Friday, January 28, 2011

Mengintip Singa di Dalam Logo Metro Goldwyn Mayer

Bagi yang sering nonton kartun Tom&Jerry, pasti udah nggak asing lagi dengan singa yang mengaum sebelum si Tom dkk benar-benar ditayangkan. Hmm..Yauda langsung kita lihat aja yuk.



Ini Slats, singa pertama yang menjadi logo MGM.
Inilah 'aktor'nya dari masa ke masa
Wah udah lama juga pembuatan awalnya ya. Tahun 1916 udah ada siaran TV apaan ya? hehe..

Thursday, January 27, 2011

Testosterone

Was finally in a room filled with more males than females. Oh-so-rare since I joined this course. I was shocked. wth... so not use to an environment with higher male population.. At the end of the day, it reminded me of how enjoyable the company of the opposite sex was!

I also.....
Met 'Creepy'. Laughed about 'Creepy' all the way back home.... sigh... creepy

Israel Curi 30 000 Buku Islam Palestin

http://www.alsofwah.or.id/images/ajay-1-281210-ok.jpg
AMSTERDAM–Pembikin filem warga Belanda, Benny Brunner, segera melnerbitkan filem dokumenteri terbarunya yang berkisah tentang penjarahan buku-buku milik cendekiawan Palestin oleh tentara Israel dalam Perang Arab-Israel 1948.

Menurut Brunner, dianggarkan terdapat lebih 30 ribu buku dan naskah dalam bahasa Arab, termasuk yang langka dan mahal, yang dijarah oleh tentera Israel. Naskah-naskah tersebut kemudiannya dijadikan koleksi Perpustakaan Nasional Israel.
“Perpustakaan Nasional Israel “mengumpulkan” buku-buku ini dari pelbagai perpustakaan peribadi rakyat Palestin yang kabur karena diusir dari rumah mereka pada tahun 1948,” kata Brunner, Selasa (27/12).
Menurut Brunner, karyawan Perpustakaan Nasional behubungan dengan tentera Israel. Mereka masuk ke dalam rumah-rumah rakyat Palestin yang sudah dikosongkan secara paksa. Menurut Benny lagi, buku-buku itu juga ada yang sudah sudah dijarah ketika pertempuran masih belum reda.

Brunner ketika ini dalam proses menghubungi para cendekiawan Palestin yang merupakan pemilik buku-buku tersebut. Salah satu saksi, yang sudah dihubunginya ialah Nasser Eldin Al Nashashibi, seorang keturunan cendekiawan Arab terkemuka di Yerusalem.

Ketika perperangan pada tahun 1948, Nasser ketika itu baru berusia 20 tahun. Jelasnya, “Buku-buku kami dicuri dari rumah ini. Orang-orang Yahudi menjarahnya. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri.”

Aziz Shehadah, seorang pengacara Arab-Israel dari Nazareth yang sempat bertugas di Perpustakaan Nasional Israel mengakui tentang penjarahan ini. Ketika tahun 1960-an, Shehadah sempat melihat sejumlah buku langka berbahasa Arab Kuno tentang Islam. “Semua orang juga tahu, buku-buku itu berasal dari kota Arab, ada beberapa lagi yang masih dalam karung.”

Seorang sumber Brunner menambahkan, memang terdapat karyawan perpustakaan yang bertugas menghapus nama pemilik orang Arab dari sebahagian besar buku yang ada. “Ini menjelaskan mengapa hanya 6000 buah buku yang disebut sebagai hak milik yang diabaikan, padahal pada dokumen asli tertera sebanyak 30 ribu buku,” katanya

Tuduhan penjarahan ini dibantah oleh Perpustakaan Nasional Israel. Oren Weiberg, jurubicara Perpustakaan Nasional menyatakan bahawa lembaganya hanya mengelola buku-buku atas nama Dinas Hak Milik Yang Diabaikan di bawah Kementerian Kewangan Israel.

Pejabat Kementerian Kewangan Israel juga mengdakwa buku-buku di Perpustakaan Nasional Israel bukanlah buku jarahan. Mereka mengatakan pada tahun 1948, mereka bekerja sama dengan Universiti Haifa untuk mengumpulkan buku dari pihak ketiga. “Pemilik asli buku-buku ini, demikian tertera dalam reaksi tertulis Kementerian Kewangan Israel, tidaklah diketahui,” demikian pernyataan Kementerian Kewangan.

Tidak terhenti di situ, Brunner bertemu dengan seorang warga Israel yang pada tahun 1960-an pernah membeli buku terpakai di Perpustakaan Nasional Israel. Lucunya, buku terpakai itu ternyata milik koleksi sieorang warga Israel, yang kebetulan orang Palestin.
“Jika ada buku-buku yang tidak menarik bagi perpustakaan, seperti buku pelajaran sekolah, maka buku itu akan mereka jual. Bayangkan saja menjual barang curian kepada pemilik barang yang dicuri itu!” kata si warga Israel.
Kalau begini, tidak hairanlah bagaimana bangsa Yahudi boleh menjadi bijak di dunia ini. Semua ilmu yang sepatutnya milik orang Islam diIsrailiyyatkan oleh Zionis. Jika kita pernah membaca artikel berkaitan Cara Yahudi Mendidik Anak, maka kita akan melihat banyakpersamaan dengan apa yang disyorkan oleh Islam. Cuma bezanya adalah pada "mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran" bagi orang Islam dan "mendengar muzik" bagi yang Yahudi.
Related Posts :

Season 2 - PAGparanormal ‎& Vamp Malaysia (PRo)

Date 11-2-11 - A Big Ghost Hunting And Paranormal Investigation Event Is On Planning Which Is 3 Paranormal Team Will Be Join Venture For The Event, People From BICARA Megazine Is Confirm For The Broadcast And Some Of The Photographer Who Are Want To Snap Some Ghost Image Together With One Paranormal Experts From Indonesia Will Call The Ghost To Come Out!!!!!!!

PAGparanormal (Paranormal Scene Investigator)


VAMP MALAYSIA (P.R.O)

Cara letak scroll dan background pada komen

Tutorial ini saya buat sebagai menunaikan permintaan rakan-rakan yang ingin membuat scroll dan meletak warna latar belakang pada komen sebagaimana yang ada diblog ini.Kotak ini juga mempunyai border disekeliling dan dengan adanya scroll tentunya lebih memudahkan jika terdapat banyak komen pada sesuatu posting.Loading rasanya lebih cepat jika komen kita mempunyai avatar kerana paparan tidak keluar secara serentak.
comments background

Cara membuatnya:
log in ke blogger--pada dashboard pilih template---pilih edit html

dan cari kod yang berwarna merah seperti dibawah
.post-footer {
margin: 1.5em 0 0;
}

#comments {
height:280px;
overflow:auto;
border:8px ridge #33FF99;
background: #006699;
padding: 20px 20px 10px 20px;
margin: 10px 0px 0px 0px;
}

#comments .comment-author {
padding-top: 1.5em;
background :#009999;
border:1px dotted;
}

Kemudian tambahkan kod dibawahnya seterusnya dengan kedudukan sebagaimana diatas.Ubahkan kod warna jika inginkan warna yang diingini.

Highlight - United pamer kebangkitan menakjubkan

BLACKPOOL - Pada satu ketika ketinggalan 0-2 pada babak pertama tetapi tiga gol dalam tempoh 16 minit di babak kedua membolehkan Manchester United mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menewaskan Blackpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana England, semalam.

Dimitar Berbatov muncul wira dengan menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan Javier Hernandez sekaligus membuktikan United kini memiliki ketahanan mental yang diperlukan untuk diletakkan sebagai pilihan merangkul kejuaraan liga musim ini.

Perlu diakui Blackpool mempamerkan persembahan mantap pada babak pertama untuk mendahului 2-0 hasil jaringan Craig Cathcart dan DJ Campbell.

Namun kebangkitan United selepas itu ternyata lebih mencuri tumpuan malah menenenggelamkan sama sekali kelebihan dan sisa perjuangan yang dimiliki Blackpool itu.

Kemenangan dramatik United itu membolehkan mereka kini terus kekal berkuasa di puncak liga di samping mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 23 perlawanan musim ini.

Kebangkitan lewat yang akan diingati sampai bila-bila itu disifatkan Berbatov sebagai kekuatan dalaman United yang tidak ada pada pasukan lain.

"Kami memiliki mentaliti kental iaitu masih boleh menang walaupun ketinggalan 0-1 atau 0-2. Keyakinan itu sentiasa ada untuk membalasnya bukan satu gol tetapi lebih daripada itu.

"Memang pada babak pertama sedikit sukar buat kami kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang tidak rata dan jauh berbeza dengan Old Trafford.

"Tetapi di babak kedua, kami berjaya mengatasinya," kata Berbatov yang kini mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kepada 20 gol setakat ini.

Kemasukan Hernandez menggantikan Wayne Rooney menjadi titik tolak kepada kebangkitan United semalam apabila pemain antarabangsa Mexico itu menghasilkan gol semangat yang dicari-cari.

Alex Ferguson sendiri mengakui dia kagum dengan kebangkitan yang dipamerkan anak-anak buahnya untuk membolehkan United kini memiliki kelebihan lima mata di depan Arsenal.

"Kami memang dipermainkan saja di babak pertama tetapi kemasukan Hernandez dan Ryan Giggs mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Kami memang berhak menang," tegasnya. - AFP

Sumber: Kosmo





Google kembangkan rangkaian perniagaan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.

"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.

"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: dengan pembukaan rangkaian perniagaan Google di ibu negara, ini sedikit sebanyak dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakart tempatan. Macam best je kalau dapat kerja dengan Google kan? Hakhakhak...

Gambar Belangkas