Saturday, November 20, 2010

Agenda Yahudi : Manusia Separa Robot



Agenda menghasilkan manusia separa robot bukanlah hanya fantasi di televisyen, tetapi ianya suatu usaha yang realiti dan benar-benar berlaku tanpa disedari orang awam. Usaha ini telah dilakukan oleh beberapa organisasi bukan kerajaan yang dipercayai ditaja oleh Illuminati. 

Flem Universal Soldier arahan pengarah berbangsa Yahudi kelahiran Jerman, Roland Emmerich adalah manifestasi daripada idea 'bijak' tokoh-tokoh Yahudi-Zionis-Illuminati untuk menghadapi Armageddon yakni Perang Akhir Zaman atau lebih dikenali sebagai Perang Islam-Kafir dikalangan orang Muslim. Filem tersebut berkisarkan kepada dua orang yang masing-masing merupakan tentera dan pengganas, telah diubahsuai menjadi tentera separa robot.

Fokus penghasilan manusia separa robot

Sekumpulan ahli-ahli saintis yang terkenal (tetapi disembunyikan populariti mereka) dalam bidang sains biologi telah bersepakat bahawa dunia perlu menerima kewujudan ‘manusia separa robot’ sebagai langkah menghadapi bencana akhir zaman. Menurut propaganda tahyul mereka, manusia akan menghadapi kepupusan populasi yang mendadak secara tidak sedar walaupun pada zahirnya statistik tahunan menunjukkan kadar kelahiran semakin meningkat.

Hujah kelompok saintis ini yang diketuai oleh Dr. Nick Bostrom menyatakan penyakit-penyakit moden akhir zaman dan perang nuklear yang bakal berlaku akan menyebabkan kadar kematian menaik dengan mendadak.

Mereka beralasan bahawa manusia biasa dengan keadaan biologi biasa tidak mampu menghadapi situasi ini kerana elemen kognitif manusia adalah sama sejak ribuan tahun dahulu tetapi persekitaran sentiasa berubah setiap tahun. Atas alasan ini, Dr. Nick Bostrom telah memberikan penekanan bahawa hanya manusia yang mempunyai ciri-ciri biologi berteknologi sahaja yang mampu bertahan dengan perubahan dan ancaman dari bencana-bencana dunia. Dalam seminar empat hari yang berlangsung di Universiti Oxford pada 5 Julai lepas, Bostrom menegaskan,
“Sebarang entiti yang didapati lebih bijak dari manusia akan ditakrifkan sebagai lebih berkuasa.”
Kenyataan tegas Bostrom di dalam seminar tersebut ini harus diperhalusi dan diambil berat oleh semua orang khususnya orang Islam kerana Dr. Nick Bostrom adalah Pengarah Future of Humanity Institute di Universiti Oxford.

Pembinaan Biologi Manusia yang lebih kompleks

Manusia separa robot yang bakal diperkenalkan ini bukanlah seperti Robocop, Terminator atau data (pekerja kapal angkasa Star Trek). Ia juga bukanlah sejenis manusia yang dipenuhi besi-besi pada tubuh badan dan kepala.

Ianya lebih kepada pembinaan sistem saraf dalaman manusia yang disokong oleh teknologi nano dan micro cip. Ini bermakna, manusia itu tetap manusia tetapi keupayaan deria-deria semulajadinya akan dipertingkatkan ke tahap luar normal.

Kami percaya, peranan gabungan teknologi dengan biologi manusia akan diambil peranannya oleh jentera nano robot. Nano robot adalah satu vektor kompleks yang boleh diprogramkan peranannya dari jarak jauh, maka tidak mustahil jika ia di reconstruct sebagai penyokong saraf secara kekal.

Ini berdasarkan laporan dari seminar Dr. Nick Bostrom sendiri, sejenis nano robot berbentuk sel darah merah sedang dibangunkan untuk diuji pada bila-bila masa. Sel darah sintetik itu berupaya membuat pelari jarak jauh Olimpik bernafas hanya sekali dalam masa 15 minit. (mungkin telah digunakan beberapa kelab bola sepak profesional tanpa pengetahuan umum).

Kemungkinan sel darah sintetik akan digunakan anggota tentera Illuminati amat diyakini kerana ia mengelakkan keletihan yang teruk ketika perang. Manakala umat Islam secara holistik, semuanya layak menjadi tentera kerana mampu berpuasa tanpa sokongan nano robot dalam badan.

Perang akhir zaman akan lebih kompleks

Usaha-usaha kumpulan saintis Dajjal ini menunjukkan perang akhir zaman adalah lebih kompleks, maju, sistematik dan luar jangka. Situasi sebegini juga membuktikan bahawa hadith-hadith akhir zaman amat tepat dan bukan lagi sebuah bahasa kiasan atau perlambangan konsep. Maka disebabkan itu, kami telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan teknologi Nabi Isa pada tahun lepas.

Kemungkinan tentera-tentera Dajjal akhir zaman akan dianggotai oleh kelompok manusia separa robot semakin menjadi kenyataan. Ia bukan lagi dongeng Spielberg di layar perak, ia sedang berlangsung dan sedang diusahakan sekarang ini.

Dunia akhir zaman menunjukkan teknologi bukan lagi mesti memegang atau menggunakan sesuatu ‘alat maujud’ untuk menikmati teknologi itu tetapi ia sudah mencapai peringkat ‘gabungan bersama biologi manusia’.

Hakikatnya sekarang …

Berapa pula masa yang umat Islam ada untuk menghadapi perang akhir zaman ini? Sedangkan buku-buku teks sains di universiti tempatan pun masih lagi berhabuk dengan tulisan-tulisan saintis barat.

(Kanan) Dr. Ray Kurzweil, sekarang bertugas di Universiti Clarkson, New York.

Salah seorang ahli panel yang hadir bersama Bostrom iaitu Dr. Raymond Kurzweil telah mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan dengan penuh yakin;
“This will happen faster than people realize.”
Akhbar Fortune sendiri telah mengiktiraf Kurzweil sebagai “The Smartest Futurist on Earth”, manakala pengerusi Microsoft juga menggelarkan beliau sebagai “Visionary thinker and futurist.” Selain itu, Kuzrweil juga menjangkakan pada 2020, generasi kedua nano robot akan dihasilkan.

19 Nov 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-22 
untuk anak ke-2 ku
Zaid..
Semoga Zaid perolehi keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian. 
Semoga berjaya dalam mengharungi onak dan duri dalam perjuangan menuntut ilmu dan semoga berjaya menjadi insan soleh dan menjadi seorang abang yang bertanggung jawab terhadap adik-beradik.

Friday, November 19, 2010

Bukti kaitan Starbucks Coffee dan Yahudi




Segala jawapannya ada pada anda semua, saya yang hina serta tidak punya ilmu ini hanya mampu menjadi penyampai serta pemberi peringata. Segalanya ditangan anda, kerana anda semua adalah pencetus kebangkitan Islam pada akhir zaman ini…. THINK….




Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan) 



Kehadapan Pelanggan Starbuck, 



Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel... 



Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga. 



Howard Schultz 
Chairman & Chief Global Strategist 
Starbucks Coffee Stores

Thursday, November 18, 2010

Something new

Welcome to my new blog. If you already know me as a visual artist I'm changing hats to highlight my second career in interior design. If you want:
  • to know what's current in the world of home decor
  • to spruce up your existing decorating scheme on a budget
  • to take sneak peeks into different homes
  • to engage in interesting discussions about home decor
  • to learn about DIY projects


stay tuned.

Wednesday, November 17, 2010

JUBLI EMAS

Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang. 

Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah... 
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..) 
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini. 

Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri.  Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.

Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
 , namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.

Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan  dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)


SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam, terutamanya rakan bloggers di alam maya ini. 
Sejak kecil, saya melihat kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sama meriah dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa kecil dan bersekolah, sepasang baju baru mesti disediakan untuk menyambut Hari Raya, tidak kira hari raya apa. Cumanya semasa Hari Raya Aidil Adha tiada kuih muih yang banyak seperti Hari Raya Aidil Fitri. 
 Hari Raya Aidil Adha lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban.
Kadang kala bertanya juga kepada ibu, ibu akan menjawab Hari Raya ini untuk orang-orang yang pergi haji. 
Tanggapanku sebelum menunaikan haji, Hari Raya ini akan disambut oleh jemaah haji sama meriah sepertimana yang disambut di Malaysia.
Tetapi setelah aku sendiri pergi menunaikan haji, barulah jelas apa pengertian Hari Raya Aidil Adha ini. Malah, ketika kami di Mina, tiada pun sambutan Raya, kerana semua jemaah tinggal di dalam khemah yang kelihatan sama sahaja, makan nasi bungkus yang disediakan oleh pihak maktab di Mina. Masa hanya dipenuhi dengan zikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan solat. di antara waktu-waktu melontar.

Mina

Kami sampai ke khemah kami di Mina dari Mudzalifah sebelum masuk waktu Subuh. Khemah jemaah haji juga di bahagikan mengikut zon... khemah-khemah haji Malaysia diletakkan berdekatan antara satu sama lain mengikut pakej-pakej tabung haji. Alhamdulilah khemah kami ditempatkan paling hampir dengan Terowong Muessim. Ini bermakna kami perlu merentasi terowong tersebut setiap kali kami hendak pergi melontar ke Jamrah.

Ya Allah, sayup mata memandang melihat khemah-khemah di Mina..


(Gambar-gambar ini diambil ketika kami melakukah ziarah ke Mina selepas waktu haji..)
 

Gambar Belangkas