Sunday, November 14, 2010

Hari ini WUKUF di Arafah

Mengikut pengisytiharan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi, hari ini adalah hari WUKUF di Arafah.

Bermula dari semalam Ahad 14 Nov 2010, beberapa juta umat Islam telah bergerak keluar secara beramai-ramai dari kota Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah sebagai persiapan menghadapi hari paling penting dalam ibadat haji iaitu hari Wukuf. 

Wukuf merupakan kegiatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh seseorang yang melakukan ibadah haji, karena ia menjadi rukun, dan rukun merupakan salah satu unsur penting yang sama sekali tidak dapat ditinggalkan, dan kalau ditinggalkan maka haji seseorang menjadi tidak sah. Seseorang yang menderita sakit, meskipun tidak dapat berjalan, atau tidak dapat duduk, maka harus dibawa ke Arafah untuk melakukan wukuf, walau wukufnya dalam keadaan apapun, sedar ataupun tidak sedar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji pada mulanya akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah. Di Muzdalifah pula, jemaah dikehendaki berada di kawasan itu sekurang-kurangnya beberapa jam termasuk mengutip batu-batu kecil bagi membuat lontaran jamrah di Mina.


Di Mina, jemaah akan tinggal lebih lama iaitu tiga hari pada hari-hari tasriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf.

Mengimbau kembali pengalaman ku, kami diarahkan bersiap-siap kerana bas yang akan membawa kami ke Arafah akan sampai ke hotel selepas Asar. Aku pun menolong ibu mertua ku bersiap-siap. Dengan keadaan beliau yang kurang sihat, kami hanya menunggu di bilik hotel sehingga diberitahu ketibaan bas. Terdapat 5 buah bas disediakan untuk membawa jemaah haji dari pakej UTAS Travel. Selepas suamiku membawa turun beg ibunya, saya pun memimpin ibu mertua ke bawah. Kelihatan sudah ramai jemaah haji menunggu di lobi hotel. 

Selepas mendapat tempat di atas bas, bas pun bertolak perlahan-lahan menuju ke Arafah. Semua jemaah beramai-ramai berbondong-bondong menuju ke satu arah, iaitu Padang Arafah. Jalan raya penuh sesak, bas, kereta dan kelihatan juga yang berjalan kaki. Sedikit demi sedikit bas berjalan. Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke khemah lebih kurang jam 4 pagi. Jaraknya bukanlah jauh, tetapi dalam keadaan sebegitu, ia mengambil masa berjam-jam. Di sini lah kita dapati betapa keadaan ini akan menguji daya ketahanan  mental, spiritual dan juga fizikal kita. Aku sangat kasihan kepada ibu mertua ku yang kurang sihat, tapi  dalam fikiran ku, tiada lain hanya sentiasa berzikir, berdoa ke hadrat ALlah SWT agar diPermudahkan segala urusan.  

Apabila sampai di khemah yang diperuntukkan khas utk pakej UTAS, kami dapati hampir kesemua ruang telah penuh. Ini kerana bas yang kami naiki adalah bas yang terakhir dari 5 buah bas tersebut. Aku pun mencari-cari di celah-celah jemaah haji wanita yang hampir kesemuanya telah pun mengambil tempat masing-masing. Ya Allah, Engkau permudahkan Ya Allah, agar kami mendapat tempat, terutamanya ibu mertuaku. Kasihan aku melihat beliau yang kepenatan setelah berjam-jam berada di atas bas. 

Di sinilah kita akan dapati ujian Allah yang Maha Besar, samada kita dapat bersabar dan bertolak ansur di antara sesama jemaah haji. Perasaan pentingkan diri sendiri hendaklah ditolak tepi. Alhamdulillah akhirnya dapatlah kami menyelit di celah-celah jemaah haji lain yang samada sedang tidur, duduk dan ada juga yang sedang solat. 

Pada hari wukuf, kita disunatkan berada di kawasan wukuf sampai terbenam matahari.
Tetap di tempat, tidak berjalan-jalan.
Menghadap kiblat, dalam keadaan bersuci, menutup aurat.
Lebih afdhal, wukuf tidak di dalam tempat tertutup.
Dalam keadaan tidak berpuasa.
Dalam keadaan khusyu’, tekun berdoa dan lain-lain.
Memperbanyak berdoa, istighfar, dan lain-lain.

Oleh karena itu, wukuf merupakan intipati dari seluruh rangkaian ibadah haji. Begitu pentingnya kegiatan ini, sehingga seseorang yang tidak melakukan wukuf hajinya tidak sah.

Bagaimana pula kita yang berada di tempat lain? Sepatutnya kita ambil peluang ini, sempena hari dan waktu yang sangat mulia dan penting dalam ibadah haji ini untuk turut sama memperuntukkan detik-detik waktu pada hari ini, memperbanyakkan bersolat sunat dan berdoa ke hadrat Allah SWT. 

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi, bagi pelajar2 PMR yang sedang menunggu keputusan peperiksaan, dan juga yang lain-lain..ambillah peluang keemasan ini... berdoalah berdoalah berdoalah !

kurangkan duduk didepan komputer bermain games, berfb berblogging ... mari kita menafaatkan hari ini dengan sebaik-baiknya. Amin.


Kisah 'Sebenar' Tan Sri P Ramlee Terbongar!

Siapa yang tahu kisah sebenar P. Ramlee? Adakah anda tahu:
- P. Ramlee meniggal dunia dalam keadaan miskin dan mempunyai tekanan hidup
- Beliau pernah cuba di sabotaj oleh prosedur file di Singapura ketika nama beliau telah berada di kemuncak.
- Siapa pelakon popular yang cuba sabotaj P Ramlee?

Untuk ketahui semua ini, History Channel telah merakamkan sebuah dokumentari khas tentang kehidupan Tan Sri. Anda boleh tonton di Youtube atau download dari link di bawah ini..





Part 1
http://www.mediafire.com/?ucr58g8m16qe3bp
Part 2
http://www.mediafire.com/?e9z6abkrtql6nq4
Part 3
http://www.mediafire.com/?i96mgbprh33rqd2
Part 4
http://www.mediafire.com/?oqh7bbk0v5fqluc
Part 5
http://www.mediafire.com/?oxwkro7yf54rh26

Apa punca sakit?

Semakin banyak mendapat undangan majlis perkahwinan, 
 sebelum ini undangan majlis doa selamat menunaikan fardhu haji, sebelum itu, majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri, minggu depan pula sambutan Hari Raya Haji, diikuti dengan lebih banyak kenduri perkahwinan. 
Ya Allah, bila lah nak diet nih? Mesti itu persoalan yang timbul di fikiran... 
Jadual diet terpaksa ditolak tepi, bila hidangan lazat di depan mata, selalunya kita berkata, " tak apalah, hari ni saja nak makan banyak..., esok boleh diet semula" Masalahnya esok dapat jemputan lagi..makan lagi..habis ditolak tepi rancangan hendak berdiet...

tetapi adakah diet sahaja mencukupi? Apa jenis diet? diet yang bagaimana yang efektif?

Apabila umur meningkat ke lewat 30an dan awal 40an, kita dihadapkan dgn pelbagai masalah kesihatan. Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, hati, kencing manis dan lain-lain turut menyerang.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. 

Jangan memaksa badan menjadi kurus, kerana paksaan hanya akan menyebabkan badan kita menjadi letih dan kita akan kecewa jika hasilnya tidak memuaskan hati.
Untuk membakar lemak tubuh kita memerlukan bahanapi iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. 

hurm..saya bukan lah pakar pemakanan atau diet...saya sendiri perlukan berdiet juga kerana kalau mengikut ketinggian saya (yg pendek ini) saya perlu kurangkan berat badan kerana BMI dah masuk area kuning...kira dah masuk area heavyweight lah...eh! heavyweight pulak...Overweight lah.. 

ok..jom diet...

Saturday, November 13, 2010

Kenduri Kahwin

Seperti semua sudah maklum, apabila bermula cuti sekolah akhir tahun, maka akan berduyun-duyunlah mendapat jemputan kenduri kahwin...
sebenarnya jemputan kenduri kahwin sudah bermula dari bulan lepas lagi...

Hari ini, jiran hadapan rumah membuat kenduri kahwin anak perempuannya. Besar-besaran nampaknya...bayangkan khemah makan telah dipasang sepanjang lorong sebanyak 11 buah khemah! Panjang sungguh...dan sudah semestinya ramai jemputan...maunya beribu-raban..
kenduri sudah bermula 2 malam lepas. Kenduri doa selamat. Malam semalam majlis akad nikah, kenduri lagi... tengahari ini majlis persandingan... tak tau malam ni ada lagi ke? 

Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin...

Cuti sekolah/semester

Cuti persekolahan sudah bermula, begitu juga cuti semester bagi pelajar-pelajar universiti. Rumah nurazzah8 kembali riuh. Semua anak-anak sudah pulang ke rumah pada hujung minggu ini,, begitu juga Kak Long yang akan menjalani latihan praktikal di Hospital Sg Buloh,  kecuali Anas. Anas juga sudah habis peperiksaan akhir tetapi dia tidak pulang kerana terlibat dalam pertandingan sukan futsal anjuran universiti.
   Manakala Mu'adz pula perlu pulang semula ke Maahad Tahfiz semula pada minggu hadapan selepas Hari Raya Haji, kerana pelajar Maahad tidak boleh bercuti lama...nanti lupa! Wafa' pula sudah pulang ke kampung mengikut atok beberapa hari lepas.

Alhamdulillah, syukur ... semoga semua anak-anak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Lost Tapes : Bigfoot

Percayakah anda pada kewujudan Bigfoot? Beberapa tahun dahulu, Malaysia telah digegarkan dengan berita penemuan sejenis makhluk misteri yang dikenali sebagai Bigfoot. klik di sini

Namun kali ini video yang pernah ditayangkan oleh Animal Planet dan Discovery Channel ini akan membuatkan kita berfikir sejenak.

Seorang wanita yang bertugas sebagai ranger hutan sedang menjalankan tugasnya untuk beberapa hari lagi sebelum tugasnya tamat pada musim itu. Nak dijadikan cerita, seorang pemburu haram telah 'jatuh cinta' pada ranger hutan yang jelita ini. Pemburu haram itu kerap kali mengekori dan merakamkan aksi ranger wanita terbabit. Suatu hari, ketika di sungai, ranger wanita terbabit telah terdengar suatu suara.

Ketika sedang meninjau kamera CCTV yang dipasang pada sebatang pokok, ranger wanita tersebut menjumpai sejenis 'bulu' dan ia seakan-akan bulu orang utan atau lebih kepada gorilla. Hasil kajian yang dibuat oleh ibu pejabat, mereka mendapati bahawa bulu tersebut tidak tergolong dikalangan binatang seperti monyet, gorilla, orang utan atau yang sewaktu dengannya.

Ketika ini kerap kali terdengar bunyi-bunyi ngauman...

Diringkaskan cerita, di akhir video ini 'Bigfoot' tersebut telah menyelamatkan ranger wanita itu daripada gangguan pemburu haram tadi. Dokumentari ini telah dirakamkan melalui kamera CCTV dan HandyCam.
P/S : Terdapat satu kes dimana seekor Gorilla jantan di sebuah zoo, tidak mahu makan apabila 'petugas wanita' yang selalu memberinya makan tidak bertugas untuk masa yang agak lama. Binatang tersebut telah lari dari kandangnya. Petugas yang lain mengesyaki bahawa Gorilla tersebut telah 'jatuh hati' pada wanita tersebut.

Episod 7 - Mistik Rumah Pusaka BerSAKA??



Bukti melalui lensa Digital PAG..




Gambar Belangkas