Friday, February 25, 2011

cara pasang widget top commentators

Widget top commentators ini akan memaparkan bilangan siapa paling banyak buat komen.Untuk skrip ini adalah berdasarkan berapa jumlah komen yang telah dibuat oleh seseorang.Dengan memasang widget  juga ini boleh menggalakan pengunjung membuat komen di blog kita.




cara memasangnya:

Terus masuk ke Dashboard--Layout---Add Gadget


Pilih HTML/Javascript



dan masukkan kod ini:
<script type='text/javascript'>
function pipeCallback(obj) {
 document.write('<ul style="list-style-image: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh89eDLprqIgrXiNva_QvWAiXHucYSKK1Bxao8wbLXNd3V5bfYFiNAge0Yg8tW9Z0zNeB-XAVV_TcpmKvJ7loPbaC0UXEndo4xGsbPBMbjC30dDk5hLTlYyxM3ExcNkWMcillt5zqfiVgE/s1600/circle-arrow-blue.png);margin-left: 20px;">');
 var i;
 for (i = 0; i < obj.count ; i++)
 {
 var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
 var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
 document.write(item);
 }
 document.write('</ul>');
 }
 </script>
<script type="text/javascript" src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=918c4b96efdf63fee389f2f025085904&EntertheURL=http%3A%2F%2Fteknikbuatblog.blogspot.com&number=10&Nametobeexcluded=yahaya"></script>
<span style="font-size: 70%; float:right;">Get this <a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/2011/02/cara-pasang-widget-top-commentators.html">widget</a></span>

kemudian klik pada save..

Teks berwarna merah gantikan dengan alamat blog anda .Begitu juga dengan yahaya (nama yg dikecualikan dari terpapar) dengan nama sendiri supaya nama kita tidak termasuk juga dalam senarai.
Tukarkan jumlah bilangan pengomen yang hendak ditampilkan pada teks warna biru

selamat mencuba...:)
kredit untuk  http://www.corpseofattic.com/

update 10/5/2013

Thursday, February 24, 2011

4 website merugikan dan tiada tujuan

Sebelum ni aku ada buat satu entry tentang 5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring. Semua website tersebut dibuat atas dasar nak hilangkan boring semata-mata tanpa ada tujuan lain.

Hari ini, aku nak tambah lagi 4 website yang boleh korang lawati untuk hilangkan boring. Jika sekali tengok, semua website tersebut dibuat tanpa mempunyai tujuan yang spesifik. Kalau korang rasa boring tu dipersilakanlah melawat semua website berikut ni ye:


1. Do nothing for 2 minutes
Website ini dibina untuk memberikan anda ketenangan selama 2 minit. Matlamatnya supaya anda relax dan tenang. Dalam masa 2 minit tersebut, anda dikehendaki TIDAK menyentuh tetikus dan keyboard komputer dan jika berbuat demikian, timer akan reset kepada 2:00 dan anda gagal. Membazir bukan website ni?


2. Ire works
Website ni lagi la tiada tujuan. Apa yang perlu anda lakukan ialah taip apa saja dalam kotak search tu. Selepas tekan enter, sejumlah blok-blok perkataan akan keluar. Cuba halakan mouse anda kepada blok perkataan tersebut. Apa akan jadi? Hanya itu je matlamat website tersebut dibuat. Membazir lagi bukan?


3. hahahaha.fr
No komen untuk website ni. Aku pun tak faham kenapa admin website tersebut buat website seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan huruf di keyboard anda dan tengok reaksi gelak yang pelbagai jenis. Tu je tujuan dia. Ada untung ke?


4. Looks of Disapproval
Bagi aku, ni adalah website yang paling rugi. Kenapa? Anda tengoklah sendiri baru anda tahu. Failed!

Nota Dahi: Credits to duncsweb.com diatas perkongsian ini. Keep in touch bersama wowberita.com kerana banyak lagi info yang akan dikongsi kepada anda.

Negara Islam Pelopor Teknologi Senjata Moden

Sejak zaman Nabi Nuh as, kira-kira tahun 5000 SM, hingga tahun 1400 M, persenjataan tentera di dunia hanya didominasi oleh pedang, panah, tombak, kuda dan senjata-senjata tradisional lainnya, namun tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kaum Muslimlah yang menjadi pelopor kepada persenjataan modern.
 
Jika kita baca buku-buku teks di sekolah, para pejuang kita digambarkan kononnya berperang dengan penjajah hanya dengan penggunaan senjata tajam seperti pedang, panah, keris, atau bambu runcing, namun hakikatnya ia tidaklah se'kuno' begitu. Pada awal kedatangan Penjajah Belanda ( VOC ) iaitu sekitar abad ke-16, Belanda juga masih menggunakan tombak, pedang, panah dan hanya sebahagian saja yang memakai senapang dan menggunakan meriam. Kesultanan Demak dan Aceh ketika itu sudah pun menggunakan meriam, bahkan Kesultanan Demak pernah mendatangkan pakar meriam dari negara Cina yang beragama Islam (Zaman Dinasti Ming, politik dan ekonomi Cina dikuasai kaum Muslim), yang disuruh membangunkan persenjataan artileri seperti meriam.
 
Kaum muslim pada masa Khalifah Islam sudah menciptakan pelbagai persenjataaan moden pada zamannya dan hasil dari pemikiran cemerlang yang melangkaui pemikiran manusia pada zamannya.
 
Ibnu Firnas the First Flying Man
 
 
Sekitar tahun 990 M, Ibnu Firnas seorang ilmuwan dari Andalusia (Sepanyol) memimpikan bagaimana mungkin suatu ketika manusia mampu terbang bebas di angkasa seperti burung. Ibnu Firnas sebenarnya terinspirasi daripada kejadian Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Ibnu Firnas bagaimanapun terfikir adalah mustahil untuk manusia biasa mampu menunggang Bouraq, yakni kenderaan Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ Mi’ raj.
Rancangan alat terbang Ibn Firnas
 
Ibnu Firnas ( Armen Firman ), mula meneliti gerak aerodinamika, fisikal udara dan anatomi burung serta kelelawar. Hinggalah pada suatu ketika, beliau berjaya mencipta sebuah 'alat terbang' seperti sayap kelawar. Ciptaan Ibnu Firnas ini melalui tempoh percubaan apabbila beliau menaiki menara Masjid Cordoba, sambil disaksikan oleh ribuan orang yang berada dibawahnya, Setelah melakukan terjunan beliau kemudiannya melayang terbang sejauh kira-kira 3 KM (jarak ini paling maksimum) dan telah mendarat dengan selamat. Ribuan orang yang menyaksikan kejadian itu, bertepuk tangan atas kejayaan ciptaannya. lain pula jadinya kepada masyarakat Eropah, yang ketika itu sedang di era kegelapan, heboh sendiri kerana menganggap Ibnu Firnas melakukan sihir yang mereka saja belum pernah melihatnya.
Alat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudiannya telah menginspirasikan Wright Brothers untuk mencipta pesawat terbang pada awal abad 20.
 
Basilica Canon the First Ottoman's Great Bombard
 

 Replika great bombard dan proyektilnya
 
Rasulullah SAW pernah mengirim surat kepada Raja Heraklius agar Heraklius memeluk Islam atau paling tidak, tunduk pada agama Islam jika benar sekalipun Heraklius tidak mahu memeluk agama Islam. Namun Raja Heraklius menolak nasihat Rasulullah SAW itu kerana meremehkan kekuatan kaum muslim yang hanya seluas kota Madinah saja, sedangkan Heraklius adalah penjajah hampir seluruh benua Eropah dan sebahagian Asia Barat serta pesisir utara Afrika. 
Wilayah jajahan Roma/Rumiyah
 
Nabi Muhammad SAW ketika menggali Parit Khandaq bersabda :
“...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." 
Hadis riwayat Imam Ahmad
Sisa benteng Konstantinopel
 
825 tahun kemudian iaitu tahun 1452 M, seorang Khalifah Muda bernama Sultan Muhammad Al Fatih dari empayar kekhalifahan Turki Uthmaniyah, telah mencipta sebuah penemuan yang menggoncang dunia iaitu berupa meriam pengebom gergasi yang baginda sendiri telah namakan dalam Bahasa Turki, Qanun Bassilick atau Bassilica Canon dalam Bahasa Inggeris (The Great Bombard) yang akan digunakan bagi menembusi tembok pertahanan Constantinopel yang selama 1100 tahun tidak tidak berjaya ditembusi oleh pelbagai macam senjata. Meriam tersebut mampu melepaskan tembakan bola besi padat seberat 700 kg dengan jarak tembakannya adalah 1,6 km.
The Great Bombard Muhammad Al Fatih, di moncongya tertulis sepotong ayat (doa) kepada Allah SWT agar membukakan pintu kota Constantinopel untuknya dan membukakan pintu hati warganya untuk memeluk serta menerima ajaran Islam
 
Akhirnya atas pertolongan Allah SWT, pada 29 Mei 1453 kota yang telah dijanjikan kepada kaum muslim iaitu, Constantinopel telah berjaya ditakluki dan menjadi ibu kota negara Khalifah Islam selama 500 tahun. Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islam Bol yang bermaksud Bandar Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne.

Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Janissary the First Rifle Troops
 
Janissari atau Yeniceri adalah pasukan elit yang dibentuk oleh Sultan Murad II, ayah kepada Muhammad Al Fatih, yang kemudian direformasi oleh Muhammad Al Fatih dengan memberikan sentuhan 'keagamaan' kepada pasukan elit ini, dan prestasi ibadah dari pasukan ini ; tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud dan Rawatib. Serta prestasi ketenteraannya adalah sebagai An Ni’mal Jaizu atau seistimewa-istimewa pasukan kerana berjaya menakluki kota Constantinople. 
Janissary Pasukan Muhammad Al Fatih

Sekitar abad ke-15, seluruh pasukan Janissary sudah dibekalkan senapang sebagai senjata utama dan menjadi pasukan tentera Eropah pertama yang menggunakan senapang, ketika negara Eropah yang lain masih menggunakan tombak dan panah sebagai senjata utama.
Janissary yang memakai senapan
Janissary yang memakai senapan
 
Bunyi senapang Janissari adalah yang paling kuat dan merupakan senapang yang paling 'mematikan' kerana jarak tembaknya yang unggul jika dibandingkan dengan senapang Eropah lainnya. Hinggakan, pasukan tentera Muslim ini sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Pasukan ini juga membantu Aceh mengusir Portugis di selat Melaka. Mental pasukan ini yang tertanam pada Panglima Polim dan Cut Nyak Dien, sehingga menjadi momok menakutkan Belanda.
 
Spahi tentera Janissary Berkuda
 
Abus Gun, the First Mortar
 
Lukisan tentera Janissary Abus
 
Kenalkah anda pada roket panggul yang digunakan oleh pasukan Hamas dan Mujahiddin Afghanistan yang menjadi momok menakutkan tank-tank canggih Israel dan NATO?, ya itu adalah RPG 7 buatan Rusia, yang dengan mudah boleh didapati di 'black market'.
Seorang pejuang Afghanistan menggunakan RPG 7
 
Tapi tahukah bahawa RPG 7 buatan Rusia atau Bazooka buatan Amerika adalah sebuah senjata yang telah dinspirasikan daripada senjata Abus buatan negara Khalifah Islam. Senjata ini adalah meriam dalam ukuran kecil sehingga mampu digunakan oleh pasukan Infantri negara Islam ketika itu. Abus juga sangat ditakuti tentera-tentera penjajah ketika itu.

Negara Islam adalah negara yang pertama kali menggunakan pesawat tempur dan artileri anti serangan udara.
 
Tentera Islam menggunakan Belon Pengebom ketika perang dunia pertama
 
Ketika Amerika Syarikat mencipta pesawat tempur untuk pertama kalinya, Khialiah Islam ketika itu segera mengirimkan orang-orang terpilih untuk mempelajarinya dan mengendalikannya. Lima tahun kemudian, negara Khalifah Islam berjaya mencipta sendiri beberapa buah belon udara pengebom dan mempunyai puluhan pesawat tempur yang digunakan ketika perang dunia pertama menentang Itali.

Negara Khalifah Islam juga adalah yang pertama kali menggunakan artileri anti serangan udara dalam perang dan berjaya menjatuhkan beberapa buah belon pengebom milik Itali dan beberapa buah lagi pesawat tempurnya di Ethiopia.



Related Posts :

Teknik jana duit di internet

Betul ke dengan hanya menggunakan internet, kita boleh menjana income lumayan? Kalau betul bagaimana pula caranya? Itulah persoalan yang bermain di fikiran setiap orang yang mengimpikan kesenangan hidup. Cuba kita lihat kebanyakan internet marketer yang sudah berjaya. Mesti ada teknik tertentu yang mereka gunakan.

Tapi harus diingat, duit tidak datang dengan mudah tanpa usaha yang berterusan. Sesuatu yang kita lakukan semestinya mempunyai risiko tertentu dan itulah yang kita perlu hadapi lebih-lebih lagi bila melibatkan duit.

Berikut adalah pendedahan ekslusif AutoMLMAnda - Tempat Belajar Bina Website & Internet Marketing. Ketahui cara mudah & petua untuk mendapatkan beribu-ribu pelanggan, mendapatkan prospek & menjana ribuan ringgit ke dalam poket anda dan mula membina empayar perniagaan sendiri secepat kilat & menjadikan traffic website anda meningkat & sentiasa dikunjungi orang. Dengan menggunakan teknik AutoMLMAnda ini, anda tak perlu lagi mengejar pelanggan tapi pelanggan akan mencari anda, tak perlu berpenat lelah untuk menyebarkan fliers dan sebagainya.

Produk AutoMLMAnda - Tempat Belajar Bina Website & Internet Marketing


Apa petua yg anda akan pelajari didalam tutorial belajar website & internet marketing ini?

1. Bagaimana menggunakan satu simple strategy, yang sering terlepas pandang oleh 99% internet marketer, dan hampir pasti menjana pendapatan segera kedalam poket anda.
2. Bagaimana menghasilkan beribu-ribu prospek yang bakal menjadi pelanggan anda berkali-kali tanpa sekali pun anda perlu menalipon mereka.
3. Bagaimana anda boleh menjana pendapatan segera walaupun tiada orang yang menyertai perniagaan anda!
4. Bagaimana menggunakan technology terkini untuk berhubung dengan JUTAAN pengguna internet, menjadikan mereka propek, membina perhubungan dengan BERIBU-RIBU daripada mereka dalam satu masa, dengan sekali tekan butang sahaja.
5. Petua yang paling effektif cara mempromosikan perniagaan anda akan dikongsikan kepada anda, dan ia akan menghasilkan beribu-ribu prospek, dan prospek inilah yang akan bertukar menjadi pelanggan anda berkali-kali. Anda bukan sahaja boleh mendapat keuntungan berkali terhadap prospek tersebut, tetapi sehinggakan mereka tiada pilihan lain tetapi akan menyertai perniagaan anda.
6. Belajar buat WEBSITE menggunakan Video Tutorial secara PERCUMA dan banyak lagi!!!

Layari sekarang: Website AutoMLMAnda $ Internet Marketing


Nota Dahi: Ini adalah entry sponsor. Terima kasih kepada pihak admin uhs4all.ws kerana sudi beriklan di Blog Berita Ringkas. Jika anda berminat untuk mendapatkan entry sebegini bagi produk ataupun blog anda, sila buat tempahan iklan serendah RM5 sebulan sekarang. Kesudian anda untuk beriklan amatlah dialu-alukan.

Call of Duty MW2 wallpapers 1

Download wallpaper high definition (HD) yang bersaiz besar sesuai untuk dijadikan wallpaper desktop bagi laptop atau komputer anda. Sila klik untuk besarkan gambar dan right click untuk save image.









Nota Dahi: Semua wallpaper di upload sepenuhnya oleh wowberita.com. Jika ingin lihat lebih banyak wallpaper HD, anda boleh klik pada kategori Wallpaper HD ataupun sitemap dan pilih wallpaper kegemaran anda.

Tawaran ke-2

Selepas kembali semula ke sekolah lama..anak ke5 saya mendapat pula tawaran lagi. Kali ini ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP Integrasi) Rawang. Kali ini saya amat berhati-hati...melihat kepada bidang yang ditawarkan, Sains Teknikal, anak saya kelihatan gembira, kerana itulah bidang yang dikehendakinya. Namun begitu beliau masih kelihatan ragu adakah perlu mengambil subjek PQS, Bahasa Arab TInggi dan Syariah seperti SMKA yang lain.  
Lalu saya mengambil inisiatif menalipon ke sekolah tersebut bertanyakan guru atau sesiapa yang tahu mengenai perkara tersebut, sambil itu saya juga mencari maklumat tersebut di internet. Alhamdulillah, nampaknya semua seperti yang dikehendaki.
Sekarang sedang menyediakan barang2 yang diperlukan oleh beliau membawa ke asrama.
InsyaAllah hari Isnin 28hb Februari 2011 ini saya dan suami akan menghantar beliau ke seolah ini. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Saman Ekor

Berita Utusan Meloya hari ini dengan tajuk BAYAR SEKARANG! buat aku kecut perut, nak terberak dan rasa nak pitam hehehe. Eleh nak gertak orang suruh bayar saman sebelum tarikh akhir diskaun tutup 28 Feb kunun. Hanya orang lemah, bodoh dan takde akal aje pegi bayar. Meh aku nak bagi tau kat sini aku ada 6 ekor saman yang membabitkan motor di mana aku tak pernah bawa motor tu walaupun motor tu atas nama aku. Salah seekor saman tu adalah di kuala kangsar yang mana aku pasti motor kapcai aku tu tak pernah sampai ke sana melainkan hanya di kawasan KL ni aje. Bukan polis tak tau kes saman hantu kat Kuala Kangsar ni banyak tapi apesal tak siasat.

Buat apa aku nak bayar saman yang tak pernah aku buat. Tak menganiaya orang ke namanya tu? Senangnya hidup suruh orang tak buat salah bayar. Bukti pun tak nak sertakan boleh pulak disuruh pegi ambik kat balai polis ulu banat mana entah lepas tu kena bayar rm10 untuk dapatkan gambar yang sememangnya x bole jadi bukti...what the fuck!! Yang buat arahan pun bodoh yang mengikut arahan ni 2x bodoh! yang pegi bayar 3x bodoh tak tau nak pikir mana betul mana salah.

Hoi polis! hoi jpj! korang kalau berani bawaklah kes ni masuk mahkamah jangan nak memekak mcm anjing! Memang dasar manusia takde telor! Sekarang ni rajin pulak korang buat road block nak cari mangsa orang dah mati roadtax ye. Banteras jenayah tolak tepi pulak banteras mat rempit pun dah tak rajin pandai nak pau orang nampak. Jangan haraplah aku nak bayar biarlah korang nak saman aku banyak mana pun aku takkan bagi sesen pun pada dajal. Apesal aku panggil dajal sebab ada hati lagi nak gandakan saman tak berbayar. Dajal aje yang suka buat kerja riba ni. Haram aku bersekongkol dengan perbuatan jahat dan khianat. Kalau aku bayar bermaksud aku menzalimi diri sendiri. Aku lebih rela masuk penjara daripada hidup takde maruah. Adios!!

Bayar sekarang!

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

Solah Mat Hassan (kiri) bersama Abdul Aziz Yusof (tengah) dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Mohamad Sauffi Mohamad pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.

"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

Gambar Belangkas