Masing2 sedang meninjau ke bawah....bakal menempuh satu laluan menurun bukit yang mencabar...apatah lagi pendakian semula naik...memang cabaran yang menguji badan dan kaki..... bagi tuan punya blog....rasanya daku tidak sanggup "menyiksa" kaki dan lutut ku...
cukup lah hanya bergambar sahaja di sign board rumah api tersebut....
Apatah lagi saya kena menemankan Prof Dekan yang sudah pasti TIDAK akan turun dan mendaki semula naik ke atas memandangkan beliau baharu sahaja menjalani operation lutut beliau...
Prof Dekan dengan tongkat ajaibnya! hehehe
Kami hanya turun sehingga Pit Stop ke 2 dan berpatah balik....
Dalam perjalanan pulang...kami berdua berjalan santai ... sambil belajar mengenali flora dan fauna yang terdapat di sepanjang trail tersebut...melalui seorang pekerja Rumah Api tersebut yang sama-sama berjalan turun kerana beliau hendak keluar membeli makanan.
Pokok Tembusu ~ struktur kulit dan batang nya yang unik
Species mamalia yang terdapat di hutan simpan ini...
suspen jugak...nasib baik tak berjumpa binatang2 ni di tengah jalan...hehehe...
Sampai semula ke Rumah Api Cape Rachado, kami berjalan mengelilingi sambil menikmati pemandangan Selat Melaka yang sayup..
kelihatan kapal-kapal dagang sayup mata memandang sedang melintasi Selat Melaka...
namapak tak? hurmm...kalau tak nampak....???? hehehe
DI antara pohon-pohon renek yang terdapat di situ..
Pokok Meranti Tembaga yang sangatttttttttttt besaaaaarrrrrrr dan tingggiiiiiiiiiiiiiiiii
Pekerja tu memaklumkan bahawa umur pokok ini sudah melebihi 100 tahun!
Beliau juga memaklumkan bahawa umur kayu ini yang dahulunya adalah tiang pagar ke rumah api itu sudah melebihi 200 tahun!
Hurmmm...dah tak ingat nama pokok ni...sejenis pohon Meranti juga...(kalau tidak silap)
Alhamdulillah..akhirnya kami selamat tiba ke kaki bukit dan meneruskan penerokaan kami ke tepi pantai pula...