Wednesday, March 2, 2011

Simpul Biawak

Pernahkah anda mendengar istilah ini: Simpul Biawak? Semasa saya kecil pernah mendengar ibu berkata 'Simpul Biawak'...waktu itu saya tidak pasti apa yang ibu perkatakan...apabila bertanya kepada ibu, ibu pun memberi penerangan. Namun dalam hati tertanya-tanya, "Apa kena-mengena 'biawak' dengan sakit itu?" Adakah keadaan biawak 'tersimpul' sama seperti keadaan urat kaki kita yang seakan-akan tersimpul semasa mengalami sakit tersebut??? 

Sepanjang saya mengandung sebanyak 9 kali, tak pernah sekali pun saya kena 'SImpul Biawak' ini... selalunya mereka mengatakan kebarangkalian orang mengandung hendak mendapat sakit ini adalah tinggi... tetapi malam semalam semasa sedang tidur, tiba-tiba saya merasa sangat kejang di betis saya, memang terasa seperti urat kaki tersimpul...sakitnya bukan kepalang...saya tiba-tiba terjerit mengadoi kesakitan... Alhamdulillah cik abang ada kat sebelah...terkejut dia terus bangun dan buat apa yang sepatutnya, tinggikan kaki dan tegakkan tapak kaki dan tolak ke arah badan kita...sangat-sangat menolong..sekejap saya dah baik semula...
Masih mencari bagaimana orang-orang tua dahulu mengaitkan 'biawak' dengan sakit ini.... ada sesiapa yang tahu?

Tak Habis Lagi Saman Ekor

Hari ini punya berita terbaru pembayaran diskaun saman ekor dilanjutkan ke 10 Mac. Korang tengoklah perangai munafik pemimpin anak didik zionis. Hari tu gertak orang suruh bayar sebelum 28 Feb sekarang apa cerit? Itu tandanya 17 juta saman lagi yang orang ramai tak nak bayar lagi tu maksudnya mereka nak bawak kes ni ke mahkamah. Tahniahlah pada mereka yang cerdik memilih tak nak bayar. Nanti tunggulah 10 Mac pulak statement baru dari puak munafik ni. Dia nak lanjutkan lagi ke atau dia nak hapuskan terus. Kalau tak nak hapuskan tunggulah kat mahkamah ye!.

Kalau korang pikir ke depan sikit sebenarnya kita boleh hapuskan saman ekor ni dengan cara senyap, tak yah dalam undi pilihanraya atau tak yah dalam pilihan jalanraya. Caranya buat bodoh aje dengan notis-notis saman tu. Kerajaan tak boleh buat apa pun. Sedikit pengetahuan undang-undang dalam diri rakyat dah boleh buat kerajaan takut. Tengok pada 17 juta saman tu terpaksa buat statement baru nak pujuk orang bayar. Lepas tu siap buat statement pujuk diri "kepada sesiapa yang ikhlas yang jujur nak bayar". Geli ketiak aku dengar.

Kalau kita ada ilmu kita takkan ditekan dan takkan takut dengan sebarang ugutan. Ilmu itu menjaga diri tapi harta kita kena jaga. Ilmu meningkatkan jati diri kita, menambah kebanggaan diri dan kekuatan diri. Ilmu mengenalkan hak dan batil juga mengenalkan fakta dan auta. Aku memetik kata hikmat Ibnu Sina "Orang yang arif itu berani. Bagaimana ia tidak berani, kerana cintanya akan kebenaran telah menyebabkan diri tidak takut mati". Adioss!!



Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Sejak Ogos tahun lalu kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

azlanHishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.

Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. -Sumber Malaysiakini

Daftar Online Shop Penipu di Facebook

Sebelum anda membeli barang elektronik, handphone, laptop atau kamera dengan embel-embel murah secara online, baiknya anda lihat dulu apakah mereka masuk daftar berikut.

DAFTAR HITAM ONLINE SHOP HANDPHONE DAN LAPTOP MURAH PENIPU !!! HATI HATI

1. Ray Shop : http://www.facebook.com/album.php?aid=20…

2. Istana Shop : http://www.facebook.com/istana.shop

3. Hidayah Cell : http://

Kecemasan...

sblm lyn fb, reply email dulu.. nnt abg jeling ..
Dua hari lepas deena bergegas balik n9 tgk abah, sebelum tu mak dah kol suh balik bgtau abah tak sihat. risau gak mak jarang suh balik, coz slalu bertanya khabar jer.. abang plak kerja bersusun nak urus, bincang punya bincang kitorang balik gak  isnin lepas, tu pun dapat sehari jer kt sana.

Sebelum tu singgah klang amik anak-anak, mmg tengah rindu banget ngan dorang haa.. suka aje la anak2 bila tau ibu dan babah dtg amik. yang merisaukan deena pun x lama lagi due kira tawakkal jer la. stanby gak kad merah mana tau kot jadi ape2 kan.

Kesian abah, nampak lemah sangat, mkin sebab lama tak makan ubat-ubat yg doktor bekalkn sebelum ni. dari sinar anak mata abah, deena dpt baca tak byk skit terubat rindu dia pada anak,cucu dan menantu. petang semalam waktu deena nak gerak balik, abah nmpk cergas skit.. alhamdulillah. 

en hubby... :)
Pagi tadi dlm kul 6 pagi kami dah terpacak kt kuala perlis. wlau duk sebelah punya la letih badan tak tau nk kata mkin sebab keadaan dah sarat marat ni kan :)  en hubby lagi la letih kata nya, nak kejar keje yang menunggu lagi dan mcm2 nak urus. Rezeki anok.... alhamdulillah.. tapi sesibuk mana pun hal kebajikan orang tua tak bleh abai tetap diutamakan.   


p/s: tersentuh lihat kesabaran dan ketabahan mak.. :(

Kumpulan Foto Gila Dan Kocak Saat Pertandingan Olah Raga

Berikut ini adalah kumpulan foto yang diambil saat pertandingan olah raga. Foto dengan timing penjepretan yang sangat pas! Jadinya pun ada yang sampai bikin kita tertawa (baca: ngakak). Mau lihat fotonya seperti apa?

Tuesday, March 1, 2011

Air Mata Kristal Gadis Lebanon

Berita mengenai Air Mata Kristal dari mata gadis Lebanon ketika menangis ini sempat menjadi pemberitaan heboh di berbagai blog dan juga situs pertemanan seperti twitter dan facebook.

Meski banyak orang yang menggap bahwa air mata kristal ini adalah cuma berita hoax atau berita bohongan. Namun pada kenyataanya ada sebuah video yang telah dipublikasi semenjak tahun 2006 yang lalu di youtube.

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Gambar Belangkas