Thursday, December 2, 2010

cara membuat menu dengan menggunakan gambar

Sebelum ini dalam entri yg lepas ada saya tunjukan cara membuat berbagai bentuk menu seperti menu bar tanpa hack,menu horizontal dan kali ini mengunakan gambar pula sebagai menu.Bila menggunakan gambar sebagai menu tentu nya kita mempunyai pilihan membuat berbagai bagai bentuk yang disukai ,tak semestinya asyik bentuk empat segi,bujur.Bagi yg belum tahu apa yang dimaksud menu,menu biasanya terdapat pada bahagian bawah header  dengan perkataan yg biasa terdapat padanya seperti home,contact,site map dan sebagainya.
link dengan gambar






Untuk membuat menu ini kita perlu sediakan gambar dan diupload ke photobucket,imageshack dan sebagainya.Kemudian kita ambil url imej tersebut:

Contohya seperti ini:

http://i219.photobucket.com/albums/cc282/garam63/49Ccopy.jpg

kemudian tambah kod jadi seperti dibawah ini:

<img src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/home.jpg">

Kemudian masuk ke design-page elements
Pilih add gadget-HTML/Javascript

Masuk kod tadi padanya:
menu button







Kemudian klik pada edit html
Gambar  yg dimasukkan akan muncul..klik pada gambar untuk mengubah saiznya dengan menarik bingkai yg ada pada gambar


edit html

Untuk memasukkan link pada button tadi..klik pada gambar kemudian klik ikon create link dan masukkan link yang dikendakki padanya:


masukkan link













Masukkan link pada ruangan enter a url.
Untuk button yang seterusnya ulang semula langkah diatas dengan memasukkan link gambar kedua .
Untuk memastikan saiz adalah sama klik semula pada edit html untuk masuk pada kod tadi
Dan perhatikan pada width dan height pada kod tersebut
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/"><img style="width: 196px; height: 87px;" src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/home.jpg" /></a>
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/"><img style="width: 196px; height: 87px;" src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/contact" /></a>

Kemudian klik pada save..selamat mencuba

After a snowfall

James Blyth Court is the name of the building I am currently living in. It is the stretch of bricked walls on the right in the picture below:

While walking to the lab on Wednesday morning, I could not help but snap a picture of  the beautiful, white, freshly fallen snow, yet to be touched.

Facebook? Hati-hati jangan tertipu

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook


2010/12/02

KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.
Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar. 

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek. 

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000. 

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya. 
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

sumber: Berita Harian Online

Maut kerana salji

8 maut suhu cecah –20 Celcius

Penerbangan di beberapa negara Eropah dibatal akibat salji tebal

LONDON: Salji tebal mula melanda Britain dan beberapa negara Eropah semalam, ketika bermulanya musim sejuk, menyebabkan jadual penerbangan di sekurang-kurangnya empat lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Gatwick di selatan London terpaksa dibatalkan.
Di Scotland, lapangan terbang Edinburgh ditutup selepas salji tebal melitupi landasan, manakala jurucakap lapangan terbang City yang lebih kecil menyatakan ia masih beroperasi tetapi beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan.
Polis di Kent dan Surrey di selatan negara itu menasihati pemandu kenderaan agar tidak membuat sebarang perjalanan kecuali benar-benar penting, manakala keadaan sesak teruk berikutan kenderaan bergerak terlalu perlahan dilaporkan berlaku di lebuh raya M52 London menuju ke beberapa kawasan.

Kebanyakan wilayah di Britain dilanda salji tebal, dengan angin kencang memburukkan lagi keadaan.

“Berikutan masalah cuaca buruk, tiada penerbangan yang akan berlepas atau mendarat di Gatwick. Landasan akan terus ditutup sehingga sekurang-kurangnya jam 6 petang esok,” kata jurucakap lapangan terbang itu dalam satu kenyataan yang dihantar ke laman webnya.

Agensi Lebuh Raya juga melaporkan kelewatan di laluan M1, East Midlands dan di lebuh raya A1 berhampiran bandar Catterick di Yorkshire. 
Di WARSAW, Poland, polis berkata lapan orang mati kesejukan selepas iklim sejuk melanda, dengan suhu jatuh kepada –20 Celcius di sebahagain besar negara berkenaan.

Jurucakap polis, Mariusz Sokolowski berkata lapan lelaki, semuanya sebelum itu minum minuman beralkohol, meninggal dunia kelmarin saja. Beliau meminta rakyat Poland menghubungi polis jika ternampak ada orang gelandangan di luar.

Ramai rakyat Poland mati kesejukan di Poland, kebanyakannya orang gelandangan dan mabuk.

Di BRITAIN, perkhidmatan kereta api Eurostar antara London dan Eropah juga lewat berlepas dengan enam kereta apinya terlewat jadual sehingga 30 minit.

Britain yang mengalami musim sejuk paling buruk dalam tempoh 30 tahun pada 2009, tidak pernah dilitupi salji pada awal musim sejuk sejak 1993.

Setakat ini, tiada tanda salji akan cair, sebaliknya jabatan kaji cuaca meramalkan lebih banyak salji dijangka turun di timur Scotland dan bahagian tengah serta selatan England.

Lapangan terbang Zurich di Jerman melaporkan kelewatan dan pembatalan penerbangan ketika ramai orang kenamaan termasuk bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Perdana Menteri Sepanyol menuju ke ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Geneva untuk pembidaan tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2018 dan 2022.

Pihak berkuasa kawalan trafik Eropah, Eurocontrol juga melaporkan kelewatan teruk di lapangan terbang Tegel di Berlin dan utara Sepanyol. Jurucakap lapangan terbang Geneva, Bertrand Staempfi berkata lapangan terbang itu akan ditutup hingga jam 2 petang esok waktu tempatan. – Reuters/AFP 

(sumber: Barita Harian Online)

As winter progresses

From The Evening Times:
"The continued blizzards today came as the coldest night of the winter saw temperatures plummet to -20°C in Altnaharra, in the Highlands. In Glasgow it was -5°C.


Air travel was also seriously affected.
Edinburgh Airport was closed and early morning flights were affected at Glasgow Airport.
Due to weather problems in south England some flights were cancelled. Glasgow Airport was also handling diverted flights from Edinburgh.
Snow also hit Gatwick Airport, which was closed today and will also be shut tomorrow, leaving thousands of travellers stranded.


There was widespread disruption on the railways, with a number of ScotRail services cancelled. Motherwell and Cumbernauld services were suspended while the Glasgow Queen Street to Edinburgh line remained a half hourly service. Early trains from Stirling to Glasgow were cancelled.
Trains from Glasgow to England were all running, but with some delays."
The much dreaded time of the year has come! The first snowfall was fantastic, but more snowfall after that is becoming a nuisance. The thing I am not looking forward to is a further drop in the temperature outside. Reading that the Highlands has reached -20 degrees, it is possible for it to be this cold in Glasgow too....
The good thing about winter is that it does not tempt me to go out as much ;)

Wednesday, December 1, 2010

ilmu

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.
Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Kampus kembali sunyi

Peperiksaan akhir telah berlalu, pembentangan projek tahun akhir juga sudah berlalu, begitu juga pembentangan untuk pelajar post-graduate (MSc dan Phd) juga sedah berlalu, 
meeting peperiksaan juga sudah habis, 
ALHAMDULILLAH...

kini boleh memberi tumpuan kepada penulisan yang paling penting...
kampus sunyi, 
tiada deretan kereta dan motorsikal yang memenuhi jalan dan parkir ...
datang ke pejabat ...rasa aman saja...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,
Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, para sahabah, muslimin dan muslimat.
Engkau Kurniakanlah kesihatan yang baik, kelapangan masa dan serta ketenangan fikiran,
dan semoga kelancaran ilham dan kata-kata yang dapat menambahkan lagi  ilmu hambaMu yang dhaif dan hina ini ...
Engkau Permudahkan segala urusan kami Ya Allah..

Amin.

Gambar Belangkas