Tuesday, February 22, 2011

Akhirnya...

Genap seminggu selepas saya menghantar anak ke-5 saya masuk asrama...saya juga membawa suami mengadap Pengetua SMKA tersebut untuk membawa pulang anak ku itu... 

Setelah berfikir semasak-masaknya dan membuat solat istikharah...saya rasa tiada gunanya saya "memaksa" anak saya itu belajar di situ, jika dirinya sendiri tidak mahu.  Setiap petang dan pagi selepas subuh saya pasti mendapat panggilan telefon darinya.  Pada mulanya dia tidak dapat masuk ke kelas Sains Teknikal seperti yang dikehendaki. Anak saya itu hendak mengambil LK(Lukisan Kejuruteraan), dan tidak mahu mengambil subjek Biologi.. tetapi kelas Sains Teknikal telah penuh lalu Pengetua masukkan dia ke kelas Sastera Agama (bermakna anak saya harus mengambil subjek Perakaunan dan Perdagangan) Bila saya tanya, sebenarnya dia tidak kisah kena ambil subjek tersebut, cuma disebabkan sekolah itu adalah sekolah aliran agama, maka semua pelajar diwajibkan mengambil subjek Syariah, Bahasa Arab Tinggi dan PQS. Subjek2 ini lah yang beliau tidak mahu ambil...

Mengenali anakku itu sejak dari kecil, sememangnya saya tahu dia adalah seorang yang "very determine person" ... kalau dia cakap hitam, hitam lah...kalau dia cakap putih, putih lah...bermakna jika dia tidak mahu belajar di situ, saya dan suami rasa kami tidak boleh memaksa beliau... kerana yang hendak belajar adalah dia, bukannya ummi bukan abi...
Walau apapun, kami sebagai parents selalu memberi nasihat dan panduan agar beliau tahu keputusannya yang dibuatnya adalah yang terbaik buat dirinya...


Foto Ilusi Yang Sangat Menipu Mata

Hmm..jangan terkejut ya dengan apa yang bakal Anda lihat. Ini adalah sebuah ilusi yang sangat bagus. Silakan buka dan tebak sendiri.

Apakah menurut Anda ini Harimau? Pasti iya dong.Tapi....apakah ini harimau asli? Hmm silakan cari tahu jawabannya.
Pelan-pelan bukanya :)


Yups! Itulah... Jangan mudah tertipu dengan apa yang kita lihat.

Monday, February 21, 2011

Persiapan anakku..

persiapan baby,bersalin,teruja

Mcm iklan plak tajuk entri ni, diam tak diam lebih kurang lagi sebulan lebih jer nak due. barang2 baby tak habis beli lagi ni, beli yang perlu jer dulu lgpun orang2 tua kata tak elok beria sakan beli barang baby sok dah kuor haa beli la sampai pengsan ! abang pun dah usya kat kawan suh carikan mokcik yg boleh tolong deena waktu dlm pantang nanti, insyaallah ada kata nyer. bukan ape dalam pantang minggu pertama dan kedua jer kelam kabut skit pastu okay dah..

Jamu segala bagai deena order melalui online jer. bengkung memang dah ada dari anak pertama dulu deena dah guna bengkung panjang ni. ada orang suka pakai barut atau jenis lekat tu jer. hok deena ni punya plak panjang nyer dari ruang tamu sampai ke dapur.. kena lilit tapi di silang2 kiri dan kanan,di lilit dr punggung hingga ke perut. Memula pening gak tak mahir lagi kan,  sesapa yg dah tau dan pernah pkai bengkung panjang ni tau la rasa mcm mana. nak tunjuk pic kena tunggu deena dalam pantang nanti bleh amik gambo n upload ekkk...

Yang best pada deena bila dah siap kemas pakai bengkung ni, terasa kejap jer badan dari punggung sampai la pinggang tapi kena lilit ketat2 tau baru la mantop hehe... tentang persiapan baju baby dan mak baby tunggu la masuk 36 minggu ker.. skang 34 minggu lek la dulu.. poyo jer di buat nyer tetiba sakit naya jer. Teruja gak rasa walaupun hati berdebor2, tak kesah la baby nyer pasal slumber jer, nak takut sampai ke langit biru tu pun takde makna kena hadap gak kesakitan nak bersalin nanti...


p/s: nama pun tak cari lagi... :)

Lobster..

lobster,udang

Malam tadi abang belanja makan lobster tuu.. nak kata ngidam sgt tak gak, hari tu jer saja gatal mulut tanya kt abang, tak sangka plak dapat makan haa.. sebelum meletop ni kan bedal jer aper yg ada depan mata dan teringin.. ( mcm lagu shima plak..) 

Makan-makan gak, diet harus di jaga gitew. sib baik doktor tak maroh banyak kali dia ingat kan jaga diet waktu kat klinik tadi. skang ni pun deena hanya amik nasik 2-3 hari skali jer, gula pun setengah sudu. tau takut ! klu tak selagi tak manis sedap jer dok tambah susu. lobster ni kitorang mintak masak masam manis, mmg sedap wooo..

Kalau gi makan kt restoran kt Langkawi ni sure kaw2 kena dalam RM200 hengget.. ! ni pun abang beli terus ngan tokey lobster n suh tukang masak kat kedai ni masak. ( sib baik sedap mamat ni masak.. hehe ) sesekali tingin aper la sangat yer tak.. sok dalam pantang takde la kempunan :-)

p/s: tingin nak makan nasik lemak kak linda (maksu) kat puchong nun.... komengaaa !

Kolam Renang Infinity Terindah di Dunia

Infinity pool adalah desain kolam renang unik yang level air nya lebih tinggi dari tembok pembatasnya, sehingga air kolam akan mengalir keluar secara terus menerus, inilah yang membuat kesan infinity, bagaikan sumber mata air yang terus keluar dan tak pernah habis.


1. Golden Triangle Resort - Chiang Rai, Thailand



2. Murni’s Villa - Ubud, Bali



3. Lake Manyara Serena Lodge - Tanzania,

Aquarium Terkecil di Dunia Karya Anatoly Konenko

Seniman pakar Miniatur Anatoly Konenko, yang berasal dari kota Siberia Omsk, telah membangun akuarium terkecil di dunia.

Sebuah kubus kaca berukuran 30mm X 24mm X 14 mm, lengkap dengan pasir, batu berwarna-warni dan rumput laut dapat berisi 10 ml air dan rumah bermain untuk ikan kecil.

Mini-akuarium bahkan dilengkapi dengan pemurnian air filter. Ia membuatnya membutuhkan waktu sekitar

Sekitar keputusan STPM 2010

KUALA LUMPUR: Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini adalah penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.

"Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009," katanya. "Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala, seorang lagi calon dari aliran sastera," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.

Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember tahun lalu di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. -Bernama

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Tahniah bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia STPM 2010 baru-baru ini. Bagi yang kurang bernasib baik, anggapkan ini sebagai satu cabaran bagi anda untuk lebih cemerlang di peringkat universiti pula selepas ini.

Gambar Belangkas