Saturday, October 30, 2010

Pendirian Kita Berkaitan Syiah

Hujah Yang Membatalkan Hujah Syiah
Sekiranya anda berhadapan dengan penganut fahaman Syiah, ada beberapa hujah yang boleh dihafal sebagai penagkis hujah kelompok Syiah. Hujah pertama ialah …
Penolakan Mazhab : Menurut Imam as-Sayuti, sesiapa yang menolak atau tidak mengikut mana-mana 4 mazhab ini iaitu Maliki, Hanbali, Hanafi dan Syafie maka terbatal aqidahnya yakni murtad.
Riwayat Saidina Ali Abi thalib :
“Sesiapa yang menyanjungku lebih dari Rasulullah maka terbatallah Islam orang itu.”
Inilah hujah paling kuat kerana kesemua Syiah amat memuja Saidina Ali sebagai pemimpin agung mereka lebih daripada memuji Nabi Muhammad SAW.
Tips terakhir sekiranya Syiah yang berdebat dengan anda tidak faham, adalah dengan mengikut kaedah sahabat kami tadi. “Baling tongkol”.

Syiah Iran dan Politik Antarabangsa

Bagaimana pula keadaannya Iran yang sedang berkonflik dengan Amerika? Dan bagaimana pula kedudukan kita untuk memberi sokongan?

Dari segi hal ehwal kemanusiaan dan sosio-politik, sebagai pengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah, sokongan kita hendaklah hanya dari segi politik bukannya mendokong aqidah mereka. Menyokong Iran dari segi politik tidak mengapa kerana ia seumpama kita menyokong negara-negara kecil bukan Islam yang lain dari ditindas penceroboh antarabangsa.

Bertindak memberi sokongan politik kepada Iran bukanlah bermakna anda sudah menjadi Syiah. Ianya lebih teruk lagi jika menyokong orang Islam yang mengaku Islam dan bermazhab Syafie tetapi tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Islam. Ia umpama musuh di dalam selimut.

Cara letak favicon pada url blog

Jika kita membuka laman web biasanya kita boleh melihat satu ikon kecil yang terdapat disebelah url.Bagi laman blog biasa tertera dengan ikon huruf B.Ikon yang kecil ini dipanggil “favicon” .Jika hendak membuat sendiri favicon itu kita perlu membuatnya dalam saiz 32x32 piksel dalam format gif,bmp,jpeg,ico ataupun png.Kemudian upload imej tersebut ke photobucket.

Kemudian Masuk ke design-pilih edit HTML
Kemudian masukkan kod ini diantara kod <head> dan </head>

<link href='letak url imej disini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Untuk membuat icon dengan imej sendiri boleh juga gunakan laman web favicongenerator.com.Juga boleh lawati  laman web iconj.com  dan disitu juga terdapat  favicon dalam bentuk  animasi yang boleh pilih dan ambil kodnya untuk dimasukkan pada blog.

Jika menggunakan iconj :
Masuk kewebsite--kemudian pilih--animated favicon
pilih jenis favicon dan ambil html embed code and details..copy kod yang terdapat disitu.
kemudian kembali keblog ,masuk kedesign..pilih edit html
edit template




 gunakan crtl+F untuk find dan taipkan </head> pada ruangan tersebut
find code



setelah jumpa kod </head> dan pastekan kod favicon tersebut diatasnya.

letak kod pada template
Update 22/02/2011:
 kalau tidak muncul favicon mungkin sebab gunakan google chrome.Untuk google chrome guna kod ini:

<link rel="icon" type="image/gif" href="url imej anda">

Selamat mencuba….

Cara letak tandatangan pada akhir posting

Membuat tandatangan atau signature pada bahagian bawah posting boleh kita lihat dikebanyakan blog dan laman web. Bila tandatangan diletakkan dibawah posting  nampak lebih professional . Sebelum membuatnya kita perlu membuat imej tandatangan dan mengupload imej tersebut ke laman web hosting gambar seperti image shack ,photobucket dan sebagainya.Imej tersebut boleh juga kita buat dengan menggunakan perisian seperti Microsoft paint,Photoshop,Corel Draw dan sebagainya.Ataupun boleh juga gunakan kemudahan membuat tandatangan secara online seperti di mylivesignature.com.
Seterusnya selepas mendapat link gambar yang diupload tadi ,cari kod dibawah ini pada template.
Masuk ke design,pilih edit html
Klik pada expand template widget
Cari kod berikut:

<p><data:post.body/></p>
Kemudian masukkan kod ini dibawahnya:
<p><div align="left"><img src="URL imej tandatangan"/></div></p>
*gantikan url imej tandatangan dengan url imej yang diupload tadi.
Contohnya :
<p><div align="left"><img src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/signature.png"/></div></p>
Kemudian Save Template

Atau pun satu cara lagi ialah dengan meletakkan pada post template:
Masuk ke design—setting--- formating
Dibawah sekali terdapat post template

Contoh kod imej yang saya upload ke photobucket

<a href="http://s219.photobucket.com/albums/cc282/?action=view&current=signature.png" target="_blank"><img src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/signature.png" border="0" alt="tandatangan"></a>
Kod diatas diubah menjadi begini:
<img src="http://i219.photobucket.com/albums/cc282/signature.png" border="0" alt="tandatangan"></a> 
Kemudian masukkan kod url imej yang di upload tadi pada post template

poat template

 Kemudian klik pada save setting.Jadi setiap kali kita buat posting baru imej tadi akan dimasukkan secara automatik pada paparan posting.

Friday, October 29, 2010

Puding Roti Caramel Mak Kiah


Salam sejahtera semua. Hari ni jom kita kongsi resepi puding roti karamel mak saya yang sangat popular. Saya panggil puding roti karamel Mak Kiah..dah banyak kali saya buat terutama semasa bulan Ramadhan. Buatlah dalam bekas besar ...lepas tu bagi-bagi lah jiran tetangga, bagi jiran sebelah kiri, bagi jiran sebelah kanan..akhirnya semasa buka puasa penuh meja dengan kuih muih pemberian jiran-jiran... tak payah nak pergi PARAM. PAsar RAmadhan laa....

Itulah petua kita duduk berjiran nih..jangan lah kedekut terutama bila buat kek ke, biskut ke..yang bila bakar bau harum satu taman tu... kesian jiran duk cium bau aje... sedekah lah sikit kat jiran tu.. InsyaAllah bila jiran buat kuih, dia akan beri kita juga... 

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0039.
Dari Abu Syuraih Al Khuza'iy r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang beriman dengan Allah, dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1208.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Hai kaum Muslimat! Janganlah menganggap remeh pemberian seorang tetangga, walaupun hanya berupa kaki kambing".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1103.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai dua tetangga. Yang manakah di antara keduanya akan ku beri hadiah?" Jawab Nabi saw., "Kepada yang lebih dekat pintunya denganmu."


(perhatian Nor, akak ambik gambar puding roti yg Nor buat masa kita gathering, sebab akak selalu lupa nak ambik gambar bila akak buat...apataknya, siap aje dah kena terjah oleh anak-anak..tak sempat nak ambik gambar)

Bahan-bahan:

8 keping roti
2 cawan air panas
2 cawan susu segar
4 biji telur
1 cawan gula
1 camt esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Roti di buang tepi, koyak kecil-kecil dan rendam dalam air panas. Tutup bekas supaya wap panas tidak keluar. Ketepikan. Bila sudah kembang, tekan dengan garfu supaya tidak berketul-ketul.

2. Panas air dalam kukus.

3. Pukul telur bersama 1/2 cawan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.

4. Masukkan adunan gula dan telur ke dalam roti tadi dan campurkan susu segar. Kacau hingga rata.

5. Ambil 1/2 (atau 3/4 ) cawan gula lagi dan buatkan gula hangus dalam bekas yang hendak di kukus.

6. Masukkan adunan yang telah digaul rata dalam gula hangus dan terus kukus.

7. Bila sudah masak, angkat dan sejukkan. Terbalikkan dalam bekas yang hendak dihidang.

~~~SELAMAT MENCUBA ~~~

Buku termahal yang hanya terdapat sebaris tulisan


Sebuah buku tebal yang bertajuk "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" merupakan karya unik, ajaib dan termahal di dunia. Siapa menyangka buku yang hanya mempunyai beberapa perkataan biasa itu mempunyai harga US$ 20.000


Buku tebal ini sebenarnya adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku 'Elementa Chemiae' dan meninggal tahun 1738. Sebelum kematiannya, dia telah meninggalkan sebuah buku yang bertajuk 'The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art' - 'Rahsia paling dalam dan satu-satunya dalam seni perubatan'.

Sewaktu buku itu dilelong, harganya naik sehingga US$ 20.000. Namun sewaktu dibuka lembaran helaian-helaian buku tebal itu, ternyata 99 dari 100 halaman tidak tertulis apa-apa. Hanya yang tertulis dalam buku setebal itu;
"Jagalah diri untuk tetap tenang, jagalah kaki agar tetap hangat, dan kamu akan menjadi doktor terbaik meskipun miskin"

PERHATIAN! PERHATIAN!

Salam sejahtera untuk semua para pembaca blog ini.
Saya ingin memohon pertolongan semua untuk memberikan kepada saya,
apakah soalan-soalan/ topik yang akan anda tanya jika hendak mencari maklumat mengenai sesuatu hadis dari sesebuah enjin carian hadis? 
Soalan-soalan ini akan saya gunakan dalam research/kajian yang sedang saya jalankan.
Contohnya, cuba klik ke link MUTIARA HADIS di sini,
terdapat satu kotak query/pertanyaan di sebelah bawah enjin carian hadis itu,

*** Sila nyatakan soalan(query) anda di bahagian komen entri ini. 
Maklumbalas dari anda semua sangat-sangat saya hargai. ***
Saya dahului dengan ucapan terimakasih.

Thursday, October 28, 2010

Siapa yang membangunkan Facebook sebenarnya?



Kalau ditanya, siapakah yang membangunkan Facebook? Ramai yang akan menjawab 'Zuckerberg'. Adakah 'Zuckerberg ' seorang sahaja yang bertindak dalam team Facebook sehingga mencapai kejayaan pada hari ini?

Sandberg, Istri dari CEO SurveyMonkey, David Goldberg dan ibu kepada dua orang anak ini adalah antara orang terpenting dalam membangunkan Facebook hingga jaringan sosial itu kini mencapai keuntungan 1.6 milion USD.




Sejak 2 tahun lepas, Sandberg dilantik menjadi chief operating officer dalam Facebook memberikan Zuckerberg nilai tabah untuk syarikatnya. Antara kelebihan Sandberg, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia. Pengalamannya berkhidmat dalam syarikat Google sebagai Vice President of Global Online Sales and Operations Google memberikan impak yang besar pula pada Facebook. Kini semua urusan operasi Facebook dibawah pemerhatiannya. Bahkan Zuckerberg selalu membuat perjumpaan tertutup dengan Sandberg untuk membincang hal yang berkaitan dengan syarikatnya itu.

"Kombinasi antara Mark dan Sandberg adalah alasan utama Facebook mampu untuk tumbuh menjadi besar," kata Donald Graham, the chairman of the Washington Post Company.

Gambar Belangkas