbaru April ini. Sam sedang sibuk dengan pengajiannya,” kata Paan.

Seterusnya Lisa Surihani dan Fizz Fairuz muncul di pentas dan mereka turut mengundang jeritan peminat. Kemunculan juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir dengan gimik tersendiri, menggamatkan suasana. Ini kerana klon Shahir, Mohd Shahfiq Mohamad dari Pusat Karaoke Xanax yang mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan mencuri tumpuan. Di pertengahan lagu, barulah Shahir muncul.

Gambar Johan dan Zizan @ Jozan

Walaupun baru pulang daripada menyertai promosi Jom Heboh yang berlangsung di Kuala Terengganu, komitmen artis seperti Anuar Zain dan Fara Fauzana wajar dipuji. Mereka tetap datang demi peminat dan penganjur. Finalis Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular, Ana Raffali, akui cukup teruja.

“Ini kali pertama saya menyertai siri jelajah ini apatah dicalonkan dalam tiga kategori. Memang sambutan daripada peminat di luar jangkaan,” katanya.

Ana sempat menyanyikan lagu single terbaru, Sehabis Baik ciptaan sendiri yang juga lagu tema untuk filem romantik komedi, Karipap Karipap Cinta arahan Othman Hafsham. Kemudian Ana bersama Along dan Zizan Raja Lawak menyampaikan lagu popular, Kalau Berpacaran. Alyah yang memakai skaf di kepalanya pula memukau ribuan peminat dengan lagu terbarunya, Kisah Hati.

Gambar seksi Fouziah Gous

Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairuz berkata, terharu bagaikan balik kampung kerana dia anak jati Pahang sementara juara Mentor 3, Black, mengharapkan peminat terus menyokong pembabitan artis tempatan dalam mana-mana program jelajah.

Pada petang itu, peminat bertuah berpeluang menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis kegemaran masing-masing. Kereta itu adalah hadiah utama untuk pembaca dan pemenang gelaran Bintang Paling Popular kali ini.

Sumber: Harian Metro

Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010
SACC Mall, Shah Alam (19/2/2011 dan 20/2/2011)
Kuantan Parade, Pahang (26/2/2011 dan 27/2/2011
The Mall, Kuala Lumpur (5/3/2011 dan 6/3/2011)
Village Mall, Sg. Petani Kedah (11/3/2011 dan 12/3/2011)
Kompleks Pasir Gudang (19/3/2011 dan 20/3/2011)
Klang Parade (25/3/2011, 26/3/2011 dan 27/3/2011)

Diskaun saman trafik 50% dilanjutkan hingga 10-3-2011

Sudahkah anda menjelaskan saman trafik PDRM anda? Jika anda tidak pasti bahawa anda mempunyai saman ataupun tidak, lebih baik anda semak secara online ataupun sms terlebih dahulu. Ini kerana anda berpeluang mendapat diskaun 50% jika menjelaskan saman sebelum 10/3/2011.

KUALA LUMPUR: Selepas sehari lenggang, semua pejabat dan balai polis trafik di seluruh negara kembali sibuk semalam, sebaik keputusan Kabinet melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tinjauan Berita Harian petang semalam mendapati hampir semua pejabat pos, Kaunter Trafik di Bukit Aman dan Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee di sini sesak dengan orang ramai untuk membayar saman masing-masing.
Kebanyakan mereka yang ditemui lega dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun itu selama sembilan hari lagi selepas kecewa tidak dapat melaksanakannya sebelum 28 Februari lalu.

Sehingga kelmarin, hampir 18 juta saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum dilunaskan daripada jumlah keseluruhan hampir 50 juta yang dikeluarkan sejak tahun 2000. Jumlah itu membabitkan 17.3 juta saman yang dikeluarkan polis dan 432,671 saman JPJ. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 839,361 saman lalu lintas dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hishamuddin pada sidang medianya jam 2 petang semalam di Putrajaya, berkata kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pesalah menjelaskan saman masing-masing, selain banyak rayuan diterima.

“Ada individu mendakwa mahu menjelaskan kompaun dan sudah ke balai polis tetapi tidak dapat berbuat demikian, walaupun kaunter dibuka hingga ke lewat malam tempoh hari.
“Malah, ada aduan dan pertikaian mengenai kesahihan saman dikeluarkan kerana ada antara mereka mendakwa tidak menggunakan kenderaan yang direkodkan serta pelbagai alasan lain.

“Berikutan itu, saya membawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet pagi tadi (semalam) dan keputusan dibuat supaya diskaun 50 peratus untuk membayar saman dilanjutkan sehingga 10 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan orang ramai yang memiliki saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati insentif 50 peratus diskaun dan jika gagal dijelaskan sehingga Isnin lalu, nama mereka akan disenaraihitamkan dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan lanjutan tempoh bayaran kompaun itu adalah muktamad.

Susulan pengumuman itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof pada sidang medianya di Bukit Aman petang semalam berkata, bermula hari ini tempoh operasi semua kaunter bayaran saman trafik di seluruh negara akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam, termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Beliau menasihati orang ramai menggunakan ‘peluang kedua’ ini dan tidak lagi menunggu sehingga saat akhir bagi menjelaskan saman mereka bagi mengelak pelbagai masalah, termasuk gangguan pada sistem komputer apabila orang ramai bersesak-sesak membuat bayaran.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, pula berkata pihaknya sudah membuka semua kaunter sejak semalam dan menjangka jumlah yang datang untuk membayar saman akan meningkat mulai hari ini.

Sementara itu, pemandu pelancong, Lim Yoon Yew, 38, yang tiba di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang semalam untuk menjelaskan saman tertunggaknya, terkejut apabila dimaklumkan nombor giliran sudah habis.

“PDRM sepatutnya melanjutkan operasi kaunter sehingga hingga jam 10 malam, termasuk menempatkan pegawai dan anggota bekerja lebih masa sepanjang tempoh pemberian diskaun. Ini membolehkan orang ramai menjelaskan saman, selain mengelak masalah kesesakan di kaunter,” katanya.

Ahli perniagaan, Mohd Ridwan Yunus, 40, juga bersetuju dengan cadangan PDRM melanjutkan tempoh bayaran sehingga lewat malam kerana sebahagian besar pesalah trafik bekerja dan sukar untuk menyelesaikan urusan itu ketika waktu pejabat.

Ridwan yang datang seawal jam 10 pagi semalam juga kesal kerana hanya tiga kaunter semakan dan bayaran dibuka.

Sumber: Berita Harian

Semak saman trafik PDRM secara online


Nota Dahi: Lebih baik anda semak terlebih dahulu bahawa anda mempunyai saman ataupun tidak. Jelaskan saman anda sebelum 10/3/2011 sebelum nama anda disenarai hitamkan dan bagi mengelakkan lebih banyak masalah yang akan timbul. Aku baru sahaja menjelaskan saman berjumlah RM150 selepas diskaun beberapa hari yang lepas walaupun saman tersebut bertarikh bulan 6 tahun lepas.

Flash game percuma - Gravity

Flash game pilihan pada hari ini bertajuk Gravity iaitu sebuah game yang agak menarik dimana anda akan diuji sejauh mana kecekapan anda mengawal angkasawan untuk pergi ke sesuatu tempat di permukaan bumi dengan hanya tarikan gravity.








Nota Dahi: Credits to MiniClips

Tags: main game online percuma, free flash games, tempat nak main game percuma

Movie Wallpapers - 300

Download wallpaper high definition (HD) yang bersaiz besar sesuai untuk dijadikan wallpaper desktop bagi laptop atau komputer anda. Sila klik untuk besarkan gambar dan right click untuk save image.







Nota Dahi: Semua wallpaper di upload sepenuhnya oleh wowberita.com. Jika ingin lihat lebih banyak wallpaper HD, anda boleh klik pada kategori Wallpaper HD ataupun sitemap dan pilih wallpaper kegemaran anda.

Gambar Belangkas