Sunday, November 7, 2010

Orang Islam Palestin jadi tentera Israel

Konflik Israel dan Palestin sering dimaksudkan dengan peperangan antara Islam dan Yahudi. Namun, percayakah anda jika saya katakan bahawa terdapat ribuan pemuda Islam yang berkhidmat dalam tentera Israel dan bersama-sama Zionis menentang musuh Yahudi iaitu Islam (Walaupun tali barut Israel ini menganggap musuh Israel adalah orang Arab).

Sebenarnya, ramai warga Arab Badwi yang beragama Islam, selain Kristian Arab yang menjadi tentera bagi negara Dajjal Laknatullah, Israel. malah di Israel terdapat tugu pahlawan yang khusus bagi tentera-tentera Israel dari kalangan Arab badwi yang gugur melawan tentera Islam seperti Hamas, Hezbollah dan penduduk asal Palestin.

Dikenali sebagai YAMAS, mereka adalah Skuad Khas Keselamatan Sempadan Israel. Kelebihan mereka adalah, mereka ini dapat menyamar sebagai warga Palestin yang selalu memerangi Israel. Namun, apakah yang sebenarnya yang membuatkan mereka sanggup menjadi tentera Dajjal, yakni musuh kepada Islam? Pertama sekali perlu saya jelaskan bahawa orang Islam yang terlibat dalam tentera Israel ini adalah datangnya dari Arab Islam dan Kristian yang berwarganegara Israel.

Kewajipan pertama warga Israel ini adalah untuk membela tanah air mereka, tidak kira apa pun agama yang dianuti oleh mereka. Jadi, ini menjelaskan bahawa kaum minoriti di Israel, yakni dalam meraih untuk mendapat persamaan hak dengan kaum majoriti Yahudi, mereka perlu melaksanakan semua kewajipan utama negara "haram" itu dan di antaranya, adalah dengan menjadi anggota tentera.

Walaupun mereka sedar bahawa musuh Yahudi itu adalah Islam, mereka terpaksa berbuat demikian (huh!) oleh kerana ingin mendapatkan dana untuk pelajaran mereka di universiti dan memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara milik pelarian Palestin itu. Ini semua adalah kerana kerajaan dajjal israel sememangnya membantu tenteranya untuk melanjutkan pelajaran dan juga banyak pekerjaan dalam perusahaan Yahudi itu sendiri mewajipkan pemohon yang ingin memohon kerja menunjukkan surat bukti yang menunjukkan bahawa mereka pernah menjadi tentera Israel menentang musuh.

Oleh kerana wang, mereka ini sanggup menggadai maruah agama dan bangsa sebagai orang Islam dan sanggup pula menentang orang Islam itu sendiri. Israel memang bijak dalam memainkan peranan dalam hal ini. berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan.

Bayangkan dua orang tentera wanita bertudung Israel di atas
melakukan pembunuhan kejam seperti ini.
Islam kini lemah bukan kerana Yahudi dan Nasrani itu kuat, tetapi Islam itu lemah adalah kerana umat Islam itu sendiri. Di benua Arab dan utara Afrika, umat Islam sentiasa berpecah sama ada faktor ekonomi, politik waima sosial.

Banyak lagi gambar-gambar kekejaman tentera Islam-Israel ini. Malah, lebih memilukan terdapat juga ulama-ulama dan pelajar Islam yang memberikan kata-kata semangat kepada mereka ini sebelum berperang. Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan kemesraan di antara tentera Yahudi-Israel, Islam-Israel dan Kristian-Israel dalam kelas. klik di sini
Video tentera YAMAS (tentera Islam Israel)

Saturday, November 6, 2010

Aidiladha disambut pada 17hb November 2010

Apabila mendengar pengumuman mengenai Aidiladha di TV tadi malam, terus fikiran ku menerawang ke 3 tahun lalu, 2007.  Di hari dan waktu yang sama, aku berada di kota suci Mekah Al-Mukarramah. Ketika diumumkan hari wukuf, semua umat Islam bersiap sedia mental dan fizikal untuk saat dan ketika yang penting itu.
Berbeza sekali keadaannya jika di tanahair, terkenang ketika kanak-kanak...pada pandangan kami, Hari Raya AidilAdha, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya haji, akan disambut meriah juga seperti Hari Raya Puasa. Malah di sesebuah negeri, seperti Kelantan, Hari Raya Haji disambut lebih meriah dari Hari Raya Puasa.

Pada fikiranku, adakah sama sambutan Hari Raya Haji di sini (iaitu di Mekah)? Oh...rupanya sangatlah tersimpang jauh ... malahan semasa di Arafah, semua jemaah haji masing-masing diperingat agar tidak membuang masa dengan berbual-bual kosong, menjaga perbuatan, tutur kata dan apa yang diniatkan di dalam hati,  dan berdo'a untuk kebaikan dunia dan akhirat dengan bersungguh-sungguh diwaktu yang sangat utama itu.

Ketika itu, airmata memang tidak dapat ditahan-tahan lagi, dan bumi Arafah dibasahi dengan airmata keinsafan oleh berjuta-juta umat Islam yang berada di Arafah.

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang paling utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4058.
Maksudnya : '"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami, dari Sufyan Ats Tsauri dari Bukhair bin Atha' dari Abdurrahman, Ya'mar, ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : "Haji itu wuquf di Arafah, haji itu wuquf di Arafah, haji itu wuquf di Arafah, tinggal di Mina selama tiga hari, barang siapa yang ingin cepat pulang (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barang siapa yang ingin menangguhkan dari kepulangannya dari dua hari itu), maka tiada dosa pula baginya. Dan barang siapa menemui waktu di Arafah sebelum terbit fajar, maka ia tetap menemui waktu haji". Ibnu Abi Umar berkata : Sulyan bin Ayainah berkata : Hadis inilah yang paling baik yang diriwayatkan As Tsauri. Hadis ini hasan sahih.Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Bukhair bin Atha' dan saya tidak mengetahui hadis ini, kecuali dari hadisnya Bukhair bin Atha'.

(sumber: Webhadis UiTM)

Brunei

Saya pernah berkunjung ke Brunei pada tahun 2005. Salah satu kenangan yang sangat teruja semasa di sana ialah penggunaan bahasa di papan tanda-papan tanda premis perniagaan dan sebagainya. Semua papan tanda dimestikan ada tulisan jawi.
Restoran Mek Donalds?? hehehe
Bank juga! U Si Bi Si

Friday, November 5, 2010

Bas Ekspres Kemalangan lagi!

PEKAN: Seorang lelaki terbunuh manakala dua wanita cedera parah apabila bas ekspres Transnasional  yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu memasuki sungai di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini malam ini.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Ismail Nakayudin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa terperangkap di dalam bas berkenaan yang separuh tenggelam.
Beliau berkata, penumpang lain berjaya menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan bas terbabit.

Thursday, November 4, 2010

Pengurusan Masa

Pengurusan masa, satu aspek yang ramai orang samada dapat mengendalikannya dengan baik atau tidak. Mungkin ada sesetengah orang yang langsung tidak ambil peduli tentang masa. Setiap detik, setiap saat masa berjalan seperti biasa. Pengisiannya yang membezakan samada kita dapat mengisi masa dengan perkara yang berguna, bermenafaat atau kita tiada membuat apa-apa langsung!
Saya bukan hendak memberi tip-tips tentang pengurusan masa, atau hendak memberi ceramah bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik.
Saya cuma hendak mengajak semua pembaca sekelian berfikir sejenak..merenung semua diri kita sendiri, apa yang perlu kita lakukan jika kita tidak dapat mengurus masa dengan baik.
Dalam apa jua keadaan, fikirkan keutamaan sesuatu perkara yang hendak dilakukan, kepentingannya. Perkara yang lebih penting hendaklah dilakukan terlebih dahulu dan diutamakan, yang kurang penting, mahupun ianya menyeronokkan (seperti bermain komputer games, melayari internet, berchatting, berFB, berblogging)....perlulah ditangguhkan...
(sila ambil perhatian, saya bukan kata tak boleh, tapi pandai-pandailah membahagikan masa itu, jangan sampai berFB dan berblogging sehingga melalaikan perkara utama, contohnya belajar, kerana saya dapati ramai bloggers ni terdiri dari kalangan pelajar)
sebab itu setiap kali kita mengadakan majlis-majlis ilmu atau lain, selalunya kita akan sudahi dengan membaca Surah Al-'Asr,
Kerana itu Allah telah bersumpah demi masa (Surah Al-'Asr):

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Cara memaparkan blog didalam blog

blog dalam blog
Kalau sebelum ini bila membuat review untuk sesuatu blog,kita selalu meletakkan gambar printscreen atau pun link sahaja.Bagaimana kalau kita letakkan terus paparan blog tersebut ke blog kita.Dengan menggunakan iframe halaman blog org lain boleh dimasukkan ke blog kita.Bagaimanapun sebelum memasukkan ke blog kita tentulah dengan keizinan pemilik blog terlebih dahulu. Selain dari itu, juga  iframe juga dapat menampilkan video pada blog .

Berikut adalah kod untuk membuatnya:

Keterangan:
Masukkan pada Url_Blog,Url blog yang hendak dipaparkan.
Align=left ,boleh tukarkan ke right atau center jika hendak frame tersebut kekanan atau tengah.
Width dan height=ubahkan saiz lebar dan tinggi mengikut keperluan.
Pada url blog masukkan url blog yang dikehendakki.

Cara memasang share this post

Share this post adalah terdiri dari dari lapan ikon yang biasa terdapat pada bahagian bawah posting,antaranya ialah Stumble Upon,  Digg, Delicious, Facebook, Yahoo, Technorati Twitter dan rss. ikon tersebut digunakan bagi berkongsi artikel kita dengan mudah,dengan klik sahaja artikel kita akan tersubmit ke social bookmark.Kegunaannya adalah juga adalah bagi meningkatkan pengunjung.
social bookmark

Untuk membuat share this post berbentuk bintang ini::
Masuk ke design—Edit HTML
edit template

tandakan pada expand template widget
expand template

Cari kod ini:
<data:post.body/>
gunakan ctrl + F untuk find untuk memudahkan pencarian

Dan letak kod ini selepasnya:

kod yg diletakkan pada template:

kod pada template

*Ubah saiz width yang berwarna oren jika hendak menjarakkan ruangan diantara button.
Jika ada read more  letak selepas kod <data:post.body/> yang kedua.

Gambar Belangkas