Tuesday, November 23, 2010

Banana Test

The Banana Test   

There is a very, very tall coconut   tree and there are 4 animals,   


A Lion   , 
 


A Chimp  


A Giraffe   , 


......AND...   


A Squirrel     
 
They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?  

Your answer will reflect your personality.

So think carefully . . ..

Try and answer within 30 seconds.   
Got your answer?

Write your answer in the comment's box ...
STRICTLY NO CHEATING ! 30 SECONDS ONLY

(got this from my friend's email )

the answer will be provided in the upcoming post :)

Monday, November 22, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 3

Most children love crafts. Often viewed as tedious and messy, crafting is actually something parents can easily do with their children. It's therapeutic and even gives you time to bond with your child.

Read more here:

Crafting with kids

 

 

 

Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 2

Apa lagi ya nak buat dengan anak-anak ni?

Dah penat main mesti anak-anak ni sudah lapar kan? 
Jom main masak-masak...

Jika anak anda masih di peringkat sekolah rendah, bolehlah minta tolong mereka menolong di dapur. Tolong kupas bawang ke (ni mesti menangis ni..), tolong potong sayur... tolong ambil peralatan memasak, tolong tumbuk bawang / lada, 
mesti seronok dia orang ni nak tolong masak..sebab itu satu pengalaman baru...

saya dulu suka main masak-masak secara olok-olok...budak-budak dulu kata main pondok-pondok, ambil tin jadikan periuk, petik daun-daun di sekeliling rumah jadi sayur, ikan dan lain-lain..lepas tu ada yang jadi mak, ayah, dan anak-anak! Kami tenggelam dalam dunia kanak-kanak yang sungguh riang-ria tanpa masalah...

Yang dah besar sekolah menengah pula, bolehlah mencuba masak menggunakan resepi-resepi baru... sekarang ni senang sungguh..kalau tak ada duit nak beli buku-buku resepi yang ada di pasaran (selalunya hard cover tebal..) boleh tengok aja resepi online! banyak blog-blog masakan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan sekarang..
Baguslah tuh, masing-masing tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing ....

contoh yang paling bagus adalah :
dan lain-lain (tgk lah bloglist kat sebelah kanan tu..banyak lagi blog masakan lain..)


Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 1

Musim Cuti Sekolah...

Apa aktiviti yang hendak dilakukan bersama anak-anak?

Trend sekarang ramai ibu-bapa menghantar anak-anak ke bengkel-bengkel motivasi cuti sekolah yang dijalankan oleh organisasi-organisasi tertentu...

selain dari menghadiri bengkel motivasi, apakah yang boleh kita lakukan?

mari kita kongsi bersama apakah yang anda lakukan bersama anak-anak anda...

Salah satu daripadanya adalah menggalakkan anak-anak membuat kraf tangan.
Banyak bahan-bahan terpakai yang boleh kita guna untuk membuat kraf.

Salah satunya ialah KERTAS. Banyak kraf yang boleh dibuat dengan menggunakan kertas..
QUILLING - paper craft

Gambar dari Miyyah@Kertas.blogspot
Cantikkan? mari kita buat sama- sama ....


Cara pasang email subscription form pada blog

Memasang langganan  secara email pada blog adalah dengan tujuan bagi membolehkan  pengunjung mengetahui jika blog kita membuat entri atau pun posting terbaru. Menambahkan borang langganan email ke blog  sangat mudah dilakukan dan merupakan salah satu cara untuk merangsang kunjungan berulang ke blog kita.Ia membolehkan pengunjung blog menerima email bila terdapat update pada blog kita.Langganan  ini adalah menggunakan kemudahan yg disediakan oleh feedburner.
email-form

Cara memasangnya pada blog:
1.Jika belum mempunyai akaun dengan feedburner daftar dulu disini.
2.kemudian klik pada my feed pada link bahagian atas paparan,kemudian klik pada nama blog
feed burner







Jika belum ada feed masukkan url blog pada burn a feed right this instant dan klik next
feed




3.seterusnya pilih publicize
publicize feed



4.Kemudian pilih email subscription
email subscription












5.Kemudian pilih activate
6.Seterus pilih Use a Widget in dan pilih blogger..klik go untuk memasang secara automatik




Jika ingin memasang sendiri :
copy kod yang  terpapar
pasang kod











Kemudian masuk ke design—page elements
Add gadget—pilih HTML/Javascript
Paste kod tadi dan klik save.

Jika ingin memasang chicklet

Pada menu publicize seperti diatas tadi pada sidebar kiri pilih feed count .Kemudian akan keluar paparan seperti dibawah.cara memasang kod ini seperti diatas juga.

pasang chicklet




Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah

Bermula hujung minggu ini bermulalah sesi cuti sekolah bagi anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah.  Pelajar-pelajar IPTA-IPTA juga sudah bermula cuti semester sehingga semester yang baru bermula pada awal Januari 2011. 

Rumahku juga sudah kembali riuh dengan keletah anak-anak. Kak Long sudah memulakan praktikal di Hospital Sungai Buloh, Zaid dan Anas sudah bermula cuti semester, Zubair dan Hana' juga  sudah bermula cuti sekolah. Manakala Ammar dan Mu'adz hanya bercuti seminggu ini sahaja. Mereka akan balik semula ke sekolah pada petang ini kerana Ammar akan menjalani peperiksaan SPM yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mu'adz pula perlu pulang ke Maahad Tahfiz kerana pelajar Tahfiz tidak boleh bercuti lama, nanti lupa...perlu selalu mengulang pembacaan dan hafazan. Alhamdulillah dalam masa 11 bulan ini, Mu'adz telah hafal 25 juzuk dalam Al-Quran. 

Anas pula sebaik tamat final exam semester pertama, terus tidak balik ke rumah kerana terlibat dengan sukan Karisma (sukan antara kampus UiTM). Dia masuk sukan futsal. Hari ini bermula temasya sukan tersebut, tapi Anas tidak balik ke rumah kerana dikehendaki tidur di kolej bersama rakan sepasukan.

Tetapi Hana' awal-awal sudah balik kampung di Johor...seronok lah dia dengan sepupu-sepupu bermain di kampung.. kejar ayam, main dengan kucing ... main pondok2 di belakang rumah atok bawah pokok manggis, tolong bakar sampah dan daun...seronok mereka sebab di bandar tidak dibenarkan membakar di kawasan terbuka kerana ditakuti pencemaran alam...biarlah dia menikmati kehidupan di kampung...

Manakala Wafa' pula .... telah lama "merdeka" sejak tamat peperiksaan PMR yang lalu...juga sudah balik kampung..sekarang sedang menikmati waktu lapang sebelum keputusan PMR diumumkan nanti...nak buat apa waktu lapang ini? belajar masak? belajar jahit? ambil kursus komputer?

Aidil Adha ~ Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. 

Tiada Jualan Murah. 

Tiada Lagu Raya. 

Tiada rancangan khas di televisyen. 

Tiada mercun dan panjut menghias malam. 

Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi.

Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal.

Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. 

Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah.

Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? 

~Baca lebih lanjut di sini , saifulislam.com~

Gambar Belangkas