Saturday, December 18, 2010

Cara letak divider diantara posting

Divider  atau pemisah ini adalah digunakan sebagai pemisah diantara setiap posting pada blog.Ia biasanya dalam bentuk garisan atau imej yang memanjang.selain dari itu juga ia boleh juga sebagai menghiasi  lagi pada paparan blog kita dengan divider dalam pelbagai imej yang menarik.Imej yang dipilih biarlah bersesuaian dengan latar belakang blog kerana ada yang hanya sesuai untuk background yang berwarna cerah.
Untuk membuat garisan yang ringkas pada bahagian posting Cuma perlu masukkan kod seperti dibawah ini sahaja pada entri:

Berikut adalah garisan border yang boleh kita masukkan dengan meletakkan kod dibawah pada bahagian yang hendak diletakkan:
<hr>
Hasilnya:

Diatas adalah kod biasa untuk letak garisan melintang dan dibawah ini adalah kod yang boleh kita ubah panjang garisan dan warna.Kod ini cuma perlu dimasukkan sahaja bila membuat posting pada mana mana bahagian yang ingin dimasukkan.


<hr width="50%" size="4" />


<hr width="60%" size="4" noshade />

<hr width="80%" color=" #0080FF" size="4" />




Jika hendak letakkan dalam bentuk imej dan  pada setiap posting .kod perlu dimasukkan pada template.
Caranya:
Masuk ke dashbaord—template---edit html—


cari kod ini:

.post {

Atau sesetengah template kena letak pada

.post-body {

kebiasaanya kod pada template seperti ini:

.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
padding-bottom:1.5em;
}
cuma perlu masukkan kod dibawah ini:
background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEij_FZ-6O2JxfYFFEIJQ1uIzAsBtvlvDBvtGSgS56I4WIRf1HiO821popzF7EQDFW-xpQFWDvf_n2B5FNsVrZ_iQ2Dc0t6Gnojq3uiKfkEkB4pk52RHViMRHwa8sJJpp2nVgXRvZD3ioRA/s400/ribbon.gif);
background-position: bottom center;
background-repeat: no-repeat;
margin:.5em 0 1.5em;
padding-bottom:1.5em;

 menjadi seperti dibawah ini

.post {
background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhej-3UiAW9Ff181R_o_-Hq11YHuLOElAQWiVV-t1EkXV4IiRGRgKwXCNFQOIeU9RxzPVva5iTjB78sKx7EWEz502mFcqqS77Cmr7IDAfFywNhpxF_3N91WrNFHyMhRqWsflUPXn_H_CiM/s1600/zizzag.gif);
background-position: bottom center;
background-repeat: no-repeat;
margin:.5em 0 1.5em;
padding-bottom:1.5em;

}

Untuk menjarakkan sedikit diantara border dan kandungan posting ubah pada padding

Dari: padding-bottom:1.5em;    kepada ; padding-bottom:2.5em;

Kalau nak letak imej contohnya seperti dibawah ini cuma perlu gantikan  url pada teks berwarna merah diatas:

Url imej:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg68xXL261HaEdhtkoKSMZJlJBJcrfSXCa1Z6FP8iAy4jmi2NUd2pwEqLUGekWYYVIteF_tAU313VdD6wiUg1Ri14_IA8NRcMg0g8Xc3QGMtwNmY_hy4FqGMdcQWp7TDfA8YMyX35ERgiI/s1600/red+border.gif

  red border

Url imej: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwRmI4fa5wuqWwCBUWRpPLlhBKtnsZ_Zl0ukVHQayzx8dqoJy13HUepZy_saD8Ml9WsH36XKHDnxRrsjJMWBQhM91f4quLg4N8dxOuFM2Skr9qMDSA95cfUkXbbBXehCS73wFRd1cJoXQ/s1600/flowerbar.gif


flower divider

Imej boleh didapatkan diinternet dengan mencari  horizontal line atau page divider 

RAMAI WANITA CEDERA AKIBAT KASUT TUMIT TINGGI



Kaki yang langsing dan cantik dah semestinyer lebih terserlah kecantikannya bila dipadankan dengan kasut tumit tinggi. Tapi kena tengok gak samada selesa waktu nak menggayakan kasut tumit tinggi ni, klu x biasa risiko nyer pun lagi la tinggi berbanding dgn org yg dah biasa haa..

Sebenar nyer banyak kes yg suka berkasut tumit tinggi ni lebih berisiko mendapat kecederaan seperti terseliuh di pergelangan kaki, betis sakit, terpelecok pun satu hal gak.. ada tu sampai tersembam ke lantai coz tak seimbang waktu memakai kasut tumit tinggi. 



Hakikat nyer kaum wanita ni kan sanggup tanggung asalkan nampak seksi dan
cantikkan.. deena sendiri pun memang sejak dulu lagi minat kasut tumit tinggi
tapi xder la 24 jam melaram kan..klu nak bergaya sekalipun tengok juga la keadaan dan tempat.



p/s : paling tinggi pernah pakai 3 inci lebih jer..


Bersyukur

Didiklah jiwa kita agar selalu bersyukur dengan sifat Qanaah.

Apakah sifat qanaah? 
QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. 
Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu :
kemuliaan pada ketaatan, 
kehinaan pada maksiat, 
kehebatan pada ibadat malam, 
hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong 
dan 
kekayaan pada sifat qanaah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Semester is over!

The celebration to commemorate the end of the semester this time round was different.

First, it was a stop at the city for a little LOVELY shopping.

Then, badminton and running on the treadmill in between.

After gym,it was pub crawl time with great company.

After the pub crawl, it was clubbing at Garage.

Followed by a Malaysian food feast party where brilliant chefs came out displaying their masterpieces!

Whats left of me now is the agonising aching body from head to toe due to all the sudden excessive activities in such a short period. Just goes to show how unfit I am :p

Friday, December 17, 2010

KENAPA BERUBAH BILA SUDAH DIMILIKI



Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, ;mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.
Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.
Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…


Ada 2 sebab;
? suami itu lelaki
? isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI
? Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
? Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN
? Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!
Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.
Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.
Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan
isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila…
? suami isteri tidak berbual-bual
? suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
? suami gagal menjadi pendengar yang baik
? suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
? suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
? suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat
maka BERKEMUNGKINAN
? ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
? isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
? isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
? isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
? isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
? berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

p/s : artikel ni deena kongsi dr rakan blogger Esarli Budak Baik... tks dear :)


Deena  : Dalam perhubungan perlu ada memberi dan menerima..


Terowong bawah tanah di Putrajaya

Terowong bawah tanah di Putrajaya?
Susah hendak percaya? Tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan White House yang diduduki oleh presiden mereka. Apalah yang mustahilnya jika dilihat pada pembinaan SMART tunnel (2007), KLCC (1998), KL Tower (1996) malah Adolf Hitler juga pernah mempunyai terowong bawah tanahnya sendiri.

Putrajaya yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamed untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pada tahun 1995 telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1999. Projek ini menelan belanja sekitar RM 21 billion.

Putrajaya menempatkan banyak pejabat-pejabat kementerian dan tidak terkecuali pejabat Perdana Menteri (PM). Putrajaya juga merupakan kediaman rasmi PM yang dinamakan Sri Perdana. Persoalannya adakah benar PMO (Prime Minister Office) mempunyai terowong bawah tanah untuk ke KLIA?
Menurut penulis laman web militaryofmalaysia.net, ketika beliau berada di PMO, dia ingin menghisap rokok sebentar, akan tetapi malangnya bangunan tersebut adalah tempat larangan merokok. Setelah itu, beliau pun menuju ke sebuah pintu yang mempunyai tanda 'EXIT' untuk merokok.

Ketika berada disitu, penulis tersebut yang berada ditingkat empat  berasa pelik mengapa terdapat anak tangga yang menuju ke bawah. Apatah lagi tangga tersebut terlalu dalam seakan-akan berpuluh tingkat. Jika terdapat parking bawah tanah pun, mustahil ianya berpuluh tingkat. Walau bagaimanapun penulis tersebut  tidak berani untuk menurun ke bawah.

Kisah kubu bawah tanah banyak dibina di White House tetapi tidak di Malaysia. Namun pada hari ini terdengar mengenai rahsia terowong bawah tanah di Putrajaya. Yang hanya diketahui umum hanyalah terowong yang menghubungkan PMR (Resident) ke PMO.

Ketika penulis tersebut menghantar saudaranya ke KLIA, beliau sempat menjalankan kajian sendiri selain berbual dengan sumber-sumbernya di situ. 

"Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri." Tulisan tangan penulis tersebut di laman web miliknya.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'
Mustahil bagi kerajaan Malaysia untuk membina sebuah terowong tanpa dikesan oleh satelit atau apa-apa sekalipun kerana masih tidak didedahkan kepada umum. Tetapi Malaysia telah berjaya mencipta terowong serbaguna iaitu SMART yang antara terowong tercanggih di dunia.

Seorang rakan kepada penulis ini yang pernah menyaksikan pelan pembinaan Putrajaya, menyatakan yang terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya hingga KLIA adalah benar. 

"Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara…” Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Putrajaya juga dikatakan dilengkapi dengan sistem radar dan meriam anti pesawat. Sesetengah tempat di Putrajaya adalah tempat zon keselamatan yang amat ketat untuk dibolosi. Meriam-meriam yang dikatakan lengkap dengan sistem elektronik dikatakan telah diletak disekitar Putrajaya.

Mengapa ada Terowong bawah tanah ke KLIA ini? Jawapannya adalah, Singapura dan Malaysia pada tahun 1988, hampir terlibat dalam kancah peperangan. Konflik dikatakan berlaku kerana Malaysia tidak mahu memberi Singapura bekalan air mentah. klik di sini
Tun Dr Mahatir Mohamed dan Lee Kuan Yew
Satu sebab mengapa Singapura benar-benar serius jika diajak berperang dengan Malaysia kerana ketenteraannya yang begitu hebat hinggakan pernah menjadi persoalan oleh sebuah akhbar Australia "mengapakah Singapura begitu minat membeli sistem ketenteraan yang canggih?"

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

Gambar Belangkas